Tuesday, December 28, 2010

Awak kena faham...

www.tips-fb.com

Dear my sweetheart BAM2,






awak kena faham kenapa saya selalu terdetik perasaan cemburu bila tengok awak dengan orang lain.. sebab saya sayangkan awak.. cemburukan tandanya sayang...


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya merajuk, sebab saya nakkan perhatian dari awak...


awak kena faham kenapa saya selalu call dan sms awak, sebab masa itu saya sangat rindukan awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya marahkan awak sebab saya nak yang terbaik untuk awak...


awak kena faham kenapa saya buat banyak pengorbanan untuk awak sebab saya nak hidup selamanya dengan awak..


awak kena faham kenapa saya selalu minta nasihat dan pertolongan awak sebab awak kan tulang belakang saya,


awak kena faham kenapa saya selalu ucapka terima kasih pada awak sebab saya nak awak tahu yang saya menghargai awak..


awak kena faham kenapa saya selalu lambat bersiap sebab saya bersiap untuk menambat hati awak.. bukan orang lain..


awak kena faham kenapa saya suka sangat mengadu dekat awak sebab awaklah segalanya bagi saya, saya nak awak saja yang tahu..


awak kena faham sebab apa saya rahsiakan sesuatu dari awak.. sebab saya tak nak awak risau...


awak kena faham kenapa saya selalu risaukan awak kalau awak sakit, sebab saya tak nak apa-apa terjadi dekat awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya sensitif dengan awak, sebab saya takut sangat hati saya terluka kerana awak...


awak kena faham kenapa saya takut lepaskan tangan awak sebab saya takut awak pergi jauh dari saya dan tak pulang kembali...


awak kena faham kenapa saya selalu menangis kerana awak sebab hanya awak yang mampu menceriakan hidup saya...


awak kena faham kenapa saya sayangkan awak sangat-sangat sebab saya sendiri kurang faham kenapa sebabnya...



sekarang awak fahamkan.?



i heart u BAM2 dulu kini dan selamanya.


these songs for you sayang,


ONLY YOU



FROM THE BEGINNING UNTIL NOW



p/s: i just can't be me without you.from the bottom of my heart.

Monday, December 27, 2010

Pengakuan berani mati SAYA GAY, SAYA OK!

www.tips-fb.com

As Salam


hmm bila aku terjumpa video ni dari OHBULAN, aku sedikit tergamam dan terlopong besar yang sememangnya agak besar.  mungkin Malaysia atau pun Melayu semakin open minded? atau semakin berani menegakkan benang yang basah?


Azwan Ismail, 32 merupakan seorang jurutera, penyair dan penulis. dia ni telah dipilih untuk menyertai kempen ' Seksualiti Merdeka' yang mendapat sokongan daripada pergerakkan It's Get Better Project.







tapi siapalah kita nak menghakimi orang lain walaupun terus-terang kita dah tahu ia salah dan bertentangan dengan agama. orang akan kata, satu jari kita menuding ke arah orang lain, maka 4 jari lagi tertuding ke arah kita. tetapi kadang-kala tak salah mendengar kata orang sekiranya kita sendiri yakin bahawa kita ni tergelincir atau tersasar dari landasan-Nya dan tiada kekuatan nak melangkah ke arah-Nya. ambillah kata-kata orang sebagai kekuatan diri jika kata-kata mereka itu benar. walaupun kita tak memahami perasaan mereka yang homoseksual tapi perlu diingat ia perbuatan yang sangat salah di sisi agama. ingat sahaja contoh KAUM NABI LUTH A.S dulu.. jadikan pengajaran semua ni.. takkan nak berulang lagikan. tak ingatke dulu Kaum Nabi Luth dihancurkan oleh Allah Taala.aish, bangga betul dia kata dia semakin konfiden sejak buat pengakuan bodoh ini. 



hmm, pendapat aku.. it's just so wrong untuk membuat pengakuan sebegini. Nauzubillah..


dan aku jumpa komen ini di bawah video tersebut,

“Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak ...di kalangan mereka” [Hadith Riwayat Muslim]
Ini bermakna kita boleh menegur kemungkaran yg berlaku tetapi jgn sekali-kali mencerca dan mencela mereka dan seterusnya menganggap diri kita lebih baik dan mulia drpd mereka. Berilah teguran dgn penuh hikmah dan penuh dgn sifat rendah diri dan tawaduk. Wallahu a'lam (nasihat utk diriku sendiri dan sesiapa yg sudi berkongsi)


sama-samalah kita doakan moga Allah beri hidayah untuk elakkan daripada saudara ni makin tersesat jauh.. SAYA GAY, SAYA OK. this is so wrong. bak kata OHBULAN, sini bukan NEWYORK CITY tapi KLCC.



p/s: kegembiraan di dunia hanyalah sementara.

Sunday, December 26, 2010

Fesyen Red Carpet Anugerah Skrin 2010 yang agak pelik.

www.tips-fb.com

As salam readers,


hmm, walaupun aku tak dapat nak menonton Anugerah Skrin 2010, tapi aku masih ambil tahu jugalah ok. ada yang cakap suram gila anugerah kali ini, orang umumkan nama pemenang macam umumkan kematian. eh? ada juga yang kata gabungan MC yang kurang mantap.. walaupun Awal Ashaari dan Vanida Imran bukan calang-calang orang namun gabungan mereka belum mampu memeriahkan suasana majlis.



jom kita layan gambar-gambar yang aku rasa pelik gila baju diorang ni. tak ada fesyen lagi best ke? kau rasa macam mana? pelik tak?



tak berkenan betul aku dengan bunga-bunga kat tangan tU.



hmm bahagian dada tu sangat weird.




sayap?



yang tengah-tengah tu agak pelik




sedikit kepelikkan di situ.




sari?



menutup kepala sekadar fesyen? sangat tak sesuai dengan pakaian
yang agak seksi tu..




ok. no komen.



ok weird.
LADY GAGAP?
kasut sebelah lain-lain?





PALING BEST!!
ouh yeah. my beloved FARID KAMIL. hehe. BAM2 don't worry darling i heart you more. =P










dan semestinya si gorgeous ERRA FAZIRA dari dulu sampai sekarang.







dan juga si comel loteh LISA SURIHANI dan adik MIA SARA.







 apa-apa pun tahniah kepada pemenang! and Shaheizy Sam two thumbs up! u deserved it!



credit photos: BEAUTIFULNARA


p/s: setiap orang ada citarasa tersendiri. tetapi jangan sampai jadi mangsa fesyen.

Saturday, December 25, 2010

Zaman sekolah takut gila dengan dentist!

www.tips-fb.com

As salam readers,



make the children feel safe and secure.


sekarang aku tengah posting di department pedodontics, kena deal dengan budak-budak keciklah jawabnya.. sepanjang aku posting dekat department ni, dah dekat sebulan pun tetapi baru hari ini aku melalui pengalaman yang mengimbau kembali zaman aku ketika di alam persekolahan. Terus-teranglah katakan aku ni sangat penakut dengan dentist..bukan dentist sahaja, malah nurses yang datang merawat dekat sekolah pun aku dah menggigil geletar satu badan. 




Tell-show and do. one of behavioural management. 



kalau dulu, bila tengok ada van klinik kesihatan masuk kawasan sekolah saja aku dah menggeletar, serba tak kena.. kepala aku asik dok ingat saja, bilalah kad hijau tu akan datang memanggil aku mengadap nurse gigi yang mengerikan. Bila setiap kali kad hijau datang aku berdebar. bila nama aku takde fuhhh tarik nafas lega. member-member kelas pula macam hantu sekor-sekor, bila nama kena panggil habis diorang dok kata, hah habislah kau.. mana tak parkinson tangan tu kan? bila balik dari kena check startlah buat cerita sakit gilalah, jarum besar gilalah.. ceh politik habis! nyampahkan?


aku ni, sudahlah ada history buat minor surgery sebab ada bisul time kecik-kecik dulu dekat belakang telinga. mungkin local anaesthesia je doktor tu bagi menyebabkan aku menendang hebat doktor tersebut. sakitlah woiiii... lepas tu mahu 4 ke 5 orang pegang aku. restraint pun aku masih mantap menendang. kesian.. siapa yang korang kesian? mesti aku kan?  disebabkan itu aku trauma ok nak jumpa doktor. walaupun demam.. sumpah aku tak nak pergi doktor.



papoose board @ pedo wrap.



jadi bila kad hijau dari kakak nurse datang, tup tup nama aku dipanggil... panggilan mauttt wehhhhh... dengan tangan parkinson aku sentap kad tu dan terus berlari ke kelas prasekolah di mana mak aku tengah mengajar. haha. aku menyorok tak mahu keluar-keluar. sampai ada orang datang pujuk aku. berkeras aku tak nak keluar kalau mak aku tak teman. maka dengan itu mak aku pun layanlah aku.. sejak daripada tu, bila kad hijau tu datang mesti kelas mak aku, aku singgah dulu.. kalau tak minta maaflah. dalam hati aku, siapa suruh sign parents consent tu kan. aku dah kata tak payah. aku pandai jaga gigi. cehhh kononlah. time tu memang aku kerek sikit.haha.




ok berbalik kepada kisah tadi, budak perempuan bernama Gayatri, berumur 11tahun ok. dah besar juga tu kan.. masa diagnosis nak check sakit apa tangan dia dah sejuk semacam. dalam hati ni, wah lain je ni gayanya. then kes tu diberi pada kawan aku si casio. kawan aku ni kena cabut gigi grossly destructed, memang tak banyak pun dah tinggal sikit je gigi susu tu, gigi kekal pun dah tumbuh sikit kat belakangnya. bila kawan aku tengok-tengok, ok sikit saja ni tan.. tak payah bagi injection (LA). kawan aku guna periosteal elevator nak try umpil gigi tu, tak kena lagi ni.. bila Gayatri tengok benda tajam tu terus dia menangis cakap "sakit" . hah?? tak kena lagi dah sakit? aiyoooo psikologi yang sangat hebat. memang permulaan yang tak berapa nak baik ni.






datang kawan aku lelaki, dia kata tutupkan mata dia, sah siapa mahu kan? memang lagilah dia tak nak. dia dok tepis tangan aku. datang lagi sorang kawan aku.. dia dah siap pujuk-pujuk, pun tak makan saman. cuba juga pegang tangan kaki.. habis bergegar satu department. gegak gempita beb. saat itulah aku teringatkan diri aku.. woo.... rasa macam sentapp je.. aku seolah-olah memahami perasaan Gayatri. cewahh. tapi, masalahnya kalau tak cabut nanti lagi teruk. kena juga cabut. datang pula seorang staff, sir dah siap pakai glove, kena bagi juga injection.. 




akhirnya, dengan  pegang kepala, mulut, tangan, badan, kaki.. sepenuh tenaga ni.. dapatlah bagi injection. tapi hanya injection.. tak cabut lagi. mak dia dah datang sebab dengar anak dia terlolong-lolong. risau... sekali lagi, pegang dengan kuat. cuba cabut.. kawan aku yang lelaki dah amik alih, Gayatri masih menjerit dengan kuat.. dengan tenaga yang kuat menendang-nendang orang yang pegang dia termasuk AKU!! pehhhh rasa sentap beb sebab teringat saat aku menendang doktor. padan muka kau tan, rasakan tendangan mantap!! pakcik attender datang dan memberi sedikit pukulan pada tangan Gayatri serta HOME (hand over mouth exercise). picit hidung selama beberapa saat supaya berhenti menangis. tetapi kena pastikan tak melebihi had yang ditetapkan supaya tak mengganggu sistem pernafasan. hebat gak pakcik attender tu mempraktikkan pedodontics behaviour management. hmm topik menarik dalam buku shobha tandon.hoho.




kemudian aku terfikir, bagaimana kalau aku menghadapi situasi di klinik di Malayia? adakah aku akan terus hantar pesakit balik sebab dah melalak melolong tu.. atau adakah aku mempraktikkan behavioural management tu. tetapi kemungkinan besar pesakit akan mengalami trauma yang hebat kan?? sudahlah doktor gigi ditakuti.. lagilahhhhhh ditakuti selepas itu... huhu. aishhh, aku kena fikirkan ini.. tapi sebelum mengaplikasikan teknik-teknik sebegini seharusnya mendapatkan parent's consent.. hmmm, kerapkali aku terfikir juga, ramai orang benci dan tak suka doktor gigi.. TAPI aku tak nak dibenci. and why m a dentist?? hoho







sebenarnya, semalam pun ada satu kes tu, cabut gigi juga, seorang budak lelaki tapi kurang pasti berapa umurnya.. around 7 or 8 agaknya. dia sedikit pun tak menangis bila kena injection malah siap tersenyum lagi selepas gigi dicabut. memang mengagumkan.huhu... tapi tak semua kanak-kanak macam tu, malah orang yang sudah meningkat umur pun masih mempunyai perasaan kurang senang untuk pergi mendapatkan rawatan di klinik gigi.. as a dentist, i always remember these words, " make the treatment as painless as possible, especially extraction, it's not about pulling the teeth from the patient mouth but it is about to treat the patient. once u make it painful, and your career as a dentist might be gone. since they will tell others not to go to your clinic!"




p/s: susah betul nak pujuk budak kecik dalam tamil. aiyo.

Tuesday, December 21, 2010

Kisah Pengalaman di India dalam FOKUS SPM 2010 dan DARA.COM FEB 2011.

www.tips-fb.com

Salam Readers,



ingat tak dulu aku pernah buat satu entri bertajuk Pengalaman di India; cerita disebalik gambar.. entri itu aku post sebab kak naimah ada invite aku untuk ruangan DARI KAMPUS KE KAMPUS untuk majalah FOKUS SPM... ruangan itu lebih kepada interview sebab kak naimah ada hantar soalan-soalan tertentu melalui emel dan aku jawab bersertakan gambar-gambar. Kemudian ada juga aku tanyakan pada kak Naimah tu, bila artikel tu akan keluar.. tapi tak ada jawapan. 



kemudian satu hari itu, seorang kawan aku ada bagitahu aku, cerita kau masuk FOKUS SPM. sebab seorang sahabat kepada kawan aku ni seorang cikgu, mungkin sebab itu dia tahu. tapi aku pun tak tahu keluaran mana. huhu.. bila aku balik malaysia pula hari tu, adik makcik aku cakap dia beli FOKUS SPM ada gambar aku, profil aku dan kisah pasal india dan universiti aku. entah berapa orang cakap tapi aku masih tak dapat-dapat nak tengok majalah tu.. dengan baik hati, adik kawan aku telah ambil gambar pastu tag aku kat facebook. haha. jadilahkan walaupun tak berapa nak clear.. 










terbaru, seorang wartawan dari majalah DARA.COM ada message aku di Intanberlian's blog. nak minta izin untuk masukkan kisah yang sama dalam DARA.COM untuk segmen 2 BENUA. Fiza kata semua cerita dan gambar akan diambil dari FOKUS SPM cuma Fiza nak minta izin gambar aku seorang.. dan insyaAllah ini untuk DARA.COM keluaran FEB 2011. Fiza kata boleh dapat kat pasaran pertengahan Januari 2011.






huhu tunggu dan lihat sajalah kalau ada nanti ek.. hmm dalam FOKUS SPM tu memang siap lengkap profil diri aku sampai result SPM pun ada. huih malu juga aku orang semua tengok result spm aku.huhu tapi zaman tu dah berlalu..heee.  nak kata hebat dulu tak adalah hebat mana macam si Amalina Che Bakri tu.18 A1? entah aku pun tak ingat.. tapi syukurlahkan.. agak-agaknya nanti adakah kisah aku tu boleh memotivasi atau membangkitkan semangat juang bakal-bakal pelajar yang akan ambil SPM nanti. huhu wallahualam. huhu apa-apa pun SPM tahun ni dah nak habis ke dah habis ye? aku dah lost track pasal SPM ke PMR ni.huhu. 



bagi aku SPM dulu memang zaman yang sememangnya rasa nak pecah kepala. yeke? huhu. 2 tahun belajar untuk SPM kan.. memang sememangnya agak mencabar. dan SPM itu yang menentukan masa depan kitakan. bukan bermaksud orang tak berjaya SPM tak boleh berjaya dalam hidup bukan begitu sama sekali. malah kalau kita rajin bekerja tak kisah pekerjaan apa pun kita boleh berjaya yang penting keikhlasan kan. huhu.cuma kalau nak pergi ke bidang professional seperti doktor,engineer dan sebagainya SPM itu seolah-olah batu loncatan yang sememangnya kita anggap seperti selangkah ke arah cita-cita.



zaman dulu, aku sekolah asrama penuh.. semua cikgu berlumba-lumba nak buat kelas tambahan sampai ada yang bermasam muka sebab nak buat kelas tambahan untuk kami.. paling aku ingat STF terkenal dengan betapa hebatnya ADD MATH dan MATH MOD (hoho poyo jap). jadi cikgu-cikgu yang berkaliber tu semua nak melatih tubi kami agak mencapai standard yang dikehendaki. bukan sahaja nak mengekalkan keputusan senior malah nak memperhebatkan lagi. masa tu, aku rasa tengok nombor saja dah naik muak. dah nak muntah buat addmath. terus-terang aku cakap aku rasa masa itu aku agak hebat addmath.haha. math mod lagilah macam hujung jari. sampaikan cikgu aku cakap " awak kalau tak dapat A MATHMOD awak GILA!!!" huhu. siap kena cakap lagi siapa yang fail kena buat pasukan kawad bersepanduk "SAYA FAIL MATHMOD" hihi. malukan. tapi Alhamdulillah aura cikgu-cikgu math semua tu memang sedikit pun tak merugikan. cuba tanya aku addmath kat aku sekarang.. HANCUR LEBUR.... haha. yang aku tahu pasal GIGI semata.lol.




lagi-lagi sejarah, nak hafal.. mak aihhhh. memang menguji jiwa dan raga. huhu.. banyaknya nak kena hafalkan.. fizik, kimia bio.. huih. huhu tapi bila lepas SPM tu betapa leganyalah kan. heee. bila teringatkan homework. adeh.. cuti seminggu homework macam berbulan-bulan. gila tak? separa gilalah juga. mak aku kata, kenapa cuti along macam tak cuti.haha. normallah hidup di STF. Aku rasa mana-mana sekolah pun macam tu kan.. tapi yang pasti homework tak pernah siap walau struggle macam mana pun.huhu jadi daripada cuti aku habis macam tu, tapi akhirnya homework tak siap. baik takyah buat!!! huhu.  tapi honestly tanpa latih tubi dari cikgu-cikgu dulu haih mana mungkin aku berjaya sampai sekarang. berjaya macam mana pun aku, penghargaan tetap kepada guru sebab guru @cikgu lah segalanya tempat kita bermula menimba ilmu. sebab itu, sampai tua pun seorang cikgu itu tetap dipanggil CIKGU. itu membuktikan betapa besarnya jasa dan peranan seorang guru.




p/s: hargai guru sebab guru ibarat lilin, membakar diri demi menerangi kita. klasik tak, macam puisi zaman sekolah dulu-dulu.

Nak pandai makan tahi cicak?

www.tips-fb.com

Salam readers,


dulukan zaman kecik-kecik ada tak rahsia ke perkara menarik yang korang semua buat sampaikan sekarang ni pun mak ayah ke makcik pakcik selalu sebut-sebut.. huhu.. kadang-kadang agak menarik gak bila imbau zaman kecik-kecik. teringin sangat nak kembali ke zaman kecik-kecik. selalu ikut je mak ayah pergi mana-mana, tidur pun bawa ketiak mak.heee. bestkan. sekarang dah besar ni pun sesekali balik mesti aku nak tidur peluk mak aku.. 


hmm, mak ayah pakcik makcik atuk nenek dan segala kerabat akulah kerap gila usik aku.


" kalau nak jadi pandai macam along senang je"


pastu semua pun dah tersenyum sipu-sipu.ada pula yang menyambung ayat kat atas tu.


" makan taik cicak " gegak gempita semua gelak.


cehhhh dang tak! itulah ayat femes kalau nak ungkit cerita lama aku.huhu. mak aku kata, dulu masa aku kecik-kecik.. bila semua tengok aku hilang je, mesti semua cari aku.. bawa mejalah, tepi almarilah.. maklumlah aku ini anak sulung, cucu sulung pula tu. memanglah jadi kesayangan ramai.haha. 


" eh kenapa mulut intan ada hitam-hitam ni kak?" tanya makcik pada mak aku.


" eh entahlah. cuba kau bau sikit dik "


" laaa kak anak kau makan taik cicak ni haa... dah habis telan. sedap agaknya " 


yuckkkk takkkkkk. euwwww takkkk.. hahahaha. selepas itu intan dan taik cicak dah menjadi sinonim dah, pantang aku hilang je, mak aku kata pergi cari taik cicaklah tu.haha. jangan tanya aku rasa macam mana, aku tak pernah cuba lagi sejak akil baligh.. sampai sekarang makcik aku usik, kalau nak pandai.. hah makan taik cicak macam along tu.. 



satu lagi usikkan best, mak aku kata aku ni pemalu.. kalau aku hilang dari depan mata orang ramai ada 2 sebab, satu sebab aku ni pergi cari taik cicak.. satu lagi sebab aku tengah nak meneran untuk berak. selalu aku amik port belakang pintu.. kecik-kecim dah tau malukan? haha. pakai pampers ke lampin ke aku tetap pergi menyorok.. bila dah selesai hajat pun aku masih duk menyorok tunggu orang tukarkan pampers.hee. huhu mak aku kata juga, aku ada habit pelik bila tidur dulu. selagi tak peluk tangan mak aku mesti aku tak boleh tidur. bukan peluk saja, aku hisap-hisap tangan mak aku. huhu.. itulah ubat tidur aku. 



bestkan zaman kecik-kecik dulu, nak apa-apa senang je, menangis kompem orang datang layan kau. pastu kau tembam pun orang kata comelnya... kau nak makan banyak pun orang kata tak apa nak membesar.. kau kentut pun orang kata eee kentut comelnya... kau gelak sorang-sorang, kau menangis, kau tidur.. semualah orang kata comel.. sekarang cuba kau gelak sorang-sorang. mahu gila orang kata.. kau tembam, makan banyak pun orang pandang senget.. kentut lagilah senget habis orang pandang.. nak berak dalam pampers lagi lah macam sewel pula.. 



dulu aku kecik-kecik aku bagitahu mak aku, nanti along dah besar along nak jadi doktor tau, along nak belajar luar negara jauh-jauh. nak naik kapal terbang.. macam best je naik kapal terbang. tapi sekarang aku rasa macam dah tak nak pergi jauh dari mak aku, kalau boleh nak duduk je bawa ketiak mak aku. bila makin besar aku dapat rasa aku makin jauh.. dan akan terus jauh. sebab itu, aku selalu ingatkan diri aku.. aku janji lepas ini apa-apa pun aku tak nak dah jauh-jauh dari mak ayah aku.. nak berbakti selagi aku masih ada peluang, nak peluk cium selagi masih ada masa, nak isi masa yang selama ini terjurang.. 



huhu oklah, hargai orang tua yang tersayang selagi ada peluang. betul. selagi tak kehilangan selagi itu tak akan rasa. syukur aku duduk jauh sekurang-kurangnya aku tahu apa perasaannya bila berjauhan dengan mak ayah. jadi bila balik saja, aku hargai setiap masa dan detik yang ada.



p/s: zaman paling best? sure zaman kanak-kanak =D. apa pula kenangan korang masa kecik-kecik dulu?

Thursday, December 16, 2010

Kisah hantu zaman sekolah; Pandang kanan nampak PUTIH, Pandang kiri nampak HITAM...

www.tips-fb.com

Alhamdulillah dapat juga aku luangkan masa nak menulis setelah sekian lama aku tak berkesempatan.. Pernah tak dengar kisah-kisah hantu zaman sekolah dulu.. banyakkan? kisah histeria? lagi  banyakkan? kisah hantu dengan asrama ni dah terlalu sinonim.. ada yang kadang-kadang aku dengar sama saja kisah-kisah itu cuma ditambah sana ditolak sini. Apa pun ada juga yang boleh dijadikan pengajaran.. Jadi apalah salahnya kita berkongsi ek.huhu.


dulukan selepas aku pindah sekolah ke sekolah asrama penuh SEKOLAH TUN FATIMAH (STF), adalah satu  ketika tu, pihak EDAR (Exco Dakwah Ar-Ruhiyyah) nak cari calon-calon yang sesuai untuk organisasi mereka, disebabkan senior-senior semua nak bersara.. Masa tu, aku memang dari sekolah agama, jadi ada kawan-kawan yang cadangkan aku pergilah sekali join.. nak-nak pula syarat dia kena bagi ucapan sepatah dua kata kat depan surau sambil didengari oleh junior dan senior. so selepas itu, diorang akan vote lah siapa yang diorang rasa layak.



bukannya aku rasa aku layak tapi aku rasa macam seronok pula dapat share something. aku tak nak berucap tetapi aku nak sampaikan sesuatu.



jadi malam itu, aku pun mulakan kisah aku tu....



ada sebuah sekolah asrama tu, terdapat sekumpulan pelajar-pelajar nakal.. memang nakal semuanya, tapi nakal setakat ponteng kelas, ponteng surau, fly dari sekolah.. macam itulah lebih kurangnya.. semua cikgu kenal dengan perangai semua pelajar tu.. kesemuanya 6 orang pelajar perempuan.. Kemudian suatu hari, seorang dari mereka bagi cadangan..


" Weh, esok Qiamulail korang pergi tak? Jom pergi! "


" hah? tanduk aku belum hilang lagi beb "


" weh, jomlah pergi.. sesekali buat baik. apa salahnya, kan dah nak exam ni" 


" hmm, nantilah fikir dulu, hari Ahad beb, sekali seminggu. aku nak bangun lambat"


Akhir sekali semua macam dah setuju kecuali Zila yang agak berat hati nak tinggalkan katilnya pagi-pagi buta tu. Keesokkan pagi-pagi Ahad, Zila tergerak hati nak pergi.. bangun tengok dah jam sudah lewat gila.. dia pun tak fikir panjang terus bergegas ke surau.



Ketika itu, jemaah dah mulakan solat sunat, Zila solat di barisan belakang sekali.. ketika dengar bacaan yang dibaca oleh si Imam memang Zila sedikit kagum.. kenapa suara dia lunak semacam.. memang Zila rasa kagum dan sedikit kesal sebab selama ni dia jarang sangat pergi surau. Memang lunaklah, lain dari yang lain. tak pernah aku dengar suara orang selunak macam ni. Satu persatu solat sunat dikerjakan sehingga solat Subuh. 



Apa yang menghairankan, sikit pun suasana tu tak menyerupai suasana pelajar asrama berjemaah. Padahal Zila nampak kawan-kawan dia duduk di saf depan.. semua jemaah Zila kenal. tapi tak macam dulu, kalau dulu semua orang pantang lepas solat je pandang kiri kanan berborak-borak, ada juga yang membuta pelbagai posisi, tak kurang juga amik port kat luar surau sementara nak tunggu azan subuh berkumandang. Lagi pelik tak ada orang yang bangun pergi amik wudhu'. semuanya terlalu khusyuk berzikir.sangar mengagumkan.. terdetik dalam hati, semua orang dah berubah sebab nak exam ke? yaAllah aku saja ke yang tak berubah-ubah.



masuk solat Subuh, seperti biasa kerjakan solat subuh.. tetapi disaat memberi salam, Zila beri salam sebelah kanan.. semuanya PUTIH belaka.. beri salam sebelah kiri, semuanya HITAM belaka.. YaAllah kenapa ni. Masa tu entah kenapa Zila rasa seram sejuk. tak fikir panjang Zila bergegas balik ke blok.



Paginya, Zila tegur kawan-kawan dia.. 


" korang pergi Qiam tak bagitahu aku eh?" semua pun tercengang-cengang.


" Qiam? "


" Yelah siap saf depan korang solat. aku je ni yang kat belakang. nampak aku pun buat tak tahu je."


" Zila sayang, apa kau merepek ni. Qiam pagi tadi kan dah dibatalkan. Semalam AJK SURAU dah buat announcement time lepas baca Quran."


" hah? "


" tulah lain kali, orang baca Quran jangan tidur ke dengar lagu ke. jangan main-main beb, pagi tadi memang tak ada Qiam, solat Subuh Jemaah pun takde"



muka Zila dah pucat lesi. hampir pitam dia kat situ juga dengar penjelasan kawan-kawan dia. bila dia ceritakan kat kawan-kawan dia, semua pun macam sedar dengan tidak. melopong mulut masing-masing. Sejak dari hari tu, Zila dengan kawan-kawan dia antara orang yang solat di saf paling depan, setiap kali Qiam mereka akan sama-sama pergi.



entahlah, ini memang kisah benar kalau betullah cerita senior aku.. katanya, solat tu diimamkan para malaikat. yaAllah benarkah? aku pun kurang pasti... kalau benarlah, betapa untungnya Zila. Alhamdulillah sekurang-kurangnya insiden itu membawa kesedaran bukan hanya pada Zila tetapi rakan-rakannya.



Bila aku habis sahaja ucapan opsss cerita yang panjang lebar tu, aku terus pergi belakang surau.. sebab masa tu tiba masa untuk vote. paling memeranjatkan aku, vote pelajar lain menyebabkan aku dapat pegang jawatan SETIAUSAHA. memang agak besar tanggungjawab tu sebab antara jawatan yang tertinggi. sedangkan aku rasa aku sangat tak layak...berat wehhhhhh....  aku ni dah lah bertanduk. aishhhh. disebabkan jawatan itu aku pun mula berubah sedikit demi sedikit. yelah, nanti orang kata nama je setiausaha EDAR tapi perangai!!! tapi akhirnya, aku letak jawatan sebab aku rasa masih ramai lagi yang layak.. Ustazah tak bagi, ustazah kata, awak kena bawa juga. bila dah banyak kali aku jumpa merayu barulah ustazah bagi aku lepaskan jawatan tu dengan syarat aku kena pegang jawatan NAIB setiausaha. layanlah.... kadang-kadang aku rasa senang ceritakan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan.. kawan-kawan aku kata, tak apa sebagai penarik orang datang ke surau sekurang-kurangnya.



well, itulah intanberlian.. memang suka bercerita dan berkata-kata.lol.




p/s: kalau ada kesempatan aku cerita lagi ye.

Tuesday, December 07, 2010

Is it all about money in INDIA?

www.tips-fb.com

Salam Readers,


aku nak sedikit kisah yang aku rasa sangat menyakitkan jiwa dan raga aku. kalau duduk kat india ni, kalau tak kena tipu hidup-hidup memanglah takkan sah. memang sentap je rasa jiwa ni. diorang ni kerjanya asyik nak makan duit orang..







kisahnya begini, bilik aku yang tak adalah besar mana tu. muatlah untuk letak katil bujang 2 buah.. bilik yang aku kongsikan bersama seorang rakan aku sejak 4 tahun lepas ni. bil elektriknya memang melampau. boleh mencecah sampai RM 100+ sebulan. bilik yang hanya ada sebuah aircond yang bukannya 24-7 pon aku pasang. asalnya memang aku dan rakan-rakan lain pernah komplen, tapi disebabkan "KONONNYA" hostel yang aku duduk ni dibina berdekatan dengan Medical College, maka rate yang dicharge mesti ikut rate industri macam-macam kilang-kilang,sekolah-sekolah, kolej-kolej dan entah ape jadahnya lagi. bodoh tak? ikut rumah biasa tak boleh ke? mentang-mentang yang duduk ni foreigner...  ok tu boleh lagi aku sabar dan tabah.


ok lagi, yang paling pelik... kenapa meter untuk setiap bilik bukannya diluar bilik? tetapi entah dekat ceruk mana pun aku tak tahu.. tak pernah nampak kat celah mana... bil elektrik yang aku dapat bukannya dari jabatan elektrik pon macam kat malaysia tu.. semuanya siap ditulis.. oleh siapa? mestilah si penipu lidah bercabang. bila komplen, kenapa bil elektrik ni macam ni.. ouh dia kata, bil tu sampai kat management.. so diorang just transfer.. bodoh tak.senang-senang je kalau dia nak tukar sendiri ke bacaan meter. amik untung masuk poket pastu makan duit haram.. biar kembung perut penuh dengan cacing. padan muke tak?




ok itu aku sabar lagi... mahu lagi? kemudian dia ada buat pilihan nak flat rate ke bacaan meter sebab ramai sangat komplen ape hal bilik sekecik tapak kaki monyet tu boleh cecah ratusan ringgit pulak, kalau rupee tu kire ribu riban lah...









so flat rate dia lagi macam taik, nak pakai aircond? bayar Rs1200 ( lebih kurang RM100 kot.) tak nak aircond? ( Rs 800 kalau tak silap aku.) tapi kalau bilik ada mesin basuh kene tambah Rs 500 untuk setiap alat elektrik termasuklah oven ke peti ais dan macam-macam jadah lagilah. jadi katalah kau ada mesin basuh, peti ais,oven... total Rs 1200 + Rs 1500 = Rs 2700 bersamaan RM 240 untuk sebulan.. rasa nak lempang tak? kalau rumah kat malaysia sebesar-besar alam pun tak macam tu lah!!! disebabkan bilik aku ni takdelah semua benda elektrik tu. gunalah meter.. sebab kalau guna meter jarang gilalah jejak nilai Rs1200 tu. dan ternyata menguntungkan.. takkan tertipu bulat-bulat macam flat rate.





satu hari yang indah, tiba-tiba aku tengok list bil elektrik, bacaan meter yang diorang suka reka letak sendiri tu dah tak wujud. bila aku tanya kenapa? dia cakap meter rosak. ok fine. sebab sebulan dia charge Rs500 je. bila aku nak balik malaysia, aku tak bayar lagi.. sebab settle sekalilah lepas balik malaysia. bile balik dari malaysia.. bengang gila aku, yang Rs500 tu dah jadi Rs1200.bila komplen, dia cakap " ouh sekarang ni bila meter rosak guna flat rate Rs1200 " apa hal pulak kau? kenapa tak betulkan meter tu?? " ouh meter tak boleh betul " kepala hangguk dia... sah memang patut kena lempang ni!! adoih rasa macam nak gila layan orang kat sini. sekali bila aku tengok dari 3 bilik yang meter rosak dah jadi 7-8 bilik... dasar penipu lidah bercabang tak, esh emo aku. lantak kau aku tak nak bayar!!





bilik sekangkang kera tu pun dia boleh nak charge lebih-lebih. terus teranglah, hostel yang diorang bina ni pun bukannya kukuh hebat mana, sekali tiup boleh tumbang, menanti runtuh je.. dengan semut melambak-lambak, anai-anai berjuta-juta.. tinggal tunggu masa je, seolah-olah macam bangunan pakai buang.. lepas 5 tahun bolehlah runtuhkan..buat baru ek?





sebenarnya aku memang tak nak bayar, tapi disebabkan makin lama pun aku tetap kena bayar, aku amik keputusan tadi jumpa warden bawa semua bil-bil elektrik aku time pakai meter.. sikit je semua.. then aku cakap elok-elok, " tak boleh ke betulkan meter tu" dia tetap cakap management tak nak betulkan.. aku tunjuk semua bil-bil aku yang sikit tu. takkan aku nak bayar mahal-mahal.. 



" u do one thing, fill in this form and said that u request to reduced the amount because u didnt use AC" 



hmm, oklah, aku terima bila dia nak kurangkan dari RS1200 kepada RS500. aku still tak puas hati sebab masa bulan oktober sebulan tu memang takde kat bilik sebab balik malaysia.. dia still suruh bayar dengan alasan dia dah reduce kan banyak jumlah tu. entahlah.. nak suruh redha ke tak? aku pun tak tahulah. yang aku pelik sangat-sangat. apa kejadahnya bil elektrik kene bayar sama harga macam kau ada kat bilik sedangkan kau tak guna langsung!! takkan dia tak tahu langsung yang penghuni bilik tu balik bercuti. entahlah. nak sangat makan duit orang makanlah.. biar berulat.





sebab tu, kadang-kadang orang kata, jangan dikata.. jangan dihina, jangan dikutuk tempat kita belajar sebab tak berkat.. but please! jangan cakap sembarangan since u r not walking in my shoes. kau takkan faham selagi kau tak berada di tempat ini.so just zip up your mouth.




p/s: nanti aku postkan pasal teeth whitening @ teeth bleaching k..

Saturday, December 04, 2010

Bagaimana nak selesaikan masalah gigi depan yang jarang (gap in between upper front teeth @ midline diastema) dan pilihan rawatan.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


disebabkan ramai juga yang bertanyakan aku soalan yang hampir sama. jadi aku buat post ni ye. Mudah-mudahan aku boleh membantu buat yang memerlukannya :-D


BAGAIMANA NAK SELESAIKAN MASALAH GIGI JARANG HANYA DI GIGI DEPAN?


dalam pergigian ia ditermakan sebagai MIDLINE DIASTEMA ( gap in between the upper front teeth- incisors ) Midline Diastema di boleh disebabkan oleh banyak faktor, antaranya:

1) Perbezaan saiz rahang dan gigi.contohnya kalau gigi tu semua bersaiz kecil, rahang pula besar sudah tentu adanya ruang antara gigi.

2) ada gigi yang hilang dan tak diganti dengan gigi palsu,menyebabkan gigi-gigi lain bergerak ke arah ruang tersebut.

3) abnormal jaw bone stucture

4) Lip biting habit- Biting the lower lip may cause the front teeth to drift apart creating a diastema problem.

5) Tongue thrusting habit - habit of pushing the tongue against the upper front teeth ( boleh sebabkan diastema dan gigi jongang) 

6) Oversized labial frenum.

oversized labial frenum


Pernah tak tengok ada pelakon atau famous individu yang mempunyai gap antara gigi depan ni? ada yang berbangga kerana bagi mereka itu style atau trend, ada pula yang rasa rendah diri dan nak cepat-cepat buat makeover. we called it as MAKEOVER SMILE. semuanya terpulang kepada individu tersebut. ikut pandangan dan rasa masing-masing.


Vanessa Paradis


 Gwen Stefanie before and after treatment of midline diastema


Lara Stone ( model Apple Be Delicous DKNY perfume)


Ronaldo


PILIHAN RAWATAN UNTUK MIDLINE DIASTEMA: ( COSMETIC DENTISTRY TREATMENT )


1) ORTHODONTIC TREATMENT 
yang ni paling selalulahkan, sekarang dah jadi macam trend orang pakai braces.tak kira peringkat usia.. ada yang pakai di usia muda, ada juga remaja seperti aku =D. walaupun treatment ni agak sakit, tetapi masih ramai yang mahukannya, orang kata " BEAUTY IS PAIN !". Gigi akan digerakkan untuk menutup ruangan antara 2 gigi depan tersebut. Jika diastema besar, maka beberapa gigi perlu digerakkan ke arah diastema supaya they are equal gaps between all the front teeth. Biasanya cara ini kita boleh dapat permanent result tetapi mengambil masa yang lama ( more than 1 year for big gap ).


2) COMPOSITE or CERAMIC VENEER
Veneer ni adalah untuk betulkan imperfection contohnya chipped tooth, staining, gaps, cracks.Sedikit bahagian depan gigi akan diremove, kemudian material seperti composite atau ceramic digunakan untuk cover balik bahagian gigi yang dibuang tu.. 

perbezaan antara composite dengan ceramic pula,

#ceramic lagi mahal
#ceramic lagi ikut warna gigi sebab translucent ( natural tooth like appearance)
#lagi tahan lasak berbanding composite (life long selagi tak gigit benda-bendayang keras)
#more conservative sebab hanya sedikit bahagian gigi yang dibuang semasa prosedur tu..
# resist staining berbanding composite.







3) COMPOSITE ATAU CERAMIC (PORCELAIN) CROWN.
Crown pula berbeza dengan veneer. Kalau veneer hanya buang sedikit saja bahagian gigi, tapi crown ni kene alter gigi tu menjadi kecil supaya ada ruang untuk digantikan dengan composite atau ceramic crown. Crown lagi last longer than veneer, boleh tahan sehingga 10 tahun atau lebih. 


Crown ni pula memang ada banyak jenis selain daripada Composite dan Ceramic.Perbezaan antara Composite dan Ceramic ni.

Ceramic ( Porcelain )
# lebih mahal dari composite
# better esthetic ( natural tooth colour)
# lasts longer than composite
#attrites natural teeth ( hakis natural teeth)
# resist staining ( doesn't discolor easily )

perbezaan antara veneer dan crown


alter gigi




selepas gigi di alter dan selepas pemasangan crown



4) COMPOSITE RESTORATION @ BONDING ( TAMPALAN)
kebanyakkan orang lebih suka menggunakan treatmnent, selain dari kos nya yang murah, ia juga cepat kesannya. Bila pergi dentist, dentist akan tampal menggunakan material seperti composite di ruang antara gigi. Tetapi sekiranya gap terlalu besar, cara ini tak digalakkan sebab akan menyebakan gigi nampak lebih lebar dan unnatural. satu lagi kelemahannya adalah, tak tahan lama dan senang tercabut atau patah lagi-lagi bila makan makanan yang keras seperti kacang dan sebagainya. Jika terlalu kerap minum minuman berwarna seperti kopi, lama-kelamaan composite akan stain.



Bonding procedure







SELAIN DARIPADA MASALAH DIASTEMA, MASALAH GIGI YANG PATAH ATAU CHIPPED OFF PON BOLEH DISELESAIKAN MELALUI CARA-CARA SEPERTI:

1) Composite restoration @ dental bonding
2) Veneer
3) Jacket crown






 ketiga-ketiga gambar menggunakan cara rawatan composite restoration @ dental bonding


nak tahu berapa harga di Malaysia boleh klik di SENARAI HARGA RAWATAN GIGI DI MALAYSIA


credit gambar: MR.GOOGLE dan juga di SINI


p/s: kalau ada apa-apa persoalan boleh tanya, insyaALLAH yang mana aku boleh jawab aku jawab ye :-D.
SENYUM SEINDAH SURIA.


Thursday, December 02, 2010

Do's and Dont's while wearing braces @ pendakap gigi.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


ni aku nak bagi sikit tips apa yang patut dibuat dan patut dielakkan bila pakai BRACES.









1) Do clean your teeth using normal brush or orthodontic brush after every meal.


2) Your new fixed appliance will feel strange and uncomfortable at first. The attachments on the side of the teeth will buldge into your tongue and cheek and make them sore to start with, and the wire which pulls the teeth into place will make them feel loose & tender, which is only temporary and will resolve itself with time.


3) Do avoid hard foods, as they may break the braces and  wires.
EG: Nuts, Non-vege, apple, carrot etc, they maybe eaten if they are cut into smaller pieces first.


4) Avoid sticky foods such as chewing gum, chocolates etc.


5) Use fluoride mouthwash twice daily ( LISTERINE / ORAL B / CHLORHEXIDINE ), to rinse mouth thoroughly for atleast 30-40 seconds.


6) Don't leave your braces broken - contact your orthodontics to get fixed, as soon as possible.


7) Use elastic bands aptly, and as per orthodontist's instructions.


8) If soreness is present, use warm salt - water rinses and/ or paracetamol/ ibuprofen ( panadol )


9) For athletic patients, please wear an orthodontics gum shield at all times. An elbow or ball to the mouth can cause alots of destruction and pain.


10) Remember, a broken or lost appliance can not correct your teeth, but it will extend your treatment time.


11) It is essential that you continue to see your dentist regularly for your routine dental treatment.



p/s: ok kalau ada apa-apa yang tak faham bolehlah tanya di ruangan komen atau formspring ye =D

Wednesday, December 01, 2010

Apa yang penting dalam sesebuah kereta di INDIA?

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Lama sangat internet buat hal, macam-macam yang aku nak cerita semua terbantut.. well, aku cerita mana yang terkeluar dalam minda aku ni. 


" di India apa yang penting dalam sesuatu kereta? "


wah soalan cepumas tu keluar dari mulut seorang kawan aku masa dalam perjalanan ke gym tadi. wah intan? gym? haha.. aku semangat baru mahu membina badan.lol.ok2 patah balik. cepat teka siapa tahu? adakah enjin kereta? adakah body nya? adakah warnanya? atau adakah pemandunya??? dengar cerita aku baru teka ye..


aku memang blurrr dengan soalan dia ni tadi, puas aku pikir-pikir.. bila dia jawab. hahahaha tepat sekali. memang aku pernah bagitahu point menarik tentang india ni dalam entri aku bertajuk INDIA ADA, MALAYSIA TIADA. hehe.. mari aku panjang lebar sikit kasi menarik, baru macam cite hindustan kan.haha



pertama sekali aku sampai india.. masa tu aku ingat lagi tiba di airport bangalore, keluar airport nak pergi kat kereta sewa, jalan tepi jalan dengan penuh hati-hati.. tiba-tiba, PON PON.. peh makkkk aiii dah apa hal nak hon aku.. aku jalan tepi jalan je kot. emo aku masa tu.member-member aku pon sama, bengang, malam-malam buta dah kena hon.



lama kelamaan, bila aku sampai india, dah mastautin kat india, baru aku tahu apa kepentingannya hon ni.. kat india siapa tak tahu pakai hon tolonggggglahhhhh jangan bawa kereta kalau kau tak nak kena langgar. kau nak masuk simpang, kau nak memotong, kau nak mencelah, kau nak menyempil.. tolonglah jangannnnn pakai signal.. tak layan dohhhh signal-signal ni.. kau kena pandai tekan honnn!! PON PON. pastu agak-agak kereta depan tak paham bahasa tekan lama sikit PONNNNNNNNNNNNNNNNNNN. PONNNNNN. tak de siapa marah kau tekan hon. sumpah beb!!!  





" PLEASE SOUND HORN"


" SOUND HORN "


" STOP! SOUND HORN "



haha, itu signs yang biasa aku nampak di setiap belakang lori, bas, auto.. memang dia siap kata PLEASEEE disitu, maka dengan senang hati tolonglah sound horn ye.. kalau naik bas lagi best, aku rasa ada 3 jenis hon kat situ, dan kalau terserempak dengan basikal hon nye kecik sikit PENNNN, kalau dengan kereta besar sikit PONN, kalau dengan bas atau lori jadi BESAR GILE PONNNNNNNN.....


bila mak aku call atau sesiapa call, aku memang takkan angkat. aku msg cakap nanti balik town call balik. bukan dengar pon. memekak je bunyi hon sana sini. dahlah dengan bunyi AUTO nye yang dah macam motorbot kan....huhu.


pencemaran bunyi yang berleluasa tak perlu cakaplah.huhu... bila aku naik kereta dengan seorang kawan aku ni.. dia drive.. memang kat india bawa kereta kene alert setiap masa, bila-bila masa orang akan keluar sesuka hati, membelok tanpa signal, mencelah ikut suka dia, memotong tanpa kira akal, langgar lampu isyarat lagi lah tak payah kira.. kawan aku ni aku tengok jari dekat hon dari pergi sampai balik.. tekan hon tak sudah-sudah. sampai aku pernah kata dengan diri aku, dia ni jangan kat malaysia buat macam ni sudahlah.. trafik india memang bermasalah, memang diakui oleh orang di india sendiri.. kata mereka ada 3 benda yang sememangnya sukar diubah sebab dah terlalu sebati dengan India.. TRAFIK, PENCEMARAN dan RASUAH, ouh BIG YESSS... tepat sekali semua tu.



pernah aku dihon ketika menggunakan lintasan zebra.. hohoho. sungguh sentapkan? lintasan zebra adalah hiasan semata-mata, jangan sangka anda diberi laluan walaupun lintasan zebra terbentang luas.



memang orang dari INDIA aku rasa agak sukar nak memandu di MALAYSIA. hmm kat malaysia berani nak main tekan hon. NO PLEASEEEE SOUND HORN kat malaysia.. hon tanpa sebab memanglah mencari masalah.. hon itu dikira biadapkan di malaysia... siapa nak kena sumpah seranah, sepak terajang hon lah sesuka hati.mahu kena baling botol agaknya. haha. orang ingat gilaaaa ade kot.



bayangkanlah, kau berdiri tepi jalan ni, sah-sah kau tengah tunggu kereta tu yang tengah berdesup laju gila lepas depan mata kau, bunuh diri ke apa kalau nak tiba-tiba terjah kan.. si kereta ni boleh pula dari jauh dia tekan honnnnnn sekuat hati sampai entah bapa kilometer dia lepas dari kau... pastu dapat pula depan sana ada lagi orang tengah berdiri nak melintas jalan, wah dia sambung lagi tekan hon. kalau 100 orang berdiri sepanjang jalan setiap kilometer mahu sampai destinasi dia tekan je hon tu kan. kadang-kadang aku naik emo bila aku tengah jalan sopan santun kat tepi dengan penuh hati-hati, pastu orang hon aku.. apa hal kau? ingat tetiba aku nak suicide ke lari ke tengah jalan tu. padahal jalan punyelah lebar.. sikit pon takkan bergesel dengan bayang-bayang aku pon. kereta lain ceritalah.. ini motor pon. pernah sekali tu basikal?????? KLING KLING KLING dia kelincing aku. 



lama-lama kelamaan baru aku tahu.. OH diorang hon sebagai TANDA DIORANG ADA DI SITU. diorang nak lalu belakang korang... ek? haha. macam kereta dengan bas.. kalau kereta hon bas bermaksud.. bas kena perlahan sikit.. sebab kereta nak potong ni... ouh gitu. penuh budi bahasa. paling best, penunggang basikal atau motor.. akan bergerak ke tepi jalan walaupun tengah laju.. apabila di hon oleh bas atau lori. mereka dengan rendah diri akan memberi laluan kepada si bas dan lori tadi. SEBAGAI TANDA MEMBERI LALUAN.



ok itu aku bolehlah paham lagi kenapa, yang aku tak pahamnya, ada sekali tu aku naik auto. hmm dalam perjalanan tu ada seekor lembu tengah makan rumput ditepi jalan.. TEPI JALAN ok... tiba-tiba pakcik tu tekan hon lama gila dan panjang... PONNNNNNNN tak berhenti-henti. aku confuse, dekat sape dia tekan hon... sekali aku perhatikan... laaaaa LEMBU???? lembu tu tengah makan rumputlah. bukan nak melintas pon.  lepas tu depan sikit ada kambing.. pon kambing menerima nasib yang sama. kesian. aku pun tak tahu dekat siapan patut aku kesian.. kambing? lembu? pakcik auto? aku? 




ok dah tahu ke jawapannya? apa yang paling penting dalam sebuah kereta bila berada di INDIA??? 


hah jawab! tak tahu juga. aku sekeh kang!!!



p/s:orang kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.... orang juga kata masuk di mana  bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Related Posts with Thumbnails