Thursday, August 04, 2011

Bila orang bertanya benarkah Tuhan itu wujud?

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Aku tertarik dengan satu kisah yang aku terbaca di blog SYURITA, aku nak kongsikan dengan pembaca yang lain. 

*********


Seorang lelaki pergi ke pasar untuk meggunting rambutnya. Seperti selalu, si lelaki tadi berborak dengan tukang gunting dan bercerita pelbagai kisah. Maklumlah, lelaki tadi sememangnya seorang yang peramah...


Sampailah ke satu tahap, mereka bercerita tentang ketuhanan...
Si tukang gunting berkata.."Aku tak percaya bahawa tuhan itu wujud.."
Si lelaki tadi hairan.."Kenapa pula?"
Si tukang gunting menjawab.." Sebab, kalau tuhan wujud, pasti tiada orang yang susah. Bukankah tuhan itu maha kaya? Maha pengasih? Dimana kasihnya? Mengapa tak mampu bagi semua orang kaya?"



Si lelaki tadi hanya terdiam. Tidak mahu perbalahan panjang berlaku...


Lantas si lelaki tadi membayar upah tukang gunting dan berlalu pergi....


Setelah beberapa langkah, si lelaki tadi melihat ada seorang lelaki yang berambut panjang. Mukanya juga comot dan janggut serta misainya panjang tidak terurus.


Lantas lelaki itu bergegas mencari tukang gunting tadi dan berkata.."Oh tukang gunting rambut! dalam dunia ini tak ada tukang gunting rambut!"


Si tukang gunting ternganga sebentar....
"Kau cakap apa ni? Baru tadi aku gunting rambut kau. Aku ni tukang gunting lah!"
"Habis, kalau ada tukang gunting mengapa ada lelaki tadi ku lihat rambutnya panjang dan jambangnya juga panjang tidak terurus?



Si tukang gunting bengang dan berkata..."Itu kesilapan mereka tak datang kepada aku untuk menggunting rambut!"
Si lelaki tadi tersenyum dan berkata..."Begitulah juga tuhan. Dia memang wujud. Tetapi berapa ramai yang datang kepadanya untuk meminta pertolongan dan meyakini kewujudan-Nya? Maka silap engkau lah yang tidak datang kepadanya lantas tidak percaya kewujudannya..."




sekadar berkongsi..







p/s: Indahkan Islam. Setiap apa yang ada dalam Al-Quran tiada satu pun yang bertentangan dengan hukum Sains dan kehidupan kita.

7 si gojes suke membebel:

Affieza said... [Reply]

Indahnya Islam itu tanpa dpt disangkal lagi...

fatma ayuni said... [Reply]

setuju.islam tu memang indah. :)

Mr feckry said... [Reply]

serius , terbaik

nina suhaina said... [Reply]

terbaik la :)

Cik Gee said... [Reply]

wahhh.. sungguh takjub gee bace entri nih.. dah sedih. memang zaman skang, ramai yg tak caya pada kewujudan tuhan. kalau percaya pon, buat2 seolah tuhan tu tak wujud...

anyway, ade sesuatu di blog gee utk intan.. peace!

http://shesgee.blogspot.com/2011/08/pengomen-terbaik-1.html

sifu im said... [Reply]

betul tu..macam otak..kita tau dia wujud..tapi kita x nampak..x gituu ustajah??hehe

eimuizduaf said... [Reply]

Nice entri :) . Hehee . Ada kebenarannya di situ :)

Related Posts with Thumbnails