Saturday, August 06, 2011

Resepi Muffin Apple Cinnamon

www.tips-fb.com

Hello readers,


Selamat berpuasa. dah hari ke berapa ye puasa? India hari ke-5 sudah. Nak share resepi lagiiiii! hehe, Bulan-bulan puasa ni, kalaulah terasa nak makan apa-apa, jom bake sendiri.. Tahulah dekat Malaysia kalau teringin je, senang.. Nak tunjuk-tunjuk je dekat bazaar ramadhan tu. Sini, kalau dah teringin sangat tu kan.. Kenalah buat sendiri. uhuk. Nama pun hidup merantau. Kalau teringin nak makan capati ke tosei bolehlah main tunjuk-tunjuk. Tapi ape kejadahnya nak teringin makan tosei dengan capati. Muak dah 5 tahun ngadap.


Jom bake Muffin Apple Cinnamon. Senang nak bake muffin tak leceh nak guna mixer bagai. By hand mixing pun dah ok. Sebab kalau guna mixer tu, nanti overmix.. then, muffin tak naik macam muffin, jadi kek. huhu. Konsistensi pon macam bantat dah jadinya.


BAHAN2:

1 1/4 cwn tepung serbaguna
1 cwn gula halus
4 biji epal hijau (buang kulit,3 biji diparut, 1 biji di dadu kecil)
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh cinnamon powder
secubit garam
1 biji lemon- diparut kulit dan ambil jusnya ( takde lemon! den guna lime. tapi tak payahlah amik kulitnya.hehe)
esen vanilla
1/2 cwn corn/vege. oil
1 biji telur- size L
almond nibs @ choc rice


CARA-CARANYA:

1) preheat oven 180 c.
2) ayak tepung,baking powder,cinnamon powder.
3) pukul telur,minyak,gula,jus lemon & parutan kulitnya,vanilla sampai sebati then campurkan dengan bahan-bahan kering yang dah di ayak tadi
4) lastly, masukkan parutan/potongan epal dan kacau rata.
5) letak dalam acuan muffin dan di tabur dengan almond nibs di atasnya atau choc rice.
6) kemudian bakar dlm preheated oven pada suhu 180 c selama 20-25 minutes atau sehingga kelihatan golden brown..


* ada yang aku bake plain. so tak letak apa-apa hiasan atasnya.. Then bila nak serve, aku letakkan sedikit yogurt + choc rice. memang best! sebab masam-masam plus manis-manis epal.


* nak tahu tips bake muffin? KLIK SINI ye.


Epal Hijau 4 biji



bahan-bahan basah dicampur dengan bahan-bahan kering



Epal yang dikisar atau diparut



Hasil campuran



Letak dalam bekas muffin



Selepas masak, menjadi gebussss!




Lepas bake, boleh letakkan sedikit yogurt dan hias!



masam-masam manis memang sedap!



Kalau tadi bake plain, yang ni letak hiasan sikit.



selepas bake!



p/s: selamat mencuba!

7 si gojes suke membebel:

Fatin Syahira said... [Reply]

wah meriah! nyum nyummm! ;)

EpoLįƒ¦siKunang2 said... [Reply]

Uihh intan! Lama tak singgah sini. Dah pandai buat muffin eh. ;p

Anonymous said... [Reply]

sedapnyah nampak! nk try buat next! (;


p/s: ak dh try buat buat lava ari2. tp disasterous jdny. hihii..xckp masak.



ariza

adrinaqamarina said... [Reply]

wow! akak ni memang terer la bab bakar membakar ni kan? huhu~


rumah ktorang takde oven lagi, kalau tak, ni lah keje nya. tahun depan kena beli ni!


hehe.

akak, nanti buatkan rina satu~ :)

zella y said... [Reply]

sedapnyer...
serious terliur!!
boleh gak buat ni utk jamu time raya nanti kn...hehhehehe

Che Sue said... [Reply]

gegar jiwa akak nengok muffin ko tu dik..haishh..

JelinaJoli said... [Reply]

Nasib baik baca blog di waktu malam. tidaklah tercabar iman.. haha

Related Posts with Thumbnails