Thursday, November 22, 2012

This is not a regular story about how I met Herbalife! | Macam mana boleh terjebak dengan Herbalife?

www.tips-fb.com

Dear readers,

This is me before herbalife.
At this rate, people yang tak kenal aku akan cakap normal je. Tapi orang yang kenal aku serious akan rasa terperanjat tiba-tiba badan aku macam kena pam. So, ini lepas aku gain weight like 6kgs lepas balik Malaysia.


Me and my 2 awesome friends!! diorang sangat slim and i sangat gemuk. wuwuwuu. Ok of kos i yang kat tengah-tengah tu kan. 


Bila bercakap tentang herbalife semua orang, ramai orang sudah tahu.. TAK payah cerita panjang lebar, google je berderet-deret orang akan ceritakan tentang produk amazing ni. Berderet-deret bloggers, consumers, distributors akan share pengalaman mereka menggunakan produk terbaik ini. 


Herbalife

One word yang aku sendiri tak pernah sangka aku akan gunakan produk ini. Masuk bulan ni dah genap 1 tahun 7 bulan aku consume nutrisi untuk sel-sel dalaman aku. Aku nak ceritakan pengalaman yang boleh mengubah pemikiran aku terhadap produk ni. Macam mana aku boleh mencuba herbalife. Macam mana aku boleh rasa nak kurus. Ye aku tak tipu aku makan untuk jadi kurus. Berat aku yang berlebihan menyebabkan aku rasa tak sihat dan mengah. Memang rata-rata orang akan cakap, HERBALIFE ini untuk kurus. Salah tanggapan tu, kita minum herbalife untuk sihat dan meng'urus'kan sistem dalaman kita, bila sel-sel badan dah dapat nutrisi terbaik, sistem dalaman kita diubah kepada yang lebih baik and bila kita ada weight loss it's a BONUS for u (kalau berat badan berlebihan).


ok, ok. aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak ni. hehe.


Dulu berat aku boleh dianggap normal oleh akulah. haha. around 58kg macam tu. Selagi tak jejak ke 60kg kira normal lah kan? kalau dah ke 60kg nightmare wooo =.= aku ni sangat suka timbang berat badan. Kalau dekat India tu, setiap kali pergi town sure aku timbang, abang kat kedai tu dah kenal kot muka aku. Syarat utuk timbang mesti before makan time perut tengah lapar kebulur. air pun tak nak minum =.= lepas tu dah timbang dengan member2, kalau berat maintain aku senyum.. Kalau berat turun aku akan yesssss terjerit-jerit macam orang sawan.. kalau berat aku naik, muncung macam boleh ikat pastu letak ampai. Serious janji aku tak nak makan dah. Tapi sampai malam aku lupa janji hangat-hangat taik ayam aku. Aku pun balun makan sedapppp! Balik hostel, usap perut baru sedar. Terus rasa bersalah KEJAP. kejap je.


Final exam. aku stress, aku makan. tapi still terkawal. Habis final, cuti balik malaysia. Sebulan. lamakan. Lama dan cukup masa untuk aku ternak lemak.


aku ada habis buruk. Aku suka makan kuih muih. Kalau kuih-muih tuuuuu 10bijik aku telan sorang. Buruk kan aku????? =.=


Maka melepaskan geram, tempoh sebulan aku asik balun kuih. Beli kuih dengan mak aku 10 bijik kuih. on the way ke sekolah mak aku, mak aku yang drive. Di satu persimpangan, mak aku kata.

" along nak kuih tu satu" sambil mata pandang jalan, tangan hulur kat aku.

OH oh

hmm ma dah habis.

" Hah habis?" terkulat jap mak aku. then mak aku tergelak. Makk aihhhhh 10 bijik tak sampai 5 minit dah habis??? betul balas dendam ni long.


Esok insiden yang sama berulang.  cukup sebulan ko bayangkanlah aku macam mana. burukkan perangai aku =.= bila aku timbang. ohmaienglish! berat aku dah melebih 60+++kg. Ini adalah satu nightmare. Dalam hati, takpe kat india nanti aku diet turunlah balik. Selalukan macam tu. Ayat nak sedapkan hati.SEMUA orang terperanjat tengok aku yang dah macam di pam2 ni. Tapi aku masih lagi menyedapkan hati dengan tersenyum. 

Bila tanya bam, " awak kita dah gemuk ke?"
Bam jawab ambil berhati-hati, " Takde lah awak nampak dah berisi sikit je, tapi masih comel"
ok. ayat sedapkan hati dia dah keluar. Fine.


Balik India.

Serious.diet secara serious. bukan main-main. Aku google macam mana nak kira calories intake bagai. Punyalah aku berjaga-jaga, catat dalam diari calories intake aku daily. Tapi hampeh! Aku kecewa. Berat still tak nak turun. Bila petang kena paksa jogging dengan bam2. dapat 2-3 round oklah. Sampai aku jogging ambil menangisssss sebab Bam2 paksa. sedih T_T. Tapi aku perlukan itu demi nak sihat dan kurus balik><


Serious. cari member pergi gym. Finally dapat member yang punyai semangat yang jitu macam aku Igy & Stef. Gigih sangat, setiap petang balik kelas dalam 3.30ptg. Sampai bilik mandi-mandi, solat ,jamah whole grain bread terus gerak ke gym di town yang jauhnya naik bas 30min. Sampai gym gigih ikut jadual trainer alternately cardio & dan weight lifting. errr weight lifting ke orang panggil ek? hehe. then lepas tu sambung lagi untuk 3types sit up untuk tummy tu lagi. squat dan pelbagai lagi sampailah around 6.30 ptg baru gerak balik. Malam pun makan capati je ok. Akhirnya, aku yang penat tapi berat aku masih lagi macam spring 60-64kg. sangat mengecewakan. Tapi niat murni masih diteruskan. Nasib baik bam2 ada bagi semangat. uhuk.


Berat tak turun.

Suatu hari yang indah. Aku terjumpa balik seluar slack yang first time datang India. Semangat. Terus iron. Lepas mandi, nak pakai. tapi stuck kat hip aku. Tak boleh masuk apetah lagi nak zip!!!! gilaaaa macam harammmmm. Memang sakit hati meluap-luap. Dekat sape? dekat diri sendiri. waaaahhhh nape aku makan kuih 10 bijik ni.. nape aku tak nak bagi mak aku sikit kuih tu... waaaa. menci nyaaaaaaaa.


Ok. this is my limit! Aku dah sangat stress dengan diri aku. plus kalau dalam sehari orang tak tanya aku soalan ni memang tak sah.

" Hey intan, why u become fat???" memandangkan batchmates aku ramai lelaki, memang ayat menyakitkan hati tak pandai beli penapis. serious tension.


Dulu aku suka google pasal herbalife. aku suka sangat baca pasal HERBALIFE dekat blog JOEGRIMJOW. Tapi baca je lah, percaya tidak. So, bila dah jadi macam ni, I have to find another alternatives. Bukan aku tak pernah jaga kalori makan aku, bukan aku tak pernah exercise. Aku pernah buat. Tapi tak cukup menjadi. Tak cukup jalan. That's why i have to find another solution sebagai batu loncatan aku. I have to! STAT!


haha ok penat. sambung hari lain.


p/s: How i survive with herbalife tanpa coach! pity me kan????

5 si gojes suke membebel:

Cik Kumbang said... [Reply]

salam doc hehe
consume herbalife tp xde coach?
then beli HL direct dari HQ ke?

http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com

ciknurul said... [Reply]

Bab try seluar xmuat tu had happend to me ! Aaarghhhh sgt tensen

ciknurul said... [Reply]

Bab try seluar xmuat tu had happend to me ! Aaarghhhh sgt tensen

zaty said... [Reply]

kite pun herbalifer ;)

Anonymous said... [Reply]

as salam akak..sy br je dtg india buat medic..baru brape bulan berat naik bkilo2..adoilaa..tgh cuba herbalife gak ni..harap la bkesan..sobs

Related Posts with Thumbnails