Showing posts with label kisah hantu. Show all posts
Showing posts with label kisah hantu. Show all posts

Friday, April 08, 2011

Jom Teman Aku...

www.tips-fb.com

Photobucket

Malam itu Azie tidur sedikit lewat... 

cuba menghabiskan sisa-sisa kerja rumah yang melambak.. malam makin larut, jam berdenting buat kali yang entah ke berapa.. dicapainya jam tangan sebelah bantal, oh pukul 1 pagi sudah.. Esok mahu ke kelas lagi detik hatinya.. serabut-serabut. 


Malam sedikit sunyi, waktu offlight sudah lama berlalu.. menggagahkan diri menulis Matematik tambahan yang masih bersisa dengan hanya sekadar cahaya lampu koridor. Bila mata pijar, telefon bimbit yang diseludup bawa ke asrama dijadikan sumber cahaya. walaupun hanya sekejapan. Tapi masih mencukupi. 


Argh kenapa sunyi sangat, kisah-kisah hantu yang selalu dicanangkan kakak-kakak senior dan rakan-rakan seasrama mula menjengah. Mengganggu konsentrasi yang kian pudar dek heningan malam yang sunyi. Bunyi pungguk saling bersahutan. argh! sudah, Kenapa bulu roma tegak berdiri. Ke mana ke'machoan'ku di kala orang lain sembunyi di sebalik bantal bila cerita hantu dicanang rakan sekelas. akukan macho. apa aku takut. Cerita ini semua basi, jumpanya tidak.. tapi dicanang seluruh sekolah. kecoh je beb. 


Mata yang kuyu kian menjadi separa... tak boleh tahan ni, bulu roma tak nak turun-turun, nadi berdegup kencang.. 


Tiba-tiba rasa seperti digoyangkan bahu.. siapa pula kacau aku ni? bisik Azie, kacau saja.. terlupa tadi punyalah seram akibat enak dibuai mimpi.. Hilang wajah kacak macho si Rain. argh 4 dalam 1 , siap ada Chansung, Hee chul, Siwon dang! semua tengah berebutkan aku!! Hilang semua impian. hancus!


sayup-sayup terdengar suara, " Azie, tolong teman aku kejap. aku nak pergi bawah nak ambil air panaslah "


" ceh kacaulah kau ni Bulat! aku tengah sedap mimpi ni, tak boleh tunggu esok ke?"


selimut masih diselubung, lalu digapai jam tangan yang baru dibeli, cis baru pukul 3 pagi. 


" ala zie, aku laparlah. aku nak masak megi ni, jom teman aku.. " 


" malaslah lat. aku nak tidur, ko ajaklah orang lain"


eh, tadi bukan si bulat ni tengah berdengkur membuta ke? sekarang nak melantak. sahlah ko bulat detik hati kecil Azie. tapi masih berkeras tak nak bangun, menjeling bulat pon malas. lantaklah gua mahu tidur. Bulat masih tak makan saman, digegarnya Azie.geram.


" Azie, sampai hati kau. pandang aku pun tak. aku lapar.. sekajap sahaja zie" Azie membatukan diri.


" Azie..." suara bulat agak kaku dan dingin. kesian pulaaaa...


lalu dibuka selimut, kebetulan bulat membelakangkan azie.. lalu berpaling melihat bulat.




JOM TEMAN AKU....


Terseringai si bulat... sambil menunjukkan 2 taring. Bukan Bulat! mata merah menyala, baju putih melayang.. dengan rupa muka yang hodoh dan menyeramkan. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! sekuat hati kujerit.. sebelum tak sedarkan diri sempat kujeling Bulat di katil sedang enak dibuai mimpi...




p/s: bosan sangat sampai sempat buat cerita seram ni, by the way ni adaptation dari cerita seram yang sering aku dengar di zaman sekolah dulu.

Thursday, December 16, 2010

Kisah hantu zaman sekolah; Pandang kanan nampak PUTIH, Pandang kiri nampak HITAM...

www.tips-fb.com

Alhamdulillah dapat juga aku luangkan masa nak menulis setelah sekian lama aku tak berkesempatan.. Pernah tak dengar kisah-kisah hantu zaman sekolah dulu.. banyakkan? kisah histeria? lagi  banyakkan? kisah hantu dengan asrama ni dah terlalu sinonim.. ada yang kadang-kadang aku dengar sama saja kisah-kisah itu cuma ditambah sana ditolak sini. Apa pun ada juga yang boleh dijadikan pengajaran.. Jadi apalah salahnya kita berkongsi ek.huhu.


dulukan selepas aku pindah sekolah ke sekolah asrama penuh SEKOLAH TUN FATIMAH (STF), adalah satu  ketika tu, pihak EDAR (Exco Dakwah Ar-Ruhiyyah) nak cari calon-calon yang sesuai untuk organisasi mereka, disebabkan senior-senior semua nak bersara.. Masa tu, aku memang dari sekolah agama, jadi ada kawan-kawan yang cadangkan aku pergilah sekali join.. nak-nak pula syarat dia kena bagi ucapan sepatah dua kata kat depan surau sambil didengari oleh junior dan senior. so selepas itu, diorang akan vote lah siapa yang diorang rasa layak.



bukannya aku rasa aku layak tapi aku rasa macam seronok pula dapat share something. aku tak nak berucap tetapi aku nak sampaikan sesuatu.



jadi malam itu, aku pun mulakan kisah aku tu....



ada sebuah sekolah asrama tu, terdapat sekumpulan pelajar-pelajar nakal.. memang nakal semuanya, tapi nakal setakat ponteng kelas, ponteng surau, fly dari sekolah.. macam itulah lebih kurangnya.. semua cikgu kenal dengan perangai semua pelajar tu.. kesemuanya 6 orang pelajar perempuan.. Kemudian suatu hari, seorang dari mereka bagi cadangan..


" Weh, esok Qiamulail korang pergi tak? Jom pergi! "


" hah? tanduk aku belum hilang lagi beb "


" weh, jomlah pergi.. sesekali buat baik. apa salahnya, kan dah nak exam ni" 


" hmm, nantilah fikir dulu, hari Ahad beb, sekali seminggu. aku nak bangun lambat"


Akhir sekali semua macam dah setuju kecuali Zila yang agak berat hati nak tinggalkan katilnya pagi-pagi buta tu. Keesokkan pagi-pagi Ahad, Zila tergerak hati nak pergi.. bangun tengok dah jam sudah lewat gila.. dia pun tak fikir panjang terus bergegas ke surau.



Ketika itu, jemaah dah mulakan solat sunat, Zila solat di barisan belakang sekali.. ketika dengar bacaan yang dibaca oleh si Imam memang Zila sedikit kagum.. kenapa suara dia lunak semacam.. memang Zila rasa kagum dan sedikit kesal sebab selama ni dia jarang sangat pergi surau. Memang lunaklah, lain dari yang lain. tak pernah aku dengar suara orang selunak macam ni. Satu persatu solat sunat dikerjakan sehingga solat Subuh. 



Apa yang menghairankan, sikit pun suasana tu tak menyerupai suasana pelajar asrama berjemaah. Padahal Zila nampak kawan-kawan dia duduk di saf depan.. semua jemaah Zila kenal. tapi tak macam dulu, kalau dulu semua orang pantang lepas solat je pandang kiri kanan berborak-borak, ada juga yang membuta pelbagai posisi, tak kurang juga amik port kat luar surau sementara nak tunggu azan subuh berkumandang. Lagi pelik tak ada orang yang bangun pergi amik wudhu'. semuanya terlalu khusyuk berzikir.sangar mengagumkan.. terdetik dalam hati, semua orang dah berubah sebab nak exam ke? yaAllah aku saja ke yang tak berubah-ubah.



masuk solat Subuh, seperti biasa kerjakan solat subuh.. tetapi disaat memberi salam, Zila beri salam sebelah kanan.. semuanya PUTIH belaka.. beri salam sebelah kiri, semuanya HITAM belaka.. YaAllah kenapa ni. Masa tu entah kenapa Zila rasa seram sejuk. tak fikir panjang Zila bergegas balik ke blok.



Paginya, Zila tegur kawan-kawan dia.. 


" korang pergi Qiam tak bagitahu aku eh?" semua pun tercengang-cengang.


" Qiam? "


" Yelah siap saf depan korang solat. aku je ni yang kat belakang. nampak aku pun buat tak tahu je."


" Zila sayang, apa kau merepek ni. Qiam pagi tadi kan dah dibatalkan. Semalam AJK SURAU dah buat announcement time lepas baca Quran."


" hah? "


" tulah lain kali, orang baca Quran jangan tidur ke dengar lagu ke. jangan main-main beb, pagi tadi memang tak ada Qiam, solat Subuh Jemaah pun takde"



muka Zila dah pucat lesi. hampir pitam dia kat situ juga dengar penjelasan kawan-kawan dia. bila dia ceritakan kat kawan-kawan dia, semua pun macam sedar dengan tidak. melopong mulut masing-masing. Sejak dari hari tu, Zila dengan kawan-kawan dia antara orang yang solat di saf paling depan, setiap kali Qiam mereka akan sama-sama pergi.



entahlah, ini memang kisah benar kalau betullah cerita senior aku.. katanya, solat tu diimamkan para malaikat. yaAllah benarkah? aku pun kurang pasti... kalau benarlah, betapa untungnya Zila. Alhamdulillah sekurang-kurangnya insiden itu membawa kesedaran bukan hanya pada Zila tetapi rakan-rakannya.



Bila aku habis sahaja ucapan opsss cerita yang panjang lebar tu, aku terus pergi belakang surau.. sebab masa tu tiba masa untuk vote. paling memeranjatkan aku, vote pelajar lain menyebabkan aku dapat pegang jawatan SETIAUSAHA. memang agak besar tanggungjawab tu sebab antara jawatan yang tertinggi. sedangkan aku rasa aku sangat tak layak...berat wehhhhhh....  aku ni dah lah bertanduk. aishhhh. disebabkan jawatan itu aku pun mula berubah sedikit demi sedikit. yelah, nanti orang kata nama je setiausaha EDAR tapi perangai!!! tapi akhirnya, aku letak jawatan sebab aku rasa masih ramai lagi yang layak.. Ustazah tak bagi, ustazah kata, awak kena bawa juga. bila dah banyak kali aku jumpa merayu barulah ustazah bagi aku lepaskan jawatan tu dengan syarat aku kena pegang jawatan NAIB setiausaha. layanlah.... kadang-kadang aku rasa senang ceritakan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan.. kawan-kawan aku kata, tak apa sebagai penarik orang datang ke surau sekurang-kurangnya.



well, itulah intanberlian.. memang suka bercerita dan berkata-kata.lol.




p/s: kalau ada kesempatan aku cerita lagi ye.

Related Posts with Thumbnails