Wednesday, June 09, 2010

update secara pukal | almariku berposing | sejuta penghargaan buat kau!

www.tips-fb.com

salam semua..

entri kali ni mungkin agak panjang.memandangkan aku dah lama tak update.. tengok2.. penuh kulat tak blog aku.. haha.. entri lepas aku sangat-sangat emosi.. trimas tak terhingga pada yang respons walaupon aku lambat gile nak approve.. 

memang aku rasa dunia blogging sangat indah.sebab.. aku boleh meluahkan apa sahaja yang aku rasa.. kawan-kawan bloggers walaupon hanya aku kenal kat alam maya.. sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ada ni kan... 

aku update secara pukal.


yang pertama tama sekali.aku kongsikan kisah aku yang agak sahdis.hoho.
almari kain baju ni dipenuhi dengan baju kurung dan seumpanya dan segala jenis tudung milik aku dan rumateku.. huhu. dan di suatu hari yang indah.. masa aku dan rumate balik dari kelas.. dia dah hampir menyembah bumi.. disebabkan takde alternatif lain.. sementara tunggu almari baru.terpaksa aku biarkan dia sujud..hoho.. kawan aku kata dia tengah posing maut beb.. terpiuh pinggang.lol.


 dari belakang


dari depan


1) laptop kesayangan aku hardisk rosak. pastu masalah besarnya bila tak skru bahagian hd tu  tak boleh nak buka.. sakit jiwa beb. hantar 2 kedai.. makin teruk adalah.. sampai licin skru tu dikerjakan.. aku dah emo masa tu.hihi. sampai mama suh beli laptop baru.. pikir-pikir sayang pula kan duit.. boleh je guna lagi.. terbaik punya idea.. kirim bawa balik malaysia thru BUBU(heh junior aku.. maceh banyak2 bu ).. maceh juga pada bam2 sebab susah payah ambil kat rumah bubu dan hantarkan ke rumah pakcik aku, man em.. maceh tak terhingga ye man em.. huhu.. dan paling kuhargai.. mama lah sebab bayarkan segalanya.hehe.. terbaek lah! sayang mama..


2) laptop aku kosong.huhu.. macam laptop baru dah ni.. 320gb hd berserta window 7.. mantap beb.haha.. itulah kau intan.semua benda kau nak sumbat dulu.. buang sayang.. burn malas.. hamik ko! dah siap automatik delete.. habis semua gambar-gambar yang tak sempat back up.. termasuk kes bleaching aku.hoho. padan muka aku.


3) maaf tak terhingga pada yang sudi jengah sini.. tapi aku tak jengah page kau balik.. pasni.. insyaAllah aku jengah ok.


4) awards dan tags.. hehe... macam mana tu? aku dah tak ingat bape award tah.aku dah save baik punya kat laptop.sekali dia hilang..pufff! hehe... begitu juga tag.. harap langsai lah ya.. kesianlah kat aku ni.. sebab tak tertanggungnya aku nak chek balik kat shoutbox tu.. maapppp.... ampppunnn ibu..bapak...hehe


5) ouh yeah.. pada si TELOR.. hehe.. terima kasih seudi singgah page aku dengan rajin.. wah terharu beb aku.. hehe.. aku akan jengok kau! tunggu!!!!. dan semestinya credit buat kau!


6) page aku lembab gila....argh camne ni weh!!! berat sangat.. aku tak bagi makan pon.huhu aku suh diet dia tak nak..waaa..


7) nak tahu rumah kedua aku? LIBRARY... argh kehidupan aku sangat hectic sekarang.. entah kenapa.aku sangat panik nak exam.. tinggal beberapa hari saja lagi nak final.. aku kena buat yang terbaik final year ni. tahun besar,, exam besar.. so aku korbankan waktu tidur petang aku.. balik kelas, solat rest jap.. terus ke library.. duk 3 jam. balik sambung di bilik pula..


8) aku tengah angau di kala busy exam..hahahaha. aku nak internal dah lusa ni..adoih.


jadual yang padat sendat dan mampat gitu.


9) kuota kes tak siap lagi.. cam mane lah aku nak study..tak tenteram aku.


10) yang pasti aku nak exam dan aku nak pass with flying colours.aku nak serve and treat masyarakat malaysia.. macam kau! huhu.. doakan yang terbaik buat aku ye sayang-sayang sekalian...


11) ouh yeah.. dikesempatan ini.. aku nak ucapkan sejuta..sebillion..huh tak cukup?? berbillion2 juta rupi lah TAHNIAH buat sahabat aku.. MOHD AMIRUDDIN HUSSAIN dan pasangannya.. SELAMAT PENGANTIN BARU wahai sahabat.. maaf tak dapat hadir.. huhu.. aku nak kirim hadiah takut jatuh dalam laut india.. aku kirim kan angin boleh?


12) juga TAHNIAH buat MUNIRAH MD.SALEH dan pasangan.. SELAMAT BERTUNANG SAYANG.. kau sangat cantik.jeles.hehe.... nanti majlis jemput tau.aku sedaya upaya akan datang.huhu..moge berbahagia selalu...


aku pernah terbaca status ni di FB kawan aku.dan aku realized kebenarannya:

" semua orang takut dentist.. aku tak nak ditakuti ramai orang. yola aku kan comel dan lemahlembut.. but then kenapa aku jadi dentist"  heh of kos dah alih bahasa aku.haha.. maksud sama lah..


p/s: kalau aku tak update maknanya aku tengah tungkus lumus usaha nak jadi dentist tahu!






Thursday, May 27, 2010

i'm just need someone called 'bestfriend' to share anything.

www.tips-fb.com

salam semua,

i need someone to talk to.
Bila orang tanya siapa best friend kau intan? Aku blank.
Orang kata.best friend someone yang kita boleh rely on. Tak kira bila kita perlukan seseorang untuk berkongsi suka mahupun duka.


Bila kita perlukan dia.dia ada sahaja. Tanpa perlu kita susah payah mencari dan berfikir siapa dan di mana. Aku fikir dalam-dalam lagi. Nak kata si A. Tak juga.aku rapat dengan dia.tapi tak de la sampai dapat berkongsi kesedihan.

Nak kata si B. Tak juga.. Aku masih hesitate untuk meluahkan kebuntuan mahupun masalah yang ada. Habis tu siapa?

Bila aku pikir-pikir lagi.. Aku tiada best friend.how pathetic am i? Kawan ada. Ramai.. Melambak.. Aku kadang- kadang sedih dengan diri aku. Bila i need someone to talk to.i have none. Aku simpan dalam-dalam apa aku rasa.. Bila aku penat simpan.aku luahkan.. Tapi bukan pada orang. Aku sekadar menangis.. Bila puas menangis.. Hati rasa lega.. Aku lupakan apa aku rasa..


Dulu mama tempat aku luahkan.. Bila dah besar camni. Aku limitkan. Apetah jauh-jauh begini. Aku tak nak mama susah hati..

Then bam2 tempat aku berkongsi segalanya. Tapi panas tak berpnjangan.pasti ada hujan di tengah hari.. Bila selisih paham antara aku dengan bam2. Aku hilang terus tempat bergantung.. Tapi tak. alhamdulillah Dia masih ada..


Bila orang tanya kenapa? Aku jawab.aku get used to be like this. Pemendam rasa.. Aku cuba acting.pretend kuat.. Tapi dalaman aku rapuh. Serapuhnya.. Goyah. Tak sekuat luaran aku.. Aku kerap menangis sendirian.tanpa bahu tenpat aku bersandar.. Tanpa telinga yang mendengar.. Tanpa tangan yang mengusap.. Tanpa suara yang memujuk.. Tanpa kata-kata semangat yang datang membina kekuatan.. Semuanya aku bina sendiri.. Agar aku kuat bisa menempuh liku-liku cabaran dan dugaan hidup ini..

Walau aku nampak ceria.tapi terselit sedikit kesedihan hati. Marah ke geram ke sedih ke semua aku simpan dalam2.. Aku tak tahu marah menengking orang.. Tak tahu juga nak menegur hey kau dah kecik kan hti aku.. Hui sape buat camtu..


Kadang-kadang aku rasa senang nya kalau aku ni orang yang cakap lepas.. Tak ada simpan-simpan. Tapi aku bukan orang yang suka cakap tak pikir dulu..


Aku minta moga aku makin kuat.. Kuat dalaman sekuat luaran aku.. Terima kasih Dia.


Maaf entri penuh emosi. Aku bukan menagih simpati.sekadar meluahkan apa yang aku rasa.


Pulihkan lah jiwa dan ragaku wahai Dia.aku nak hati yang tegar dan cekal. Aku hambaMu yang lemah.


Di saat ni aku terlalu rindukan kau Tim.berikanlah aku kekuatan ya Allah.

P/S: AlFatihah buat arwah Fatimatussolihah.

Related Posts with Thumbnails