Wednesday, March 14, 2012

Apa itu FYDO ( First Year Dental Officer) dan SYDO (Second Year Dental Officer)?

www.tips-fb.com

Hello readers,




hehe rajin pula update ye sejak dah ade P1 ni kan. Mesti ramai adik-adik yang tengah duk sibuk kalut study dentistry kat luar sana tu tertanya-tanya macam mana FYDO dan SYDO ni kan? Aik tak habis belajar lagi dah nak tahu eh dik. haha. belajar best dik. Kerja pun best sebab dapat gaji tiap-tiap bulan. haha. Tapi kerja tak best sebab PENATnya tak payah cakaplahkan. Eh ada ke kerja tak penat ek? Suri rumah pun penatkan? 



FYDO & SYDO


FYDO tu First Year Dental Officer. SYDO pula Second Year Dental Officer. Kalau dulu hanya ada FYDO, dan tiadalah pula SYDO.. Kiranya masuk second year bekerja dah digelar Permanent Dental Officer. Kalau dah permanent ni maksudnya dah boleh dihantar posting ke mana-mana. Sama ada ke menjadi YM (Yang Menjaga) di klinik-klinik luar bandar atau attach di mana-mana klinik pergigian besar. 


Mesti ada yang rasa bestnya dah jadi YM, sebab boleh in charge klinik tu kan. Macam klinik tu kita punya ek? This is so WRONG! Sangat-sangat susah menjadi YM ni, banyak sangat tanggungjawab. Kita kena handle pesakit seorang-seorang dan dibantu oleh beberapa orang DSA(Dental surgery assistant). Keputusan semua di tangan kita. Sebab memang tak ada pakar pun nak tengokkan. Bukan itu sahaja, tanggungjawab terhadap pelbagai aset di klinik tu pun kita kena handle dan ambil tahu. Perkara berkaitan administration semua kena ambil tahu.


yess i'm a FYDO



Well,


I'm so lucky sebab ada FYDO & SYDO. Sekurang-kurangnya masa untuk bersama pakar sangat lama. Dan terlalu banyak ilmu yang masih lagi boleh dituntut dari mereka. Kalau di sini, bila ada kes baru datang, kami akan periksa dan present case kepada Senior Dental Officer, kemudian kepada Pakar. Pakar atau SDO akan beritahu apa tindakan yang selanjutnya. Sekaligus kita dapat belajar. Rajin-rajinlah bertanya supaya tak sesat jalan. Mulut biar ramah dan mesra barulah orang pun akan ramah dan sedia membantu kitakan.


Posting ini mengikut tempat. Sekiranya di JOHOR, 1 tahun pertama akan attach dengan kepakaran. Ada 6 kepakaran yang kita mesti attach iaitu 

  1. Oral Surgery (4 bulan)
  2. Orthodontics (2 bulan)
  3. Restorative(2 bulan)
  4. Paediatrics (2 bulan)
  5. Oral Medicine & Oral Pathology (2 bulan)
  6. Periodontics (2 bulan)

Eh apasal terlebih 2 bulan ek? haha. mungkin ada yang 1 bulan kot. Entahlah ek. Sebab 6 bulan pertama ni aku di Muar, 6 bulan yang kedua kena ke JB sebab di Muar hanya ada 2 orang pakar (OS & ORTHO). Tahun yang kedua, akan attach dengan Primary Care selama 1 tahun. Tempat yang berbeza memang berbeza jugalah caranya nak attach pakar dulu ke, nak pergi primary care dulu ke. Ada juga tempat yang pergi ke primary care then seminggu sekali akan attach ke pakar. Depends. 


Ada juga tempat yang pesakitnya kurang, FYDO tak payah pergi oncall. Hanya tagging. Bila tahun ketiga dah jadi permanent baru boleh ONCALL. Dahsat weh. BEST ke? huhu. Bagi akulahkan, oncall dan attach pakar ni banyak sangat-sangat bina rasa konfiden dalam diri. Semangat dan keyakinan diri memang kental habislah kalau pergi oncall. Lagi-lagi kalau sorang-sorang kau nak hadap pesakit pukul 3-4 pagi tu kan. So sekaligus memang banyaklah memberi sumbangan untuk rasa lebih konfiden dan yakin. Jadi kalau FYDO dah kena oncall pun not that bad. Dari dah jadi permanent officer tapi masih terkial-kial dan takut-takut nak hadap kes, lagi parah macam tu.


Nak tahu tak apa yang bestnya di MUAR ni. Paling best kat JOHOR la.


GAJI.


Hehe. orang lain gaji tak masuk-masuk lagi. Kami dah dapat da. weee. Gaji ni kan orang cakap macam semangat untuk kita terus bekerja. Walaupun memanglah tak banyak mana, tapi Alhamdulillahlah kan. Tipulah orang kerja tak pandang duitkan. Ikhlas tetap ikhlas, ganjaran kepada diri sendiri tetap kena ada. Lumrah kehidupan.



sekadar gambar hiasan.


Pengalaman tagging oncall.


Rasa nak share satu cerita time aku tagging dengan kawan aku. Dapat phone call lebih kurang pukul 3.30 pagi hari Selasa. Bergegaslah juga capai baju apa yang sempat, gosok gigi, cuci muka. Kejut member serumah ajak pergi sekali. Sampai di hospital, sudah ada sebuah trolley dengan pesakit yang berdarah-darah. Agak parah keadaannya. Kereta yang dipandu terbabas kalau tak silap aku. 2 orang meninggal. Bibir pesakit koyak sampai ke hidung. Darah masih mengalir. Rakan oncall ni tengah call pakar sebab keluarga pesakit berkeras untuk memindahkan pesakit ke Hospital Swasta di Melaka. Walaupun pesakit stabil tetapi lukanya memang parah.


Tiada pilihan lain, kami pun sediakan borang AOR (AT OWN RISK) untuk keluarga pesakit sign. Sebagai persetujuan sekiranya apa-apa berlaku akan menjadi tanggungjawab keluarga mereka disebabkan mereka masih enggan pesakit diteruskan rawatan di hospital. Pagi itu sahaja, 2 orang pesakit sign borang AOR kerana keluarga mangsa kemalangan itu berkeras mahu dipindahkan segera ke hospital swasta lain. Tak apalah, memang tak boleh nak buat apa-apa, sebab sebarang jahitan pada luka dan tindakan seterusnya perlukan tandatangan consent dari waris/keluarga pesakit. Masa itu, sampai rumah dah pukul 5.30 pagi. Memang ngantuk gilaa. huhu. Terus sambung tidur balik. 



p/s: Macam-macam ragam manusia ini kan?

9 si gojes suke membebel:

shiedahkamil said... [Reply]

dr.intan, kirenye kt mlysia skrg ni ade sydo la?

sy igtkn fydo je.

Affieza said... [Reply]

Bestnya...mcm2 experience dh u lalui..

nina suhaina said... [Reply]

kak intan sayamm, bulan 7 nanti kat muar ke jb? kalau jb bolehlah jumpa. hihi. selamat bekerja kak :)

Unknown said... [Reply]

bestnye intan ^_^

xtakut ke tgk kes2 yg ngeri mcm yg intan cite tue?? erk...emy ngilu tgk darah.haha

mamat Smart said... [Reply]

Help me pleasa...saya ade Masalah mgenai gigi nie adoi...

mamat Smart said... [Reply]

Testing testing....

Husna Hussain said... [Reply]

thanks for sharing experience and some info:) Makin semangat saya nak belajar. Btw saya first year dental student. Harapnya boleh survive sampai final year nanti. Amiinn. Goodluck in your job Doctor Intan :)

Intanberlian said... [Reply]

Dear readers, sekarang ni dah back to FYDO sahaja. No more SYDO ><

Anonymous said... [Reply]

Tadi saya google search FYDO dan terjumpa blog akak. Saya nie bulan okt atau nov habis kursus pergigian dan balik ke msia. Ingin bertanya susah tak masa on call kalau saya tiada kenderaan sendiri. Senior2 saya kata kenalah guna kenderaan sendiri masa on call. Dan senang tak apply untuk tinggal di quarters?

Related Posts with Thumbnails