Sunday, June 27, 2010

India Ada, Malaysia Tiada

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Huhu ok nak bagitahu awal-awal entri ini amat panjang.maaf ye kalau berpinar mata baca.jangan juling sudeyh..



TANDAS DI MANA SAHAJA SELAGI KAU MUKA TEMBOK

1) First sekali, tak terkira orang kencing tepi jalan.bukan kencing je.malah berak pon melambak.. lepas dah settle qada’ hajat..bangun.. tanpa membasuh.perkh kalau naik bas tahan aje lah bau hancing nye. dulu aku terperanjat , tapi sekarang dah lali.hoho.  yang perempuan.. tak duduk pon. Kangkang kat longkang je kot.adoih. hmm malaysia ada? Kalau sewel ada kot yang buat.huhu. sebab itu lah hilangnya udara nyaman di india. Sekali aku jejak KLIA.. wah bahagia gila ada udara segar.

Ingatan penting bila di india..jangan sesekali jalan atas tanah mahupun tepi jalan. Situ port baik punye orang membuang. Kawan aku pernah terpijak taik manusia di pantai..sila hati2 ok.





PLEASE SOUND HORN

2) Hon kereta bingit tak ingat dunia.boleh pecah gegendang telinge. Ini adalah satu kejutan yang amat drastik bagi aku.. tiada lagi keamanan dalam hidup aku bila ke town.. Dalam satu bas tu ada macam-maca jenis hon.. kalau jumpa keta hon perlahan sikit.kalo jumpa lori.hon mengaum sikit.. kira signal ni dah tak pakai lah.. main hon je.nak potong keta depan guna hon.nak masuk selekoh pakai hon.hebat tak? Di belakang lori siap tulis PLEASE SOUND HORN! Hoho.  Kalau di Malaysia hon orang..mahu kena sekeh kepale? Kurang ajar namanya.. 




TRAFFIC YANG MENGGILA

3)Traffic india sangat-sangat teruk..  jalan 2 lane jadi 3-4 lane.. memang polis kat depan tu macam tunggul je.. kalau di Malaysia aku rasa masyarakat lagi perihatin..  kan ada bunyi bila kereta nak undur kan? Bunyi kalau di malaysia..tet tet tet.. kan?? Kalau di india..ada macam-macam bunyi..malah lagu hindustan pon ada.. hebat tak cara diorang menghargai industri  muzik diorang?




AUTOMAN

4) Di india semestinya ada AUTO.. hmm senang beb. Kalau kat malaysia.. orang naik teksi kan.. kalau nak culik..sekali kunci pintu.. dah tak dapat lari.. tapi kalau naik auto.. boleh lompat2 keluar.boleh jerit2 minta tolong sebab takde pintu pon.huhu.






 TONG SAMPAH TIADA MAKNA

5) Di India aku belajar nak buang sampah..  buang saje di mana-mana.. nak cari bakul sampah.tong sampah.. haremmm!! Kolej aku pon. Payah betul nak cari tong sampah.. sudahnya. Aku pon jadi budaya India.buang aja di mana-mana.. dulu aku pandang gak kiri kanan atas bawah kalau-kalau nak cemarkan persekitaran.nampaknya sekarang aku semakin adapt dengan jayanya. Hoho.ampun. jangan aku balik malaysia buat macam tu sudeyh,mampoiii kena saman.


Then kalau orang nak meludah,ludah saje mana2.. takde sape nak marah. Agak2 kalau bas lalu tepi kau.. jangan sesekali diri sebelah.. orang meludah.mahupun muntah sesuka hati tanpa  pandang kiri kanan atas bawah.. pernah aku naik bas..tetiba.sedap makcik tu muntah tanpa bagi warning..perkh..nasib baik aku sangat cepat dan tangkas ok.




UNIVERSITI MACAM TADIKA

6)Universiti aku sebijik macam sekolah. Bila ambil attendance.. nama kena panggil sorang-sorang.. sapa tak datang kantoiii.. bila tengah duduk di luar, tiba-tiba lecturer lalu depan kita.. tak depan pon.. mahu 10 kaki kot.kena bangun tanda respek. Even lecturer masuk kelas pon kena berdiri.. bukan itu sahaja.. layanan memang sebijik macam budak sekolah.. fuhh.. kat malaysia aku jamin main sign je attendance kan? Nak datang lambat pon takde orang marah kan? Sini lambat.. diri lah kau kat luar kelas.


Bukan itu saja.. kelas aku masih gunakan kapur dan blackboard ok.. kerusi dan meja pon lagi buruk dari budak sekolah.


ni medical dan dental college.





 SKULL DAN MAYAT

7)India..aku boleh dapatkan skull dan bones original dengan harga yang sangat murah..  nak lagi hebat? Beli dekat kubur beb. . harga sekepala tak sampai  RM20 pon. Huhu. Kat Malaysia artificial je.. mahal pulak tu. Rasa hebat tak tidur dengan kepala orang.yela tengah belajar-belajar anatomi tu sekali terlelap pulak kan.hoho.


 nama dia bobo.huhu



mayat



PONDAN MINTA SEDEKAH

8) Pernah tengok orang minta sedekah? Mesti pernah.. tapi pernah tengok pondan minta sedekah? India melambak beb.. bila budak kecik minta sedekah semua boh layan.. tapi si pondan akan tepuk tangan 2 kali.. then tadah tangan..kompem diorang bagi.. bagi orang india.. golongan pondan ni golongan istimewa..  so sebab tu diorang sedekah.. sengal kan?





 BAS MACAM SARDIN

9)Kau boleh sumbat seberapa ramai lagi orang dalam bas tu walau dah senget macam mana pon.asalkan boleh muat walau sebelah kaki.. yang penting tangan kene kuat mahu bergayut sebelah tangan dan sebelah kaki.. agak2 kalau tergesel montot tu paham2 lah eh..






BANGUNAN SEPARUH SIAP UNTUK PANJANG UMUR

10)   India bangunan semua separuh siap.especially di tempat aku.. Salem. Kenapa? Sebab katanya kalau bangunan siap.. nanti umur pendek.hoho.. so hospital separuh siap. Bila bawah dah siap. Kasi penuh dengan pesakit.. atas tak siap takpe.penuh ceracak.. agak-agak pesakit melimpah ruah. Tambah lagi setingkat.


hostel ni memang tak siap pun time kitorang sampai.






 MAKANAN

11)  Makanan di india.. memang pedas. Dia tanya spicy or non spicy? Non spicy pon bapak pedas.hoho.. and then. Tak macam malaysia.. ada air milo ais, teh ais, laici, bandung.bla2.. india minum air putih je.. kalo nak jus ade.tapi pure jus.manis macam minum selori gula.. agak2 berani mati.. minum lah air putih diorang. Haha.. kompem toilet jadi bilik kedua nanti.. perot tak tahan memang janganlah sesekali minum air selain air mineral.. air di India tak sebersih air di Malaysia.. satu lagi kandungan klorin sangat tinggi berbanding Malaysia.. sebab tu banyak insiden Fluorosis.


India ada pelbagai roti yang best.. ada roti nan, romali roti, tandoori roti, kulcha, dosa selain capati,paratha dan tosei.. grilled chicken perkh... memang ada umph.. hehe.aku tak rasa malaysia ada semua ni..





TOILET

12) Toilet di India.. ada 2 jenis.. kebanyakkannya bukan lelaki dan perempuan tetapi toilet india (toilet cangkung ) atau western ( toilet duduk).. toilet terbuka tak semesti takde orang.. sebab pernah pintu tak kunci..sekali aku tolak ada makcik tengah tutttt. Dang!






GOLEK2 ATAS RUMPUT

13)  Cerita melayu mana ada orang golek2 atas rumput..keliling bukit.. pakai skirt kat salji.. lepas golek2.. tiba-tiba tukar baju lain.. tengah menari2 gelek2 tiba baju lain.. hah takleh lawan filem hindi mahupun tamil.. hebat tak?




 TREATMENT MURAH

14)   Treatment gigi mahupun klinik di india sangat-sangat murah. Aku pakai braces total bernilai RM 1200. Kalau di Malaysia, braces saja RM1500. Tak termasuk appoinment setiap bulan RM100+ total semua mahu RM4k. Hehe.. so memang harga ubat di India murah.





 KATIL ATAS BAS

15) India ada bas yang ada katil..means seat untuk baring.. dipanggil sleeper class.. hmm takde dah main rebahe kerusi..huhu hebat tak? Best je baring.. tahu2 dah sampai destinasi.. dah lah ada langsir.. so bolehlah nak tanggal tudung ke waktu tidur.. siap bantal dan selimut dalam tu..


ni bas ada katil 2 tngkat.. memang selesa.. siap ada langsir.




COKE MASALA

16)Satu lagi ada tak kat malaysia orang minum coke dengan masala? India ada.. hoho. Bukan setakat coke, nak air tebu? ada perisa pepper, masala dan macam-macam.





 SARI

17) India ada sari yang cantik dan murah berbanding malaysia.huhu.boleh buat baju kurung =D






WEDDING

18) Majlis orang kahwin di India makan guna daun pisang..  =D






MOVIE DALAM BAS

19) Mana ada bas di Malaysia tayang filem dalam bas.. kat india ada.. aku agaklah kan..sekali aku pergi town.. sekali tu aku khatam satu cite tamil syiok lama-lama layan ni.. konjem2 tamil tariyamma.. tengok aku pon dah leh cakap tamil =D





MARATHON PAKAI HEELS

20) Mana ada orang marathon pakai heels.. sports day..bersukan pakai labcoat macam orang di India.. India takde game futsal,basketball,netball utk perempuan.. tapi ada game THROWBALL dan TERNICOTT.. malaysia takde.hee





DUIT INDIA BUSUK

21) Bila duit malaysia berconteng..adalah satu yang pelik.tetapi itu kebiasaan di india. Bila duit india suci bersih.cantik berkilat.. diorang akan chek. Tak caya.cubalah.. sebab dikhuatiri duit palsu.. tapi kalau duit tu berconteng2.. kotor boloh.. busuk gila.yang tu kompem ori. Hoho. Geli den pegang duit india. Cuba bayangkan.. lepas kencing sepah-sepah tak cuci tangan.then pegang duit.. errr geli.





TENAGA BURUH PAKAI SARI

22) India masih gunakan tenaga buruh untuk buat bangunan dan jalanraya.. tak macam malaysia cukup semua mesin dan kelengkapan.. kadang-kadang aku tengok..makcik tu pakai sari relax je angkut batu batan besar2...dahsat2... dan kebanyakkannya perempuan yang buat kerja-kerja camni.


diorang masih gunakan sistem takal =D




SALJI

23)India ada salji!!! Salji sepanjang tahun gitu.. malaysia takde salji.heee.


DI Kullu Manali, Himachal Pradesh
memang sejuk gila lah.. tempat ni ada salji sepanjang tahun.



 TAJ MAHAL

24) Yang pasti india ada Taj Mahal!!!!! Bukti suci cinta agung Shah Jahan dan Mumtaz.. dari mana datang TAJ MAHAL? TAJ=TAZ.. mahal bermaksud istana.. sepatutnya adanya BLACK TAJ MAHAL  yang sepatutnya terbina di belakang TAJ MAHAL.. dan di situ bakal diletakkan makam untuk Shah Jahan.. sayangnya..usaha itu ditentang oleh anak shah jahan sendiri lalu dikurung bapanya di AGRA FORT.. sebab anaknya tidak mahu ada lagi membuang duit rakyat semata-mata untuk kepentingan bapanya.. di situ.. saban hari shah jahan menangis sambil memandang taj mahal yang sayup boleh dilihat dari tempat kurungannya.. akhirnya shah jahan pon mati..  sampai sekarang masih wujud tapak untuk BLACK TAJ tu.. tapak je la..


Taj mahal ni dibina semetri.. kesemuanya semetri... dan hanya satu makam mumtaz di tengah2 nya.. cuba perhatikan.. kelainan pada 4 menara di sekeliling taj mahal tu.. apa yang pelik? Ape yang berlainan??? Dapat???  Tahu kenapa??? Cuba carik... =D


Kos masuk tak mahal berharga RS 750  bersamaan RM 55 kot.huhu.. tapi local. Hanya RM 2 Je.. hee.






 tempat wajib amik gambar =D



 tapak black taj.



Gate of India, Delhi
kat situ.. dicatatkan semua nama perwira-perwira
yang telah terkorban =D




 telefon bergerak.




BADANG @ KULI

25) Hmm hebatkan badang tu? Tak terlatih kot..haha. boleh hangkut beg tu sekaligus. Beg aku je agak2 dah dekat 30kg. Campur yang atas tu...errr... boleh tergeliat leher. KULI ni dah memang sedia ada di mana-mana stesen keretapi.. hoho.



 kuatkan pakcik ni



 hmm india memang banyak sangat homeless.
diorang memamg boleh tidur di mana sahaja..




by the way, kalau sesiapa yang ikut blog aku.memang ada gambar yang aku pernah masukkan kat dalam lepas-lepas.. dan kisah-kisah yang pernah aku ceritakan dulu-dulu gak..contohnya di sini













p/s: banyak gambar tak dapat nak upload sebab gambar aku dah hilang.. ni pon aku selongkar balik gambar yang dah burn..huhu...

38 si gojes suke membebel:

PEJUANG KESENIAN EXTREME said... [Reply]

Pelik2 betul perangai org India..

[[iidyLL_iceneSS]] said... [Reply]

if ko xmng ag nih ak xtau ar..
br ak tau india cmne...
uikss...bkira2 nk p sn dh nie..xp kot...huhu

faramira said... [Reply]

wah! panjang gila entri!

bile bace nie.. dh mcm akak nie anak jati india.. ahaks! hehe

k.i.w.i said... [Reply]

tet tet tet tet..ahaha.tak bole bla!

weh,ape kne ngn menara kt taj mahal?aku tak perasan la.

adrinaqamarina said... [Reply]

akak,,,lebey kurang dengan egypt la...cuma besa nya.,,,,sini tak de taj mahal tapi de piramid,,,skull,,,mintak sedekah,,,buang air,,,bus sume...sme je...haha~
adeh,,,

skull sini mahal sket kot dari india...sket je la mahal dye,,,
name skull rina ahmad...
haha~

nina said... [Reply]

cayalah entri kak intan ni. hebat..sokong kak intan untuk contest ni. hehe..

hakimfaridzul said... [Reply]

thanx sangat2!
hargai sangat!

^_^

bellar0ssa said... [Reply]

@pejuang kesenian~

memang pelik2..baru sikit ni..

nisya said... [Reply]

yang buang air merata2 tu... eeeewwwwww!!!!!!!

Azie said... [Reply]

wah! dasyat gak India ni yerk! Teringin gak nak gi cne.. nak rse gak suasana real kat cne! Tp tunggu la nti.. Insya-Allah..

zella y said... [Reply]

zella slalu tgk rancangan travel so klu org tu pegi indai berkali2 dia pesan jgn minum sesuka hati..beli mineral water n jgn beli mknan klu bkn dorang masak dpn mata kita hehhehe

can ili be akmal? said... [Reply]

bestnya baca pengalaman orang yang tinggal di india.owh yang pondan minta sedekah orang india memang bagi sebab dorang adalah third sex dalam india yang digelar hijra.hijra ni dipercayai boleh bagi restu masa hari perkahwinan,kesuburan.macam bgi good luck la.hijra juga boleh buat orang nasib buruk.sbb tu orang india takut sikit dengan hijra.saya baca kat majalah astro ada artikel pasal hijra. ^^ may you win this contest

bellar0ssa said... [Reply]

iidyll~

ko memang poyo/hahaha.. ala dtg je la.. takpon ko tunggu kawen.honeymoon kat india ek.haha

bellar0ssa said... [Reply]

faramira~


haha.. macam je tapi masih kuat ni darah melayu.haha

bellar0ssa said... [Reply]

kiwi~

huhu betol pe..

hmm kalau nak tahu. cuba tengok kat menara tu.. condong ke luar kan? keempat2 nye.. sebab kalau berlaku gempa bumi ke apa2.. menara tu takkan tumbang ke arah taj mahal tu.. so untuk menjaga taj mahal.. menara di buat condong ke luar sedikit..

bellar0ssa said... [Reply]

adrinaqamarina~

wah seriusly? tak sangka egypt pon ade orang buang air sepah2..

bellar0ssa said... [Reply]

nina~


heee maceh dear.

bellar0ssa said... [Reply]

hakimfaridzul~

hee welcome!

bellar0ssa said... [Reply]

nisya~

baru dgr da euwww... hehe tak nampak dan bau lagi tu.haha

bellar0ssa said... [Reply]

azie~

huhu bleh2.. tapi dtg belah utara lah..heee.

bellar0ssa said... [Reply]

zella~


yep correcta~~ hmm intan skrang ok lah..da biasa.. tapi kalau traveller ni baru jejak india tak boleh lah.. at least kene 2-3 bln kat sini baru serasi..huhu. dah kebal orang ckp.

bellar0ssa said... [Reply]

can ili be akmal~

huhu ewahh baru tahu ni. hee thx share indo tau.. hmm hijra eh. hey gudluck too ok =D

Fitrihadi.com said... [Reply]

pasal duit busuk tu takleh tahan...eeee :p~

diyana said... [Reply]

confirm menang kak

mmg superb !

bellar0ssa said... [Reply]

fitrihadi~

haha.sumpah busuk.. nak souvenir duit india?hehe

bellar0ssa said... [Reply]

diyana~

uish dik. tak tahu lagi ni dik.huhu

ana zara said... [Reply]

akak..!! ya Allah best nye baca entry ni.. haha.. ala2 nk g india ni, skali mengenal india la kan.. haha

bellar0ssa said... [Reply]

anazara~

huhu dik cepat dtg india.. baru feel rasa sendiri.hehe

Sir Marcello said... [Reply]

so memang harga ubat di India murah.

tapi kenapa ada tak mampu?

bellar0ssa said... [Reply]

hmm sebab memang gaya hidup diorang sgt susah.. bayangkanlah gaji sebagai seorang dentist hanya setakat RM500 je sebulan. sedangkan di Malaysia mampu mencecah RM3k (ini kalau kerajaan) dan kerja sebagai kuli dan buruh bape sangatlah mereka dapat..

kadang2 bila kita bagi duit tak sampai seringgit pon mereka dah cukup happy.

Hazzy Ishak said... [Reply]

baru aku tahu menara tu condong sikit.hehe

manusia said... [Reply]

hmm.. kehidupan rkyt India byk prsamaan dgn rkyt Mesir la..

manusia said... [Reply]

hmm.. kehidupan rkyt India byk persamaan dgn rkyt Mesir..

Tomato Gurl's Life said... [Reply]

paling suka dis entry...lengkap pasal india..peliknya...universiti cam sekolah (lucu gak tgk)...skull senangnya dapat..fuyoo pondan tue special..hihi..lengkap review psl india..nice info :)

Cik Bucken said... [Reply]

panjangggnyeee...tp sonok bace..hhohoho..best2:)

ramlah melaram said... [Reply]

muahahahahahah pelik2 la keadaan kat india ni. kesian ade, nak gelak pon ade. kihkih.

Muhamad Hamizan said... [Reply]

makana kat india pedas ker?lagi satu lupa tu...Non A/C or A/C..hehhehe

yahay said... [Reply]

wah pengalaman yg menarik kat sana...kwn2 ada juga cerita..tapi kali byk yg saya dapat tahu....hihi

Related Posts with Thumbnails