Sunday, July 15, 2012

GPS, Because of you I survived Johor Bahru.

www.tips-fb.com

I'm lucky to have GPS in my Myvi. huhuk.





Lama tak update. By the way sekarang aku dah posting di JB. 3bulan sahaja merantau di JB. Kemudian balik ke MUAR balik. rasa macam whathenyah kan??? kejap muar, JB balik.. muar lagi. adeh. takpelah. Diri ini yang nama pun first year dental officer hidup kena tabah merantau. 


Hari pertama lapor diri dah macam-macam dugaan. Asalnya memang kena posting di PERIODONTICS DEPT, tapi entah kenapa diorang cakap dah tukar jadual, kena pergi hospital sultanah aminah posting PAEDS instead of perio di jln mahmoodiah.  Aku benci betul kalau carik parking tak jumpa-jumpaaa. aku dahlah tak reti nak menyelit-nyelit ni ok. serious fail bab-bab parking. rasa nak park je atas kereta-kereta lain. Boleh tak??






Adalah lepas 30 minit aku ulang-alik pusing sana sini cari parking jumpalah satu parking. Tu pun tak semenggah punya. Kene naik sikit atas divider. Sekali ter parking JAUH sangat dari poliklinik. Dem! Menapak. Lepas lapor diri dengan DOKTOR PAKAR, adalah dalam seploh minit sesi suai kenal.. Rasa macam dah boleh ngam dah ni. Nak settle down ambil punch card dan pakai gown bagai. Sekali ada orang dari Jln Abd. Samad call.


" Err doktor, doktor kena balik abd. Samad balik ni "
" Kenapa?"
" Salah jadual doktor, doktor memang kena posting dekat perio. Tapi kena datang sini balik ambil surat baru, then baru pergi Perio pula dkt jln. mahmoodiah."
" hah??????"  APEKAH? APEKAH? APEKAH????

siot. Aku dah cakap tadi aku patutnya pergi perio deng. Nyampah ok. Dahlah macam nak rak cari parking. Kena menapak. Dah lapor diri. Aku sabar dan tabah, mampu tersenyum lagi tatkala menanti surat kedua untuk posting. Nasib baik tak susah nak parking kat jln mahmoodiah. 


                                                         ----------------------------------


Kenapalah aku asyik sesat je. adeh. Dah ada GPS pun boleh sesat. TAK SUKA!

Mula-mula nak balik rumah dah terlajak, terlepas simpang nak masuk rumah.. Tahu-tahulah drive kat JB ni keretanya, traffiknya mashaALLAH tak tahu aku nak explain macam mana. aku pun terus dan terus sampai penat dah GPS aku ni membebel ALTERNATIVE ROUTE, ROUTE CHANGE dan apa-apa lagi dia bebel.  Nasib den memang baik sebab dapat masuk satu jalan. Patuh dengan arahan GPS. Akhirnya sampai rumah dengan selamat. uhuk


Esoknya, punyalah berhati-hati ni takut lagi terlajak dan terlepas simpang balik rumah. Den pun nampak simpang terus masuk.. Apasal jalan ni lain weh???? PEH. terbakar. Bukan simpang ni lah dol. Simpang depan nun. Punyalah berjaga-jaga sampai masuk simpang yang depan pulaaaa. Sekali lagi, GPS ku penyelamat. Alhamdulillah. Kali ketiga takkan berulang lagi. hehe


                                                        ---------------------------------


Sambung lagi cerita.





Weekend ni tak balik Melaka, maka mahulah beronggeng-ronggeng bersama teman sepermainan di Muar. Kebetulan Sha pun tak balik Bangi. Teringin nak pergi Jusco Tebrau yang besar tu. Hmm, memang besar lebih kurang macam AEON Melaka juga. Agak jauh nak ke Tebrau, 17km macam tu dari Skudai. Jem tak payah cakaplah. Sampai juga ke Jusco.


Puas jalan, time nak balik pulaaaa. Aku konfiden ni parking kereta kat atas. Sekali salah, oh tingkat lain. Sumpah weh aku tak ingat landmark mana. kedai mana kiri dan kanan pintu masuk aku parking kereta. Macam mana ni. Tangan dah sakit angkut barang, kaki dah sakit jalan banyak. Nasib baik pakai Scholl buruk den. Main redah je keluar sebab takde clue langsung.  Bila keluar, omai. Kenapa tempatnya agak lain. Oh mungkin hujung sana. Den redah lagi sampai hujung. Puas jalan, den redah tengah-tengah cuba-cuba picit alarm. HAMPASSS.


Nak nangis dah rasaaaaaa. waaaaa. mana kereta, Kalaulah den boleh miscall Myvi den. Kaki dah berdenyut-denyut. Call akak sedara, dia cakap kena masuk balik cari kedai apa. Mana den ingattt. dia bagi landmark pameran cina.






Masuk dalam cari. TAK JUMPAAAA. Tawaf lagi cari. TAK JUMPAAA.


Nak Nanges. T_T. cool lagi tapi mata dah berair.


call lagi akak sedara, cuba cari kaunter pertanyaan.


" Hmm, tumpang tanya ye. Kat mana ada pameran cina?"
" Errr pameran cina? Tak ada." berkerut-kerut muka akak tu.
" Macam ni lah, saya ni tak jumpa kat mana kereta saya."
" Ingat tak kedai mana adik masuk tadi"
" Hmm TAK INGAT" muka pasrah.
" Tengok kad parking adik... hmm adik parking belakang sana ni bukan depan ni "

Hah??? Whathenyah? seriously ade depan belakang bawah TAK TAHU. huhu sengal lah ko ni tan.  Cuba cari-cari kereta. Agak-agak kereta ada kat sana, pergi cari autopay parking pulaaa. Satu hal lagi. Kenapalah ko besar sangat JUSCOOOOO oi. adeh kaki rasa nak patah daaa. Penat.


Dah bayar parking, main tekan alarm je. Bila terdengar bunyi. Omaigod. the feeling bila nampak Myvi kesayangan guwe tu sangat-sangat tak dapat nak di describe kan. bahagiaaaaa. Alhamdulillah. OK. Next cabaran, cari jalan balik dari JUSCO Tebrau ke Taman Skudai Baru.


Thanks to my GPS.


Seriously wehhhh.


Thanks GPS. Because of u i survived JOHOR BAHRU.


p/s: Seriously, the new myvi with GPS were built for women like ME.

6 si gojes suke membebel:

Anonymous said... [Reply]

saya org johor ! stay dkat area skudai jgak :) jusco tu mmg tsgt besar . klau lupa masuk mane , dkat kdai ape , mmg abislah . hihi . btw kak , just na bagi tahu skit . btter tamo letak num plat krte dkat blog nie . bukan ape , ntuk bjage2 mgelakkan dari bnde buruk belaku . kte ta tahu org ta puas hati dgn kte ke ape , nanti dia senang nak detect nak buat mcam2 . safety first >.<

fifie said... [Reply]

Memang complicated yang amat. Haha. Takpe lah as long as you were survived :D

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply]

lah siannya Dr.Intan ni
senang je ah JB ni.
insha Allah lama2 okay lah..GPS tak pyh guna pun xpe (ni kalu org dhlama stay kat JB mcm sayalah)...btw take care

Unknown said... [Reply]

besa la jb nie baru nak nampak pembangunan ... tuh yang sesak sikit ..sebab pertambahan kereta dan penduduk yang bekerja ... so kalau kita dah hafal jalan insyallah segalanya berjalan lancar .. seb baik jb tak macam kl tak banyak jalan sehala ...ape2 pun thanks kerana sudi berkhidmat untuk rakyat johor ... heeeeee

MyraQhairel said... [Reply]

hehehe..sesat dlm jusco yer cik kak...comel jerr awak sesat cari paking..next time, amek gambo tembok yg ada tulis level and no berapa parking ye dik..nti nak balik snng.....btw, so far JB ni tak sesesak kl..selama saya dok Jb selama 8 bulan lebey nih..rasa JB damai sikit bab jammed..cuma agak jammed bila tang bulan puasa...hari2 biasa...ok jer..selamat menggunakan GPS...:)

nur ain said... [Reply]

Saya dok jb jadi cam akak gak, tapi alhamdulillah. Mula2 je guna GPS, itu pun pinjam handphone kawan sebab x tahu jalan nak ke Larkin. Dah lama lepas tu, memang dah biasa. JB ni sesat2 pun, akan jumpa jalan yang kita familiar :)

Related Posts with Thumbnails