Monday, October 04, 2010

Resepi Sedap Lasagna si Anak Dara. mari cuba.heeee. dah makan nak lagi!

www.tips-fb.com

Salam Readers,



semalam aku ada buat lasagna yang sedappp!. hmm second time buat.hehe. i likeee. makanan menggemukkan ni memang i like.. habis licin ok.haha.so aku nak berkongsi resepi ni.


BAHAN-BAHANNYA:

Untuk lapisan:

Kepingan lasagna ( beberapa keping ikut lapis dan besar bekas kamu ye)
1 sudu besar marjerin/butter
sedikit garam


Untuk Sos Putih

3 sudu tepung gandum
2 sudu marjerin atau butter
setengah cawan susu segar / susu cair/ atau bancuh sahaja dengan susu tepung.
air ikut kepekatan dan banyak mana yang anda mahukan.( setengah cawan pun boleh)
1 kiub maggi ayam
sedikit garam
sedikit serbuk lada putih / lada hitam
sedikit cheddar cheese yang diparut
mozarella cheese diparut.

untuk Sos Daging:

2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit cili kering 
sos prego ( kuantiti ikut banyak mana yang anda nak buat, aku guna 2 tin )
sayur-sayuran seperti capsicum, lobak, cendawan butang, kacang buncis, tomato yang dipotong dadu.
daging kisar
sedikit serbuk oregano







CARA MENYEDIAKAN KEPINGAN LASAGNA:

1) Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan 1 sudu besar marjerin/butter dan sedikit garam.
2) masukkan satu persatu, jangan sampai melekat sesama sendiri..
3) rebus kepingan tadi tapi jangan sampai terlalu lembik.nanti terkoyak.
4) angkat dan toskan atas penapis.
5) masukkan ke dalam sebekas air biasa.

CARA MEMBUAT SOS PUTIH:

1) masukkan 2 sudu besar marjerin.
2) masukkan setengah cawan susu segar
3)masukkan tepung gandum yang telah dikacau dengan air dengan kepekatan pes.
3) kacau.. dan sambil itu masukkan sedikit garam, serbuk lada putih/hitam dan kiub pati ayam.
4) kacau sehingga likat.


CARA MEMBUAT SOS DAGING:

1) blend bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering
2) tumis bahan-bahan yang dah dikisar tadi sampai cili masak. ( tambah cili kering sebab aku tak suka rasa tomato semata, nanti muak.. biar rasa pedas cili sikit baru sedap)
3) masukkan daging kisar sehingga masak.
4) masukkan prego.. tambah air ikut kepekatan.
5) tambah garam dan gula secukup rasa.
6) masukkan sayur-sayur yang telah dipotong dadu.
7) tambah sedikit serbuk oregano.
8) tunggu hingga masak atau mendidih.pastikan tak terlalu cair kuah tersebut.





PENYEDIAAN TERAKHIR:

1) sapukan marjerin pada bekas atau loyang.
2) letakkan kepingan lasagna tadi menutupi ruangan loyang.
3) letak sos daging dan ratakan.
4) letakkan sos putih. ratakan.
5) letakkan lagi kepingan lasagna
6) letakkan sos daging. dan ratakan.
7) ulangi langkah tadi sehingga loyang agak penuh.ketebalan lapisan terpulang kepada anda.. aku pula, sampai kali kedua letak sos daging dah hampir penuh.. sebab agak tebal setiap lapisan tu.. kalau anda nak buat beberapa lapis.. bila letak sos daging tu..letak sikit sahaja..
8) pastikan diakhiri dengan sos daging. 
9) taburkan mozarella cheese yang dah diparut. pastikan menutupi setiap permukaan tadi. lagi banyak lagi sedap... haha. tapi kolesterol tinggi weh.
10) masak dalam oven dengan kepanasan 180 degree selama 40 minit sampai chesee berwarna perang kekuningan.


heh, dah siap. nanti dah sejuk sikit.bolehlah potong dan ngappp.makan! sodap ni.tapi AWAS untuk orang diet. sangat tak sesuai untuk kamu.


hmm baru lepas keluarkan satu lagi lasagna dari oven tadi.sebab semalam ada orang yang tak dapat.hehe.



aku dapat resepi ni dari blog pepelungu. tapi banyak gak aku modify. hmm yang sos daging tu aku tak ikut. aku gunakan resepi yang selalu aku guna kalau masak spagetti atau pasta.. so sesiapa yang nak buat spagetti atau masak pasta.. boleh je gunakan resepi di atas. nak lagi sedap blender kan sekali cili kering dengan sedikit ikan bilis. memang sedap!



SELAMAT MENCUBA!


p/s: lepas ni kalau si jelinajolie tau mesti dia kata, hari tu jadi klinik gigi, pastu blogshop sekarang buku resepi? haha. nak buat cam mana aku dah kata kan ni multipurpose blog. hmmm pasni nak try buat cheese cake pula.

Apa Itu Santau?ibarat baling batu sorokkan tangan.simptom dan cara elakkan santau.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


kali ini nak kisahkan sedikit pasal SANTAU! semua orang terutamanya orang Melayu memang familiar dengan perkataan SANTAU ni.. sebab memang kebanyakkan orang Melayu lah yang suka mengenakan orang lain. dengki sesama sendiri dengan mengenakan atau menghantar santau pada orang lain. Santau dihantar kepada orang tertentu  dengan niat mahu membalas dendam atau kerana mahu melihat orang tersebut menderita akibat santau malah ada yang terbunuh juga. memang ia tidak bermoral dan semestinya salah di sisi ISLAM.
dengan kata lain santau ni ibarat mahu membunuh orang dalam diam. balingkan batu sorok tangan!



aku dapat sumber ni dari MASTIKA OKTOBER 2010. dari Datuk Dr. Amran Kassim, Ahli lembaga Pengarah UKM. tapi aku dah tukar kepada bahasa yang aku olah sendiri... bukan ayat sepenuhnya dari MASTIKA.



APA ITU SANTAU??


santau ni tidak dapat dikesan oleh para doktor. malah istilah santau sendiri tak ada dalam perubatan moden. kalau orang datang ke hospital, mereka akan di 'diagnose' sebagai penyakit TB@Tibi (TUBERCULOSIS), paru-paru dijangkiti kuman atau lebih teruk Kanser. KENAPA? kerana kebanyakkan mereka datang dengan simptom batuk kering yang serius. Tetapi ini semua adalah kerana tindakbalas atau kesan daripada bahan ramuan santau tersebut. boleh dikatakan SANTAU MENYEBABKAN TB.


Terdapat 3 elemen Santau:

1) Melukakan
(biasanya dari sumber seperti mentol lampu kalimantang yang ditumbuk sehingga menjadi serbuk yang sangat halus @ penyental periuk @jarum halus )

2) gatal
 ( miang buluh @ bulu-bulu binatang @ ulat bulu )

3) beracun
( getah beracun dan berbisa seperti getah pokok ipoh @ bisa ular @ kalajengking etc )


ada juga yang menggunakan salah satu elemen sahaja, tetapi kebanyakkannya mencampurkan ketiga-tiga elemen tadi supaya santau lebih menjadi. setelah diadun, maka  "SANTAU" terhasil apabila diletakkan ke dalam makanan seseorang. hmm kejam kan???



terdapat juga yang dipanggil santau kategori BATIN. campuran masih sama, maksud BATIN di sini adalah bahan-bahan santau ini akan ditapa selama 40 hari 40 malam atau lebih, terlebih dahulu selepas dibacakan jampi serapah. selepas ditapa bahan ini akan dikirimkan kepada seseorang melalui perantaraan jin. sebab itulah tidak terbatas. bukan sahaja dalam makanan malah di mana-mana tempat pon boleh.



kebanyakkan kesan santau bukan sekali gus, ia terjadi bila dah bertemu dengan 'seteru' atau 'regu'. maksudnya bila orang trsebut dah makan makanan seperti nanas muda, rebung dan cuka.. hah barulah santau itu ada kesan!


apa simptom-simptomnya??

1) gatal-gatal anak tekak,
2)batuk kering yang teruk berlarutan terutama pada tengah malam.
3) sakit kepala berdenyut-denyut
4) bisa-bisa pada sendi
5) pesakit jadi pelupa dan pemarah
6) nafas berbau busuk
7) kemungkinan gigi mangsa akan tercabut satu persatu ( tindakbalas racun)
8)hujung kuku tangan jadi hitam.
9) gangguan tidur dan mimpi aneh



santau biasanya dikaitkan dengan sihir atau ilmu hitam. hal ini sudah tentu akan merosakkan iman dan akidah seseorang.. percaya kepada ilmu hitam selain dari ALLAH adalah syirik! aku pun kadang-kadang tak faham kenapa wujudnya manusia berhati dengki dan busuk.. setiap salah dan silap ada balasannya.jangan dibuat hukum sendiri.. Allah sekarang bayar cash!! 


kadang-kadang ada pengamal yang tak berniat nak kenakan santau pada orang.. tetapi akibat perjanjian dengan jin, dia terpaksa mengenakan ilmu tersebut kepada orang lain. jika dia tak berbuat demikian, santau itu akan memakan dirinya. sebab itulah wujudnya SANTAU ANGIN!! pengamal ini akan meletakkan santau di tempat-tempat tertentu contohnya simpang-simpang jalan, jadi sesiapa yang kurang bernasib baik. akan terkena!! malang sungguh.. eshhh Nauzubillah. 


moga kita sama-sama dijauhkan dari hasad dengki manusia dan perbuatan khianat manusia. amin.



yakinlah Allah itu maha adil dan maha kuasa. apa pun dia yang tentukan.



antara cara elakkan santau:



 bacakan ketika kita dapat makanan atau air.. kalau ada santau
insyaAllah pinggan atau gelas itu akan pecah.








p/s: elakkan syirik dan khurafat.huhu.

Related Posts with Thumbnails