Salam Readers,
kali ini nak kisahkan sedikit pasal SANTAU! semua orang terutamanya orang Melayu memang familiar dengan perkataan SANTAU ni.. sebab memang kebanyakkan orang Melayu lah yang suka mengenakan orang lain. dengki sesama sendiri dengan mengenakan atau menghantar santau pada orang lain. Santau dihantar kepada orang tertentu dengan niat mahu membalas dendam atau kerana mahu melihat orang tersebut menderita akibat santau malah ada yang terbunuh juga. memang ia tidak bermoral dan semestinya salah di sisi ISLAM.
dengan kata lain santau ni ibarat mahu membunuh orang dalam diam. balingkan batu sorok tangan!
aku dapat sumber ni dari MASTIKA OKTOBER 2010. dari Datuk Dr. Amran Kassim, Ahli lembaga Pengarah UKM. tapi aku dah tukar kepada bahasa yang aku olah sendiri... bukan ayat sepenuhnya dari MASTIKA.
APA ITU SANTAU??
santau ni tidak dapat dikesan oleh para doktor. malah istilah santau sendiri tak ada dalam perubatan moden. kalau orang datang ke hospital, mereka akan di 'diagnose' sebagai penyakit TB@Tibi (TUBERCULOSIS), paru-paru dijangkiti kuman atau lebih teruk Kanser. KENAPA? kerana kebanyakkan mereka datang dengan simptom batuk kering yang serius. Tetapi ini semua adalah kerana tindakbalas atau kesan daripada bahan ramuan santau tersebut. boleh dikatakan SANTAU MENYEBABKAN TB.
Terdapat 3 elemen Santau:
1) Melukakan
(biasanya dari sumber seperti mentol lampu kalimantang yang ditumbuk sehingga menjadi serbuk yang sangat halus @ penyental periuk @jarum halus )
2) gatal
( miang buluh @ bulu-bulu binatang @ ulat bulu )
3) beracun
( getah beracun dan berbisa seperti getah pokok ipoh @ bisa ular @ kalajengking etc )
ada juga yang menggunakan salah satu elemen sahaja, tetapi kebanyakkannya mencampurkan ketiga-tiga elemen tadi supaya santau lebih menjadi. setelah diadun, maka "SANTAU" terhasil apabila diletakkan ke dalam makanan seseorang. hmm kejam kan???
terdapat juga yang dipanggil santau kategori BATIN. campuran masih sama, maksud BATIN di sini adalah bahan-bahan santau ini akan ditapa selama 40 hari 40 malam atau lebih, terlebih dahulu selepas dibacakan jampi serapah. selepas ditapa bahan ini akan dikirimkan kepada seseorang melalui perantaraan jin. sebab itulah tidak terbatas. bukan sahaja dalam makanan malah di mana-mana tempat pon boleh.
kebanyakkan kesan santau bukan sekali gus, ia terjadi bila dah bertemu dengan 'seteru' atau 'regu'. maksudnya bila orang trsebut dah makan makanan seperti nanas muda, rebung dan cuka.. hah barulah santau itu ada kesan!
apa simptom-simptomnya??
1) gatal-gatal anak tekak,
2)batuk kering yang teruk berlarutan terutama pada tengah malam.
3) sakit kepala berdenyut-denyut
4) bisa-bisa pada sendi
5) pesakit jadi pelupa dan pemarah
6) nafas berbau busuk
7) kemungkinan gigi mangsa akan tercabut satu persatu ( tindakbalas racun)
8)hujung kuku tangan jadi hitam.
9) gangguan tidur dan mimpi aneh
santau biasanya dikaitkan dengan sihir atau ilmu hitam. hal ini sudah tentu akan merosakkan iman dan akidah seseorang.. percaya kepada ilmu hitam selain dari ALLAH adalah syirik! aku pun kadang-kadang tak faham kenapa wujudnya manusia berhati dengki dan busuk.. setiap salah dan silap ada balasannya.jangan dibuat hukum sendiri.. Allah sekarang bayar cash!!
kadang-kadang ada pengamal yang tak berniat nak kenakan santau pada orang.. tetapi akibat perjanjian dengan jin, dia terpaksa mengenakan ilmu tersebut kepada orang lain. jika dia tak berbuat demikian, santau itu akan memakan dirinya. sebab itulah wujudnya SANTAU ANGIN!! pengamal ini akan meletakkan santau di tempat-tempat tertentu contohnya simpang-simpang jalan, jadi sesiapa yang kurang bernasib baik. akan terkena!! malang sungguh.. eshhh Nauzubillah.
moga kita sama-sama dijauhkan dari hasad dengki manusia dan perbuatan khianat manusia. amin.
yakinlah Allah itu maha adil dan maha kuasa. apa pun dia yang tentukan.
antara cara elakkan santau:
bacakan ketika kita dapat makanan atau air.. kalau ada santau
insyaAllah pinggan atau gelas itu akan pecah.
p/s: elakkan syirik dan khurafat.huhu.
11 si gojes suke membebel:
mama salu pesan suh amalkan doa tu, setiap kali nak makan jugak. takot sebab kadang3, tak pasal3 kena kat kte. minta jauh la kan :)
arwah mama yong meninggal sebab santau ler :(
sob.sob
erm....ak hlg abg krn INI!!!!
13 okt nie genap stahun arwah p...:'(
Insya"Alah kt jmp next wik..weee
nice entry..ilmiahhh....huhuhu...tq2
bagus la entry pasal santau yang intan share ni sbb siap dgn simptom dan cara elakkannya..nice 1..jauhi perkara menyekutukan ALLAH...`
baru aku tau...pasni kena amalkan lar..tp mber aku dy memang hebat santau angin..skli dy bagi smpai sminggu bau tu mlekat kat bilik..hahaha
wahhh..tuan tanah..thanx sgt2 info nih...rujukan dr ustad ismail kamus mmg best n cpt faham..thank u...^_^
nice share...thx
bagus info nie :)
ngeri je dengar perkataan santau tuh.
lagi2 tang santau angin. moga kite dilindungi Allah sentiasa.. huhu..
aku pun tau gk pasal surah tu.tp aku jrg amalkan sbb nk bace mestila kne ade wuduk . :)
Post a Comment