Thursday, March 29, 2012

Bila ramai pesakit, banyaklah kerenah, banyaklah ragam!!!

www.tips-fb.com





Macam-macam ye ragam orang yang datang hospital ni? Memang pening nak layan sorang-sorang. Kadang-kadang tu pesakit punya over bila cakap mengalahkan doktor. Macam semuanya mereka tahu. Tahulah ilmu dan segalanya di hujung jari. Nak tahu apa-apa minta tolong je dekat pakcik google. Tak sampai 2 saat kompem berderet jawapannya. tinggal pilih je mana yang nak. Kalau lebih dari 2 saat, pi tukar unifi.



Tak salah kalau nak menunjukkan kita ni pun pandai, terutamanya yang bukan bidang-bidang kita ni kan.. Bahasa kena berhemah beb. Kasi elok sikit ayat, baru sedap dengarkan? Tanya tak salah, tapi kena dengan cara dan budi bahasa. 



Adalah satu kes ni, refer dari somewhere else. Sebab sini ada pakar, maka kes-kes patah dan seangkatan dengannya akan dirujuk kepada yang lebih mahir dan pakar bab-bab ni.  So, tujuan refer case memang disebabkan patah tulang rahang bawah. Biasanya, sebelum dirujuk kepada hospital lain, memang tempat yang sakit atau patah akan dirawat atau diikat secara sementara. Jadi, bila si A datang dan selepas diperiksa.. Memang kena buat pembedahan sebab patah agak teruk. Rahang kena pasang arch bar untuk secure kan gigitan gigi atas dan bawah sebelum dibedah. Tapi bahagian yang patah mesti ditarik balik ke kedudukan yang asal (walaupun tak sepenuhnya). Memanglah sakit sikitkan. Kesian-kesian juga tapi nak buat macam mana.


Tapi, bila dah selesai pasang arch bar.. Dah explain tentang operation & kosnya. Si suami datang bertanya,

" Eh kenapa sampai patah pula? doktor sana *rujuk klinik/hospital lain* cakap tak ada patah-patah pun. Cuma nak check ada jangkitan kuman ke tak? " , pakcik ni dah nada agak keras juga. 


" Memang rahang puan ni patah encik. Kita cadangkan untuk buat pembedahan" 


Si suami semakin tak puas hati, kenapa kena bedah pula. Hari tu cakap dah ok. Ni tak pasal-pasal cakap patah, kena bedah pula tu. Mungkin pakcik sedih kot tengok si isteri mengalir air mata tahan sakit kena tarik balik rahang tu ke kedudukan asal. Tu yang pakcik pun terus hilang dalam emosi.




Nak pasang arch bars bukan senang. huhu



Doktor senior dah pening kepala. hmm, terus diterangkan balik. Memang kalau kita lihat dari mata kasar pun tahu rahang puan ni patah encik. Gigi pun dah berselisih ni, bukan di kedudukan yang betul. Ini pun dah disahkan dalam x-ray memang ada patah. Satu lagi, ini surat rujukan dari hospital sana bagitahu memang to rule out patah di rahang bawah ni encik. Si suami kata, tak apalah nanti balik bincang dengan isteri nak pembedahan atau tidak. Haih pelik-pelik. Takkanlah kami nak patahkan rahang makcik ni ye. Kuatnya tenaga kami pakcik. Pak cik tahu tak, tulang rahang bawah (mandible) ni adalah tulang paling besar dan paling kuat di muka kita. Aish. gagah perkasa juga ye dentists dekat sini. Kagum tak? Boleh patahkan rahang orang ye. 



Akhirnya walaupun pembedahan sudah dijadualkan pada minggu itu, sehari sebelum pesakit datang menolak untuk meneruskan pembedahan dengan alasan nak berubat secara kampung. Habis doktor pakar pun turun padang nak yakinkan pesakit supaya meneruskan pembedahan. Tapi, pilihan tetap di tangan pesakit. Setelah diterangkan segala risiko dan tanda tangan surat "refusal" pesakit dibenarkan balik. Elastics pada gigi dibuka, tapi arch bars masih dibiarkan.



WHOA.



arch bars with elastics, to secure patient occlusion.


Memang susah nak percaya, selepas beberapa hari pesakit datang balik nak meneruskan pembedahan. Hahhh??? selepas sign AOR (at own risk) buat keputusan balik. Jadual pembedahan dah terlepas, terpaksa tunggulah untuk dijadualkan balik. Luckily arch bars tu tak cabut lagi. Dahlah terseksa nak memasangnya. huhu.. Tak tahu kenapa sebabnya. Mungkin ubat cara kampung tak menjadi? Mungkin. Aku cakap mungkin. hehe. Dan sekarang, Alhamdulillah pesakit dah selamat menjalani pembedahan. Gigitan pun dah dapat yang betul Moga puan cepat baik ye.



Kadang-kadang kita memang kenalah mendengar nasihat dan cadangan dari mereka yang lagi pakar terutamanya jika ini bukan bidang kita. Mungkin apa yang kita tahu, apa yang kita baca itu sekadar surface. Memang takkan sama. Buat para doktor pula, sudah menjadi tanggungjawab kita memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit, itulah tujuan kita menjadi doktor. Merawat dan mengurangkan sakit mereka. Tetapi walau apa pun, keputusan tetap di tangan mereka. 



Jadilah manusia yang sabar dan tenang ye wahai doktor! Mungkin inilah yang menjadikan kita sebagai seorang doktor! Tak mudah dan takkan pernah senang menjadi seorang doktor. 



SABAR & TENANG.


Bila tersenyum pasti orang yang skait pun akan hilang sakitnyakan?



2 words yang boleh aku describe kan kalau nak menjadi doktor. Banyak pesaki, banyak ragam, banyak kerenah.  Tapikan yang aku peliknya, dekat hospital kerajaan ni nak marah-marah doktor senang-senang je kan? Kalau hospital swasta sana, doktor selalu tak kena marah-marah ni? 



p/s: put yourself in their shoes. Next time cerita ragam pesakit lain pula ye. (><)

2 si gojes suke membebel:

nina suhaina said... [Reply]

eii sama macam kitaorang kak. selalu kena marah. terpaksa sabar. kalau tak sabar kang dapat komplen plak. haha.

Anonymous said... [Reply]

Saya baru accident , ada jgk pasang arch bars ni , sakit mmg la , tp kesian dkt doktor nak pasang ni mmg ssh , tp elastic tu tak la byk mcm dalam gambar , mula mula mmg rimas pakai besi ni , tp nak buat mcm mana rahang patah kan , ni tgh tggu operate rahang nak letak plate 24 october 2013 ni , takut nya la , harap semua berjalan lancar

Related Posts with Thumbnails