Wednesday, May 18, 2011

It Happened Only in India #1

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Kenapakah India dikenali sebagai Incredible India? Uniknya India ni, hanya mereka yang telah jejakkan kaki ke India dan merasai kehidupan seharian sebenar di India sahaja yang faham. Bukan itu sahaja, hanya mereka yang dah menempuh dan menghadapi kerenah dan pelbagai ragam masyarakat India tak kira sahabat atau pun orang asing sahaja faham Dan percayalah kenangan itu amat bermakna dan pasti mencuit hati bila dikenang-kenang balik. Sangat-sangat berharga. Entah kenapa bila memikirkan hanya tinggal 5 bulan sahaja sisa-sisa pengalaman di India, hati terdetik.. Adakah aku akan merindui suasana dan ragam mereka. Dan tanpa hesitation aku mengiyakan persoalan itu.


Well, Ini hanya berlaku di India. hehe tak tahulah tmpat lainkan. Sudah ini sahaja tempat selama hampir 5 tahun aku menimba pengalaman. 




Suasana yang agak uniknya aku terjumpa gambar ni di internet. Punyalah dahsat sangat nak tengok tv sampai tak sempat nak tungguair surut. Ada satu tips di sini, silalah berhati-hati dengan air banjir kalaudi India ni ye, Yelah India  ni kerap sangat banjirnya, padahal bukannya hujan tu lebat mana pun, hangat-hangat tahi ayam pun air dah boleh naik sampai betis. Haih padanlah kolej aku kalau time hujan je, mesti separuh hari.. bukannya apa takut bila hujan nanti, sampai ke malam tak boleh balik rumah sebab jalan dah dibanjiri air. 


Sistem pemparitan yang teruk dan jalan raya yang tak rata sampai air boleh bertakung... Memang bau busuk pun menerjah laju ke hidung. Apa taknya, dah semua orang jadikan parit, longkang, sungai sebagai tempat pembuangan sampah.. Oh tak lupa tempat membuang air besar dan kecik. Hancing busuk macam-macam ada weh.haha.Jadi silalah fikir empatploh juta kali ye kalau nak main air hujan mahupun air banjir di India. Errr sangat geli bila fikir air sungai bercampur baur air kencing dan taik jutaaan penduduk sini. Minta Simpang. kalau klorok sebulan pun belum tentu bersih oii.. Pernah satu ketika, aku naik auto sampai dah macam naik autoboat. haha. Punyalah dahsat banjir kat bandar tu. Nak pergi kedai pun punyalah payah, air naik sampai ke muka pintu kedai. 




Salah ejaan ni sudah biasa huhu, Tapi macam comellah pulakan? hahaaaa.




Oh oh, ini adalah perkara biasa di India. haha, kerbau lembu pun turut sama duduk di tengah jalan, dan yang pasti tiada orang kisah mahu menghalau ke apa, biar je.. Kena hon pun selamba badak je lembu ni. haha. Kerap sangat berlaku, selain lembu ada lagi.. Kambing! nak lagi dahsat? Babi pun melambak. Tapi babi ni takut sikit. dia duduk tepi-tepi jalan sahaja. Anjing? tak payah lah cakap. Anjing dah macam kucing dah. 




hah, padan muka buat si pencuri selipar. hehe. selipar jepun kan orang suka curi.
haih, kalau amik je dua-dua pastu takleh juga pakai. haha. 




haha nice!





ehem, sangat common di India, di mana ada tong sampah yang sememangnya jarang sangat ada.. di situlah sampah sarap berkumpul di sekelilingnya. Lagi-lagi kalau dah tertulis jangan buang sampah merata-rata, takpon tong sampah tu tulis please use me! orang sini macam tak reti bahasa!





hehe,yang ni pun aku pernah nampak. Bukan setakat muatan naik motor melebihi 3-4 orang, ada yang sampai lebih muatan sebab letak barang macam ni lah. hmm bukan bas dan lori sahaja yang lebih muatan. Naik motor pon boleh. betapa hebatnya orang-orang di sinikan. Kagum betul tengok orang depan siap pakai topi keledar. Punyalah mematuhi undang-undang. Tapi yang belakang tu, silap haribulan boleh jadi superman terbang! Hey berbahaya betul.




Pokok di tengah-tengah padang! India punya padang ni memang tak ada rumput.Namanya padang bola ke, padang kriket ke, trak nak lumba lari ke semuanya hampeh tak ada rumput.





Kekurangan sensitiviti. Lebih elok disebut Mentally Handicapped.





Tenaga buruh nak pergi bekerja. Selalunya kat tempat aku yang aku nampak naik lori kecil. Penuhlah dalam tu dengan makcik-makcik pakai sari, pakcik pakai dhoti.. hmm kadang-kadang rasa penuh simpati sebab usia yang sebegitu tua dengan keadaan yang sebegitu uzur merka bekerja sebagai tenaga buruh. Semua orang pun tahu yang India memang masih lagi menggunakan tenaga buruh berbanding di tempat lain yang telah menggunakan mesin-mesin canggihkan. Hebat sangat nenek-nenek bersari menjunjung batu batan yang berat di kepala dengan bersahaja. Simpati membuak-buak sebab terbayang nenek sendiri di tengah-tengah panas bekerja keras hanya kerana sesuap nasi untuk keluarga. Dengan kedut-kedut kulit di muka dan tangan yang semakin dimamah usia, air muka letih yang menyebabkan hati sayu. Memang tersentuh sangat hati. Sekurang-kurangnya mereka berusaha dalam mencari rezeki yang halal, bukan ada yang sanggup menipu, merompak dan membunuh nak cari duit haram! 



p/s: Sambung lagi di lain entri!

Sunday, May 15, 2011

Review: Maharaja Lawak 2011 minggu ke-7, Amir akhirnya tersingkir!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,



Maharaja Lawak kembali lagi minggu ini. Yep sememangnya minggu yang aku tunggu-tungu sebab nak tengok sehebat manakah kemampuan mereka beraksi dalam SILENT COMEDY. Punyalah tak sabarkan malam-malam Jumaat dah buka youtube cari. Awal betul mereka ni upload.haha. Best-best.


Here we go,


1) JAMBU






Entah kenapa aku memang suka sangat dengan Jambu, bukan aku sahaja cakap malah kawan-kawan aku pun. Sebab mereka ni memang best tang mimik muka dan gaya. Itupun dah boleh buat orang tergelak. Jalan cerita menarik dan memang timing pun kene. Tak adalah laju sangat sampai tak faham atau lambat sangat sampai jadi lembab. Rasa kelakar pula tengok diorang pakai baju ketat kaler pink tu huhu. Minggu lepas lagi aku dah agak Ah Jambu mesti boleh buat punyalah. Aku bagitahu kawan aku. Then selepas tengok kawan aku cakap.. Betullah apa kau cakap.haha. Apa-apa pun tahniah Jambu! 






2) SEPAH







Aku suka persembahan SEPAH. mungkin mereka bertigakan, jadi sudah ada advantages nya di situ. Cerita memang menarik. Walaupun Mamat tak banyak sangat pun part diakan. Tang Ambulans tu memang kelakarlah. Best! 





3) JOZAN







Hmm, Ramai juga yang aku dengar orang kata Jozan terbaik.. Tapi bagi aku, yep memang malam tu Jozan best.. Dengan latar belakang soundtrack yang memang menarik. Pace nya yang hmm agak laju tu sepatutnya di perlahankan sedikit sebab sampai aku tak faham, pening kepala aku cuba tangkap. Baru nak faham eh dah kene faham yang lain. Tapi memang tak dapat dinafikanlah Jozan memang best malam tu. Macam Charlie Chaplin pun ada. huhu. Aku paling kelakar masa awal-awal persembahan tu. huhu. Then member aku cakap, jalan cerita sama sangat contohnya Zizan macam nak sampaikan yang Johan sebagai pembantu macam useless sebab kantoikan je. Tapi yang lain semua best. Sebab diorang banyak idea nak tentang magik tu. Memang sangat entertaining!






4) NABIL





Adeh aku kesian sangat dengan Nabil. huhu. Sebab Nabil ni sorang-sorangkan tu lah kekurangannya di situ. Selama ni kekuatan Nabil pada kepetahannya bercakap dan melawak. Jadi bila suara dah takde sudah menjadi kekurangan di situ. Tetapi sekurang-kurangnya Nabil mencuba sebaik mungkin dengan props bagai. 




Balas, hmm ok not bad. 


Man, hm aku tak tengok pula.


Amir, hm idea dah ada. Bagi aku idea tu cubalah bagi Nabil buat ke.. mesti lawak punya. Tapi entah kenapa aku memang tak berkenan. Kadang-kadang aku rasa si Amir ni terlalu overconfident walaupun tak lawak mana. Pelik aku. Walaupun orang lain yang lagi hebat masih rendah diri, down to earth tapi Amir ada sedikit bongkak perangainya. Bak kata kawan aku, apehal mamat ni macam mengada sangat! hmm, lagi satu kalau juri tegur dengarlah. Dah memang kita tak hebat mana, baru nak belajar.. dengar dan belajar. Syukurlah boleh sampai minggu ke-7. Ini bukan Raja Lawak tapi Maharaja Lawak. Macam kurang ajar pula bila dia cakap macam tu pada Idham. Tak pasal-pasal si Mamat Khalid nak kene cari ayat, susun elok-elok sebab nak jaga hati kau weh. Haih, diorang tu antara orang besar dalam industri.. Tutup 1 periuk nasi namanya.





Kedudukan Undian






p/s: Akhirnya tersingkir pun AMIR!

Related Posts with Thumbnails