Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Adik Rindu Abah...

www.tips-fb.com

Suatu ketika,





Aku pandang sebelahku, kelihatan seorang anak perempuan kulihat mencium-cium gelang tangan bermanik yang kelihatan usang dan longgar. 


Dicubanya gelang tangan itu lagi, disarungnya ke tangan, tapi gelang yang longgar itu terus melorot sampai ke lengan. Bila terlalu besar untuk tangannya, dikeluarkan dari tangan lalu digenggam erat-erat tanda betapa si kecil terlalu menghargai pemberian gelang itu. Barangkali terlalu menghargai si pemberi atau barang yang diberi aku kurang pasti. Sambil mencium-cium berulang kali, dia melentokkan kepalanya ke tingkap. Semakin galak aku memerhatikan gerak geri si kecil. Matanya jauh memandang ke luar tingkap, entah apa yang difikirkan aku pun tak pasti. Entah apalah yang berserabut dalam kepala si kecil ini. Dalam sungguh menungan dia.


Tergerak hati ingin bertanya, lalu spontan keluar dari mulutku,


" Kenapa adik? Gelang dah longgar ye?"


Kepala diangguk tanda mengiyakan. Tak sepatah keluar dari mulut si kecik.


" Tu lah, kenapa adik tarik-tarik tadi gelang tu.. Kan dah besar.. kan dah longgar.. Macam mana nak pakai tu? dah tak boleh pakai " ujarku lagi.


" Tak apa, adik pegang pun boleh. Tak payah pakai. Boleh je pegang macam ni " Kata si kecil sambil menggenggam erat-erat lalu mencium gelang usang tu.


Aku tahu, gelang itu diberikan oleh si abah entah zaman bila. Zaman tok kaduk mungkin. Abah yang sudah hilang entah ke mana. Sebak melihat telatah si kecil. Ku tanyakan untuk kepastian.


Harapan setiap insan yang bernyawa di muka bumi ini



" Adik rindukan abah ke? "

Dipandangnya aku, sambil mengangguk laju. Digenggam erat-erat. Sekali lagi dicium-cium gelang manik itu seolah-olah mencium pipi abahnya.


Tiba-tiba si kecil menjawab,


" Adik rindu abah. Lama tau adik tak jumpa abah. ", katanya penuh makna.


" Adik nak jumpa abah ke? ", dugaku lagi.


" Nak! Adik nak sangat jumpa abah. Adik rindu abah"


" Abah ada telefon adik?", berubah muka si kecil mendengar persoalan aku.


" Takde. Lama adik tak dengar suara abah. Adik rindu sangat abah.. Dulukan abah selalu bagi adik duit. Abah masukkan dekat bank ibu " jawab si kecil sambil menguit-nguit gelang di jari.


" Mana adik tahu? "


" Ibu bagitahu adiklah.....Tapi sekarang takde " hibanya muka si kecil. Seolah-olah memahami nasib diri.


Sentap bila setiap kali dengar si kecil ucap "ADIK RINDU ABAH". Apalah perasaan si kecil itukan. Mesti tertanya-tanya mana pergi menghilang si abah. Khabar berita pun tiada. Suara pun dah lama tak dengar. Rupa paras entah diingat ke tidak. Tapi si kecil tahu DIA itu abahnya. Abah kandungnya yang dirindui. 


Terdetik hati kecilku, jika kau punyai keluarga lain pun di luar sana, anak kecil ni dari benih kamu. Kerana kamu dia dilahirkan. Bukan si ibu seorang yang menjadi sebab dia dapat melihat dunia.. Tiadakah rasa kasih sayang yang terbit. Sedikit pun tiada khabar ditanya sihatkah? makankah? Sekolahkah? Betapa si anak berharap si abah tiba-tiba hadir di depan mata. Tak banyak cukuplah suara bertanya khabar. Tanda kasih itu masih ada, sayang itu masih mekar.


Janganlah kamu mengabaikan tanggungjawab kamu.. Anak kecil ini tak mengerti apa-apa.


Apa yang bermain di minda kenapa ibu di sini abah di sana.


Kenapa sukar benar ibu nak bawa adik ke mana-mana macam orang lain. Adik pun teringin berjalan ke sana sini macam orang lain. Adik pun nak pegang tangan ibu dan abah berjalan dengan gembiranya sambil mendabik dada bahawa adik punya abah dan ibu. Adik nak perhatian ibu dan abah. Tak banyak dan tak susahkan ibu, abah.. Kini adik ada ayah baru. Namun jauh di sudut hati, abah tetap yang satu. Adik masih mengharap kasih sayang abah walaupun sekelumit.. Walaupun sebesar zarah. Abah, izinkanlah si adik menjengah hidup abah, menumpang jauh sekali. Adik rindukan suara abah, cukuplah abah tanya khabar adik walaupun sekali. Harapan besar si adik kecil mungkin dapat menumpang kasih si ayah baru. Wallahu'alam bisik hati kecilku lagi.


Rasa sebak bila melihat tak berhenti-henti si kecil menggengam erat-erat, mencium-cium berulang kali. Puas dipakai ke sana ke mari tanda si kecil TERLALU MENGHARGAI pemberian abah. Tidak! Mungkin si kecil itu bermaksud terlalu menghargai kehadiran si abah suatu ketika dulu. Nampak dia terlalu merindui si abah.. 


Pada si abah di luar sana,


Si kecil itu tanggungjawab kau, kau mungkin terlepas di dunia. Tapi tak mungkin di akhirat sana. Jangan sampai si kecil menjadi mangsa kealpaan kamu.



Tabahlah adik kecil. Ramai lagi yang sayangkan kamu.


p/s: Anak kecil ibarat kain putih, tanggungjawab ibu bapa yang bakal mencorakkannya. 

Saturday, December 05, 2009

Cerpen Jiwang #1

www.tips-fb.com

Cerpen Jiwang.

Kem Perfect Score SBP Zon Selatan lokasi SBPI Selandar.
Cerpen ini mengisahkan si gadis bername KIUT, si lelaki bername JEJAKA dan SENGAL.

Kiut si gadis comel yang agak kasar sedikit tapi hati dia sangat lembut..name pon pompuan kan.. Jejaka pula sangat taiko..besar kepale tak ingat dunia.. Sengal ni pula sangat bengap dan suke benar ngan si kiut ni...

Di kem itu,Kiut dan Sengal dapat satu kumpulan dari bermulanye kem sampai penghujung kem. Start dari sesi perkenalan, addmath dan fizik. Kiut memang tak berape gemar dengan si Sengal ni.. Tapi barulah Kiut perasan yang Sengal ade hati dengan Kiut rupenya.. Setiap kali bermulanya sesi kem,pasti Sengal nak duduk sebelah Kiut walaupun bersempit-sempit..Rimas Kiut dibuatnya. Bukan takat itu je.siap ajak tukar2 necktie lagi..tukar2 phone number..tapi kiut xkuasa nak layan..

Bila sesi fizik bermula,maka bermulalah segala episod antara Kiut dan Jejaka...Sengal hanya sebagai watak tambahan..
"weh Sengal,xboleh ke ko duduk sebelah lelaki?ko nak bersempit2 kat situ gak buat pe?" Jejaka bersuara xpuas hati dengan si Sengal.

Sengal hanya mendiamkan diri..lantas mengambil tempat di sebelah Kiut..Dia buat tak tahu je pe si jejake cakap..seolah2 dalam kumpulan tu ade kiut dan dia je...

Tapi itu bukanlah masalah yang memeningkan kepale kiut..Tapi sebenarnya yang bermasalah ni..si Jejaka..Yang membuatkan si Kiut bengang dengan Jejaka ni,dia ni punyelah pemalas..membebel je dengan kwn dia..borak.. gelak2.. ngumpat.. sakit hati dowh kiut tengok..tak abis2.. padahal keje melambak..name pon group work.tapi xnak buat ape2.Tak puas hati betol kiut..

Weh Jejaka ko xboleh ke tolong buat keje ni?? asik aku je buat,bebel kiut.

alah,leklah..nanti aku present...ko buatlah ek..

bile sampai turn present...jejaka buat hal..xnak pegi depan present,panas gile kiut ni..muke dah merah padam tahan marah...last2..jejaka pi suruh Sengal plak yang present.. dah lah terkontang kanting mamat tu kat depan sorang2.. ape ke bengap sangat Sengal ni..boleh plak ko g sorg2 kene buli kat depan tuh..

weh jejaka.ko ni nape? tadi kate nak present.ko biar plak si Sengal wat sorg2..xleh harap betol ko..harap muke je hensem.tapi pemalas macam cipan.. dah gi depan tu tolong Sengal.. sian kat dia..atleast ko pegilah tolong pegang kertas tu ke..panas darah dah si kiut ni..kalo hari2 mengadap jejake mahu hypertension kiut..

memang menyirap je darah si kiut ni dengan jejake.. sepanjang-panjang kem tu..xada yang menarik langsung..harapkan muke je ade..ikutkan hati mahu si kiut ni sepak2 terajang jejake ni..tapi nasib baik kiut ni gadis yang sopan lagi lemah gemalai.semuanya dia tahan je..lebih2 pon cite kat member2 dia.. bagi kiut,dah buat ape nak cakap lebih2 dengan jejake..menyakitkan hati je..

lepas 3 hari.maka berakhirlah sesi kem.. lega hati si kiut ni,.xade dah nak mengadap muka jejake yang buat kiut panas darah..

lepas majlis penutupan, kiut gi makan kat dewan makan.sorang2..sebab member2 sume dah g dulu.. borak punye borak sampai abis makan..lepas satu2 cite kuar dari mulut masing2.. pasal laki kacak.laki ensem..laki macho..laki lembut..laki sengal...dan jejake pon xterkecuali.. selesai makan, kiut gi cuci tangan..

tibe2...terserempak plak dengan jejaka...damn it! name muke mamat ni plak yang aku nampak..kate kiut..tapi,tanpa disangke..

hey kiut, good luck SPM ok?? ,kate jejake kat kiut sambil tersenyum paling manis sekali yang kiut pernah nampak...
mak aiiii,manisnye senyuman...cair hati aku, kate kiut dalam hatilah..

errr,awak pon jejake.good luck ok.. abis hilang sume marah2 sumpah seranah dalam hati kiut dek manisnya senyuman jejake..perkh...manisnye macam madu beb..

sudahlah lepas tu.angau je keje kiut..ini ke orang kate cinta pandang pertama?? leh caye ke..kiut tertanya2 kat diri dia sendiri..kalau duku kiut ni tak nak tengok muke jejake..tapi sekarang berubah plak..rase nak tengok lame2..tapi sayangnya dah terlambat..jap lagi nak gerak balik dah pon..dalam hati tetibe memberontak nak gi minta phone number jejake.. uihhh dah gatal sangat ke aku ni???,kate kiut..oh tidak2..!! jangan kiut,ko xsegatal itu ok..lek2.. maintain cool kiut...

p/s: argh sambung nantilah..aku dah penat.daaa~

 



Related Posts with Thumbnails