Monday, November 07, 2011

Akibat shopping tak ingat dunia.

www.tips-fb.com

Hello readers,


Lama tak menaip. sibuk. sangat sibuk.


Sibuk mengemas barang. Packing apa yang patut. Kenapalah banyak sangat barang-barang aku ni. 2 hari suntuk mengemas, sampai sakit-sakit dah badan ni. huhu. Macam nak nangis bila kemas baju yang melambak-lambak. haha, padan muka aku. Bila call mak aku, mak aku kata.. haaa tu laaa shopping je tahunya. heee.



dush3. Mak.. tolong banyaknyaaaaa barang den ni haaa. 



mencecah bumbung almari. hoho.


Sekarang baru rasa sedar diri, tak nak shopping banyak-banyak dah. *haha yeke* kejap je kot insafnya ni. hoho. Banyak juga dah aku sedekahkan dekat makcik-makcik cleaner ni. Dah macam shopping mall dah depan bilik ni. Seorang-seorang datang buat trial room. Test selipar, kasut dan bermacam-macam lagi. Maca garage sales gamaknya. Nak bawa semua tak larat laaa. 


' Along kene sewa satu kontena kot ni' ceh ayah aku suka-suka je. Perli baik punya.


Aku terfikir, kenapa kawan-kawan aku yang lelaki ni sikit je barang diorang eh? aish. Tudung dah sekotak, baju kurung lagi. handbag, kasut. Oh budak laki takde handbag melambak, tak pakai baju kurung. Baju melayu satu pakai bertahun-tahun. Uhuk. Kasut pun satu je lah pakai sampai lunyaiiiiiiii. 



sesi mengemas.



Macam gudang pun ada.


Ngeluh no satu. haha. Sudahlah. Lepas ni balik Malaysia satu lagi pening kepala nak letak mana pula ni. Hahaha. Rumah kalau macam gudang takpelah jugakan. Kalau sekangkang kera payah juga. Takpe screening untuk ke berapa kali akan dijalankan di kemudian hari. 


Setelah bertungkus-lumus, adalah dalam 10 kotak. huhu. Lebih kurang 135 kg. Suruh ayah sewa lori kontenalah datang airport nanti ek. 


Kotak terbesar.


Sampai takde ruang nak letak, maklumlah bilik sekangkang kera je kan.


p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha.

6 si gojes suke membebel:

Rozana Razali said... [Reply]

banyaknya baju.....

Wen said... [Reply]

OMG OMG OMG OMGH banyaknyeeeeeee berpa tahun punye barang ni?

nina suhaina said... [Reply]

Banyaknya barang kakak..tapi, selamat kembali ke malaysia :)

psstt, lepas ni kita kerja under satu kementerian la kak..

Intanberlian said... [Reply]

Rozana Razali~

huhu tu la hasil berkampung selama 5 tahun dik.haha

Intanberlian said... [Reply]

Wen~ hahahaha banyak gilakan. tu baru satu almari. 5 tahun!!

Intanberlian said... [Reply]

nina~ hehe kementerian kesihatan!!!

Related Posts with Thumbnails