Monday, January 09, 2012

DSAI kini bebas dari tuduhan, tapi kenapa masih ada yang mencerca dan mencaci?

www.tips-fb.com

Salam readers,




Sana-sini orang update kes DSAI, penuh di facebook, twitter, blog dan segala macam media elektronik. Berita tersebar sungguh pantas. Inilah dinamakan dunia tanpa sepadan. 


Alhamdulillah, akhirnya DSAI bebas dari tuduhan liwat. Sejak 3 tahun lalu mungkin pelbagai tohmahan yang dilemparkan. Paling kesian pada anak-anak dan isteri beliau.Betapa untungnya punyai keluarga yang sangat kuat, tabah dan sangat memahami. 


Terbaca status di syahirul.com

Rasulullah s.a.w bersabda: Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk. (H.R. Muslim)
Ketahuilah, di mahsyar adalah mahkamah yang paling adil dan segala perbuatan manusia sama ada baik atau buruk akan dibalas.


Apa pun sebagai seorang Muslim kita berpegang bahawa Allah sentiasa bersama mereka yang benar. Siapalah kita nak hakimi orang benar atau salah, dosa atau tidak. Ada je orang yang terlalu pemurah menderma kepada si fakir semasa hayatnya tetapi tempatnya ke neraka hanya kerana tidak membantu saudara terdekat. Semua itu urusan yang MAHA KUASA.


Jangan dicaci, jangan dicerca.. Siapa kamu nak mengatakan itu adil atau tidak. Tak perlu dicanang di facebook ke twitter kata tidak adil, sudah pasti diSUAP. Siapa kamu untuk menghakimi sesuatu.Jangan berkata sembarangan sekiranya kamu sendiri tidak tahu. Diam adalah lebih BAIK. Alhamdulillah DSAI sudah bebas dari tuduhan, tidak kira apa dalam pemikiran kamu. Sama ada adil atau tidak, keputusan adalah Muktamad. Bukan senang punyai keluarga sekuat keluarga DSAI.


Tuduhan yang terlalu berat itu, jika sebenarnya dia tak bersalah bukankah ia satu FITNAH. Jika benar dia bersalah, Allah dah kata, di Mahsyar sana tiada satu pun yang terlindung, tiada satu pun yang terlepas. Setiap zarah itu pasti akan dihitung.


Sudah, tutup sahaja mulut-mulut busuk kalian dari mencerca dan mencaci. Buka lembaran baru. Bersama menaikkan kembali nama Malaysia. Biarlah Malaysia ke arah yang lebih baik demi anak-anak warisan pada masa akan datang yang pasti lebih mencabar.


p/s: Berfikit gunakan akal waras, berlandaskan iman di dada. 

5 si gojes suke membebel:

~AiMi SyAhiRAh~ said... [Reply]

Setuju!:)

@apikoss said... [Reply]

orang ramai masih berfikiran sempit kot? haha

wifemdnavy said... [Reply]

Diam lebih baik.. setuju sangat!!
Tak mau cakap salah atau betul DSAI nya.. kita tak tau.. Biar SANA tentukan..
UNDI.. RAHSIA kan..

Anonymous said... [Reply]

INI SEMUA KONSPIRASI JAHANAM UMNO.. ANGKARA UMNO DSAI DIBEBASKAN.. MAHKAMAH DI BAWAH KEKUASAAN UMNO DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA. HAHAHAHA..

(in your face dsai)

nina suhaina said... [Reply]

betul. letihlah tengok pertelingkahan politik ni. better tumpukan negara lebih baik. haha.

Related Posts with Thumbnails