Showing posts with label dental. Show all posts
Showing posts with label dental. Show all posts

Tuesday, November 04, 2014

Apakah kaitan Masalah Gusi dan Ibu Mengandung? | Periodontitis & Pregnancy.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Hari ini kita post benda atau topik berilmiah sikitlah ye. Nanti aku dok membebel melalut-lalut korang bosan pula kan. I ni dah lah suka membebel. hah gitu.


Kali ni pengkhususan untuk ibu-ibu mengandung di luar sana. Perasan tak setiap kali lepas buat buku merah (bukan passport) dekat KKIA, mesti nurse suruh check gigi. Aku ni selalu jugalah dok tercongok dekat KKIA menanti ibu-ibu mengandung datang untuk dental check up. Ehem bukan suka suka je buat rules sendiri kena check gigi kalian ye, semuanya bersebab.


Kadang-kadang memang ramai yang memandang enteng check up gigi ni. Mungkin mereka tak tahu kenapa dan mengapa serta apakah kepentingannya. Sehinggakan ada assistant aku yang dok bertanya,

"dah check up gigi?" pun kena marah, ada yang campakkan buku depan dia. Kesiankan. Orang nak buat benda baik tapi kena marah. Maka aku nak terangkan apakah kepentingannya check up gigi ni ketika mengandung. 


Penyakit Gusi @ Periodontitis @ Gum Disease

Ini adalah masalah bengkak atau keradangan gusi. Paling senanglah kalau dah nampak gusi warna merah menyala tu, memang sah ada masalah gusi. Lagi senang kalau gosok gigi sikit gusi berdarah, pegang gusi sikit pun berdarah. memang petanda sangat tu. Aku simpulkan di sini:

1) warna gusi merah kemerahan (selalunya warna pinkish gitu kalau sihat)
2) Gosok gigi berdarah
3) Mulut berbau busuk
4) Nampak putih2 atau hitam2 tanda wujudnya karang gigi di celah-celah gigi
5) Gigi goyang
6) Gigi nampak panjang, sebab gusi sudah ke bawah/ ke atas dari kedudukan yang sepatutnya. Bila gusi sudah tak berada pada kedudukannya, mesti akan rasa ngilu dan sakit (kadang-kadang)



Masalah Gusi


Karang gigi 




Okay apa pula kaitannya dengan kandungan kita? 


Tahukah anda bahawa karang gigi itu adalah akibat pengumpulan bakteria dan sisa makanan yang terlekat pada gigi? Makin tebal karang gigi maka makin teballah ternakan kuman dan bakteria di mulut anda semua. Jadi bayangkanlah. 


RISIKO PENYAKIT GUSI PADA KANDUNGAN KITA

Kelahiran Bayi Pra Matang dan Bayi Kurang Berat 
( Premature delivery and low birth weight)







Bagaimana boleh terjadi?

Penyakit Gusi yang teruk (advanced) boleh menyebabkan level hormon prostaglandin meningkat naik. Tahu tak hormon Prostaglandin itu untuk apa? Prostaglandin is a labor-inducing compound form in one of the oral bacteria strains associated with periodontitis. Maka dengan itu bolehlah menyebabkan kelahiran pra matang dan bayi yang dilahirkan kurang berat dari yang sepatutnya.

Ibu yang ada masalah gusi berisiko tinggi untuk melahirkan bayinya kurang dari usia 37 minggu dalam kandungan. 








Faham tak penerangan tu? 


SEBAB itulah PENTING untuk selalu bersihkan gigi secara EFEKTIF, jumpa doktor gigi secara berkala dan paling penting ANTENATAL dental check up sebagai rutin ketika mengandung. 

untuk tips penjagaan dan cara bersihkan gigi dengan berkesan boleh klik SINI



Oh yeah ada satu lagi masalah gusi yang jarang tapi boleh berlaku. Kita panggil sebagai :

Pregnancy Tumour @ Pyogenic Granuloma @ Pregnancy Epulis @ Granuloma/ Epulis Gravidarum


Hal ini lebih kepada ketumbuhan pada gusi. It is benign (harmless/tak berbahaya) tumour and does not have potential to become malignant (cancerous). 
Kesan: Mudah berdarah (highly vascular), tak sakit
Rawatan: Boleh dibuang melalui pembedahan kecil dan electrocautery.
Ada kalanya kalau tak dibuang, akan mengecut sendiri selepas bersalin.


 Pregnany Epulis


Okaylah. Cukuplah untuk hari ni. Lebih-lebih nanti berpinar pula mata korang nak baca. Maka dengan itu jangan diabaikan kalau nurse suruh check gigi ye. Bukan sekadar nak dapatkan sign dekat buku merah je. Kalau doktor gigi kata perlukan rawatan terutamanya SCALING, yess anda kenalah datang teruskan rawatan tersebut.




p/s: Orang cakap bila mengandung sahaja mesti gigi goyang. Alhamdulillah aku tiada masalah. Bagi aku semua itu mitos. Yang penting penjagaan gigi yang berkesan. 

Friday, November 22, 2013

Masalah gigi ngilu atau gigi sensitif.

www.tips-fb.com

Dear Readers,

Paling lama beristirahat dari menulis blog. hehe.

Okay, post kali ni berilmiah sikit, berkaitan dengan masalah pada gigi.

Pernah ada masalah gigi rasa ngilu dan sensitive?
Pernah dengar gigi haus / gigi lelas / gigi terhakis atau bahasa dental nya Cervical Abrasion? 

Kerapkali aku jumpa pesakit yang mempunyai masalah gigi yang terhakis ni. Kerapkali komplennya adalah benda yang sama. 

Pesakit: Doktor gigi saya ni rasa ngilu sangat. Lagi-lagi kalau minum sejuk ke manis ke panas ke. Kadang-kadang nak amik wudhu' kena air sejukkk pon pehhhhhhh tak boleh tahan ngilunya doktor. Kenapa ye? Sampai kepala ngilunya ni... 

aku mendengar keluhan pesakit dengan teliti. 

Pesakit: (dia sambung komplen) Tapikan doktor, saya selalu tau gosok gigi ni. Setiap kali amik wudhu' saya gosok gigi. Tapi masih ada masalah gigi ni. 

Agak-agak pesakit dah habis berkata-kata, aku minta dia buka mulut untuk periksa dulu apa masalah yang diahadapinya. Sekali aku periksa gigi yang dikatakan rasa ngilu/ sensitive tu.. Inilah yang aku nampak...






Okay rakan-rakan tahu tak apa puncanya??


Memang tak salah kita nak gosok gigi berapa kali sehari pun. Tetapi adakah kita pasti cara kita gosok gigi tu benar-benar efektif? Benar-benar membersihkan gigi kita tanpa mencederakan gigi kita. Yeahh ayat mencederakan gigi pon hadooo. hehe

Berus gigi banyak kali pun kalau caranya tak betul atau tak efektif akan memberi kesan buruk pada gigi kita. Seperti yang tertera pada gambar-gambar di bawah.






Berbalik kepada punca-punyanya tadi.

1) Gosok gigi dengan cara melintang (horizontal) iaitu ke kiri dan ke kanan. Iyelah senangkan gosok gigi macam ni. Rasa bersih gitu.

2) Menggunakan berus gigi yang berbulu keras (hard bristles) berbanding berbulu yang lebih lembut atau medium. 

3) Gosok gigi dengan terlalu kuat macam nak gergaji gigi kamu tuuu. hah sape buat macam ni? 

Okay, check balik, ada tak kamu semua yang menggosok gigi dengan 3 cara di atas? Mari ubah kepada cara yang betul.  Bila aku terangkan kepada pesakit tadi antara punca-puncanya yang menyebabkan gigi pesakit tersebut ngilu, aku dapat respons sebegini.

Pesakit: Doktor, tak puaslah gosok perlahan-lahan. Macam tak bersih je. Lagi-lagi pakai yang berbulu lembut tu. cepatlah kembangnyaaaa. 

Ye, sebab gosok terlalu kuatlah menyebabkan gigi kita haus dan lelas. Berus gigi tu kembang sebab anda semua menggosok gigi dengan tekanan yang sangat kuat. Cara membersihkan gigi yang betul bukan bermakna kita kena gosok gigi secara kuat tetapi berapa lama kita boleh gosok gigi.


Kenapa boleh rasa ngilu/ sensitive?

Apabila lapisan (pertama) pada gigi sudah terhakis, lapisan kedua gigi iaitu dentin (yang belubang-lubang halus/ dentinal tubules) akan terdedah kepada persekitaran mulut. Akibatnya, bila kita makan atau minum sejuk/panas/manis nanti, rasa itu akan terus sampai ke saraf gigi melalui dentinal tubules yang terdedah. 



 ni contoh senang nak fahamlah macam mana boleh sebabkan rasa ngilu tu.



Kadangkala jika anda gosok gigi secara melintang, boleh menyebabkan 
gusi anda turun dari kedudukan asal. Maka, bahagian akar yang terlindung oleh gusi
akan turut terdedah kepada persekitaran mulut dan mengakibatkan rasa ngilu.


Beginilah lebih kurang gambar lubang-lubang atau dentinal tubules.


Bagaimana cara yang betul?

1) gosok gigi secara membulat atau ke atas dan ke bawah.

Kenapa? Jika kita gosok secara membulat atau ke atas dan ke bawah secara tak langsung kita akan bersihkan gigi dan mengurut gusi untuk gusi menjadi lebih sihat. Jika gosok gigi secara melintang, kita sekadar memberus gigi tetapi gusi tu tak terurut pulaa.. akibatnya gigi kita yang terhakis.




2) Beli berus gigi yang berbulu (bristles) lembut atau soft. 


3) Biarlah kita menggosok gigi dengan secara sederhana perlahan tetapi ambil lebih sedikit masa. kalau selamat ni gosok gigi 2-3 saat. Sekarang ubah kepada 2-3 minit. 


 Janganlah sampai berus gigi ni kembang macam ini ye. 


Bagaimana nak rawat kalau dah rasa ngilu?

1) kalau lelasan itu terlalu besar atau teruk, boleh buat tampalan pada bahagian tersebut.

2) rawatan gigi sensitive di klinik-klinik gigi.

3) gunakan ubat gigi sensitive, ambil sedikit dan gosok dibahagian yang anda rasa ngilu lebih kurang 2-3 minit. Biarkan 2-3 minit dan kumur-kumur air. Buat 2 kali sehari. InsyaALLAH rasa ngilu itu akan berkurang sedikit demi sedikit (ambil masa berbulan juga untik hilang sepenuhnya). 
     - cara ini untuk tutup balik dentinal tubules yang dah terdedah ke persekitaran dalam mulut.



Bila tubules ni dah tertutup insyaALLAH rasa ngilu pun akan berkurang dan seterusnya hilang



p/s: This is not about how hard you brush but how efective it is to clean your teeth.

Related Posts with Thumbnails