Wednesday, November 09, 2011

Resepi Banana Chocolate Cake yang sangat senang dan super moist!

www.tips-fb.com

Hello Readers,


BANANA CHOCOLATE CAKE


Kali ni aku nak kongsikan satu resepi yang sangat senang.. Memang senang sangat-sangat, sampaikan aku rasa siapa yang tak tahu buat kek ni, kalau ikut je resepi ni memanglah jadi sedap dan moist. Kek yang sedap dimakan panas dan sejuk.


Kek ni senang sebab tak perlu susah-susah ada mixer bagai, hanya letakkan bahan basah dalam satu bekas besar dan bahan kering dalam satu bekas besar, kemudian campurkan kedua-duanya dan gaul/kacau sampai sebati. Itu je. senangkan. Kek ni memang faveret aku sebab senang nak buat, disaat mengidam nak makan kek tu kan, campur-campur, kacau-kacau.. masuk oven siap! Sudahlah supermoist. Moist mungkin sebab ada pisang, susu dan vegetable oil tu. Bancuhan ni memang banyak. Kalau tak nak banyak buatlah half je bancuhan tu ye...


RESEPI

2 cawan gula (400gm)
1 3/4 cawan tepung (245gm)
3/4 cawan serbuk koko (75gm) - ayak
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
2 biji pisang besar ( 1 cawan pisang yang sudah dilenyek)
1 cawan air suam/panas (240ml)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu segar (120ml)
1/2 cawan minyak sayur (120ml)


CARA-CARANYA:

1) Preheat oven 175 celcius

2) Lenyek pisang dalam satu mangkuk, kemudian campurkan gula dan kacau sampai sebati.

3) Dalam satu bekas lain, pukul 2 biji telur sampai kembang. Kemudian campurkan pisang yang dah dilenyek, minyak sayur, susu segar, esen vanilla dan air suam/panas. Kacau sampai sebati menggunakan senduk.

4) Dalam satu bekas lain, campurkan tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam. Kacau sampai sebati.

5) Buat lubang di tengah-tengah bahan kering, tuangkan bahan-bahan basah tadi ke dalam bekas berisi bahan kering. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk supaya sebati dan tak berketul-ketul.

6) Sapukan minyak/butter pada permukaan loyang dan tuangkan bahan-bahan tadi. Masukkan ke dalam oven pada suhu 175 darjah celcius selama 35-40 minit.



Pisang dilenyek



Bahan-bahan kering setelah dikacau sebati



Selepas telur dipukul sampai kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi.



Hasil bancuhan bahan basah dan bahan kering.



Selepas dibakar




Yang ni kek yang entah kali keberapa buat. Sebab pukul telur dahsyat sangat, naik semua telur tu. haha.. Garing betul atas tu.



Oh yeah, fresh cream ni aku guna buat topping. Birthday kawan aku, nak buat topping senang, aku bancuhkan fresh cream (tapis sekejap) dengan serbuk koko untuk buat hot chocolate tu. Aku malas nak buat topping pakai chocolate + butter semua tu. tu yang senang je pakai macam ni. Tapi siapa yang nak buat topping sedap boleh guna resepi bawah ni eh.

2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar minyak
2 sudu besar gula halus
75ml susu segar
160gm dark chocolate / coklat masakan
50gm butter


* cairkan dark choc dan butter. Kemudian campurkan bahan-bahan yang lain. kacau sampai sebati.



terbalikkan kek



sapu topping



then hiaslahhhh.hehe.ikut kreativiti.



Hampir habis.



Kek ni sejukkan dalam peti ais lagi sedappppppp! moist gilaa.


p/s: Selamat mencuba!

8 si gojes suke membebel:

ciK LyndaWawa said... [Reply]

waaa..pandainya doktor gigi wat kek..mesti tak manis ni kan.....=]

alinac lover said... [Reply]

huaa nak copy lah resepi ni bole x?

Lieya said... [Reply]

uiiii yummy yummy yummmyyyy

nazira said... [Reply]

wah.. cam sedap n menarik.. t blh la cuba.. huhu..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Wen said... [Reply]

sedapppppppppppppppppppppppp nak buat tapi oven tak dekkkkkkk huhu

norina hakimi said... [Reply]

rindu nye...

alinac lover said... [Reply]

yong dah try

http://www.alinaclover.com/2012/02/resepi-banana-chocolate-cake-kek-coklat.html

AhliaSaleh said... [Reply]

Salam dr..
Izinkn saye ambil resepi yea..tingin nk buat la..tq

Related Posts with Thumbnails