Saturday, April 16, 2011

Trip to INDIA : Water Sports in Goa!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Haih penat dah bersiar-siar melawat blog orang, tapi tak dapat nak komen, internet budus ni tak boleh buka blogspot, baca pon melalui proxy punya web Yellowtimer.com. Bolehlah nak baca, yang mana boleh komen den komen. yang tak boleh den tinggalkan jejak dekat shoutbox.. tak boleh juga, next time den datang lagi ok? 


ok nak sambung balik cerita di GOA yang tergendala.hehe. Ada yang bertanya tentang climate dekat Goa. Goa waktu paling sesuai datang, maksudnya Peak Season waktu krismas.. masa tu baru masuk musim sejuk omputeh kata winter season dekat India ni. so Sepanjang Disember sampailah akhir Februari dikira peak season. Memang ramai gila omputehnya. dah macam Miami Beach. ok sila bersedia untuk entri cecah lantai! haha.


Peak season: Disember- end of Februari ( masa ni musim sejuk, Mac tu pun kira boleh lagi tapi dah panas!)
Musim Panas : April - Jun ( so kalau nak terbakar pergilah time ni ye.haha)
Jangan Pergi : musim hujan, Julai - September. macam padang jarak padang tekukur pula rupanya.


well, nama pun femes dengan pantai.. dan semestinya ada Water sports. Hee, water sports Goa memang best woo. cuma harga kena pandai tawar. ada banyak pantai, banyak pilihan maka janganlah tertipu ye! Calangute beach tu terkenal dengan Commercialized Beach. memang banyak gila water sport nya. kalau Baga ni tak banyak sangat.. so, harga pun memang mahal. 


Pagi-pagi hari kedua, bangun-bangun pergi mengisi perut dulu.. baru pergi cari port nak main water sport. mula-mula jalan dekat Baga Beach. makkk aiii mahal nak mampuih. watersport ni boleh ikut pakej, atau pun bolehlah pilih nak yang mana-mana. kalau pakej ni murah lagilah. tapi still kene pandai tawarlah. antara yang ditawarkan:

Banana Boat
Jetskiing
Bumper Boat
Parasailing
Speed Boat


lengkap 5 tu, harga awal ditawar Rs 3000 ( RM 210) untuk dua orang. kitorang blah je, malas nak tawar-tawar. abang tu siap tanya nak berapa? lama-lama dia kurangkan harga sampai Rs 1500 (RM 100)  untuk dua orang plus free 2 sunbeds dan dia kata dia siap simpankan barang-barang kitorang semua dalam locker.. siap nak ambilkan gambar lagi.haha. oklah tu kan, untuk 2 orang. terima kasih abang! Tapi sebenarnya boleh lagi tawar, paling tidak Rs 800 ( RM 56) untuk 2 orang. Tapi sebab hari makin panas, asik kene mengekor je dengan abang ni.. sampai rimas dah kitorang.


sebenarnya ada satu lagi aktiviti, tengok Dolphin. huhu mula-mula macam tak percaya juga, tapi dia dah yakinkan kami.. dia cakap no dolphin, no money! mula-mula mahal juga, untuk 2 orang Rs 800.. tapi bila tawar-tawar dapatlah Rs 350. nak murah lagi, pakcik tu cakap.. bayar lebih sikitlah sebab dia bawa kami berdua je.haha. special treatment. Puas juga berlegar-legar dekat tengah laut nak cari dolphin punya pasal. Nampak beberapa kali, tapi nama pun bukan jinak.. tengok dari jauhlah. Bila dekat hilang. huhu. tapi kira puas hatilah juga.. nak pegang-pegang pergi tengok dekat sarkas ke pertunjukan dolphin ke kan. logik juga. Setengah jam adalah misi mencari Dolphin tu. Tapi nak tengok kena sebelum pukul 10 pagi. lepas tu panas agaknya dolphin nak pi tidur.


Balik main watersports, pergi Baga Beach pula.. sebab rasa macam dah lama nak mandi pantai. tengok pantai tengok matahari. mampuih aku gelap macam tempe ni. Best gila mandi pantai! haha. Baga Beach ni lagi bersih sebab tak banyak watersports, ramai orang berenang dan menyelam kat Baga dari Calangute.. lama juga. Sejam ada kot. Macam tak nak keluar laut. Aku tak pandai berenang, tengok aje la si Bam2 berenang sana sini, aku main tepi-tepi sikit.. rasa nak ke tengah pegang tali si penyelamat tu. argh sahdis kan? sahdis tak sahdis. malam tu habis sunburn muka. pink semua. pink comellah. balik ni no more pink, kompem hitam.


Selepas dipaksa Bam2, stop dah mandi pantai. Balik siap-siap, perut lapar! pergi Brittos! Lagi? haha. banyak makanan best kena cuba, so takpelah ulang-ulang kali. Kali ini, aku ngidam nak makan pomfret. Nama kampungnya Ikan bawal.hehe. tengok menu. haih licin lagi poket ni. nafsu tengah membuak-buak ni.


Nasi putih semangkuk
Goa Kari Ikan
Pomfret (Ikan bawal yang besar gila) masak bbq grilled
Blueberry Cheese cake yang superb!


Photobucket
Pomfret ku yang sedap dan mahal.


Photobucket
nak cheese cake tu lagi! 


cepat teka berapa harga pomfret tu! haih melayang duit. bak kata mak den, kalau makan duit habis takpe. makanan.. haha. pomfret sahaja Rs 1100 ( RM 80) total makan tengah hari Rs 1500 ( RM 110). tapi memang puas hati sebab sangat sedap.


Lepas makan, kami nak pergi Aguada Fort.. member cakap tak jauh, boleh merempit. Tak tahu jalan tanya orang. Jadi berpandukan sepanduk tepi jalan dan ihsan orang ramai.. Jauhlah juga, lebih kurang 10 km perjalanan. Akhirnya jumpa pun Aguada Fort. Memang cantik fort tu. Luckily kami sampai awal, sebab Fort tu tutup pukul 5.30 petang. Memandangkan sepanjang jalan ke fort tak ada lampu jalan dan dipenuhi hutan serta samuk samun, jadi untuk keselamatan semua jugalah. Puas ambil gambar, sampai kena halau dengan pakcik guard dekat Fort.haha. on the way balik singgah Baskin Robin. argh sedapnya tekak dapat aiskrim.hehe.


Terus balik Baga beach, sebab nak tengok sunset. Romantik gitu-gitu. Sampai Baga ramai orang dah duduk-duduk tepi pantai.. semua nak tunggu sunset. Habis sunset, balik bilik rehat-rehat. Malam kebulur sudah, badan sudah letih gila, lapar punya pasal keluar juga makan, pergi satu restoran Souza de Lobo dekat Calangute, member aku cakap best.. Tapi sayangnya penuh sangat.. Memang tak ada seat, kecewa! Balik resort, jalan kaki terus pergi Domino's Pizza berdekatan. Konyang! Malam tu memang letih, dengan sunburn, sakit-sakit badan naik bumper boat.. tidur tak sedar diri!


ok seperti jom layan gambar,


Breakfast Pagi


Photobucket
indian food sebagai breakfast.



Photobucket
Puri masala dan Masala Dosa



Water sports in Calangute Beach



Photobucket
nak pergi melihat dolphin!



Photobucket
cantikkan =D



Photobucket
Ramai sangat orang!



Photobucket
Berjetski



Photobucket
Bumper Boat
nampak macam coolkan.
kalau korang zoom muka aku macam haram!



Photobucket

Bumper Boat, sakit! sebab terhentak-hentak, Bam2 kata paling best. mencabar.. melayang-layang pelampung tu kena tarik dengan bot, dilanggar ombak lagi..tapi memang terbaiklah.


Photobucket

Aku tak suka naik Banana Boat. benci! tak suka feeling rasa nak lemas. aku dah lah tak pandai berenang. dpat special treatment lagi, satu banana boat tu naik berdua je, paling kelakar, bila jatuh je, aku sudah terkapai-kapai. haha. puas bam2 dengan budak-budak yang ikut sekali tu cakap jangan panik. slow-slow apungkan diri. aku cuba. Bila terapung bukan telentang! tapi meniarap. budus. mana tak makin gelabah aku. semua dok gelak aku.cis! Bila pusing balik,sekali lagi jatuh, aku terkapai-kapai seperti biasa, lepas tu budak kecik tu cakap, madam! seeee. dia berdiri. arghhh rasa budus gilaaa. cetek rupanya. hampeh betul ko intan! ada ke terkapai-kapai dekat tempat cetek!


Photobucket

aku paling suka Parasailing! hehe, tengah-tengah laut juga.. naik speed boat ke tengah laut.. orang semua dok couple-couple nak naik parasailing ni. aku dengan Bam2 je tak nak. tak naklah romantik-romantik. gedik je. haha. naik solo-solo baru mencabar sikitkan.. Paling tak best, time ni pula bateri kamera kong! dang!


Aguada Fort


Photobucket
Aguada Fort.



Aguada Fort




tower




Photobucket




Photobucket
cover album.


Photobucket
di bawah sang pokok.



Photobucket
atas fort



Photobucket
trying to snap the best photo =D



Photobucket
he's trying to pose like ME! haha



Photobucket
Bergerak balik daaa.


Sunset in Baga Beach



Photobucket
belum sunset lagi.hehe



Photobucket
sunset yang malu-malu kucing



Photobucket
dah lama nak gambar camni.haha



Photobucket
the sunset!



Photobucket
sweet tak ? =P




Esoknya kami balik tengah hari, tak sempat pergi mana-mana pun sebab flight awal juga. airport pun boleh tahan jauhnya, dalam setengah jam. Airport Goa tak adalah besar mana. tapi ok la. =D Dengan itu tamatlah percutian di GOA! 



p/s: Jom datang India. hehe. best ok jalan-jalan dekat India ni.. asalkan jangan salah makan sudahlah. hah yang itu memang menyesal tak sudah! Lama tak update blog sebab berjalan ke Bangalore! memborong kain cotton! haha dapatlah 5 pasang. 

9 si gojes suke membebel:

Syima Emi said... [Reply]

salam..

nak tanya, kain cotton sana mahal ke? cotton india eh? kari sari nak buat baju kurung mahal jugak tak?

oh ya, rasa nak g GOA gak bila tengok ikan bawal tu ;p

qllmjd218 :D said... [Reply]

yang banana tu je kot dapat jumpe kat Msia. haha. bestnye :D

Phantom said... [Reply]

perghh sedapnya makanan kak

IntanBerlian said... [Reply]

Syima Emi~


kain cotton takde lah mahal mana. huhu kalau beli dekat chennai boleh dapat yag dah siap potong kainnya, siap dah untuk baju, kain dan selendang lagi. kalau dkat bangalore pula memang beli kain potong..

sari pon takdelah mahal tgk jenis kain, kalau kain jenis chiffon atau crepe memang mahal laa... huhu

IntanBerlian said... [Reply]

Noor Aqillah Majid~


huhu jetski bukan ada gak ke dear.

IntanBerlian said... [Reply]

Diyana~

haha memang sedap sangat. balik je terus naik berat.haha

nina suhaina said... [Reply]

akakkkk!!!!! jelesnya tengok gambar akak ngan bam2 pi goa ni. ni yang rasa nak pi india ni..

erkk tapi banana boat kat tempat sendiri pon saya tak pernah try lagik. hihi..

ewanrani said... [Reply]

perghhh macam best je pergi sana maaaa...

entries terhanagt>>>Bangunan Tenaga Solar Terbesar Didunia

Anonymous said... [Reply]

I do not even know the way I ended up here, but I assumed this publish was once
great. I don't know who you might be however definitely you're going to
a well-known blogger in the event you are not already.
Cheers!
my web page :: mood swing in men

Related Posts with Thumbnails