Sunday, February 28, 2010

tag dari adik comel...

www.tips-fb.com

kena tag dari adik comel manis ana_zara

hehe.ok adik.walaupun assigment melambak.
akan ku gagahkan juga untuk tag ini.hehe.
hmmm simple je tag ni.but nice one.

thanks for the tagging sis.
here we are.

1) nah nak sangat tengok apa dia wallpaper daku.gaga.


 


 2) kenapa dan mengapa?

hehe.kan aku dah kata aku ni kipas susah mati kumpulan NEWS ni..
aku paling suka YAMAPI.hehe.
dalam group ni ade
YAMAPI akaYAMASHITA TOMOHISA
dia adalah berlakon dalam
banyak series contohnya kurosagi, buzzer beat, proposal daisakusen,
code blue,nobuta wa produce.

 RYO akaNISHIKIDO RYO
yang dia ni aku tahu dia ada berlakon dalam attention please.
lain aku tak tengok.huhu..

KOYAMA @ KOYAMA KEIICHIRO
Hmm dia ni yang aku perasan dia ada berlakon
dalam episode 2 kurosagi..
TEGOSHI aka TEGOSHI YUYA
dia ni ada lah berlakon dalam cerita 
my boss me hero.huhu.lawak gila cite ni.
dia dengan RIO dah macam adik beradik.
memang agak rapat lah..

SHIGE aka KATO SHIGEAKI


MASSU aka MASUDA TAKAHISA

hmm aku suka lagu-lagu diorang
contohnya
SAYAENDO
HAPPY BIRTHDAY
SUMMER TIME


3) ok aku kena tag seramai seploh orang.kalau tak cukup seploh takpa kan?

a) k.i.w.i
nah encik kiwi sila rajinkan diri.gaga.

b) ezaodette

c) fikaryna 
kak ryna kusayang rajen tak?haha.

d) si lampu neon

e) miss lolly

f) cik epal

g) fhad

h) wawan

i) dairy girlz scorpio aka kak eja

j) smaku

k) kak blue

what? lebih seploh?ade aku kisah.haha.
p/s: harap-harap anda rajen.hehe..saya bz..tak dapat nak update blog dengan proper..=D




Saturday, February 27, 2010

Resepi mudah Puding Roti Epal..marilah cuba!

www.tips-fb.com

hari ini cuti sempena maulidur rasul di india..lambat sehari kalendar india ni..aku terlebih rajin nak buat puding roti..resepi ini aku dah lama guna..so marilah mencuba. senang je nak buat.. dan sedap rasanya.. tak caya? tanya kawan-kawan aku.hehe. hmm aku tak ingat aku cilok kat mana resepi ni,tapi aku dah alter sikit lah.

bahan-bahannya:

 

  
saiz cup yang aku guna.
disebabkan selalu main agak-agak je.
ni je cup aku jumpa tadi kat dapur

8-10 keping roti
sebiji epal
2 biji telur
satu sudu esen vanilla
1 cawan susu segar ( dalam resepi guna 1tin susu cair,tapi aku lagi suka susu segar)
1/2 cawan gula halus/gula biasa pun boleh
sedikit jus epal (kalau mahu,sebagai perasa,tak nak pun tak apa.sedap saja)
kismis hitam atau kuning
secubit garam

cara-caranya:
1) potong dadu roti dan epal.. dua-dua potong dadu.
 

 

2) kemudian letakkan di dalam satu bekas besar,agak-agaklah muat.dan disebabkan aku gunakan microwave..so aku terus letak dalam bekas yang tahan microwave. untuk sesiapa nak gunakan oven,letaklah dalam loyang ye..dan jangan lupa sapukan butter atau marjerin dekat loyang itu,untuk elakkan dari melekat nanti.

3) campur-adukkan roti,epal dan kismis tadi agak-agak dah sebati.
 
 
 

4) kemudian,dalam bekas lain.. pukul 2biji telur sampai kembang (guna garfu pun cukup)
 
 
 

5) campurkan satu sudu esen vanilla,1cawan susu,dan gula. ( cairkan gula guna air panas, penuhkan je cup tadi..sekiranya taknak cairkan gula,sila tambahkan kuantiti susu ye)

6) dah sebati sila tuangkan bahan-bahan tadi ke dalam bekas berisi roti,epal dan kismis.

7) kalau terkurang air,tambah sedikit susu..jangan sampai terlebih susu pula. yang ini sila ikut keadaan.pastikan dah dicampur rata.

8) biarkan roti kembang dalam 5minit atau kurang.
 
 sebelum dan selepas masak.


9) masukkan bekas tadi ke dalam microwave dan bakar selama 20min sehingga masak dan epal menjadi lembut. atau bakar dalam oven/kukus selama 40-45 min.
 
10) sejukkan ikut suhu bilik..then masukkan dalam peti sejuk =D
dah boleh potong dan makan.


p/s: aku dah banyak kali buat.huhu sedap.so marilah sama-sama mencuba.. pastu leh lah korang pula yang alter..nak guna buah lain ke kan.manalah tahu.


Thursday, February 25, 2010

Nak menang 10 pounds dengan mudah?

www.tips-fb.com

ok,cut the crap.
aku kena study malam ini,
aku manusia paling pemalas
dekat bumi Salem.
aku malas
yes aku malas.

tapi aku kena study at least 5 topics
secara pukal.mahu aku tak tidur malam.
weh intan.
cut the crap ok!

gaga.
ingat tak aku pernah join 
satu contest joegrimjow
dan aku mempertaruhkan
entri ini bertajuk
true meaning of love

joe dah buat review untuk
setiap peserta kat blog joe...




tarikh tutup : 1 MAC 2010

ada sesapa nak menang 10 pounds 
dengan mudah?

mari teka siapakah pemenang contest ini,
joe nak bagi 10 pounds sape yang
boleh teka paling dekat sekali dengan 
keputusan contest tu.

aku bukan  suruh korang teka aku.
hahahaha.aku layak ke?
tapi kalau nak vote aku pon boleh saja.
tapi silalah pastikan aku layak untuk di vote ok?
aku tak nak buta-buta je orang vote aku.

pemenang nmbor 1 dah ditetapkan
pemenang kedua,ketiga,keempat dan kelima
orang boleh teka.dan mungkin akan dikira vote itu.

nah sila join untuk menang 10 pounds dengan mudah.

klik link bawah ini untuk ke 
bebeh.
adios.

btw,aku nombor 38
hahahaha.abaikan.aku saja nak bagitahu.

p/s: nanti aku bebel lagi.buku dah panggil-panggil ni.lalalala.

Wednesday, February 24, 2010

Pelapis Wonder Girls.comel tak?

www.tips-fb.com

bila aku bosan.
aku suka geledah youtube.
cuci mata tengok j-pop
ke k-pop ke..

nah aku suka video si kenit ni.
sebelum orang kata video ni dah basi.
ehem.

so sapa dah tengok takpe.
aku nak gak publish.
jom bergolek bergelek
macam ni.
gaga.

entah napa aku post lagi pasal wonder girls ni.
honestly m not a fan of wonder girls.
huhu.but i found that i love these songs
especially nobody.
so catchy.isnt't it?
wish i could dance like that.
ouh atleast in my room.

nah comelkan adik kim ye eun.
guess how's she look like 
when she become a "noona".
heh.

 


  


  

 credit picture to sunmijjang.wordpress.



 
lagu irony
lagu so hot
nobody


p/s: kecik-kecik dah pandai bergelek.hoho.

Tuesday, February 23, 2010

bagaimana nak dapatkan anak lelaki atau perempuan ikut kitar haid..*khas buat wanita* laki nak baca pun boleh saja.

www.tips-fb.com

ehem,aku terbaca ini di blog kak ryna (fikaryna)
lama dah aku baca.aku save sebab berguna ilmu ini.
hehe.

so, aku rasa mungkin ramai lagi yang tak tahu
menahu pasal ini.maka dengan itu.
kak ryna, intan minta izin ye.
nak berkongsi ilmu dengan bloggers lain.

 
comelkan.rasa nak gigit-gigit je pipi dak ni.

Dr. Hamid Arshad's ovulation guide for baby's gender

Original Message Excerpts from Dr.Hamid Arshad's Q&A article : 
Sang isteri mahupun sang suami sekalian..bolehlah membuat pengiraan dari tarikh sang isteri datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :-


 
bukan ini.hehe.



KALENDAR KESUBURAN BULANAN 
( cth; sekiranya haid sang isteri jatuh pd 1hb )


Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ( 10hari )


Hari Subur ( Anak Lelaki ) : 11,12,13,14,15,16,17 ( 7 hari )


Hari Subur ( Anak Perempuan ) : 18,19,19,20,21,22,23 ( 7 hari )


Hari Tidak Subur : 24,25,26,27,28,29,30 ( 7 hari )

Berdasarkan kalendar di atas, Puan-puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid puan-puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras bersama suami.
Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

Jadi pada hari ke 11 hingga 17, Puan dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki adalah cerah.

Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 ( lagi seminggu nak period ) puan akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangi haid dalam masa seminggu dan waktu period semula akan jatuh pada 30hb ( selalunya akan tercepat atau selewat sehari ) dari tarikh period terakhir.


credit to: kak ryna


 
comel.
tingginya pampers.
leh jimat.
gune kulit tembikai je.

sumber gambar : pakcik google



p/s: kita merancang tapi Allah jua yang menentukan.huhu.. ilmu ini belum lagi berguna untuk aku..sekadar berkongsi dengan para bloggers yang sudah berumahtangga.. 

Kenangan bersama kau TIM masih segar..izinkan aku mengungkitnya kembali..aku rindu kau Fatimatussolihah,ye hari ini 23 FEB...

www.tips-fb.com

23 FEBUARI 2010
23 FEBRUARI 1987

 
 kau dan aku

ada apa dengan 23 feb itu? sebenarnya 23 feb ni adalah hari ulangtahun kelahiran arwah sahabat baik aku FATIMATUSSOLIHAH (TIM).. pejam celik pejam celik dah 4 bulan lebih tim tinggalkan kami.. insiden tu masih segar dalam ingatan aku.mana mungkin aku lupa.mana mugkin aku terlepas ingatan.sedangkan aku yang menemani arwah dari salem ke bangalore dan ke kargo MAS...masih segar.dan selamanya segar..apatah lagi kenangan yang terbina sejak bertemu tim di kutpm shah alam..dan sampai ke india.. sumpah..aku sayang tim.. dia salah seorang sahabat aku yang sangat unik.. tim tak payah study pulun-pulun macam aku.tim study sikit je.dah kira baik dah markah dia.. 


 kau tetap segar tim dalam ingatan aku.
bukan aku sahaja.
malah ramai orang sayang...

ingat lagi tak pasal arwah sahabat yang aku pernah cerita dekat blog aku ni..aku banyak sebut pasal dia..di sini.. dan sini.. dan juga ini... tak perlulah aku ulang yang sama..

masih ingat berita ini dulu? dan ini ? dan sini.....

sepanjang aku kenal tim di shah alam.. tim happy go lucky.nak nampak tim sedih macam kau tunggu kucing tumbuh tanduk.aku tak pernah nampak..yang aku tahu dia gelak bagai nak rak hampir setiap hari.. kenangan tengok movie setiap kali habis kelas.sampaikan pakai baju kurung masuk panggung.sampaikan ponteng kelas.sampai kan tumpang kereta aaron takpon raja sebab susah nak g sunway pyramid.huhu... aku gembira ada kenangan-kenangan tu tim..

keceriaan itu yang aku rindu.
ko selalu cerita itu ini dengan aku kan..perangai gila-gila kau tu sampai aku tak tahu nak respons apa..huhu.ko tak pernah kering idea kan? aku paling suka bila kau mula melakar-lakar dengan pensil ke.pen ke.. atau water colour.kau kreatif.aku suka.huhu... smpaikan hari tu aku kemas-kemas rumah kau tim.aku amik satu polisterin yang tim dah kaler-kaler..aku tmpal elok2..letak dekat wall meja study aku..huhu...


 
nah nampak tak,
ni tim punye board pink.
aku cilok tim
aku suke..
dan bawah itu gambar kau 
tersemadi indah.


masa kat india..lepas tim pindah rumah sewa..seingat aku..kau lah tempat aku pergi kalau aku tensen study,,kau layan je akukan tim..huhu... argh makin aku kenang makin aku sedih..tapi akan aku semat dalam-dalam hati ni...ruang untuk kau tim sikit pun tak pernah hilang..kau aku letak tempat paling istimewa dalam hati aku.. ces. napa aku nangis ni tim.napa ni..aku kan dah get over sedih ni..bencinya.!!


love u sayang..

mungkin sebab aku tak boleh lupa keakraban kita masa kat india ni..suka duka aku dan kau masa kat posting.. kalau batch kita kena marah dengan lecturer kau selalu stood up untuk kitorang semua.huhu..tu yang aku kagum,ko bukan kisah pe diorang nak kata..janji kau cakap benda yang betul..

tim,sempena birthday kau esok.. tadi petang kami semua dah kumpul ramai-ramai dekat blilik aku.. aku cuba terbaik untuk handle bacaan yassin tadi khas untuk kau tim..kami hadiahkan untuk kau..kami nak kau tenang dan aman di sana..suatu hari nanti kami semua akan menyusul ke sana.. kami sayang kau tim..aku lagiiii sayang kau tim.. 

nanti bila-bila aku senang,aku pergi lawat pusara kau lagi ye tim...


masa aku gi terengganu ni...

umi kau, abah kau,adik kau si tenten, ciksu,ciktie..dah aku anggap macam keluarga aku sendiri..aku selalu bergurau senda kat fb dengan mereka..itu je cara yang aku rasa aku sangat dekat dengan kau.. aku sayangkan mereka semua macam aku sayang keluarga aku...

akhir sekali..moga Arwah Fatimahtussolihah dicucuri rahmat dan tergolong dalam hamba-Nya yang solehah.. amin~

p/s: kalau boleh diputar..aku mahu waktuku bersama kau diulang kembali,agar aku dapat tatap kau..hiburkan kau sedaya mungkin.. tapi itu hanya lah KALAU semata..

Sunday, February 21, 2010

diskriminasi atau similariti? dan apa pula pendapat kamu tentang lembutnya lelaki dan kerasnya perempuan?

www.tips-fb.com

 

ini komen si kiwi @ ahn ( kira blogger @ kawan yang agak baik dengan aku) 
ahn kata dia macam aku minat j-pop,k-pop...
ouh yeah.jangan kata korang semua tak tahu.
inilah demam yang tengah melanda remaja sekarang.huhu.
sebut je 



SUPERJUNIOR @SUJU
 SS501
 T-MAX
 CN BLUE
 BIGBANG
 2PM
2AM
NEWS
ARASHI
WONDERGIRLS
GIRL GENERATIONS @SNSD
KARA
2NE1

dan banyak lagi.tak tersebut kot aku.
semua tu tengah popular.
heh,aku pun tak ketinggalan.
faveret aku.

NEWS! huhu

well,berbalik kisah tadi.. ahn kata dia tak boleh
nak tengok videoklip.sebab member kata
"weh gay ke kau tengok vklip lelaki"
hahhaha.aku gelakkan je.rugi lah kan tak tengok vklip.
tak tengok konsert diorang kat utube ke.

tu yang ahn bagi 2 situasi.

situasi 1
bayangkanlah kan.ada gambar perempuan.then
kawan dia kata..cun lah kau jijah dalam gambar tu..muuuahh 
miss u lots babe...lep u.

situasi 2
then kes 1 lagi plak lelaki.
weh abu, hensem lu bai..gua rindu lu beb.
mmuuuuahhhh.lep u...

hahahahahaha.rasa geli geleman pula aku dengar kalau lelaki cakap camtu.. tapi kalau perempuan kata..tak adalah pula aku rasa pelik dan ajaib atau naik meremang bulu roma aku ni.. kenapa ek? adakah sebab aku perempuan aku yang rasa geli bila lelaki cakap macam tu.atau lelaki pun macam aku...?

aku dulu sekolah semua perempuan.dari aku form 1 sampai aku form 5.. then,dah semua perempuan adalah adik angkat akak angkat..dan seangkatan dengan nya..masa tu surat melayang sana sini..ayat jiwang tak boleh blah.. bagi coklat lah..kalau ada dedication tu bagi bunga lah..dan entah hape-hape lagi..tapi tak adalah aku rasa sampai geli nak muntah darah tu..

tapi bila Bam2 kata,sekolah dia dulu semua lelaki..then,mestilah ada yang AWW sikit kan..yang aww dan jambu ni pula minat dekat lelaki-lelaki gagah dan kacak..siap bagi bunga,surat cinta dan seangkatan dengannya.. aku rasa.euww.. entah kenapa aku geli gila.aku tanya bam2 tak de rasa geli ke? hahaha.dia kata apa tak gelinye.rasa nak tanggal bulu roma ni kot.. huhuhu

ok,kenapa dan mengapa ada diskriminasi ni?

ouh yeah.aku rasa mungkin perempuan dah secara azalinya berhati jiwang,berjiwa lembut ni.. maka tak hairanlah pula kalau nak berjiwang karat tu.. lain lah pulanya kalau diorang jadi kasar tomboy ke pengkid ke.. yang kasar-kasar ni bertentangan dengan naluri seorang perempuan..maka aku rasa pelik dan geli adalah.. betul ke macam itu?

dan lelaki pula,dah azali lagi bersikap kasar,hati keras.. dan bila dia berjiwang karat sesama lelaki pula tu..rasa peliklah kan.sedangkan bila dia nak berjiwang dengan awek pun,awek kena ajar.huhu.. lelaki kan kurang sensitif..kalau lelaki mencarut.. "weh sial lu bai..lama gua tak nampak lu.. celaka lu.gua ingat lu dah dalam kubur dah" *ceh over pula aku* tak adalah aku nak pelik.dah tetiba perempuan cakap bahasa kesat,mencarut...hah itu aku rasa annoyed sikit.. sebab aku rasa tak patut perempuan cakap macam tu.betul  tak ape aku rasa? 

kalau korang pergi jalan-jalan ke shopping ke.then nampak beberapa orang perempuan..kawan-kawan.. jalan-jalan pegang tangan..peluk lengan ke..pelik tak.aku tak rasa pelik sangat lah. then bayangkanlah kalau lelaki yang buat macam itu.. pelik tak..geli nya lah hai tengok.. hmm kat india ni aku tengok,lelaki dia macam permpuan dekat malaysia..pegang-pegang tangan.peluk-peluk pinggang.. kalau duduk sebelah-sebelah..amik tangan si kawan sebelah..dok usap-usap..mula-mula aku mengata gila-gila.geli pendang.tapi dah 4 tahun kot aku kat sini.aku dah lali..geli pon tak ada dah.kalau tengah duduk.then depan ada orang laki gurau senda macam hape.aku tak heran dah..kalau tetiba yang sorang tu main letak-letak dagu dia kat bahu si kawan.lagi aku tak heran... hoho.adakah serupa apa yang aku rasa dengan korang semua?ke aku sorang yang pelik.

pernah satu ketika,ada seorang kawan lelaki aku terlepas cakap..baru je mencarut sikit kat aku.aku dah terasa hati...kecil hati betul aku dia kata aku macam tu..then bila dia tersedar dia say sorry kat aku..dia kata dia dah tebiasa borak-borak dengan lelaki cakap2 camtu..hello..aku perempuan ok.itulah aku nak kata perempuan *macam aku* sangat sensitif bila terlepas cakap benda2 carut marut ni.. tapi kalau lelaki dah ibarat cakap hi hello ape kabar..rutin.tapi tak semua ...aku tahu.. bam2 kata, lelaki kalau borak dengan perempuan lain..dengan lelaki gaya bahasa dah jadi lain.. 

aku ada cakap siot pun ada lelaki tegur aku mencarut,tengok2..

oklah,kalau nak dibincangkan takkan pernah habis.yang pasti setiap orang punyai tabiat, personaliti dan perangai yang berbeza...seperti biasa jangan di hakimi seseorang hanya kerana dia lain dari yang lain..unik bukan..tapi janganlah sampai mencemar mata dan akal fikiran aku nak pikr lebih-lebih.hehe.sapa suruh kau pikir intan!! 
p/s: apa pendapat korang pula? sama tak macam aku? atau kau aku berbeda?



Pagi ahad yang indah ke pasar ikan.

www.tips-fb.com

pagi ahad yang indah.
pergi pasar.
mencari lauk pauk nak dimasak.

 

tak adalah awal mana.
pukul 8.30 pagi gerak
cari auto man.




hmm dah sampai pasar.
punyalah ramai manusia..
sesak  betol.
yess.aku suka sebab ada sotong 
dan udang yang agak besar.

udang besar = sekilo Rs300 ( RM 25 )
 sotong besar = sekilo Rs80 ( RM 5 ) *aku main agak je rate dia ni*




hehe.terjumpa 
pula pipah dengan nina here.

ketam pun ada.tapi
aku tak layan ketam sangat.
leceh gila nak makan.
puasnya tidak.




entah ikan apa lah ni.
besar semacam.
sekor lagi tu pula ada warna-warni.
ikan todak pon ada.macam2.
seriously yang bawah tu aku tak tahulah ikan apa.
pakcik-pakcik ni.gembira betul nak bergambar.
sibuk suh aku amik gambar diorang.haha.layan je lah.




 then,lepas beli ikan, hantar kat diorang ni.
nanti diorang leh terus siang ikan2 tu.and
potong ikut kesukaan.
hmm upah murah je..kalau biasanya
ikan mata lolong tu 2 ekor bayar je 30sen.
hmm kat sini memang berbau gila lah..diorang main
campak je sampah isi perut ikan kat situ.
budak-budak kecik ni rajin lah sangatkan
kecik-kecik dah berkerja.




 pastu bergerak pula beli ayam.
ni ayam halal.
muslim yang jual..yang tergantung tu kambing.
diorang tak makan daging lembu.
tapi ada je jual kalau nak beli yang halal..

ayam mahal..
sekilo Rs110 (RM 8)
daging lembu murah gak sekilo Rs100 ( RM 7 )

budak kecik tu hebat betul.
dia yang potong ayam.
cuak gak aku tengok ngan parang tu.




then g breakfast.hehe,
heavy breakfast ni.
kenyang gila.

mushroom 65 + vege roll + stuffed paratha + vege grilled sandwich




yang ni pani puri



makan dan makan lagi.hoho.



ouh boleh buka kedai ABC.
hehe.
ade tak orang nak datang.



sales.
hahaha.
sari murah.
abislah.
mata berpinar2.




suasana india.
saravana bakeri
selalu beli roti kat sini.


bergerak balik.hehe.

p/s: tamatlah kisah pagi ahad,

Contest Cerita di sebalik gambar : aku menjadi mangsa prank!

www.tips-fb.com

ok aku demam ni.
hehe.demam join contest,
aku sungguh tak ada kerja
walaupun ada sebenarnya.
ceh dasar pemalas intan!

ok ini contest
dari blog si RATU.
hehe..

'Create
sila klik gambar ini untuk tahu
segala termanya ya?

TARIK TUTUP : 23 FEB 2010

gambar yang aku pertaruhkan.
ini dia..
jeng jeng jeng




ini gambar masa birthday aku JAN 2009.
dah lama dah kan gambar ni.tapi aku suke tengok.
geram pon ada..haha..aku menjadi mangsa
kekejaman budak-budak ni..
ok si lelaki bernama FADZIL..
nah Fadzil.aku femeskan kau di sini.gaga.
seingat aku masa ni.. diorang plan baik punye..

kek diorang letak tengah-tengah kat atas meja pingpong.
then masa tu ada 5 orang yang sambut birthday sama2.
secara pukal..hehe.disember,januari ngn febuari sekali.
kemudian.diorang suruh menyanyi sampai 2 kali.
aku punyalah tak perasan ada mamat 2 ekor ni
kat belakang kitorang dengan air bergayung kat tangan.
elok-elok habis lagu.
sedap aku kene siram.
nak lari tak boleh.kene kepung da..
huhu..tapi trimas.
aku suke kenangan itu...
salah satu kenangan terindah aku pernah ada..
dan yang pasti setiap kali januari
datang...akulah mangsa kene prank.
sebab kalau dah masuk mei,jun julai.
sume orang pun dah bizi nak study for final..

hehehe.aku tahu.korang semua dendam ngan aku kan.
gagagagga.
sebab selalu akulah yang prank tuk korang.lalala.
maaf sanusi..telur sebiji pek di rambut.
takpe.jangan dendam2...
tak elok.huhu.

ukhuwah terjalin.akan aku kenang sampai bila-bila.
itulah indahnya zaman belajar.
dah tua bangka nak main lari-lari
nanti orang kata mereng pula.hehe.

gambar-gambar selepas ini bukan untuk contest ye RATU..
aku sekadar melengkapkan kisah aku untuk tatapan semua.huhu.

 
 sila lihat bukti mereka di belakang kami..
ceh malam tu akulah yang paling teruk kene.


 
yeah.masa untuk revenge.opssi.
serangan balas..hehe..lari lintang pukang korang ek.
sampai terjun sana sini.haha.


p/s: aku suka zaman belajar.aku suka jadi muda.aku taknak tua..uish.


Saturday, February 20, 2010

Contest weekend @ sheffield :True meaning of Love

www.tips-fb.com

aku tertarik dengan satu contest dari joegrimjow.
entry ini untuk contest weekend @ sheffield
 
sila klik gambar untuk ke blog joe.
 
Tajuk entri aku
TRUE MEANING OF LOVE

mungkin entri aku ini hanya entri murahan yang tak mampu menang walau sepound pun dari joe.tapi aku terpanggil nak hantar entri ini bila aku tengok tajuk entri ni.. menang bukan segala-galanya bagi aku walaupun mestilah semua orang yang masuk nak menangkan.tapi aku nak juga berkongsi the true meaning of love..




aku nak kongsi kisah mak dan ayah aku.. sepanjang aku hidup,aku terlalu kagum dengan kedamaian dan keharmonian rumah tangga yang mak dan ayah aku bina..orang kata, keluarga penting bagi menggambarkan tumbesaran dan pencapaian sang anak.. yess,aku dengan bangga nya nak cakap,yang apa yang aku ada sekarang adalah impak yang sangat besar dari keluarga aku...

masa aku kecik-kecik dulu,tak adelah mak aku nak cerita sume kisah-kisah cinta mak aku ngan ayah aku.tapi bila aku dah makin membesar..mak aku pon tengok aku ke adik aku ke dah mula ada buah hati..pe lagi start lah dia pun nak share.hehe..

mak kau kata,mak dan ayah aku kenal sebagai abang dan adik angkat.. ceh itulah orang kata,kalau angkat-angkat ni sure ada yang terangkat nanti..hehe.. dulu ayah aku kerja sebagai pembantu makmal.. memang hidup susah sebab ayah aku pun dari kluarga susah.. ayah aku ni dah macam rupe hero hindustan sikit.. tu mak aku tertarik..dan mereka berkawan selama 6 tahun,baru bertunang.. dan Alhamdulillah tetap kekal bahagia sampai sekarang.. sekarang ni dah hampir 26tahun mereka berkahwin.


pada awal perkenalan,ayah aku ni seorang perokok..then,mak aku kata..kalau nak kawen dengan MAS.. abang kena berhenti merokok..guess what,ayah aku tegar betul..berusaha untuk berhenti merokok sedaya mungkin... dan akhirnya sampai sekarang..ayah tak prnah dah sentuh rokok..=D

dulu ayah ramai peminat..ayah banyak kali dapat surat layang atau surat cinta dari perempuan.. then ayah tak buka langsung terus bagi kat ma.. huhu..ma pula pelik,ma cakap..ayah kata buat apa nak baca..MAS lah baca.huhu...

awal perkahwinan..hidup mak dan ayah aku susah sangat.. pernah ayah aku naik motor yang pancit selama 2 bulan..bawa je slow sampai tempat kerja..dah lah jauh ma kate..sebab kekurangan duit masa tu..bila balik nanti ayah beli mi goreng..makan denga nasi..hampir setiap hari..then ma pelik lah..kenapa hari-hari beli mi goreng je..bukan lauk lain.. satu hari ma buka wallet ayah..terjumpa slip gaji ayah.. gaji ayah hanya tinggal RM 80 je sebulan selepas tolak hutang bank.. ma terperanjat.. ma terus tanya ayah..kenapa gaji tinggal skit macam ni..tak bagitahu mak aku pon.. then ayah aku jawab..itu dulu buat pinjaman kat bank sebab nak kahwin dengan mak aku.. mak aku sedih sebak dengar..ayah aku tanggung susah sorang2.. mak aku kata napa tak bagitahu dia..ayah kau jawab..dah jadi tanggungjawab dia.. tak ape..biar dia tanggung sorang.. masa mak aku cerita,tanpa aku sedar air mata aku mengalir..betapa ikhlasnya dan dalamnya cinta ayah kat mak aku... sikit pun ayah tak komplen apa2.. 

pernah sekali ma pergi jumpe bekas kekasih ma,untuk settlekan pasal mereka..sebab ma dah ada ayah.. then ayah dapat tahu..ayah sedih.. ma minta maaf dan terangkan kenapa.. ayah just cakap.. satu je aban gminta.."mas jangan tinggalkan abang" ma terperanjat,sebab ayah bukan nak kata jangan buat lagi ke pe..

susah ayah dan ma masa tu aku sikit pun tak mengerti.. yang aku tahu,minta itu dan ini.. ayah suka berniaga.. cakap je ape dia.. ikan,ayam,sayur, barang-barang kraftangan even berniaga air dan goreng pisang kat pasar ramadhan.. tapi ayah aku ni terlalu baik sangat hatinya.. ma kata ayah kalau berniaga tak akan kaya.huhu.. sebab kalau orang beli sebungkus air ayah bagi satu free air.. orang nak beli barang, orang tak tawar lagi ayah aku ni dah turunkan harga.. 

sekarang ayah aku bercucuk tanam..tanpa aku sedar.. dah 7 kebun ayah ada.. aku tak pernah tahu semua tu.. entah dah berapa puluh ekar.ayah dah ade pekerja sendiri..ma selalu kata,ma bangga dengan ayah..kesabaran ayah yang tinggi tu buat mama makin sayang kat ayah..ayah walaupun tak ada pelajaran yang tinggi ayah sangat tabah dan rajin mencari sumber pendapatan.. Alhamdulillah berkat kerajinan ayah, sekarang ayah dan mama boleh dikatakan hidup senang... susah-susah ayah..bila ma gaji.sikit pun ayah tak tanya pasal gaji mama.. malah bila jualan ayah banyak ataupun baja ayah ramai orang order.. duit itu terus ayah bagi dekat ma...

 


aku perasan yang mak aku kadang-kadang agak emo dengan ayah.. sumpah aku tak pernah nampak ayah marah mama even tinggikan suara dekat ma.yang aku dengar hanya gurauan ayah sebagai penghibur ma dan kami.. aku selalu nampak ma marah gak.. tapi tak lama pun.mesti lepas tu ma tersenyum dek gurauan ayah tu.. betapa bahagianya.. ayah lah orang paling sabar yang aku pernah jumpe..orang paling baik hati aku pernah jumpaa..aku sampi terpikir,aku nak kahwin dengan orang yang macam ayah.. ouh yeah.ini bukan ELECTRA COMPLEX ok..

huhu,setiap kali ayah call aku kat india..ayah mesti cakap.. nah ni bini kesayangan ayah nak cakap dengan along... huhu.sweet je aku dengar.. bila aku kat rumah,ayah masuk-masuk rumah nampak aku dan adik2.. tak nampak kelibat mama... ayah msti tanya..mana buah hati ayah? mana bini kesayangan ayah?huhu...
 
Kasih sayang mak dan ayah aku memang terlalu melimpah ruah..hidup susah senang bersama.. ketabahan na kmembesarkan kami semua dengan penuh kesulitan.. seingat aku..terlalu jarang ayah aku ni nak berganti baju.. kalau tak mama yang belikan mahupun aku yang belikan.. ma pula,aku ingat lagi mama nak beli jam tangan.. pikir-pikir banyak kali then dia letak balik.. ma kata,kadang2 bila kita dah ada anak ni.. kita kena pikir anak-anak lagi penting...sebab kalo aku balik msia mesti banyak gak nak guna duit..huhu.. then satu hari tu aku pun belikan lah jam yang iras2 mak aku berkenan tu.. yang sama dah sold out.. even agak mahal cket.aku nekad je nak belikan.masa aku bagi tu.aku rasa nak freeze kan je masa.nak tengok lama-lama kegembiraan mak aku.huhu....

ayah aku ni macam lelaki melayu terakhir.. huhu,kalau ayah aku makan mesti nak mak aku teman sebelah,,betapa romantiknya ma dan ayah aku.. pernah sekali,mak aku gi meeting.. mak aku pesan.. nanti bagi ayah makan.. bila ayah balik, aku hidangkan makanan.. tapi aku terlupa nak keluarkan sayur dalam tudung saji..bila mak aku balik tengok sayur faveret ayah aku tak bersentuh.. mak aku tanya..ayah aku jawab.. laa along tak keluarkan pun.. perh.. ayah aku memag kene layan macam raja.hanya mak aku je yang tahu cmne nak layan.huhu... cmne pun lauk dah hidangkan..selagi mak aku tak ada.. ayah aku tak akan makan.. mcm tu gak mak aku, mak aku mesti kata...makan dululah..mama tunggu ayah...aku selalu terpikir..mampukah aku layan suami aku sebegitu tabah dan sabar nanti.. mampukah aku dan suami aku sebahagia,seharmoni,seromantik itu nanti...huhu..
 
sekarang aku rasa aku dah dewasa.. aku dewasa jauh dari mak dan ayah aku.. aku rasa emo bila pikir-pikir.. aku nak duk bawa ketiak mak aku lagi.aku rindukan zaman kanak-kanak aku.. aku tak nak dewasa..dari form 1 aku duk asrama.. sampai masa aku ke india.. dan lepas ni aku dah 24tahun.dewasa.tak lama lagi aku mungkin berkahwin..pernah satu ketika,mak aku tetiba kata,ma rindukan along..mak aku nangis..aku tanya napa ni ma..ma kata,along makin lama makin besar.. jauh dari mama..lepas ni kahwin.ma rase anak mama makin lama makin jauh sebab masing-masing dah membesar..masa tak sama dah macam dulu lagi... hmm pasni aku tak nak dah jauh-jauh dah dari mak ayah aku.. mereka makin lama makin berusia.aku nak balas jasa semampu mungkin walaupun aku tahu takkan sikit pun terluak.sebab terlalu banyak jasa mereka..

oklah,kalau nak ikutkan terlalu banyak yang aku nak kisahkan di sini.. harap joe tak bosan membaca..harap juga judges tak pening pale bace..huhu =D

 
sekadar berkongsi.



p/s:cinta terlalu indah bila diungkap..cinta terlalu istimewa bila yang diungkap menjadi kenyataan ..cinta lebih bermakna bila dirasa melalui hati yang ikhlas.. tiada seorang pun yang sempurna..baik lelaki mahupun perempuan..maka kesempurnaan itu dilengkapi antara satu sama lain.. kalau tak lengkap juga.itu kan fitrah manusia...=D

Mari menguji mata anda.adakah mata gatal atau mata miang atau mata sopan...

www.tips-fb.com

tengok betul-betul.
apekah ini..
mari kite menge"test" mata kita
adakah mata gatal
mata miang 
atau mata yang sopan.
atau adekah mata lelaki.
atau mata perempuan?

gagaga.
zassss
layankan.

 

hah ape ni?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
 
.
.
.


hah no dirty mind in here.

its just
this.


 
inilah mata perempuan aku bila berkata.
hah nak lagi.
jangan cakap blog aku kurang sopan pula ye.

aku cuba mnge"test" mata korang ni.




 

gagagagaga,
*wink*



p/s: mata yang melihat mungkin tak sama dengan hati yang merasa.
apekah aku merepek ni.

Aku dan dot...dot...

www.tips-fb.com

ok.contest seterusnya yang aku nak join.hehehe...
mari lihat...

 

 ok.contest ini dianjurkan oleh akak tokeh sabun
hehe..disamping mahu mem'promote jualan nya..
so mari kita support akak tokeh sabun ni ye.

segala terma kontest dan hadiah
sila rujuk blog tokeh sabun.

TARIKH TUTUP : 5 MAC 2010

ok ini gambar yang aku pertaruhkan,
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
 jeng jeng jeng



 

hehe.
nah akak.
ini gambar intan bersama
MR.BOBO.
perkenalkan MR.BOBO ini.
Intan beli skull ini dengan harga
Rs 250..
ini bukan plastik.
original tengkorak manusia.
orang india lah..
Intan beli masa first year.. sebab kene
belajar anatomy.
so dialah teman Intan
malam dan siang,,
lagi-lagi nak dekat exam week..
tidor dengan BOBO.
makan dengan BOBO.
segalanya dengan BOBO.

so Alhamdulillah masa tu pass Anatomy
with flying colours.hehe.. 

JASAMU KUKENANG BOBO.

sekian sahaja.


p/s: kak boleh menang tak..tuah BOBO ade tak.hehehe...



Related Posts with Thumbnails