Suatu ketika,
Dicubanya gelang tangan itu lagi, disarungnya ke tangan, tapi gelang yang longgar itu terus melorot sampai ke lengan. Bila terlalu besar untuk tangannya, dikeluarkan dari tangan lalu digenggam erat-erat tanda betapa si kecil terlalu menghargai pemberian gelang itu. Barangkali terlalu menghargai si pemberi atau barang yang diberi aku kurang pasti. Sambil mencium-cium berulang kali, dia melentokkan kepalanya ke tingkap. Semakin galak aku memerhatikan gerak geri si kecil. Matanya jauh memandang ke luar tingkap, entah apa yang difikirkan aku pun tak pasti. Entah apalah yang berserabut dalam kepala si kecil ini. Dalam sungguh menungan dia.
Tergerak hati ingin bertanya, lalu spontan keluar dari mulutku,
" Kenapa adik? Gelang dah longgar ye?"
Kepala diangguk tanda mengiyakan. Tak sepatah keluar dari mulut si kecik.
" Tu lah, kenapa adik tarik-tarik tadi gelang tu.. Kan dah besar.. kan dah longgar.. Macam mana nak pakai tu? dah tak boleh pakai " ujarku lagi.
" Tak apa, adik pegang pun boleh. Tak payah pakai. Boleh je pegang macam ni " Kata si kecil sambil menggenggam erat-erat lalu mencium gelang usang tu.
Aku tahu, gelang itu diberikan oleh si abah entah zaman bila. Zaman tok kaduk mungkin. Abah yang sudah hilang entah ke mana. Sebak melihat telatah si kecil. Ku tanyakan untuk kepastian.
Harapan setiap insan yang bernyawa di muka bumi ini
" Adik rindukan abah ke? "
Dipandangnya aku, sambil mengangguk laju. Digenggam erat-erat. Sekali lagi dicium-cium gelang manik itu seolah-olah mencium pipi abahnya.
Tiba-tiba si kecil menjawab,
" Adik rindu abah. Lama tau adik tak jumpa abah. ", katanya penuh makna.
" Adik nak jumpa abah ke? ", dugaku lagi.
" Nak! Adik nak sangat jumpa abah. Adik rindu abah"
" Abah ada telefon adik?", berubah muka si kecil mendengar persoalan aku.
" Takde. Lama adik tak dengar suara abah. Adik rindu sangat abah.. Dulukan abah selalu bagi adik duit. Abah masukkan dekat bank ibu " jawab si kecil sambil menguit-nguit gelang di jari.
" Mana adik tahu? "
" Ibu bagitahu adiklah.....Tapi sekarang takde " hibanya muka si kecil. Seolah-olah memahami nasib diri.
Sentap bila setiap kali dengar si kecil ucap "ADIK RINDU ABAH". Apalah perasaan si kecil itukan. Mesti tertanya-tanya mana pergi menghilang si abah. Khabar berita pun tiada. Suara pun dah lama tak dengar. Rupa paras entah diingat ke tidak. Tapi si kecil tahu DIA itu abahnya. Abah kandungnya yang dirindui.
Terdetik hati kecilku, jika kau punyai keluarga lain pun di luar sana, anak kecil ni dari benih kamu. Kerana kamu dia dilahirkan. Bukan si ibu seorang yang menjadi sebab dia dapat melihat dunia.. Tiadakah rasa kasih sayang yang terbit. Sedikit pun tiada khabar ditanya sihatkah? makankah? Sekolahkah? Betapa si anak berharap si abah tiba-tiba hadir di depan mata. Tak banyak cukuplah suara bertanya khabar. Tanda kasih itu masih ada, sayang itu masih mekar.
Janganlah kamu mengabaikan tanggungjawab kamu.. Anak kecil ini tak mengerti apa-apa.
Apa yang bermain di minda kenapa ibu di sini abah di sana.
Kenapa sukar benar ibu nak bawa adik ke mana-mana macam orang lain. Adik pun teringin berjalan ke sana sini macam orang lain. Adik pun nak pegang tangan ibu dan abah berjalan dengan gembiranya sambil mendabik dada bahawa adik punya abah dan ibu. Adik nak perhatian ibu dan abah. Tak banyak dan tak susahkan ibu, abah.. Kini adik ada ayah baru. Namun jauh di sudut hati, abah tetap yang satu. Adik masih mengharap kasih sayang abah walaupun sekelumit.. Walaupun sebesar zarah. Abah, izinkanlah si adik menjengah hidup abah, menumpang jauh sekali. Adik rindukan suara abah, cukuplah abah tanya khabar adik walaupun sekali. Harapan besar si adik kecil mungkin dapat menumpang kasih si ayah baru. Wallahu'alam bisik hati kecilku lagi.

Rasa sebak bila melihat tak berhenti-henti si kecil menggengam erat-erat, mencium-cium berulang kali. Puas dipakai ke sana ke mari tanda si kecil TERLALU MENGHARGAI pemberian abah. Tidak! Mungkin si kecil itu bermaksud terlalu menghargai kehadiran si abah suatu ketika dulu. Nampak dia terlalu merindui si abah..
Pada si abah di luar sana,
Si kecil itu tanggungjawab kau, kau mungkin terlepas di dunia. Tapi tak mungkin di akhirat sana. Jangan sampai si kecil menjadi mangsa kealpaan kamu.
Tabahlah adik kecil. Ramai lagi yang sayangkan kamu.
p/s: Anak kecil ibarat kain putih, tanggungjawab ibu bapa yang bakal mencorakkannya.
p/s: Anak kecil ibarat kain putih, tanggungjawab ibu bapa yang bakal mencorakkannya.
5 si gojes suke membebel:
Alangkah eloknya jika si abah dapat mendengar isi hati adik ini.. sebak bila ku membaca kisah ini.. :'(
selalunya memang anak2 yg jadi mangsa.. emosi terganggu dan mcm2 lagi.. sebaiknya bila dah berkahwin berusaha utk jaga rumahtangga baik2.. semuanya amanah..
andai sungguh telah ditakdirkan tiada jodoh, amanah & tggjwb terus harus ditunaikan.. tp realiti skrg ini, begitu lah.. bila berpisah, terus bawa diri, lupa tgjwb.. seolah telah putus segala2nya..
hurrmm... ntahla.. seolah nasib kita lebih kurang sama...
sebak bila membaca ;(
anak adlh tggungjwb dan amanah ibu bpa,jgn biarkan mase dpn mreka musnah dek kelalaian kita,
selamat tahun baru abah dan emak..=]
Post a Comment