Sunday, April 10, 2011

Bila Kahwin itu susah, Zina itu Mudah

www.tips-fb.com

Salam Readers,



Photobucket


Bila orang persoalkan kenapa kau tak kahwin-kahwin? Bila lagi mahu kahwin, bukannya tak ada calon? berkawan sudah bertahun-tahun. Apa lagi yang kau tunggu-tunggu. berjumpa sudahlah selalu.. Pantang ada masa pasti nak berjanji-temu.. kadang-kadang tak perlunya alasan.. yang pasti adanya peluang.. Orang kata sudah rindu, mana boleh tak bertemu, memang tak pernah jemu..


Kenapa kahwin susah? Kenapa alasannya belum cukup wangnya. belum ada duitnya.. Mahu kumpul dulu duit hantaran.. duit nak belanja. belum lagi duit cincinnya. Cincin pula tak cukup satu, kalau boleh dua tiga empat. Sekali tunang satu cincinnya, bila nikah ambil gelang pula.. eh tu tak masuk merisik lagi. Sarat menunggu risik, tunang, nikah dan sanding.


Hantaran paling kurang 10 ribu, belum lagi khemah kanopi sampai seploh nak didiri, jemputan pula beriban yang hadiri.. buffet catering tak payah nak cakap lagi.. lauk-pauk tak cukup seploh kendi. tambah lagi bunga telur berwarna-warni. eh bunga telur? sudah ketinggalan zaman baa. orang pakai ferrero rocher, pakai bekas kaca letak coklat.. mana ada lagi telur berbalut tisu merah dan putih digulung-gulung dibelit-belit buatan tangan. paling tidak tuala warna-warni sebagai buah tangan. Bunga telur semakin dimamah zaman. Kek pula nak yang bertingkat-tingkat, lagi tinggi lagi hebat.. kalau boleh bila nak potong kek yang kena orang angkat.. 


Sekarang tak pakai bunga mati, semuanya mahukan segar mewangi. bukan sekuntum dua mahupun tiga tapi beriban kuntum jadikan hiasan seni..  Pelamin indah raja sehari, kalau tidak sofa cukuplah kerusi gergasi. Biar tinggi sikit barulah semua nampak tak perlu berdiri. Kalau tak pakai kanopi, terus sewa hotel mahupun dewan gergasi. biar semua dapat datang menghadiri. Bukan sedikit rakan taulan, nak kene jemput ribu riban. 



Photobucket



Belum lagi pakaian pengantin si raja sehari, 2 persalinan belum tentu cukup.. kalau belah perempuan dah 5 helai, belah lelaki nak kaler lain. lagi kontra lagi best katanya. kaler sama jatuh standard. mana boleh baju sama. hilanglah meriahnya. Orang kata kahwin ni sekali sahaja, mesti buat sehabis baik, tak kira sampai poket licin yang pasti hatinya puas. Kalau boleh nak pakai veil meriah, lagi panjang lagi bagus, lagi lip lap lagi menarik, paling tak berintan berlian.. 


Hantaran pula nak yang branded. beg kasut baju pewangi. semua mesti lengkap! Hiasan bukannya sedikit, kalau boleh nak yang cantik, kalahkan orang lain yang dah kahwin dulu.. Beli barang tak main sudah Sogo ke Jalan TAR.. apa ada kelas, tapi panas! naik kapal terbang terus ke Paris. bukannya lama sehari pun cukup. orang kata kahwinkan sekali, biar poket kering hatinya banyak puas!


Saat kahwin indah belaka, mana boleh tak ada photographer.. import jauh nak ambil gambar semata, eh bukan gambar tapi video juga! Kalau pakej ada pre-wedding dan post-wedding punye, barulah bermakna namanya. Paling kesian tak nikah lagi tapi dah gambar pre-wedding, kalau sopan tak apalah juga, ini puas peluk sini sana. orang kata nama pun pre-wedding. Bukan murah tapi mahalnyaaaa tak terkata, kata nak yang terbaik, duit pun lebih punyaaa! Pelbagai angle dan sudut kena disnap! Post-Wedding posing pun nak bergaya, tak kira cium peluk dan mengada.. kita dah kahwin peduli apa! Adab sudah hilang ke mana janji kene puas hatinya! Nama pun bayar berganda.


Setakat pasang lagu kahwin apalah sangat, kena ada deejay barulah terhangat! nak lagi best import penyanyi band dan pencak silat, dah alang-alang kahwin semualah kena ada. Kalau boleh biar orang gelar Wedding of the year. Biar poket kosong licin orang tak tanya. orang tak tahu kalau tak cakap. so baik diam-diam aje.


Belum masuk kos nak honeymoon, kalau boleh hari-hari nak honeymoon. bulan madu kecik-kecik pergi ke pulau, sewa bilik paling grand. bulan madu besar-besar kene pergi oversea. barulah romantik orang cakap. bulan ni berbulan madu sini, bulan depan ke sana pula. bulan depan lagi ke mana pula. kesimpulannya setiap hari bulan madu kita!


Photobucket


Puaslah fikir dan fikir lagi, oh ini sebabnya orang tak kahwin-kahwin. bukannya senang nak kahwin, banyak kos nak difikir.. kena kumpul lagi banyak pitih. orang kata kahwin sekali, pastikan meriah seantero dunia. Kalau tak orang tak panggil raja sehari. Laaa padanlah tak kahwin, duduk serumah tapi takde nikahnya, alasannya memang mudah, katanya tak cukup wangnya, kenapa tak nikah sahaja.. katanya lagi, kahwin itu sekali kena buat grand! mana boleh main nikah koboi. Grand itu penting, kalau tak malu sahaja.. tapi tak malukah dengan Allah bila duduk berdua tanpa nikah? alasannya pula malu dengan orang ramai takut tak meriah. Sebab itu lagi mudah berzina dari menikah? Lagi takut malu tak grand dari Allah Taala.


ada pula yang hutang kahwin grand tak langsai lagi, surat hutang bank pun tak sampai lagi, tapi indahnya bahtera semakin pudar, yang terbayang happily ever after, tapi yang menanti retak menanti belah. katanya dulu kahwin hanya sekali.. bukan dua mahupun tiga.. siapalah kita nak menentukannya.. Kalau DIA dah kata tidak, tidaklah juga. Sebab itu jangan diikutkan rasa, orang kata nanti kau binasa. buat sesuatu biar berpada barulah hidup aman dan sejahtera.


Apalah susahnya hendak menikah, perlukah meriah dan gegak gempita? Adakah ia tuntutan agama? Kan elok ikut sunnahnya, biar bersederhana, biar berpada.. bukan uruskan walimah tak ingat dunia. ingatkan nafsu semata-mata.. darjat pangkat harta apalah sangat.. sampai nak diikutkan tentang si adat. Utamakan yang lebih utama, baru diikut hal kedua. Bukankah lebih elok segerakan yang baik. Bersederhana dalam berwalimah. Asalkan maksiat dapat dicegah. Baru orang kata, nak kahwin itu mudah. 



Sekian sahaja nukilan hamba, peringatan untuk diri sendiri juga. Peace no war!


sumber inspirasi : Keris Silau ( I adore karya Keris Silau! )


p/s: kadangkala kita merancang DIA juga yang menentukan. Hope for the best!

35 si gojes suke membebel:

Mr feckry said... [Reply]

doa la, nanti Allah tolong..

Asz Miza said... [Reply]

Salam Intan, memang betul tu..orang sekarang bertunang tu da macam nak bernikah..siap pelamin bagai..buat yang penting sudah la..duit tu lagi penting untuk majlis kahwin..ni kadang-kadang hantaran tunang pun dah ada laptop semua. Mak bapak kaya sangat kot..yang mcm jnis cari duit sendiri semua sendiri memang xmampu la..beli setakat yang boleh dan tak membazir..(:
Insyaallah kalau niat kita memang nk diri masjid, Allah akan tolong.

CikLilyPutih said... [Reply]

semua yg ditulis tu betul, klu tak grand kawin kang org bercakap plak kan.

itulah mentaliti org kita skrg nie lah

cik helena said... [Reply]

nih la silapnya bila terlalu ikut peredaran zaman kan..buat ne org ngata buat tu org ngata.huhu

harap yang terbaik untuk kite :)

Diyana said... [Reply]

perghh best karya tu

DiNa-DiaNa said... [Reply]

sisipan yang indah dan bermakna..

baca laju-laju mcm pantun lak..
hehehe~~

cinta sang ratu... said... [Reply]

like 1000 kali :D

Affieza said... [Reply]

Benda ni mcm dh jd fenomena plk kn kt negara kita????? huhu..

IntanBerlian said... [Reply]

Mr.Frecky~

insyaALLAH perkara baik, pasti Allah tolong.

IntanBerlian said... [Reply]

Asz Miza~


betul tu mIza, sekarang tgk aik tunang pon ada pelamin? pelik juga tu, kalau orang dulu-dulu tu tunang simple je, yg bakal tunang si lelaki pun tak datang, segan.. makin lama makin dahsatkan.. patutlah orang takut nak kahwin, makin lama makin besar belanjanya.. tapi tu la, intan pun ingatkan diri intan sebab intan pon tak kahwin2 lagi =D

IntanBerlian said... [Reply]

CilLilyPutih~

orang pandang senget je cik lily. nak puaskan hati semua orang memang susah.

IntanBerlian said... [Reply]

cik helena~

kak hel, lama sangat tak dengar khabar akak =D kesimpulannya kite kene buat ikut apa yang kite rasa ok, bukan sekadar mengikut kata orang dan takut ditertawakan.

IntanBerlian said... [Reply]

Diyana~

tq =D

IntanBerlian said... [Reply]

Dina-Diyana~

hehe ada gaya pantunkan =P

IntanBerlian said... [Reply]

cinta sang ratu~

hee maceh deaR!

IntanBerlian said... [Reply]

Affieza~

fenomena sebab semua orang nak ikut peredaran zaman..

Firdaus Kasim said... [Reply]

inilah salah satu byk terjadi anak luar nikah.. sebenarnya kalo semua org ikut Sunnah Nabi SAW ketika berkahwin, mmg x jadi susah.. dulu zaman Nabi, hantaran kahwin sepotong ayat Quran je..

inilah puncanya kalo kita ikut adat resam sgt.. btul x?

Nur Kasih The Movie Thriller Nur Kasih The Movie

mie said... [Reply]

kalau nak ikutkan...
memang semua inginkan yan meriah sempena perkahwinan..
tapi bajet memang perlu dititikberatkan..
ehhehee

EpoLღKunang2 said... [Reply]

Nak kahwin tapi tak ada calon. ^^"

Hafriz Mohamad said... [Reply]

Huhu..
dulu aku prnah idamkan pmpuan yg mudah dlm mmbina rumah tngga ni. Tp skg ni, aku dpt yg nk itu ini.. huhu.

perit jgk la.. doakn aku smoga dpermudahkn yer..

nina suhaina said... [Reply]

bestnya kalo kawen kak :) pelamin cantik tapi tanggungjawab bertambah bila da kawen..

psst cantik header :)

Azza Firza said... [Reply]

setuju sangattt sangatt ,

Keris Silau said... [Reply]

Thanks Intan-Berlian.

IntanBerlian said... [Reply]

Firdaus Kassim~


hmm orang sekarang semuanya berlumba-lumba nak lawan siapa yang hebat.

IntanBerlian said... [Reply]

mie~

betul2 jangan sampai bergolok gadai. tak elok namanya.

IntanBerlian said... [Reply]

Epol~

haha yeke, carilah sorang calon!

IntanBerlian said... [Reply]

Hafriz Mohamad~

siapalah kita nak menentukan takdir dan jodoh ni.. jadi terimalah seadanya.. ubah mana yang patut.. dan biarlah hidup ini saling melengkapi =D

semoga berbahagia ~

IntanBerlian said... [Reply]

Hafriz Mohamad~

siapalah kita nak menentukan takdir dan jodoh ni.. jadi terimalah seadanya.. ubah mana yang patut.. dan biarlah hidup ini saling melengkapi =D

semoga berbahagia ~

IntanBerlian said... [Reply]

Nina Suhaina~


bukan senang nak kahwin ni dik.
hee tq! susah payah nak buat header tu!

IntanBerlian said... [Reply]

Azza Firza~

same with me dear =D

IntanBerlian said... [Reply]

Keris Silau~

sama2. huhu tq so much for the idea.love it~!

Anonymous said... [Reply]

time bersanding grand yang diutamakan...bagi saya kehidupan selepas berumahtangga yang perlu nampak grand....
setujulah dgn pendapat tuan punya blog....rata-rata duit kawin sekarang rm 15k paling tidak...nanti taktau la mcm mana...

Anonymous said... [Reply]

time bersanding grand yang diutamakan...bagi saya kehidupan selepas berumahtangga yang perlu nampak grand....
setujulah dgn pendapat tuan punya blog....rata-rata duit kawin sekarang rm 15k paling tidak...nanti taktau la mcm mana...

Anonymous said... [Reply]

Sebenarnya sekarang ni anak-anak nak ringkas je...mak bapak yang nak itu ini..bila kita decide sendiri2 hantaran ke apa mengikut kemampuan sendiri dikatanya tak beradat. Sedangkan kita nak ringkas...nak melawan derhaka pulak. Dah cakap pun tak guna. Itula yang aku hadapi sekarang...aku sebagai perempuan memang tak kisah langsung pasal wang hantaran dan adat sbb bagi aku tak penting. Tapi parents nak segalanya ada adat, ada tertib...haih pening kepala dah ni.

Anonymous said... [Reply]

Sebab tu kite ni wajib mendalami Islam,Islam itu mudah,tp adat yang menyusahkan..adat melayu..berbalik la kepada Islam yg sebenar..

Related Posts with Thumbnails