Monday, August 29, 2011

5 tahun di India.. cepatkah masa berlalu?

www.tips-fb.com

As Salam Readers,



5 tahun lepas aku di KLIA. Haih dah 5 tahun. dah dewasanya aku.. 
waaaaa. nak jadi budak kecik jeee.  5 tahun tak dapat duit raya, balik-balik
dah kena bagi duit raya.. tak aci weh. ini Konspirasi!



tarikh 27/8/2011 genaplah 5 tahun aku dan rakan-rakan bermastautin dekat India, pada 27/8/2006 buat pertama kalinya kami menjejakkan kaki di airport Bangalore. hee. dengan terpisat-pisatnya tak berapa nak puas tidur dalam kapal terbang. Homesick yang semakin menusuk jiwa tu kan. 


"Cepat sungguh masa berlalu ye" kata orang itu.

"oh man, u stay in India u will know cepat ke tak cepat masa berlalu" haha. hanya badan yang menanggung je faham ok. Mama cakap, selalu sangat bila terjumpa kawan-kawan mama je orang akan bertanya..


"Eh, anak kau dekat India tu tak balik ke?" 

" Hah, nak balik dah hujung tahun ni.. cukup dah 5 tahun belajar "

" wahh nak habis belajar dah.. cepat ye masa berlalu.. 5 tahun pejam celik je dah jadi doktor gigi dah, untung kau ada anak pandai"



yasmin uploaded in Fb.cilok-cilok. hehe



KEJAP JE? PEJAM CELIK JE? adeh makcik, yang menanggung, yang menempuh.. yang menahan ni makcik.. badan ni. hanya tuan punya je faham cepat ke tak cepat, lambat ke tak lambat. pejam celik dah 5 tahun ke pejam celik celik celik celik tak habis lagi.. hohohoho. 



Waktu sampai-sampai Bangalore pertama kali tu, memang terperanjat sebab macam ini ke airport Bangalore? kalau airport dah macam ni.. yang lain macam mana -.-'. Paling tak boleh blah dengan suit blazer dan kasut tumit tinggi di pagi-pagi buta, berjalan beratur tola troli beg, dengan bunyi hon sana-sini. Memang kejutan budaya habis. hee. Elok-elok je jalan tepi jalan pun orang nak hon, dalam hati sumpah-sumpah.. Ada kene tendang kereta belakang ni nanti, tak habis-habis hon apa hal. haha. 



Oh semua itu kenangan, perjalanan bersambung lagi naik tempo traveller, jauhnyaaaaa Salem. Penat dah duduk ni, tak selesa pakai suit blazer. Perut pun lapar semacam. Pening lalat sebab driver bawa laju macam tengah race Formula 1. Sesampai di Salem, sekali lagi hati terdetik,






" yaALLAH ini ke Salem? "

" ini ke tempat aku nak belajar 5 tahun -.-' "

" kenapa bangunan ni tak siap, separa siap jeee "

" kenapa tak de senior ni "


dan 1001 lagi semua benda dok terdetik dalam hati. huhu. Bila pergi melawat Kolej tempat belajar, peh.. lagi 1001 persoalan terdetik,



Bilik darjah, bukan bilik kuliah. 




blackboard



" Ramainya orang dalam kelas?"

" dekat sini ke kelasnya? sempitnyaaaa. Gelap pula tuuu"

"ini ke rupa kolejnyaaaa, kenapa teruk sangat?"


Memang pelbagai alasan yang mengundang pecahnya empangan aku. uhuk. Dugaan demi dugaan. Susah rupanya nak sesuaikan diri dekat tempat orang ni. Nak mengadu tak bolh, nak mengeluh telan sendiri.. Nak tak nak terimalah seadanya. Orang kata, India ini unik... Jangan diubah India tetapi ubahlah diri kita untuk sesuaikan diri.


YaAllah susahnya nak sesuaikan diri, culture yang berbeza.. Sumpah berbeza. Pemikiran yang jauh berbeza. Sudut pandangan yang ternyata bezanya. Memang, segalanya mencabar minda dan emosi. Rasa macam nak balik Malaysia sekarang juga. Rasa nak berhenti. Rasa nak belajar di Malaysia yang ternyata lebih mudah dan senang.



Tapi..






5 tahun berlalu, kalau dulu aku balik ke Malaysia tanpa sesuaikan diri, aku lari tanpa cuba memahami culture mereka.. Aku patah semangat, berundur diri, angkat bendera putih.. memang akulah yang rugi. Rugi kenapa? Hah. aku takkan dapat belajar betapa susahnya nak deal dengan orang yang berlainan bangsa, agama, bahasa dan culture. Aku takkan faham bahasa tamil.hehe. Aku takkan dapat pengalaman yang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Paling simple, ada ke orang Malaysia yang nak cabut gigi atau buat rawatan gigi di tangan pelajar tahun 3 pergigian. Yep, takde title doktor pon lagi. Sini sangat ramai, berduyun-duyun datang sampai tak cukup tangan.. Sampaikan pernah terdetik dalam hati, tolonglah sikit je datang hari ni.. Tak larat. haha. tak syukur betul! pengalamnan tu wehhh.


Kalau dulu, mak aku pesan...

" tak payahlah pergi India.. bahaya"

" pergi India hati-hati long, bahaya tu"


sekarang aku berani cakap, duduk di Malaysia 1000 kali bahayanya dari Salem ni.. Sedangkan dekat tempat public orang boleh rompak, tikam orang dengan selambanya tanpa rasa belas ihsan.. orang boleh merogol orang dan simbah asid tanpa rasa perikemanusiaan.. Bunuh orang ibarat permainan, nyawa orang ibarat benda yang boleh diambil sesuka hati.  See, sekarang aku rasa lagi takut nak balik Malaysia dari stay dekat India.


Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH, terima kasih rakyat Malaysia kan peluang yang diberikan menimba ilmu di tempat orang. Yang pasti, aku tak pernah menyesal 5 tahun berjauhan, 5 tahun beraya di perantauan.. Peluang yang jarang diperoleh. Terima kasih. 


senyum.


segulung ijazah yang pastinya akan aku gunakan untuk berbakti kepada bangsa dan rakyat Malaysia.


Lega.


masa ni hantar BFF si aimimira bersama Achot dan Husna.



 Bam2 datang KLIA.



heeee makcikku nangis. sedihkan nak berpisah dengan anak buahnya 
yang paling comel ni..



dengan my roomie dan Arwah Tim.



we called this White House. haha. penuh lampu kelam kelip sambut kami.



Kelas Anatomi dulu, tapi sekarang dah cantik. Siapa dok sibuk ngadu komplen itu 
sini, memanglah tak tahu syukur. Sekarang kelas ber'ekon, kerusi meja cantik, 
pakai pun white board.. up sikitlah..dari dulu blackboard kan.



Pakcik gagah macam badang. Aku ada. Kau ada? 



Kenangan, gambar pertama masuk dalam SALAM PERANTAUAN. hehe.



Mari ke sekolah ye, bukan ke rumah hantu..



Alahai muka kanak-kanak lagikan. hehe. Gambar tahun 2006.



p/s: Cepatnya masa berlalu yeeee. ;-P

9 si gojes suke membebel:

~NySz~ said... [Reply]

bestnye kakak!
nak jadi dr gigi juga.. hehe..
kak2..doakan anis k for the upcoming trial n real SPM.. (",)
selamat pulang ke MALAYSIA! (",)

Meiko Cosmetics Official HQ Malaysia said... [Reply]

ahaha, ade jgk gambo aku ye tan. muda remaja gitu. aww~

scha cha said... [Reply]

cyes india xmnakotkn?
-.-'

A-N said... [Reply]

kakak, happy Eid! selamat berkhidmat. takpe, jangan sedih sedih tak balik raya. esok2 ada masa lagi :)

Puteri Iqa Izyan said... [Reply]

waaa. lima tahun tu pejam celik je ^_^

welcome back to malaysia.
=D

Affieza said... [Reply]

Bestnya dh abis bljr kan??? hehe...

dr hakim said... [Reply]

apa yang berlaku kat ko..
same goes here intan..hahaha
rindu ko weh..lalala
memang berat belajar kat negara dunia ke3
tapi mereka juga la yang beri kita ilmu
aku bila masuk klinikal year
matap habis arrr
semua org aku jahit n potong...hahaha
selamat jadi dokter gigi
nanti dah grad bleh team up dgn awek aku

Diyana said... [Reply]

pengalaman berharga tu

ehh kita nampak akak dekat paper sabtu haritu dekat salam perantauan !

yusri_peace said... [Reply]

wahh!! menariknya post ni, walaupun saya baca post ni selepas 2 thn ia dipublish..

saya ada satu soalan, mohon dijawab oleh tuan punya blog..:)

saya berminat dlm bidang pergigian, dan saya masih berfikir ke negara mana saya ingin teruskan study saya, oh ya..saya pelajar lepasan SPM, baru dapat result khamis lepas..alhamdulillah, result cemerlang =)

oh, soalan saya, pergigian di India baguskah? kita selalu dengar org kata perubatan di India bagus sbb ada mayat banyak (org cakap la) so doktor lebih cekap..bagaimana pula dgn pergigian ye? harap dijawab kerana saya tengah buntu..:(

Related Posts with Thumbnails