Wednesday, January 04, 2012

Tora Datang lagi!! Siapa ingat apa itu Tora, Dingdang dan Jojo.

www.tips-fb.com

Hello readers,


Pandainya baby. Main angry bird eh?


Teringin nak iPad sebijik. Ada orang nak bagi tak? hehe. Bila aku tengok budak-budak kecik comel loteh ni bergaya dengan iPad, mak haih jeles tak terkawal. Susah nak kawal tapi masih terkawal. Kalau tak terkawal dah rembat sebijik. Tapi bila dipikir-pikirkan balik, tak payahlahkan. Nak buat apa. Nak bergaya je lebih. lol. Setakat nak main Angry Bird tak payahlah. Main game ular pun best juga.


Kecik-kecik dah pandai main iPad ek. Pandai ye.. Babab nanti tahulah. saje buat orang telan air liur basi. Nak beli tak mampu. haha. Tapi mak bapak kaya bolehlah. Anak nak gigit ipad pun ape kisah. Rosak sebijik beli lain. Hari tu adik aku rembat satu Samsung Galaxy SII. Peh, jeles tak terkawal ni. Haih kalau tak terkawal maksudnya apa? Nak sebijik jugalah. haha. 


Aku cakap kat adik aku, "Along nak buat drop test boleh tak dik?"


" Hah?" Menganga jap adik aku.


" Ala, tak rosak punya, tak pecah.. Along ada tengok dekat utiub tu. Kalau ko punya iPhone 4s kompem pecah " Muka macam konfiden gilakan. Rasa ingin tahu meluap-luap. Teringin bai nak buat drop test sebijik. Tapi tak jadi takut drop test aku ke laut, mampos nak ganti dia punya sebijik. Aku pun tak beli untuk diri sendiri lagikan. Jangan buat naya.


Pengaruh iklan aku memang lebih. pengaruh tibi lagi tak payah cakap. Pantang nampak iklan tu boleh kempis perut lagi aku meleleh air liur. Nak satu. tak naklah, aku nak Seploh! Lagi-lagi cakap dalam masa seminggu je kempis. Sekali ko telan nasi seploh pinggan. Pe jadah nak kempis. Orang tu sapu seminggu dia tak makan nasi bai. Hisap kapas celup dalam air sirap. 


Aku memang suka terpengaruh dengan iklan. Susah weh. Dulu nampak orang telan Cornflake Kellogs tu. 0% FAT. Bila aku telan puih tak sedap. Benda nak kurus ni memang tak sedap ek? Kenapa tak boleh buat sedap-sedap macam Prosperity beger sebijik ke? Memang berlumba-lumba orang nak telan. Tak sempat kunyah takut kenyang sangat. Tu yang terus telan. Buatlah telan seploh bijik boleh kurus keding. Peh esok aku pi beli. Dari pagi sampai petang aku gigih habiskan seploh bijik semata-mata nak perut kempis macam Lisa Surahana tu. Muka lebar takpe, orang tak kata macam jerangkungkan.


Tapi itulah masalahnya. TAK ADA yang sedap. Ada yang sedap sikit. HERBALIFE aku. haha. 




Inilah Tora datang lagi!!! tengoklah coklat dodo tu. Terliur tak? Janganlah time ko dah besar gajah. bayangkan ko budak hingusan.



Kecik-kecik dulu suka tengok iklan TORA datang lagi!!! Suka gilaaa. Suka merengek kat mak aku nak sekotak mak!! nak juga sambil hentak-hentak kaki dekat depan gerai MAKCIK TORA dekat pasar malam. Mak aku memang mengalah je. Kalau Nasib baik memang aku dapat TORA la.. Harga singgit sekotak. Nasib-nasib tak dapat lempang, mak aku macam kesian dia bagi lah DING DANG kotak biru harga sebijik limaploh sen. KALAU nak lagi gempak, aku kecek nak JOJO. Kotak besar tu. Harga dalam dua ringgit. Dapat sebijik, rasa macam nak mendabik dada. Bangga bila rakan-rakan sebaya aku dapat sebijik tapi dia tak dapat. haha.



Ding Dang murah sikit.


Balik rumah, sekali buka kotak.. keciwa tak dapat mainan best. coklat dalam tu pun dah masuk angin. Lemau! Takut mak aku bebel, telan juga sambil terkulat-kulat. Buat-buat seronok main. Lagi-lagi dingdang. waaaaa. kenapa tak sama macam dalam tibi. Bila mak aku tahu kekeciwaan aku, cepat aje lontaran suara maut dikenakan.



Jojo idaman ramai.


" Hah, pi rebus kotak-kotak tu sekali telan buat minum "

" Tiap-tiap minggu beli kaya makcik Tora tu,"  baik punya nama makcik Tora tu dapat. hehe. 


Dulu masa aku kecik-kecik selalu aku impikan duit yang banyak supaya dapat beli kotak JOJO, TORA dengan DING DANG banyak-banyak. Sampai aku pikir, takpelah aku dah besar aku banyak duit aku beli nantilah. Tak payah mak aku suruh rebus kotak tora tu lagikan. 


Tapi bila aku dah besar ni, duit ada. Kenapa nafsu nak beli kotak JOJO tu dah takde. haish blame diri sendiri. Tension. Sekarang aku nak beli Samsung galaxy sebijik ke, tab ke, ipad ke, iphone ke dan segala jenis yang ada di pasaran. Duit pula takde. Belum mampu nak memiliknya. Tapi Jojo boleh je beli seploh kotak kalau nak. dang.



Agak-agak kalau nak Jojo tak dapat, ko dapat Ding Dang tu pun kira baguslah dari dapat pelempang lepas puas merengek sambil hentak-hentak kaki depan makcik Tora. Terliurkan tengok JOJO. Besar weh. Besar kotak je lebih. Cissss penipu punya jojo.



Impian aku berubah lagi, kalau aku dah tua nanti.. Aku dah ada duit banyak-banyak aku nak belilah ipad seploh bijik. Ok kita tengok bila aku dah ada kemampuan nanti, adekah aku masih teringin beli seploh ipad. Nak try juga buat ekperimen.  


Teringin juga aku nak cari makcik TORA kat pasar malam. Mana tahu dia ada. Saje nak kenalkan diri. 



Oklah bai, sampai sini. bye!



p/s: Tak nak beli kotak Tora penipu tu lagi. Kecik-kecik dulu selalu tertipu. Mainan bapak gabak dalam iklan, macam power gila. sekali dapat plastik yang pijak sekali leh patah. dush!

4 si gojes suke membebel:

zella y said... [Reply]

hahhah...
mmg pn.....
penipu,mainan plastik pastu mahal kan???

norina hakimi said... [Reply]

dulu rasa gembira sangat kalau orang bagi tora/ding dang/jojo..ye la sebab dulu tak de duit nak beli benda2 tuh..budak2 sekarang tah tau ke tak ape benda tora, ding dang sume tu kan..

Picoz Shupalula. said... [Reply]

dah lame tak main mende alah nih. dah besar panjang kotttttt =p

Pondok Usang said... [Reply]

mestila ingat.. iklan mat sentul..

Related Posts with Thumbnails