Showing posts with label tsunama jepun. Show all posts
Showing posts with label tsunama jepun. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Amazing! hanya selepas 6 hari gempa bumi di Jepun..

www.tips-fb.com

Salam Readers,



Photobucket
gambar atas: keadaan jalan selepas gempa bumi
gambar bawah: selepas 6 hari kejadian berlaku, jalan sudah diperbaiki, begitu juga dengan palang besi di tepi jalan. 


Jepun terkenal dengan pembangunanya yang serba maju. bukan itu sahaja, Jepun adalah sebuah negara yang semua orang tahu penduduknya sangat workaholic dan tak suka membazir masa. Ternyata Jepun sekali lagi membuktikan dunia bahawa walaupun dilanda Tsunami, mereka tidak pernah berputus asa dan patah semangat.


selepas 2 minggu dilanda tsunami, Jepun sedaya upaya memulihkan keadaan yang sedia ada.. lihat je gambar di atas ni, selepas gempa bumi pada 11 Mac, jalan di Ibaraki ni dah terpisah dan pecah-pecah. bukan kecik tapi besar.. crack tu dalam dan panjangnya hingga 150 meter. Amazingly, selepas 6 hari pada 17 Mac jalan itu sudah kembali ke rupa asalnya. whoa. mantap gilaa! sangat cekap dan cepat diorang repair jalan ni.. well Jepun. 


banyak lagi recovery yang lain, contohnya.. banyak rumah yang musnah akibat tsunami maka ramailah penduduk Jepun yang homeless.. jadi banyak perumahan sementara telah dibina dengan segera untuk para penduduk. selepas 6 hari itu juga, Tohoku Expressway juga telah dibuka semula yang sebelum ini ditutup kecuali sebagai laluan kecemasan.


Syarikat-syarikat perkhidmatan talian telefon pun dah set up new transmission station, fix balik power lines yang rosak.. Pejabat pos Jepun pula menghantar trak-trak kepada kawasan yang terkena bencana alam ni supaya penduduk boleh mengeluarkan duit mereka.


malah penduduk pun dah mula keluar bekerja sehari selepas kejadian tersebut. memanglah workaholic mereka ni.. kalau di tempat lain agaknya macam mana ek? adakah sepantas dan secekap ini? atau adakah sehingga berminggu mahupun berbulan? well, it's JAPAN.



p/s: minta dijauhkan dari bencana alam. amin~ 

Related Posts with Thumbnails