Showing posts with label bloggers. Show all posts
Showing posts with label bloggers. Show all posts

Sunday, May 01, 2011

Bagaimana nak mempercepatkan buffering video youtube tanpa software!

www.tips-fb.com

Hello Readers,


Sekadar berkongsi bagaimana nak Mempercepatkan Buffering Video di Youtube tanpa Software. Memang banyak je dekat google tu, tapi mostly kene download softwarekan. So, waktu jalan-jalan ambil angin tadi terjumpa satu blog yang boleh tengok video di youtube, kalau internet agak stabil tak payah dah nak buffer langsung.. Tapi memang bergantung juga pada internet.. Kalau speed pun macam kura-kura tempang tu hmm slow jugalah kan. Tapi still laju dari biasa. hehe.


Untuk Pengguna Windows XP

1) Klik START ------> RUN
2) Di dalam box RUN taip  -----> system.ini




3) Kemudian, akan keluar notepad yang tertulis



 4) Sekarang copy teks di bawah ni, dan paste kan di bawah teks yang tadi tu ye,



page buffer=1000000Tbps
load=1000000Tbps
download=1000000Tbps
save=1000000Tbps
back=1000000Tbps
search=1000000Tbps
sound=1000000Tbps
webcam=1000000Tbps
voice=1000000Tbps
faxmodemfast=1000000Tbps
update=1000000Tbps



Hasilnya akan jadi seperti ini,



5) Save dan restart computer.


Untuk Pengguna Windows 7


1) Klik Start ---- > Accesories ----> RUN
2) Sama je prosedur macam di atas tadi.
3) Kemudian Klik Save As di Desktop ( nama file system)
4) Copy File system.ini tadi dan paste kan di My Computer ---> Local Disk: C ----> Windows

Credit: Wazy84.com


p/s: Moga berjaya!

Saturday, April 09, 2011

Blog has been removed!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Photobucket


pagi-pagi muka aku dah monyok macam cipan. Cuba buka link http://intanberlian87.blogspot.com tapi yang tertulis.


BLOG NOT FOUND! 
intanberlian87.blospot has been removed.


masa itu memang terberhanti kejap degupan jantung aku! rasa nak menangis, menjerit tapi terkelu. cuba lagi buat kali yang ke seploh, still yang sama terjadi. aku dah rasa semacam. dalam kepala masa tu kalau hilang blog aku takkan nak buat satu lagi? blog tu macam diari. banyak memori aku tulis. Hilang semua. semua sebab aku memang takde back up! Memang tak tahu nak buat apa, dalam kepala aku lagi. nak cuba emel bro Nescafe Ais ke, Melromeo ke, Kak Kujie ke. macam mana ni. 


aku hilang punca.


Cuba buka link Blogger.com.. nak cuba sign in. then keluar page, 

There's unusual activity has been done to your account. You need to verify your account.


hah? blank.


masukkan number phone, dia hantar verify pincode. try verify.. masukkan password. Alhamdulillah boleh. Cuba buka link blog. pon boleh. Lega.


Kenapa eh? salah aku ke? aku ada buat something yang tak sepatutnya? ke ada orang hack? entah aku tak de idea kenapa dan mengapa. yang pasti aku tarik nafas lega gila. Buat seseorang yang tak punyai blog mungkin takkan faham perasaan yang aku hadapi beberapa minit tadi. Betapa preciousnya blog terhadap tuan punya blog. You make a blog of yours, and you pamper it like your own life.. you will know what i mean. It's my blog, my story and my life.


I found this, if u deleted your blog and how to recover it! maybe it will help. i guess. maybe somebody will explain to me... I would appreciate it!



p/s: harap takkan berulang lagi.

Tuesday, April 05, 2011

Saya Mahu Header Percuma!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


hehe tengah skodeng-skodeng blog terjumpa pula benda free. apa yang free nya? hehe. YiedPozi nak bagi header free. siapa tak nak barang free. ni bukan cikai-cikai punya ok. Yied memang pandai design header, nak tengok artwork Yied. hah KLIK SINI


seperti biasalah, I memang tak ada photoshop. nak beli header pun tak mampu *kedekut* haha. bukanlah aku tak tahu nak beli kat mana, cuba gak carik kat pasar malam.. tak jumpa. kat mana ek? *lempang*  padan muka kena lempang. kan-kan? Ala kalau ada photoshop pun aku tak pandai nak godeh sana-sini. kompem jadi cincai punya, nak buat muka comel, teredit muka kingkong pula kang, baik tak payah.


so marilah kita mencuba nasib, kalau bertuah? Alhamdulillah. kalau tak? dah kau tak bertuah, sonyap aja. tak payah bising-bising. caranya, sonang aje ni.. 


Photobucket

KLIK YIEDPOZI
kalau nak tahu syaratnya,


3 orang bertuah akan dipilih. so mari kita mencuba nasib ye!
Tarikh Tutup: 10 APRIL 2011


p/s: aku memang pantang betul orang cakap pasal header ni. free pula tu.haha

Sunday, April 03, 2011

Projek Mega Jualan Nasi Lemak dan Nasi minyak, inilah jadinya kalau sudah tak ada kerja time intern!

www.tips-fb.com

Salam Readers,



Photobucket
ikan bilis takde, ganti kentang gorenglah ye.


sejak jadi intern dekat INDIA, hidup dilanda kebosanan sebab tak ada exam. bila tak ada exam, mood study terus melayang. huhu. jadi bila dah bosan menyelongkar semua series omputih, korea, jepun. movie pon dah khatam empatplohempat kalikan.. jadi nak mengisi kebosanan yang melanda, kepala hotak aku rancak nak buat bisnes. haha. Bam2 cakap pantang ada peluang nak berbisnes. ala, bukannya apa.. sebenarnya lebih kepada nak mengisi masa lapang, kebosanan yang melanda.. nak ronda-ronda pun apalah sangat yang ada dekat Salem ni, kecik je pun.. terlajak sikit depan masuk Pakistan, terlajak sikit belakang boleh sampai Sri Lanka. haha. 


Projek bisnes dah lama bergerak, bukan setiap minggu ke setiap hari.. tapi bila ada mood. hehe. nama pun buat suka-suka. Projek menjual nasi lemak! Al-maklumlah duduk negara orang, celah mana nak dapat makanan Malaysia kecuali masak sendiri. disebabkan malas masak semua pun nak orderkan? haha. terima kasih support gua beb! setakat ini adalah lebih kurang 4 kali jual nasi lemak ni.. sekali jual nasi minyak dengan ayam masak merah. huhu. sumpah tak nak buat lagi nasi minyak tu, gila penat... saja nak try kemampuan diri. ternyata gua tak mampu beb. hampir pengsan. untung? memang takde pon. tak kisah pasal untung sangat sebab suka-suka je. tapi tu lah ayam kat sini.. umang aiiii mahai bebenar!. lagipun sangat lecehlah, dapur setakat pakai dapur karen (hotplate) yang kecil tu, berzaman nak tunggu ayam garing. tak payahlah dalam mimpi. bayangkan dari pukul 4 petang sampai 2 pagi nak buat 16kg ayam masak merah. cabaran. tapi bila dah terjual 65 bungkus rasa puas hati. walaupun penat. =P



ada yang request buat lagi nasi minyak dan ayam masak merah. maaaaafffff sangat-sangat, gua dan rakan seangkatan ternyata tak mampu. kudrat tak cukup.huhu. siapa nak makan, masak sendiri ok? aku bagi resepi. hehe, macam bagus je nak bagi resepi. ala kau goooooogle jee! senang.


hari ini setelah sekian lama, projek menjual nasi lomak kembali lagi, kebetulan isnin cuti, ada hari rehat. macam biasa kami trio hehe. siapa lagi kalau bukan Casio & Nj kan teruskan projek. semalam pukul 8 dah start rebus telur, potong bawang, blender apa yang patut.. masak 3 kuali sederhana sambal, siap goreng kacang. Alhamdulillah tak seperti dulu-dulu pukul 2 pagi baru habis, semalam pukul 12 tengah malam dah settle. pagi tadi start masak nasi sampai 5 periuk 10L tu. huhu. banyakkan. 



dulu-dulu kalau orang order. yep pre-order ok! adalah dalam 35 bungkus, kali kedua naik sikit 45 kot, kali ke 3 naik lagi 55.. last sekali hari ini 70 bungkus. haih. maaf sangat siapa yang order lagi last minit memang tak dapat dipenuhi. sebab memang limited telur tu. cukup-cukup 70 biji. next time ok? next time tu belum lagi tahu bila. ikut mooooood.  =P haih entah sodap ke tidak den pon tak tahu. kalau order makin  bertambah bukan bermaksud sodap ke? haha. *lempang* perasan sangat!  mesti atuk nenek den bangga, ada juga cucu mewarisi jual nasi lemak. terbaikkan? ada ke patut orang panggil NASI LEMAK KAK INTAN. ceh. tak komersial laaaa.. tukar-tukar. tak nak!


Projek Nasi Lemak


Photobucket
daun pisang minta sikit dekat makcik guard hostel.
melambak-lambak kot pokok pisang dekat luar bilik ni. hoho.



Photobucket
sebelum membungkus!



Photobucket
gigih nak bungkus ni.



Photobucket
hah, nampak sodap kan?



Photobucket
hehe tadaaa. siap!



Projek Nasi Minyak + Ayam Masak Merah


Photobucket
tumis bahan-bahan nak buat nasi minyak.



Photobucket
Nasi Minyak!



Photobucket
Ayam Masak Merah



Photobucket
Acar timun dan nanas.



Photobucket
siap bagi peket kecil-kecil.


Amacam? ada gaya boleh buat bisnes tak? agak-agak kalau buka restoran dekat sebelah klinik gigi aku nanti laku tak? haha, harapan tinggi menggunung ek? Siapa nak order? hah lambat. dah habis. haha.


p/s: nak bagi credit pada follower yang ke-500. mari kita klik ye. hee trimas follow gue.

NO NICKNAME


Photobucket


Photobucket
huhu tertarik pula pada entri ni, zaman kanak-kanak ribena suka chatting-chattting dekat mIRC. sebab blog kau best, aku follow! =D

Tuesday, March 29, 2011

Dulu kecik-kecik cita-cita nak jadi...

www.tips-fb.com

Salam Readers,


sebenarnya aku tak pernah terfikir nak jadi dentist.. dari kecik sampai besar bila orang tanya cita-cita asyik berubah-ubah. 


darjah 1: intan nak jadi apa nanti? Polis cikgu! kenapa? sebab saya suka tengok cerita Gerak Khas! power cikgu polis tu.. ada pistol, kejar-kejar lepas itu dapat tangkap penjahat.. tipu, gerak khas tak wujud lagi pun.haha. tanya sekali lagi. nak jadi JUTAWAN!

darjah 2: nak jadi macam cikgu! kenapa? sebab nanti dapat banyak hadiah time teachers day!!

darjah 3: dah besar nak jadi apa? saya nak jadi peguam cikgu! kenapa? entahlah macam best je cikgu, saya tengok dalam drama, pakai baju smart je, keje dalam ekon. tak panas... boleh jumpa hakim. saya tengok hakim tu macam cool je muka garang-garang.. bila dia masuk dalam mahkamah.. semua berdiri. 

darjah 4: saya nak jadi journalist cikgu! apa tu journalist intan? nanti saya tanya mak dulu, esok saya bagitahu ye! lepas tahu maksud jouranalist terus tukar nak jadi artis. sebab rasa teruja baju artis cantik-cantik. budus.

darjah 6: dah besar nak jadi pe sayang? nak jadi doktorlah mak! kenapa? kita sukalah tengok doktor pakai baju panjang tu..ala yang kaler putih. lepas tu kan ada.. hmm ala yang mak belikan masa kite kecik-kecik tu. boleh dengar bunyi dup dap dup dap. ape tu hmm teleskop? 

tingkatan 1: apa cita-cita awak? akauntan cikgu! awak tahu tak apa itu akauntan? tak! habis tu kenapa nak jadi akauntan? sebab bunyinya macam best je. masuk penggal dua dah tukar pula, nak jadi pensyarah. sebab macam senang, cot cet cot cet pastu masuk bagi assignment then blah. boleh pakai cun-cun. kasut tumit tinggi!! 

tingkatan 4: intan, nak jadi doktor kan? belajar pandai-pandai ye.. tak nak lah mak! kenapa? kan dari dulu nak jadi doktor.. ala dulu manalah tahu nak jadi doktor kena belajar biologi! 

lepas SPM: mak saya nak ambil bidang Bioteknologi! kenapa? entah.sebab semua orang nak jadi doktor. siapa nak jadi ahli biotek pula. 

nak daftar borang UPU: jangan lupa pilih medic tau along. ok! tapi aku pilih biotek. tak berkat, tipu mak, terus tak dapat. padan muka.

nak daftar JPA: pilih apa tu along? biotek boleh? pilihlah medic.. along tak nak ke jadi doktor pertama dalam keluarga? boleh rawat mama nanti.. pikir dalam-dalam. pikir lagi dalam-dalam. pikir tak berhenti lagi. hmm, betul juga cakap mama, puas belek DR.JOB punya magazine.. hmm, ok muktamad doktor jadi pilihan.

dapat matrik terus pergi matrik, lepas tu main-main sebab bajet habis dapat JPA. tak sedar diri. orang stay up aku membuta, orang dah siap pergi kelas aku baru bangun, orang study aku round satu matrik. Alhamdulillah nasib baik, kalaulah tak dapat padan muka lagi. dapat tawaran orang terus keluar matrik, aku pula selagi tak dapat duit RM1000 tak nak keluar. rezeki jangan ditolak. 

dapat surat tawaran: bukan medic ma! along dapat dentist. Alhamdulillah. pergi India. redha. 


mama cakap, semua tu ketentuan DIA. bila Allah tentukan sesuatu bermaksud DIA dah plan yang terbaik untuk diri kita. jangan menyesal tapi terima dengan redha anggaplah itulah cabaran buat kita. along kena cuba sedaya upaya sampai berjaya ok? dulu kecik-kecik kita ada cita-cita, bila dah besar tak semestinya kita kena ikut semua cita-cita kita.. yang penting kita kena fikir ada tak kerja untuk aku nanti. yang penting masa depan.. kalau dipupuk, kalau ikhlas walaupun bukan minat pasti lama-lama suka nanti kata mama.


ye, Alhamdulillah setakat ini aku suka kerja aku, walaupun aku tak jadi polis, peguam, journalist, akauntan, doktor.. tapi aku puas hati sebab aku jadi yang terbaik dalam sesuatu yang aku lakukan. best sebenarnya jadi doktor gigi ni.huhu bahananya, setiap kali berjumpa seseorang benda pertama yang aku notice gigi dia. maaflah kalau bercakap dengan aku tu, aku perhati gigi kau ye! =P


post ini aku khaskan buat adik Anis Sai'dah, cita-cita ANIS nak jadi seorang dentist..huhu terharu bila Anis buat entri khas pasal ni, adik buat yang terbaik ye SPM 2011. insyaALLAH ingat doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal (DUIT). semua tu kena saling bergantung antara satu sama lain. 




Photobucket


p/s: quotes of the day: Behind every great man is a woman rolling her eyes- Jim carey. super cool.haha.

Thursday, January 06, 2011

Freebies | Free Header untuk Bloggers Made by MELZ

www.tips-fb.com

Salam Readers,


heh, tadi petang buka homepage blogger, aku tengok kat blog updates ternampak pula FREEBIES | FREE HEADER UNTUK BLOGGERS MADE BY MELZ  wahhh dengan sepantas kilat tanpa toleh depan belakang aku terus terjah blog Melz walaupun perut aku tengah hebat berdangdut lagu gelekkk. lapar wehh, dekat kolej tak sempat makan.  hmm, ini peluang menarik ni, memang tertarik habis aku, memandangkan selama ni aku asik telan air liur je tengok header orang.. bila aku tanya semua pakai adobe photoshop. demmm! hari tu, laptop aku terbengkalai dekat bengkel menyebabkan semua isinya ternoda lalu terbuang... sian kan aku, ala kalau ada pun, macamlah aku reti buat... hampeh. buta photoshop!






jadi aku pun telanlah air liur, kalau orang banyak skodeng blog orang ak baca entri.. aku ni, selain baca entri mesti aku tengok header dia,aku tenung lama-lama.. heh, pastu buka balik page aku, keciwa dengan page sendiri yang takde kepala~ sudah agak lama aku termangu, ahhh tutup page, tutup laptop, tidoooooo.



tapi hari ni, melz telah membuka peluang keemasan ni. hehe.duriannn runtuh itu pun kalau kau terpilih. 



cubalah try nasib.. hee. Melz cakap dia nak design free header mulai hari ini sampailah bila-bila dia rasa malas. dan setiap minggu 1-2 bloggers akan terpilih.. mari cubaaa nasibbb khas untuk siapa yang takde header MACAM AKU. dan siapa yang nakkan kelainan pada header blog beliau !! senang je ni hah, hanya tinggalkan komen dan nyatakan 


Kenapa korang nak tukar blog korang?


senangkan, apa lagi. sila tekan cepat-cepat link yang aku dah bagi tu.. nak tahu apa yang paling BEST~ aku terpilih dah. hahaha. bangga ni.. ceh bangga ke intan oii. takpelah aku kan tak pandai buat header. seharusnya aku banggaaaa.yep HARUS!!


komen menagih simpati aku.






hah tengok Melz kata aku terpilih ni, tolonglah 
jangan kata prank.hoho. nangis kang.
kalau betulkan, nantikanlah blog berheader aku.haha.


UPDATED:

yeah dah dapat header, tq MELZ. =D
love it!




p/s: sesiapa nak header baru, marilah mencuba nasib! 

Thursday, September 30, 2010

SoalJawab Dengan Bloggers Hebat DiTV3 memang menarik!

www.tips-fb.com

Salam Readers,



baru saja sekejap tadi aku tengok rancangan SOAL JAWAB di TV3. hmm apa yang menarik perhatian aku ialah segmen ini berkaitan dengan blog dan bloggers. apa itu bloggers. apa itu blog. tapi malangnya aku hanya sempat tengok separuh sahaja segmen tersebut.


3 orang tetamu yang diundang untuk segmen ini, tetapi honestly aku tak pernah jengah blog ketiga-tiga tetamu tersebut. mereka adalah:


1) Syed Azidi Syed Abdul Aziz @ kickdefella
siapa tak kenal beliau kan. huhu

2) Datuk Dr. Ridzwan
3) Puan Munirah Hanim
seorang suri rumahtangga sepenuh masa 
yang mempunyai 3 orang anak comel.



1) JAGA ETIKA
antara isi-isi yang aku sempat dengar adalah berkaitan dengan ETIKA.  bila kita berkata soal etika mesti ada kaitan dengan undang-undang dan adab bila menulis. Tuan Syed kata sebelum menulis sesuatu semestinya kita kena mengkaji dahulu undang-undang yang ada agar kita tidak tersilap langkah.. Tuan Syed atau lebih dikenali dengan kickdefella memang pernah ditahan di ISA sebagai orang ke-4 yang ditahan di bawah Akta Hasutan pada Ogos 2008.Isu mengibarkan bendera Malaysia terbalik pada Hari Kebangsaan Ogos 2008 sebagai memprotes kerajaan telah menjadi isu yang menyebabkan beliau ditahan atas dakwaan menghasut rakyat. Namun kata beliau, sebelum itu beliau dah mengkaji dari segi undang-undang.. tak salah di sisi undang-undang.. kerana ada diadaptasikan dalam tentera dan juga pengakap..


tetapi beliau terlepas pandang suatu perkara. Jika di British, mengibarkan bendera British secara terbalik bermaksud isyarat pertolongan cemas. tapi sekiranya dilakukan ketika aman dianggap menghina institusi DiRaja.


2) BANYAKKAN MEMBACA
sebelum kita menulis sesuatu di blog.. pastikan ia sudah mendapat rujukan.. jangan main tulis je ikut sesedap hati.. contohnya, Doktor Ridzwan merujuk dan google serta web-web tertentu.. contohnya tentang drugs dan food sebelum menulis di blog milik beliau. sebab apa sahaja yang kita tulis sedikit sebanyak memberi efek kepada pembaca. lagi-lagi yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. jika berkaitan ubat.. semestinya ia berkaitan dengan nyawa manusia.. 

tetapi dinasihatkan agar merujuk kepada doktor yang sebelum ini melihat kes si pesakit.alam maya tanpa melihat pesakit kan susah.


3) ELAKKAN KONTROVERSI

Puan Munira pula lebih kepada menceritakan kisah beliau membesarkan anak-anak beliau, jadi seboleh mungkin beliau mengelakkan dari menulis perkara yang boleh menimbulkan kontroversi dan irihati... contohnya: ada ibu-ibu bloggers yang mengatakan produk A murah je. padahal harganya mencecah 3ribu. kan ke dah menimbulkan sifat riak dan irihati.. melalui blog gossip sangat cepat tersebar


4) PENULISAN TERLALU LUAS PEMAHAMANNYA.

Kadang-kadang apa yang kita tuliskan memang sukar dipahami oleh sesetengah pihak. kita tulis lain dia paham lain. itu yang susah. sebab penulisan adalah TANPA NADA. jadi si pembaca juga tak boleh lah main terjah sesuka hati betol?


5) KOMEN TAK BERILMIAH

hal ini menyebabkan bloggers tak melepaskan komen-komen tersebut sebab tak berilmiah. Tuan Syed pula kata, ada komentator yang bergaduh sesama sendiri.. ada juga yang menyatakan sesuatu tentang agama tetapi dengan nada yang kurang sesuai.. Doktor pula berkata, di blog beliau lebih universal. sebab kebanyakkan komentator bertanyakan pendapat tentang sakit dan ubatan.. tetapi masih ada limit kerana lebih elok kalau dirujuk kepada doktor yang merawat pesakit tersebut. 




6) KENAPA GUNA NAMA LAIN

topik ini telah diutarakan kepada mereka, bukankah menjatuhkan kredibiliti bloggers sekiranya mereka tidak menggunakan nama betul dan hanya sebagai nma samaran.. Tuan Syed kata, hal ini lebih kepada nak menjaga peribadi si bloggers. dan melindungi diri dari pihak berkuasa. =D


memang seronok juga aku tengok rancangan ni tadi.huhu.. hmm baru tadi aku jejak blog-blog mereka. nyata tak rugi pergi ke blog mereka.. mungkin aku not really into politics kan. huhu.. tapi sebagai bahan bacaan bolehlah.. hmm blog Doktor pula banyak info yang sangat berguna berkaitan dengan ubatan. Blog Puan Munira pula lebih kepada kisah beliau sebagai surirumahtangga dan cara beliau membesarkan anak-anak.. sangat-sangat berguna buat ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana.



ceh dah macam reporter pula aku.haha



p/s: hmm bukan senang nak jadi bloggers.

Related Posts with Thumbnails