Saturday, December 03, 2011

Kau tamak kau tetap rugi nanti!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Allah dah kata orang yang tamak selalunya rugi..


Kalau tak rugi sekarang, akhirnya tetap rugi. Lagi-lagi kalau sudah caranya penuh dengan hasad dengki.


Tak baik kalau nak busuk hati dengan rezeki orang, walaupun rezeki itu letaknya di tangan Allah, janganlah sesekali dengki dengan punca rezeki orang lain. Orang kalau dah tamak, bukan kisah halal haram, semuanya dihalalkan caranya. Bukan kisah busuk hati ke hasad dengki ke semuanya kau balun. Sudahlah manusia tamak haloba, KAU bukan pemberi rezeki. Rezeki itu dari Allah Taala. Kalau kau busuk sangat hati, ambil lah semua. AMBIL! Satu hari nanti kau akan tersedar, oh aku tamak dulu!


Takpelah wahai hati, bersabar ye, Semua ini ada hikmahnya... Kalau Allah dah tentukan sebegini pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih, kuat mana pun usaha kau, kau tahu kau terbaik. Kau tahu kau punya kemahiran, buat apa kita nak menebal muka menagih kalau kau sendiri tahu kau mampu. YOU DON'T WANT, IT'S YOUR LOSS! 


Buat KAU MANUSIA yang tak tahu menghargai skill seseorang, kerana budi kau pentingkan duit. Ah sudahlah nama pun mata duitan. Sebab itulah orang kata kerana budi tergadai body. NICE!. Tak apa, terima kasih atas peluang yang tak seberapa ni. Suatu hari nanti kau sendiri akan tersedar.


Buat si busuk hati bertudung litup, busuk hati kau juga punyai anak dan keluarga.. Aku tak kata yang bukan-bukan, cuma beringat dengan setiap yang kita lakukan.. Kau punyai anak-anak dan keluarga sendiri. Allah sekarang bayar CASH! bukan pada kau, mungkin pada orang yang terdekat. Jangan busuk hati kalau punca rezeki itu untuk anak-anak. Aku bukan terlalu noble nak mengatakan rezeki kau itu baik ke buruk. Tapi beringat apa kita buat pada orang suatu hari nanti kau akan terkena balik. hidup ni bagai roda, kadang kau di atas, kadang kau di bawah. 



well, it's KARMA! 




Sekian.

8 si gojes suke membebel:

Pondok Usang said... [Reply]

usahlah saling dengki mendengki.. jom dgr lagu ni..
kerana budi aku jatuh hati - Spring

Intanberlian said... [Reply]

Pondok Usang~

betul tu, buat apalah nak dengki.. sampai masa kalau itu rezeki kita memanglah rezeki kita. ini siap dengki dengan orang lain. Apelah busuk sangat hati tu.

Pondok Usang said... [Reply]

takpelaa.. sabar je la eh.. utk menghappy kan keadaan jom kite layan cite tamil.. =)

shima said... [Reply]

knp ni kak intan?problem dgn dentist lain ke?huhuhu

nina suhaina said... [Reply]

setiap kesabaran tu akan ada ganjaran kan. harap-harap orang yang dengki tu cepatlah sedar.

Affieza said... [Reply]

What's going on Intan??

ciK LyndaWawa said... [Reply]

org tamak selalu rugi ..macam angin dan bayang2..=]

zunitaramli said... [Reply]

uish. marah bebenor tu tan. awatnye?

Related Posts with Thumbnails