Thursday, January 06, 2011

Freebies | Free Header untuk Bloggers Made by MELZ

www.tips-fb.com

Salam Readers,


heh, tadi petang buka homepage blogger, aku tengok kat blog updates ternampak pula FREEBIES | FREE HEADER UNTUK BLOGGERS MADE BY MELZ  wahhh dengan sepantas kilat tanpa toleh depan belakang aku terus terjah blog Melz walaupun perut aku tengah hebat berdangdut lagu gelekkk. lapar wehh, dekat kolej tak sempat makan.  hmm, ini peluang menarik ni, memang tertarik habis aku, memandangkan selama ni aku asik telan air liur je tengok header orang.. bila aku tanya semua pakai adobe photoshop. demmm! hari tu, laptop aku terbengkalai dekat bengkel menyebabkan semua isinya ternoda lalu terbuang... sian kan aku, ala kalau ada pun, macamlah aku reti buat... hampeh. buta photoshop!






jadi aku pun telanlah air liur, kalau orang banyak skodeng blog orang ak baca entri.. aku ni, selain baca entri mesti aku tengok header dia,aku tenung lama-lama.. heh, pastu buka balik page aku, keciwa dengan page sendiri yang takde kepala~ sudah agak lama aku termangu, ahhh tutup page, tutup laptop, tidoooooo.



tapi hari ni, melz telah membuka peluang keemasan ni. hehe.duriannn runtuh itu pun kalau kau terpilih. 



cubalah try nasib.. hee. Melz cakap dia nak design free header mulai hari ini sampailah bila-bila dia rasa malas. dan setiap minggu 1-2 bloggers akan terpilih.. mari cubaaa nasibbb khas untuk siapa yang takde header MACAM AKU. dan siapa yang nakkan kelainan pada header blog beliau !! senang je ni hah, hanya tinggalkan komen dan nyatakan 


Kenapa korang nak tukar blog korang?


senangkan, apa lagi. sila tekan cepat-cepat link yang aku dah bagi tu.. nak tahu apa yang paling BEST~ aku terpilih dah. hahaha. bangga ni.. ceh bangga ke intan oii. takpelah aku kan tak pandai buat header. seharusnya aku banggaaaa.yep HARUS!!


komen menagih simpati aku.






hah tengok Melz kata aku terpilih ni, tolonglah 
jangan kata prank.hoho. nangis kang.
kalau betulkan, nantikanlah blog berheader aku.haha.


UPDATED:

yeah dah dapat header, tq MELZ. =D
love it!




p/s: sesiapa nak header baru, marilah mencuba nasib! 

Wednesday, January 05, 2011

" Awak pun kena faham sayang " balas Bam2.

www.tips-fb.com


Entri lepas  AWAK KENA FAHAM.. aku tujukan khas untuk si BAM2.. semalam bila aku buka inbox kat facebook, Bam2 ada reply post tersebut. tak sangka betul bam2 nak reply. huhu, entah kenapa rasa macam di awang-awangan, bunga-bunga je hati ni.. * muntah hijau *  haha.. seriously i'm so touched.. tiba-tiba rasa makin angau, rasa makin sayang dekat bam2.. * lempang *  sudah jangan nak angau pula yeeeee... 


aku cakap kat bam2 boleh tak kalau nak letak kat blog. bam2 gelak, letaklah bam2 cakap. takpekan kita nak share dengan orang, kita nak semuaaaa orang tahu yang awak sangatttttttttttlahhhh sweeetttt dan jiwang haha =P



 janganlah pandang i camtu.. i cair tau =P



awak kena faham kenapa saya selalu minta maaf bila awak terdetik perasaan cemburu.. sebab saya sayangkan awak.. saya takde niat nak buat awak cemburu..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya selalu pujuk awak bila awak merajuk, sebab saya tahu awak suka saya manjekan awak...


awak kena faham kenapa saya selalu call dan sms awak walaupun kejap2, sebab saya sangat rindukan awak dan saya nak awak tahu every moment saya ingatkan awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya marah dan nasihatkan awak.. sebab saya sayangkan awak... saya perlukan awak dalam hidup saya.. 


awak kena faham kenapa saya buat banyak pengorbanan untuk awak sebab awak lebih penting dari hidup saya.. saya rela menderita untuk dapatkan senyuman dari awak..


awak kena faham kenapa saya selalu berkongsi dengan awak sebab awak kan diari hidup saya..


awak kena faham kenapa saya selalu ucapka terima kasih pada awak sebab awak deserve lelaki lebih baik dari saya.. saya ni cuma mamat biasa je..


awak kena faham kenapa saya selalu bising bila awak lambat bersiap sebab saya xsanggup membazir masa2 bersama awak yang sememangnya selalu mencemburui saya.. 


awak kena faham kenapa saya suka sangat mengadu dekat awak sebab awaklah counselor saya.. tempat untuk tenangkan hati saya..


awak kena faham sebab apa saya rahsiakan sesuatu dari awak.. sebab saya tak nak awak tersalah paham kenapa saya buat camtu... semuanya sebab awak sayang..


awak kena faham kenapa saya selalu risaukan awak kalau awak sakit, sebab saya kan doctor awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya sensitif dengan awak, sebab saya da bagi hati saya kat awak.. saya da xder hati da sayang...


awak kena faham kenapa saya takut lepaskan tangan awak sebab saya xnak awak jauh dari saya... saya ada awak je dalam hidup ni.. 


awak kena faham kenapa saya tak pernah menangis depan awak sebab saya nak tunjuk dekat awak saya ni org yg kuat utk jaga awak...


awak kena faham kenapa saya sayangkan awak sangat-sangat sebab saya da rasa awak sepenuhnyer hidup saya...



sekarang awak fahamkan.




bodyguard siapa ni? SAYAAAA!!!



p/s: ye sayang, saya sangat-sangat FAHAM ( ^,^)v 
maceh yeeeee. love u.

Related Posts with Thumbnails