Monday, August 01, 2011

Bilaku kenang zaman exam.. Rasa meremang bulu roma. haha.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,



Bila exam menjelma!



Teristimewa buat adik-adik yang bakal menempuh exam di kala bulan Ramadhan menjelma ini, kuatkan semangat ye, jangan terlalu stress.. Bulan Allah ni bulan penuh berkat. InsyaALLAH, Allah dah menjanjikan kepada hamba-Nya, setiap mereka yang berusaha akan ada ganjarannya. Have faith. Bila rasa stress, ingatlah.. lepas exam nak balik Malaysiakan? atleast u guys have something u can't wait for after the exam!



Ehem...


Bila gagal bermaruah tapi jangan Pass meniru! Memalukan diri sendiri je!



Kalaulah aku ni Final year student, sure aku tengah cuak malam ni, KANDIPA cuak! orang tamil cakaplah. Kandipa tu sure. haha berlagak cakap tamil. *dush* Kalaulah esok aku ada university exam, sure malam ni tak tido lagi. Kalaulah pula esok paper susah, sure lagi aku tunggang terbalik tunggang langgang hidup aku malam ni. Aku pasti! sepastinya sebab kalau boleh aku tak mahu kenang. Bila exam, baru aku sentuh Nescafe @ Coffee, huhu. Bila exam baru aku tak tidur malam atau bangun study awal.. 




Alhamdulillah semua itu adalah kenangan. Kenangan pahit yang terindah yang pasti aku ceritakan dekat cucu cicit aku, dekat anak tak payah cerita. Bagi lama sikit baru klasik gitu. Dari first year lagi dah nightmare weh final exam ni. Harapan menggunung tinggi, maklumlah tak tahu entah rupa macam manalah exam ni. Ada ke macam dekat Malaysia. Oh rupanya bukan.. Tulisan kena BESAR-BESAR, Paper kena COLOURFUL, lepas tu ko tulislah banyak-banyak, lukis kasi gabak, warnakan macam budak tadika.. lagi banyak kaler lagi banyak markah. Paling best, lagi berat paper ko submit nanti lagi banyak markah. Padanlah budak-budak ni aku tengok tulis berjela-jela, jawab soalan chemistry macam jawab pertandingan tulis essay yang boleh menang tupperware 2-3 jenis tu. 




Haih buntu hidup dekat sini. Tak pandai merepek memang nahaslah paper exam kau. Paling best, kalau kau jawab ayat tak sama dengan BUKU TEKS memang terus ZERO. Walaupun maksudnya sama. Kalau kau beli buku keluaran BIJAK ENTERPRISE tapi cikgu suruh kau beli BUDUS ENTERPRISE. Then ko jawab soalan macam best pakai ayat terbaik ala-ala BIJAK ENTERPRISE punya buku teks., kompem-kompem ko dah menempah ZERO dekat situ walaupun jawapan yang memang A.Samad Said puji melambung sebab terbaik. Diorang hafal buku baik punya weh so ko tak boleh tipu. Kalau boleh hafal muke surat celah mana pun dah kira mantap! 



Pernah satu ketika, soalan viva (oral exam).. peh punye terbeliak biji mata tengok budak-budak tempe ni jawab macam peluru. Laju gila, tempat ada noktah pun main sapu je macam keretapi. Takde pit stop. Kalau akulah yang jawab, memang kejap-kejap berhenti nak ingat balik ayat sebijik sebijik dari buku teks. Kalau setakat 2 lines aku tak kisah.. Ni satu maksud sampai 1 perenggan jawapannya. kan ke naya. Malaysia manalah sampai teruk sangat kena hafal-hafal macam ni. Yang penting kita faham.. tak kisahlah ayat tu tak sama dengan buku teks ke. kat malaysia kan guna KBKK. Sampaikan satu soalan tu aku nak jawab, ayat panjang gilaaaaaaaaa ni. Cikgu yang viva aku tu pejam mata weh, nak feel maksud yang aku cuba sampaikan. Bila aku tertinggal 1 perkataan je, terbuka mata dia, terbeliak dia pandang aku sambil geleng-geleng kepala.. Oh aku tertinggal perkataan AND. Ok sorry, her face looks so scary. I'm sure I won't repeat again. hoho.






Final year, paling scary bila diingatkan.. dengan kuota kes yang tak sempat nak habiskan. 7 subjek nak di study, dengan lebih dari 7 buku tebal seperi kamus dewan untuk diserap. Stress! Kalau boleh nak menangis hari-hari sampai ilmu tu masuk sendiri. Hoho. Tertekan fikir macam-macam. 




Lagi best, study week pon kena datang kolej cari pesakit untuk siapkan kuota kes. Pesakit pula tak ada. Sampai tunggu depan pintu masuk kolej, bila ada orang turun dari bas je terus terjah tanya nak treatment tak. Peh terbaik wokkk! Mana ada dentist cari pesakit tunggu depan pintu bas weh! Sampai orang pun takut! hahahaa.. kelakar. Abang akak makcik pakcik nampak kitorang tunggu ramai-ramai depan pintu bas, terus berlari anak melarikan dari dentist yang macam psiko tunggu pagi-pagi buta depan pintu bas. hahahaha. Rupanya silap orang.. laaa pekerja kolej. Dang!




Hari exam, sangat sahdis tak ada pesakit nak dicabut gigi. waaahhhh, dugaan mencabar. Muka kesian, cikgu kata balik.. esok datang pagi-pagi join budak batch lain jawab exam. Petang tu, dengan hati kecewa dan sedih. pergi masuk kampung cari pesakit. Dah buang tebiat ke apa intan? ko tanya, "pakcik nak cabut gigi?" gila ke hapaaa orang tak sakit gigi ko suruh cabut. huhu... akhirnya balik dengan tangan kosong selain itu dapat jadi celebrities. Masuk kampung tambah tamil rojak, semua orang eksited jumpa kitorang tapi hampeh tak ada yang nak datang pun bagi giginya dicabut. NICE!







Alhamdulillah kalau aku tak datang INDIA jumpa pelbagai ragam orang di sini, aku takkan ada cerita paling menarik untuk aku kongsikan dengan kau dan kau semua. Tak ada pengalaman pahit terindah mahu aku ceritakan kepada keturunan aku nanti. cewah keturunan. biarlah sampai tampuk ke 7 keturunan aku kisah ni diceritakan. Memang klasik habis. India terbaik! aku memang sayangkan India, walaupun aku kutuk macam mana pun, inilah tempat aku menimba ilmu.. Tempat yang mendidik aku menjadi MANUSIA dan seorang DENTIST. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu, menempuh susah senang bersama rakan-rakan. wah sahdis. Maklumlah posa dengan raya lastkan tahun ni. tacing!




Tapikan nak tahu apa paling best dekat sini?




SALES!!! MEGA SALES INDIA. haha. superb weh! terbaik dari ladang! Aku ingatlah setiap kali sales bulan Feb dengan bulan Julai kan. aku nak datang India. haha. Jom shopping dekat India weh!






p/s: Selamat bertarawih semua!

2 si gojes suke membebel:

Affieza said... [Reply]

Samalah kita klu mlm exam sure xlena dh tdo...hehe

Intanberlian said... [Reply]

heee rindu zaman belajar =D

Related Posts with Thumbnails