As Salam Readers.
Apa pun, tak boleh salahkan si dentist jalanan juga, nak salahkan pesakit pun tak boleh.. apa pun tak boleh!! Fikir-fikirkanlah ye.
cabut gigi makcik tu walaupun dia dalam kesakitan.
the principle of extraction is to extract the tooth as painless
as possible. keep in mind!
Hari tu ada seorang kawan post video tentang Street Dentist in India. Memang secara jujurnya aku terperanjat tengok cara mereka nak merawat gigi yang sakit. Oleh kerana kesempitan hidup, mereka lagi sanggup pergi menerima rawatan daripada dentist tepi jalan yang tak bertauliah. Ngeri pun ada tengok. Tapi iyelah kan. nak cari duit untuk sesuap nasi pun masih terkial-kial apetah lagi untuk mencari duit untuk rawatan gigi.
Semua orang pun tahu jurang hidup yang amat besar di India. Tiada yang hidup bersederhana. Kalau yang terlalu kaya tu.. memanglah kaya sangat-sangat. Tapi kalau yang miskin tu.. Memanglah hidup melarat. Memang nampak sangat perbezaannya. Jadi tak hairanlah street dentist sangat banyak macam cendawan tumbuh. Memang laku pun. ramai je pesakit bakal datang.. Kalau semurah Rs 80 hingga Rs 125 untuk apa sahaja rawatan.. siapa yang tak mahu.
Pakcik ni buat gigi palsu segera! then gigi besar sangatkan, kenelah asah sedikit
lol. pakai pahat je pakcik. aish.
Yang peliknya, mereka ni memang tak bertauliah langsung.. ada yang asalnya pembaiki basikal, repairmen, barbers... atau sesiapa sahaja. Mudah betul.. tak payah susah-susah belajar lama-lama sampai 5 tahun nak ambil degree. tak payah susah-susah perah otak. Rupanya bukan sahaja di India, street dentist juga turut sama popular di China malah pernah juga berlaku di tempat-tempat yang agak moden seperti Paris. Kebanyakkannya golongan bawahan yang kurang berkemampuan memang tiada pilihan lain. Sakit gigi siapa boleh toleratekan? nak pergi klinik takde duit. Pilihan terakhir?
Bayangkan nak cabut gigi.. satu batang gigi sahaja RM 50.. sedangkan kalau di tepi jauh lebih murah dari itu. Nak buat gigi palsu, bridge dan sebagainya.. kalau dentist berlesen harga yang terlalu tinggi tak tercapai dek akal.. jauh bezanya dengan orang dentist tepi jalan tu.. Tapi memanglah dentist berlesen harganya mahal kerana ada prosedur tertentu yang perlu diikut.. malah material yang digunakan juga jauh lebih berkualiti dan tahan lama..
Kadang-kadang nak salahkan pesakit pun tak boleh.. Dah mereka tak mampu nak buat macam mana. Oleh itu pada pendapat aku, masalah ini dapat dielakkan sekiranya;
1)kerajaan di negara-negara tertentu akan memperbanyakkan lagi perkhidmatan percuma rawatan gigi sama ada di sekolah, kampung dan sebagainya.
2)adakan kem-kem ke kawasan pedalaman di mana terdapat ramai orang yang kurang berkemampuan.
3) perbanyakkan hospital dan klinik kerajaan agar masyarakat hanya perlu membayar sedikit sahaja untuk perkhidmatan tertentu. Itulah yang penting kesedaran kerajaan tu...
Fix gigi palsu secara pantas dan tuntas tanpa perlu mengambil primary impression dulu. The correct procedure is, take the primary impression using alginate material.. Then pour the dental stone into the impression taken previously to make the master cast. Lepas tu, guna wax pilih gigi.. buat wax trial, check occlusion semua. Bila dah ok.. baru buat denture melalui flasking procedure using resin material. Then baru insertion.
Street dentist memang murah, Kenapa? sebab material yang mereka gunakan entah-entah tak bersih. Tengok je lah.. lalat hurung sana -sini. haish. Satu lagi, apa pun rawatan pergigian.. Mestilah hygenic! Banyak infection yang boleh tersebar dan menyebabkan pelbagai penyakit sekiranya tak hygenic. Peralatan yang digunakan kene sterilize, disinfect dan sebagainya. Tak boleh main tibai je.
Pesakit pula, kalau yang nak buat gigi palsu tu.. ada prosedurnye, kene banyak kali appointment baru boleh dapat gigi palsu tu. Bukannya datang hari ni, hari ni juga nak siap. Denture kene perfectly fit.. bukan main asal boleh. Lepas tu komplen sana sini longgarlah.. itulah sakitlah inilah. Yep kadang-kadang it's hard to explain to the patients how we operate and do the treatment. It's really up to us, dentist to educate and explain them well so that they can understand what we are trying to do. We are trying to do the best as we can. That's why we need the time. Bukannya asal boleh. And sangat penting untuk explain how important the hygiene is. Walaupun hanyalah gigi.. jangan pandang rendah.. daripada mulut ni, banyak penyakit boleh tersebar dan terjadi.
Ada segelintir yang mengakui dentist walaupun tiada degree. Katanya, dentist dapat degree bila mereka belajar. Tapi Street dentist pula ada banyak pengalaman.. dan mereka buat kerja lebih baik dari seorang profesional dentist. Ia adalah salah dan tak beretika. Seorang dentist belajar bukan setakat kemahiran dan praktikal.. Tetapi bersangkut-paut dengan biologi, anatomi, fisiologi seseorang pesakit. Bila mencabut gigi, ada nerve berkaitan yang perlu disuntik dengan LA supaya tak sakit.. Bila pesakit mempunyai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis.. juga keadaan pesakit seperti pregnancy, pernah mengambil ubat itu dan ini, pernah ada sejarah penyakit lain.. semua itu diambil kira dalam merawat pesakit. Sebab itu dentist juga bermain dengan nyawa seseorang.
Katakanlah, pesakit pernah ada history mengambilan ubat aspirin untuk masalah migraine, use as analgesic, in a stroke patient.. It's a antiplatelet drugs and use to prevent blood clot. Cuba bayangkan tanpa diketahui, kita pun cabutlah gigi pesakit.. takpun buat small surgery ke kat dalam mulut pesakit. bukankan boleh berlaku excessiv bleeding. Banyak lagi komplikasi yang boleh berlaku sekiranya rawatan gigi dikenakan kepada pesakit tanpa mengambil history of the patients sebelum tu. As a qualified dentist, we will do that according to the procedure to prevent the the other complications as possible as we can. We will ask and investigate the patient's health and condition prior to those dental treatments. Most importantly, we will do the treatment in an ethical condition.
Banyak denture dah ada, Tinggal pilih sahaja.. siap ada impression tray semua. Well instruments dan material di India quite cheap. way cheaper than Malaysia actually. that's why they can get that easily.
Relax pakcik dentist tengah tunggu pesakit datang.
whoa whoa scarynya melihat forceps tu. Entah sterilize ke tak ni. ehem. cabit gigi bedarah-darahkan. So fikirlah sendiri keburukkannya.. Kalau orang tu HIV ke.. senang je nak transfer ke orang lain kan.
last but not least, mari layankan beberapa video ni. Mesti lihat ye!
p/s: Say no to Street Dentist!
17 si gojes suke membebel:
perghh..tak sanggup la nak pegi street dentist ni. lebih2 lagi part guna part tu. huahua..
uuhh!!demm,.ni kerja gile,. siap asah gigi pakai pahat tuh,.adooii,.dgr pon dah ngilu ni,.
tak salahkan mereka sebab mereka tak ada wang kan..kecian pun ada..kat malaysia pun nak cabut gigi mahal kat klinik swasta..sakit bertambah sakit bila tenguk bil.
rina pernah tengok ni time ada budak dentist buat seminar, diorang tunjuk video street dentist kat india ni, terus rina teringat pada kak intan. hehe
mak aihhh kak..ini serius horror..geli..dan macammacam lagi..seriuosly dorunk mmg berani mati cabut gigi macam tu je...chittt...
quite dangerous and scary :/
Blh percaya ke street dentist ni???heee sgt takut...
syukur la m'sia ni bagi rawatan percuma utk bdk2 sekolah..ade klinik gigi gov yg byr murah.. alhamdulillah sgt
syukur la kt m'sia ni perubatan gigi percuma utk budak2 sekolah..
terus rasa gigi berdenyut denyut lah intan~haihhhhhhhhhh
yucks. nak muntah tgk video tu.huhuhu...
one word : PERHH
mak aih..aha
da mcm tukang kasut je bersepah!
weh,kau bile nak cabut besi?
sanggup berkena doktor gigi tak bertauliah.
salam hai..:)saya nak ke india insyaAllah hjung bln julai.jadi blog anda ni memang sangat berguna hehe.terimas!!
tak pernah tau pun kat india ade ramai doktor gigi cmni.. huhu, memang teror!, memang ngilu bebenor ler kalau camni.. adoi.
kat jalan pudu pun ada ni..
Post a Comment