Wednesday, December 01, 2010

Apa yang penting dalam sesebuah kereta di INDIA?

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Lama sangat internet buat hal, macam-macam yang aku nak cerita semua terbantut.. well, aku cerita mana yang terkeluar dalam minda aku ni. 


" di India apa yang penting dalam sesuatu kereta? "


wah soalan cepumas tu keluar dari mulut seorang kawan aku masa dalam perjalanan ke gym tadi. wah intan? gym? haha.. aku semangat baru mahu membina badan.lol.ok2 patah balik. cepat teka siapa tahu? adakah enjin kereta? adakah body nya? adakah warnanya? atau adakah pemandunya??? dengar cerita aku baru teka ye..


aku memang blurrr dengan soalan dia ni tadi, puas aku pikir-pikir.. bila dia jawab. hahahaha tepat sekali. memang aku pernah bagitahu point menarik tentang india ni dalam entri aku bertajuk INDIA ADA, MALAYSIA TIADA. hehe.. mari aku panjang lebar sikit kasi menarik, baru macam cite hindustan kan.haha



pertama sekali aku sampai india.. masa tu aku ingat lagi tiba di airport bangalore, keluar airport nak pergi kat kereta sewa, jalan tepi jalan dengan penuh hati-hati.. tiba-tiba, PON PON.. peh makkkk aiii dah apa hal nak hon aku.. aku jalan tepi jalan je kot. emo aku masa tu.member-member aku pon sama, bengang, malam-malam buta dah kena hon.



lama kelamaan, bila aku sampai india, dah mastautin kat india, baru aku tahu apa kepentingannya hon ni.. kat india siapa tak tahu pakai hon tolonggggglahhhhh jangan bawa kereta kalau kau tak nak kena langgar. kau nak masuk simpang, kau nak memotong, kau nak mencelah, kau nak menyempil.. tolonglah jangannnnn pakai signal.. tak layan dohhhh signal-signal ni.. kau kena pandai tekan honnn!! PON PON. pastu agak-agak kereta depan tak paham bahasa tekan lama sikit PONNNNNNNNNNNNNNNNNNN. PONNNNNN. tak de siapa marah kau tekan hon. sumpah beb!!!  





" PLEASE SOUND HORN"


" SOUND HORN "


" STOP! SOUND HORN "



haha, itu signs yang biasa aku nampak di setiap belakang lori, bas, auto.. memang dia siap kata PLEASEEE disitu, maka dengan senang hati tolonglah sound horn ye.. kalau naik bas lagi best, aku rasa ada 3 jenis hon kat situ, dan kalau terserempak dengan basikal hon nye kecik sikit PENNNN, kalau dengan kereta besar sikit PONN, kalau dengan bas atau lori jadi BESAR GILE PONNNNNNNN.....


bila mak aku call atau sesiapa call, aku memang takkan angkat. aku msg cakap nanti balik town call balik. bukan dengar pon. memekak je bunyi hon sana sini. dahlah dengan bunyi AUTO nye yang dah macam motorbot kan....huhu.


pencemaran bunyi yang berleluasa tak perlu cakaplah.huhu... bila aku naik kereta dengan seorang kawan aku ni.. dia drive.. memang kat india bawa kereta kene alert setiap masa, bila-bila masa orang akan keluar sesuka hati, membelok tanpa signal, mencelah ikut suka dia, memotong tanpa kira akal, langgar lampu isyarat lagi lah tak payah kira.. kawan aku ni aku tengok jari dekat hon dari pergi sampai balik.. tekan hon tak sudah-sudah. sampai aku pernah kata dengan diri aku, dia ni jangan kat malaysia buat macam ni sudahlah.. trafik india memang bermasalah, memang diakui oleh orang di india sendiri.. kata mereka ada 3 benda yang sememangnya sukar diubah sebab dah terlalu sebati dengan India.. TRAFIK, PENCEMARAN dan RASUAH, ouh BIG YESSS... tepat sekali semua tu.



pernah aku dihon ketika menggunakan lintasan zebra.. hohoho. sungguh sentapkan? lintasan zebra adalah hiasan semata-mata, jangan sangka anda diberi laluan walaupun lintasan zebra terbentang luas.



memang orang dari INDIA aku rasa agak sukar nak memandu di MALAYSIA. hmm kat malaysia berani nak main tekan hon. NO PLEASEEEE SOUND HORN kat malaysia.. hon tanpa sebab memanglah mencari masalah.. hon itu dikira biadapkan di malaysia... siapa nak kena sumpah seranah, sepak terajang hon lah sesuka hati.mahu kena baling botol agaknya. haha. orang ingat gilaaaa ade kot.



bayangkanlah, kau berdiri tepi jalan ni, sah-sah kau tengah tunggu kereta tu yang tengah berdesup laju gila lepas depan mata kau, bunuh diri ke apa kalau nak tiba-tiba terjah kan.. si kereta ni boleh pula dari jauh dia tekan honnnnnn sekuat hati sampai entah bapa kilometer dia lepas dari kau... pastu dapat pula depan sana ada lagi orang tengah berdiri nak melintas jalan, wah dia sambung lagi tekan hon. kalau 100 orang berdiri sepanjang jalan setiap kilometer mahu sampai destinasi dia tekan je hon tu kan. kadang-kadang aku naik emo bila aku tengah jalan sopan santun kat tepi dengan penuh hati-hati, pastu orang hon aku.. apa hal kau? ingat tetiba aku nak suicide ke lari ke tengah jalan tu. padahal jalan punyelah lebar.. sikit pon takkan bergesel dengan bayang-bayang aku pon. kereta lain ceritalah.. ini motor pon. pernah sekali tu basikal?????? KLING KLING KLING dia kelincing aku. 



lama-lama kelamaan baru aku tahu.. OH diorang hon sebagai TANDA DIORANG ADA DI SITU. diorang nak lalu belakang korang... ek? haha. macam kereta dengan bas.. kalau kereta hon bas bermaksud.. bas kena perlahan sikit.. sebab kereta nak potong ni... ouh gitu. penuh budi bahasa. paling best, penunggang basikal atau motor.. akan bergerak ke tepi jalan walaupun tengah laju.. apabila di hon oleh bas atau lori. mereka dengan rendah diri akan memberi laluan kepada si bas dan lori tadi. SEBAGAI TANDA MEMBERI LALUAN.



ok itu aku bolehlah paham lagi kenapa, yang aku tak pahamnya, ada sekali tu aku naik auto. hmm dalam perjalanan tu ada seekor lembu tengah makan rumput ditepi jalan.. TEPI JALAN ok... tiba-tiba pakcik tu tekan hon lama gila dan panjang... PONNNNNNNN tak berhenti-henti. aku confuse, dekat sape dia tekan hon... sekali aku perhatikan... laaaaa LEMBU???? lembu tu tengah makan rumputlah. bukan nak melintas pon.  lepas tu depan sikit ada kambing.. pon kambing menerima nasib yang sama. kesian. aku pun tak tahu dekat siapan patut aku kesian.. kambing? lembu? pakcik auto? aku? 




ok dah tahu ke jawapannya? apa yang paling penting dalam sebuah kereta bila berada di INDIA??? 


hah jawab! tak tahu juga. aku sekeh kang!!!



p/s:orang kata masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.... orang juga kata masuk di mana  bumi dipijak disitu langit dijunjung.

22 si gojes suke membebel:

shiedahkamil said... [Reply]

hahaha
agk2 kalo lawan dgn mesir sape menang bab2 pkai hon ni?

kt jordan mcm xde la smpai seteruk india gne hon.

Syima Emi said... [Reply]

memang i gelak je baca citer u ni... hahahahahahahaha...

mie said... [Reply]

hon !! hon!! hon!!
kalo kat uk, bila tggu kat lintasan zebra...
semua kete berenti..
heheee

IntanBerlian said... [Reply]

@shiedahkamil~ haha, agaknye jordan tu lebih kurang india ek. cume jordan versi lembut sikit je.huhu

IntanBerlian said... [Reply]

@syima emi~ huhu mari bergelak bersama intan.. lol =P

IntanBerlian said... [Reply]

@mie~ huhu itulah uniknye india.hahaha.

Ahn said... [Reply]

aku rase betri dia abes sbb dok tekan horn je.aha!

loti mukhtar said... [Reply]

nasib baik lembu dan kambing tu tak horn balik.kalau tak, lagi haru

Hanna Iha said... [Reply]

wah.. mmg tegelak-gelak dpn kmputr
masa bace n3 nie..
mmg klakar..

Hazzy Ishak said... [Reply]

waktu nak lintas jalan tu tetiba je bunyi pooonnnnn pooonnn mau jugak terkaku kat situ kan.

iskk dasyat gak india ni

nekmo said... [Reply]

hahaha..sis!! seyez lawak and terkejut...mula ar otak ni berimaginasi berada kat india..(boleh plak tu..haha)..kalau la dorunk dtg sini..haiyaa..tak tau nak kata pe..hehe..t masuk kelas memandu kena blajar kemahiran menge'hon'

cik helena said... [Reply]

dah boleh agak dah pasal hon tu sebab kawasan sana ramai org kan..kekee

adrinaqamarina said... [Reply]

rina nak kena try jalan india seminggu dua nak compare keadaan. huhu

nina suhaina said... [Reply]

macam best je akak. asal tension je nak pegi drive kat india la. leh hon orang puas2..hihi..sokong ayat kakak yang kaler biru tu ;)

Pana Sensei said... [Reply]

Intan, selalu je awek2 yang lalu tepi jalan kena hon. Cubaan mengorat pemandu lori dan kereta dan motor yang muka berkarat duit tak ada.

lagi satu kalau kita hon motor, haram diorang nak bagi laluan macam dekat India sana. nak jalan juga tengah2 jalan tu.

terima kasih.

Affieza said... [Reply]

Tak boleh nk imagine mcmana suasana hon yg xhenti2 spjg berada kt jln raya tu...blh buat telinga boring asyik2 dgr hon jer...huhu

ftrhd said... [Reply]

ingatkan minyak petrol yang penting dalam sesebuah keta di india hahaha

oh hon rupanya.. nanti balik malaysia mesti separuh dengar je..heh

Anonymous said... [Reply]

We’ve a bit of difficulty to subscribe the rss, in any event I’ve book marked this great site, is quite useful plus filled with informations.

ღKekunangpelangiღ said... [Reply]

Wah! menarik lah!
tak tahu pulak boleh main hon. :B)

Anonymous said... [Reply]

post Awesome. Vraiment apprécié la lecture de votre blog.

Sya_Merpati Putih 88 said... [Reply]

huhuhu.nasib baik sy x ddk kat india..kalau tak mahu kena heart attack sbb ari2 kne hon....=D

Anonymous said... [Reply]

hahaha..
sakit perot gelak pasal kambing dgn lembu tu... love it!

Related Posts with Thumbnails