Sunday, March 20, 2011

Majlis Makan Malam bersama YAB TPM Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin di Chennai! | rasa gembira dengan peluang yang diberikan!!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Pada 10 dan 11 mac 2011 aku dan rakan-rakan dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam dan sesi berinteraksi bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin di Hotel Sheraton Park & Tower, Chennai.


Sebenarnya, YAB TPM memang ada lawatan rasmi ke India selama 5 hari bermula dari Mumbai, Delhi dan Chennai. Beliau bertemu dengan Perdana Menteri India untuk membincangkan isu-isu kepentingan bersama Malaysia dan India. Khabarnya, lawatan rasmi ini atas jemputan daripada Perdana Menteri India, Manmohan Singh dan Menteri Luar India, S.M Krishna. Lawatan rasmi ini diiringi delegasi yang antaranya terdiri daripada Menteri Kerja Raya Dato' Shaziman, Menteri Sumber Manusia Dato' Dr. S.Subramaniam, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dato' Saravanan, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Aman, Duta Khas Infrastruktur ke India dan Asia Selatan Dato' Seri S. Samy Vellu.


Di Chennai, YAB TPM bertemu dengan Ketua Menteri Tamilnadu yang juga tetamu kehormat bagi Malam Kebudayaan Malaysia bagi penubuhan Bandar Penubuhan Bandar Berkembar antara Chennai dengan Kuala Lumpur.


kami bergerak dari Salem pada pagi-pagi buta 10 Mac 2011. haih. biasalah janji India. kononnya nak gerak pukul 4 pagi. siap disuruh berkumpul pukul 3.30 pagi. ceh, aku dah agak perkara macam ini akan berlaku. dah lah aku tido tak nyenyak takut terlajak. akhirnya dalam pukul 5 pagi jugalah kami bertolak pergi. Seramai 7 pelajar Vinayaka Missions dental college, 6 orang pelajar junior MBBS dan 7 orang pelajar PIDC. so lebih kurang penuhlah juga 2 tempo traveller. 


entah kenapa aku rasa mabuk gila. haih sejak bila aku ada motion sickness entah. aku pun tido je lah sepanjang perjalanan. sedar-sedar dah lebih kurang pukul 9 pagi. breakfast di Vellore. selepas tu, sambung lagi perjalanan. seperti biasa aku meneruskan aktiviti bermimpi dengan alasan tak nak muntah.haha. motion sickness beb. lama tak berjalan si siang hari. selalu malam lolap je. tahu-tahu dah sampaikan.. sedar-sedar dah sampai Chennai. Berpandukan GPS dari handphone Teha, sampai pun ke HOTEL SAVERA yang berbintangkan 4 bintang! lol. boleh tahan besarnya.



Photobucket



kata YAB TPM, 2  jutawan India Mukesh Ambani (Reliance Industries Limited) dan Ratan Tata ( Tata Motors) berminat nak melabur dalam dunia perniagaan di Malaysia. ouh yeah sekarang ni, terbaru Tata ada melancarkan kereta bernama NANO. Beliau bertanyakan pada Tata, Adakah kereta NANO berkonsepkan Nano Teknologi? tetapi jawab Tata, bukan.. disebabkan di India ni ramai orang yang susah, maka terjadilah situasi di mana 1 motor sampai 3 - 4 orang naik. Jadi terciptalah kereta Nano di mana kereta yang berkos rendah.dan boleh dinaiki seramai 4 orang. khabarnya, sekiranya kereta ini bersesuaian, akan di bawa masuk ke Malaysia dengan kerjasama PROTON dan dijual dengan harga RM 20,000. 


kami disambut oleh President MSA Chennai Ms. Sandhiya dan Vice President MSA Mr.Ashwin. memang terserlah keletihan di muka.hee. naik bilik, wah.... best gila bilik. not that bad lah. dengan katil empuk, tv LCD, bath up. haha. layanlah. percutian free kot. baring-baring sekejap. rehat-rehat. then, ada orang call bagitahu.. nak pergi makan di Pelita Nasi Kandar. hah ingat kat Malaysia je ada ke? haha. sini pon ada. layanlah. dapat makan makanan Malaysia pun best juga. hilangkan rindu. 


ambik kau! macam nak rak makan. macam-macam order.. nasi ayam madu, kueh teow goreng, mihun goreng, nasi kandar, ais kacang.. adoih. satay lagi.memang tak termampu nak habiskan. Rupanya, ayah salah seorang dari pelajar MBBS, ada share owner Pelita Nasi Kandar tu. makan free lah lunch tu. terima kasih uncle! terharu ni. hee. 


balik hotel, minta extra towel.. omaigod. servis lembab gilaaa! bilik dah ok, hotel dah perfect, restaurant hotel pon sangat mantap! tapi tang servis memang mengalahkan kura-kura patah kaki. aku tak recommend langsung! lebih baik duduk dekat Hotel Metromanor tu lagi bagus. kena bergegas siap ni, sebab nak gerak pergi dinner dah malam ni..



Photobucket
Bilik di Hotel Savera, Chennai



dalam pukul 7 dah gerak ke Hotel Sheraton Park, masih lagi menggunakan GPS Teha. haha. berguna betul! sampai hotel, peh dia punya security tak payah cakaplah. habis semua dia check. siap check bom semua. lengkap. kalau boleh buka baju, dengan baju sekali dia nak check agaknya. sepuluh handbag kay bawa, sploh tu juga dia punggah. paham ajelah. takut ada bom. handphone terus kena off. tak main da silent-silent ni. blank aku. baru nak on handphone. nak masuk ballroom, masuk lagi bawah screening bom ni. tak sempat nak on balik handphone dah kena off balik. security bapak ai mantap. 


masuk-masuk hall, hm terpegun tengok banyak juga meja dah di set up. tengah mencari-cari seat. setiap meja kena duduk 2 orang je dari setiap kolej. En.Khai kata inilah masanya nak bercampur gaul dengan orang dari tempat lain. tak boleh assabiyah =P tiba-tiba nama IGNATIUS niap dipanggil sebab terpilih untuk duduk di meja VVIP. then nama Dr.Intan Norsyazwani. HAHA. malu kejap dengan word DR. tu.. kenapa igy, stef, wani tak de. aku sorang je ada. adoih.


satu table dengan Igy and stef. terpisah dengan wani. omai. VIP dekat table aku tu rupanya Datuk Dr. Subramniam Menteri Sumber Manusia, selain itu Datuk Salleh Ketua Pengarah DBKL dan Datuk Sh. Yahya Mohamed Director General of Labour Department Malaysia. haih dalam fikiran aku, macam mana nak melantak ni duduk dengan datuk-datuk. adoih. perut dah macam konsert dah ni. lapar gilaaa. 


awal-awal lagi En;Khai dah pesan ni.. jangan makan dulu selagi VVIP tak makan ye.. pastu kawal sikit jangan sampai kelentang kelentung bunyi berlaga-laga sudu dengan pinggan.haha. adeh. kan betul, aku makan pun terkawal.haha. borak punya borak..laaa rupenya Datuk Subramaniam tu orang Melaka. orang Ujong Pasir siap tanya aku lagi.. duduk Duyong dekat Taman Sri Duyong ke? haha. siap buka topik makan mana best dekat Melaka. seafood mana, Umbai mana. hah sudah.. yang Igy pula kebetulanlah pula Datuk Salleh duduk sebelah Igy tu orang Muar juga. seronok juga berborak dengan mereka ni. 


Selesai makan malam, Majlis dimulakan dengan ucapan Presiden MSA India yang pertama, Saudara Hanafi. walaupun sedikit gugup dan tersasul tapi Hanafi masih maintain confident =D. Kemudian diteruskan dengan ucapan dari Consulate General, Encik Anuar. Akhir sekali, ucapan dari YAB TPM.  habis sesi berucap, Majlis diteruskan dengan sesi Interaksi bersama para pelajar.. lebih kurang 5 soalan ditanyakan oleh para pelajar antaranya: Apakah peranan pelajar seperti kami dalam mencapai Wawasan 2020, Bagaimanakah satu sesi pembelajaran boleh memantapkan akademik dan rohani para pelajar dan sebagainya..


Majlis tamat lebih kurang pukul 11.00 malam. memang letih tapi seronok sangat. Puas sesi bergambar dengan para pemimpin dan rakan pelajar yang lain.. Al-Maklumlah peluang sebegini bukannya selalukan.. bila keluar sahaja dari hall, perasaan tu terus rasa tak best. sebab baru sahaja rasa suasana di Malaysia, dikelilingi orang-orang Malaysia except waiter dan bodyguard kan.. terus feel tu dah rasa macam kat India. tak best!




Photobucket
Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Consul General Malaysia Chennai, Encik Anuar Kasman



Photobucket
Suasana dalam hall, semua oramh tengah kebulur.haha



Photobucket
Wani dari jauh =P


  

Photobucket
YAB TPM tengah berucap.



Photobucket
Dato' Salleh, Ashwini dan Dato' Dr. S. Subramaniam




Photobucket
Sesi interaksi bersama pelajar.serious je muka Encik Khai. =P



Photobucket
Khusyuk habis dengar ye.



Photobucket
opssi.  wani satu table dengan Dato' Seri Samy Vellu





Photobucket
nama aku jadi binti Mat Matsha



Photobucket
lapar ni.



Photobucket
bergambar dengan YAB TPM




Photobucket
bergambar dengan Dato' Dr. Subramaniam





Photobucket
hehe. takkan tak kenal kan sape.



Photobucket
dekat lobi Hotel Sheraton Park



Photobucket
lobi Hotel Savera


Photobucket
ayu tak? =P



Photobucket
anak dara pingitan sari Salem.


p/s: after all, this is huge opportunity to be there with DPM and all the delegates. terima kasih di atas peluang yang diberikan.

4 si gojes suke membebel:

iidyll iceness said... [Reply]

bell...kredit aq xdak.xkuar dis wik.
nk tlg pa niey?msj kat fb ok.

wani zainal said... [Reply]

starting tu mcm karangan zmn sekola dlu2..haha.

nina suhaina said... [Reply]

tiba2 entri yang ni macam best lak gi india. nak gi chennai la. haha..

IntanBerlian said... [Reply]

iidyll~ haha dah aku dah keluarkan!


wani zainal~ hehe.lama dah tak buat karangan!


nina syg~ jom dtg india. tapi akak nak balik da.hehe

Related Posts with Thumbnails