Dear Readers,
Selamat menempuh dan menghayati Ramadhan yang hanya tinggal 2 minggu je lagi.. Ehem, biasanya kalau cakap pasal puasa je kan, dalam kepala semua ingat nak RAYA! Hah sebab tu rata-rata semua orang tak sabar nak tunggu habis puasa sebab nak RAYA!
Dalam setahun ada sebulan je kan Ramadhan? Kalau dalam tempuh sebulan ni kita tak kejar "ganjaran" bulan puasa ni, memanglah rugi sebab belum tentu kita akan bertemu semula Ramadhan akan datang. Biasanya orang cakap apa kalau Ramadhan ni? Terawih. Istimewakan Ramadhan ni. Hanya Ramadhan sahaja yang ada terawih ni.
1) RAKAAT
Bila aku nak cakap pasal terawih ni, ada yang buat 20+3 rakaat, ada yang buat 8+3 rakaat. Tak kisah berapa pun rakaat pucuk pangkalnya hati. Hati tu ikhlas ke tak atau sekadar mengikut adat dan resam kununnye. Adat ke tak adat tolonglah ikhlaskan hati tu, kalau tak serious. Penat tunggang tunggik. Wallahua'alam kan niat masing-masing. Tapi aku paling tertarik bila adik aku cerita suasana dia bersolat terawih di rumahnya di area Seri Kembangan. Imam di sana bersolat terawih 4 rakaat 2 salam diikuti dengan tazkirah. Tazkirah yang terlalu menarik dan penuh ilmu tu menjadi tarikan para jemaah untuk sama-sama ke sana. Adik aku kata, memang tak pernah sikit orang, sentiasa penuh dan ramai je jemaah. Selesai tazkirah, solat diakhiri dengan Solat Witir 3 rakaat 1 salam. Menarikkan. Bagi akulah, sekurang-kurangnya setiap makmum yang hadir dapat input sesuatu walaupun sedikit dari sekadar solat 23 rakaat yang belum tentu khusyuknya. Itu pendapat akulah.
Kadang-kadang memang ada Imam yang nak habiskan 1 juzuk, terus terang aku katakan, bila Imam baca terlalu lama, aku punya khusyuk cepat je lari ke sana ke mari. Memang aku bukan insan yang terlalu baik dan mudah mendapatkan khusyuk. Yelah, hati terdetik eh lama lagi ke Imam ni. Ehem, itu akulah, hamba yang kerdil ni. Setiap orang berbeza-beza. Perlu juga rasanya kalau kita fikirkan balik siapa yang menjadi makmum? kesian jugakan pada warga tua yang tak berapa larat.
Pernah aku terbaca juga tentang hadith dari 'Aisyah RA:
Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi tidak pernah menambah (bilangan rakat solat malamnya) pada bulan ramadhan dan bulan lain-lain lebih dari 11 rakaat.” (HR Al-Bukhari : 2013, Muslim :736).
so true kan =P
Berbalik pula sekiranya Imam menunaikan solat terawih 20 rakaat, aku pula insyaALLAH kalau aku larat memang aku tunaikan habis mengikut Imam sebab di Skudai ni memang 20 rakaat. Kenapa kita seeloknya ikut Imam untuk habiskan solat, berdasarkan hadith yang aku baca ni ;
Ini adalah kerana Rasulullah SAW pernah berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki apabila mendirikan solat bersama imam sehingga selesai, maka dikira baginya solat sepanjang malam.” (Sunan Abu Daud:1375, hadith ini dinilai sahih oleh Shaikh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud).
Jadi seeloknya kita sempurnakan sampai habis. Tapi kalau dah tak larat sangat, kepala hotak dah melayang nak makan kat rumah tu, ehem baiklah tak payah teruskan. ye dak? Kesimpulannya, tak kisah pun berapa rakaat yang penting ikhlas.
2) BACAAN
Adakalanya, bila terlalu ghairah nak mengejar untuk menghabiskan 20 rakaat tu, memang ada Imam yang bacaannya laju, ada yang bacaannya cepat. Apa pun, diharapkan bacaan itu masih mengikut bacaan yang betul. Sedangkan Allah SWT berfirman: Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil (al-Muzammil 73:04).
Ada juga dek terlalu nak mengejar cepat habis terawih, solat itu seolah-olah macam robot dan terlalu laju. Sampaikan kelam-kabut juga si makmum nak mengejar. Asalnya TERAWIH tu kan bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirahat *betulkan kalau aku salah*. Maka solat terawih bererti bersolat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Jadi kalau dah terkejar-kejar, ketenangan itu pun dah tiadakan. Dah macam robot.
Ehem yang mana satukah anda?
3) GANGGUAN SOLAT TERAWIH
Hah pernah tak korang pergi terawih tapi dok terganggu dengan budak-budak kecik yang memekak kat belakang tu. Nak lagi hebat time nak dekat-dekat raya tu haaa. berdentum-dentum orang main mercun dekat perkarangan masjid/surau. Pelik tak? Apa hal kau nak main kat surau weh? tak de tempat lain ke nak main? rasa nak masukkan mercun dalam mulut depa. padan muka naaaa. Yang anak-anak kecil tu kan, memanglah elok kita latih anak kecil belajar solat, ajar ke masjid. Tapi pleaseeelah, not now. Apa salahnya latih dulu dekat rumah, ni dekat rumah pun ko tak heran nak ajar anak solat tapi nak bawa ke masjid. Ajar anak adab-adab bila berada di masjid, hormati jemaah lain. Janganlah sampai ada jemaah lain yang jeritkan anak kita.
kesianlah pada orang yang nak solat tu. Nak pula yang main Polis sentri dalam surau, Peh uji kesabaran. cubalah bayangkan orang yang sedang bersolat ni terdengar dan terganggu dek suara jeritan dari budak-budak kecil ni, buatnya dalam hati dia tersumpah serana, dalam hati tu dia termarah-marah. Bukankah kasihan. Pahala terawih belum tentu dapat, tapi dosa lain pula yang mereka dapat. YaALLAH.
4) SAF
Satu lagi, ni memang selalu sangat jadi isu! SAF!!! Memang yang kat belakang tu tak reti eh nak rapatkan saf? Kadang-kadang yang sebelah menyebelah ni pun haaaa, orang belakang dah tak masuk ke depan celah-celah kau dengan orang sebelahkan, apalah salahnya kita yang merapatkan... Anjak sedikit demi sedikit. Kan dulu dekat sekolah dah belajar macam mana nak rapatkan saf. Sedih tau. Bila pusing belakang lompong sana sini. Terdetik dalam hati aku, orang ni solat sendiri ke berimam. Kalau nak solat sendiri pergi balik rumahhh. Lagi sedih, hmm bukan budak-budak tapi mak-mak dan nenek-nenek orang. Haih. Aku rasa dah berplohhh kali pak imam ke pak bilal ingatkan SILA RAPATKAN SAFFF.
Kata Nabi SAW:“Tegakkanlah shaff-shaff, sesungguhnya apabila kalian melaksanakannya, maka itu seperti shaf-shaf malaikat. Rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah, dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kalian, serta jangan biarkan ada celah untuk syaithan. Barangsiapa menyambung shaff, Allah akan menyambung hubungan dengannya. Barangsiapa memutuskan shaff, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya” (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan An-Nasa’i; serta dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud nombor 620 dan Shahih At-Targhib wat-Tarhib nombor 495).
Lagi mahu cerita, kebetulanlah masjid yang aku pergi ni dalam taman. Maka bersebelahanlah dengan rumah yang corner lot tu kan? Bukannya nak mengata, tapi bagi aku tak sedap sangat-sangat bila orang di sebelah sedang nak solat, kau di rumah duduk di luar bercanda ria.. terpekik terlolong. hmm, payah nak cakap. Memang hak masing-masing tapi elok lagilah kalau kita hormat-menghormati.
Serious weh, sangat cuteeeeeee kek ni!
Lagi sahdis, boleh dia letakkan kerusi di depan rumah semata-mata tak nak bagi jemaah menumpang parking kereta depan rumah dia. Dah kat tepi jalan, memanglah ruang parking kereta terhad. Apalah salahnya kalau diberi tumpang parking. Bukannya orang tu nak letak lama. Lepas solat dia baliklahkan??? Kalau kita sendiri tak solat terawih, apa salahnya kita menumpang pahala dengan beri ruang parking pada mereka yang nak solat tu. YaALLAH macam-macam rupa manusia ni. Hari pertama lagi aku dah terdengar jerit pekik si tuan rumah yang marahkan orang menumpang parking depan rumah dia. Malu. Malu melihat situasi itu di bulan puasa. Wallahua'alam.
Malam tadi ada dengar tazkirah di Channel OASIS. Kalau kita benar-benar menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan sikhlas hati, insyaALLAH Allah akan ampunkan segala dosa kita yang telah lalu. Cara untuk hidupkan Ramadhan ni dengan BERSOLAT TERAWIH. YaALLAH mulianya bulan Ramadhan ni kan? Hmm, jangan kata terawih... Puasa pun terlalu ramai yang ponteng dan tak berpuasa. Malukan? Ada yang tanpa segan silu makan di khalayak ramai. Yang berniaga start pukul 12 tengah hari pun ada. Untuk apa? Untuk orang berbuka? ke untuk orang bersahur sebelum masuk zuhur? Haih entahlah. Tingkatkan amal banyakkan muhasabah diri. Andai apa aku kisahkan di atas ada salah silap mohon ditegur. Maaf andai terkasar dan tersilap bicara.
Salam Ramadhan Al-Kareem.
p/s: Alhamdulillah kali ini dapat berpuasa, berterawih dan beraya di MALAYSIA bersama keluarga dan Bam2. =D
3 si gojes suke membebel:
Bestkan puasa kt Malaysia??? hihi
wuhuuuu... stuju sangat dengan yang bacaan lama tuu.. memang selalu jugak hilang fokus bila da bacaan lama tuu.. tengah belajar gak nak bagi fokus..:(
pastu, bila solat terawih tuu, bengank gilak dengan budak2 yang suka laa bising.. kenapala bising adik2 oooi? :(
hye..salam kenal dan follow sini juga =)
Post a Comment