Wednesday, March 16, 2011

Surat seorang Pelajar di Jepun tentang tsunami untuk Abang Nara | Berfikirlah sebelum berkata-kata, jangan sampai memalukan diri dan melampaui sensitiviti.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Siapa ada baca belog KAK INA KL atau belog BEAUTIFULNARA mesti ada ada baca surat yang diterima oleh abang Nara dari seorang pelajar yang sedang menuntut di Jepun. aku copy ni dari Abang Nara.


Assalamulaikum abg.nara, 
Saya seorang pelajar di jepun yang kini sedang dalam keadaan berjaga-jaga atas segala macam kemungkinan buat mase sekarang. pertamanya, terima kasih yang tidak terhingga kepada abg.nara kerana membaca email ini. tujuan saye bagi abg.nara email ni adalah untuk abang nara dapat bantu sebarkan kepada umum akan hal ini. kerana saya tahu betapa berpengaruhnya beautifulnara ini ^ ^
 Berkenaan kejadian di jepun, abg.nara banyak laporkan pada umum dan kami di sini ucapkan terima kasih sangat3. antara kronologi yang berlaku, gegaran sekuat magnitud 9.0 pada petang jumaat lalu di kawasan timur jepun, dengan tsunami setinggi 10meter, diikuti gegaran sekuat magnitud 6.6 berpusat di utara nagano pada awal pagi sabtu lalu.
 Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut. 
 Berkenaan gegaran, di kawasan timur jepun, gegaran yang agak kuat dan menakutkan beberapa kali terasa sehingga hari ini sejak jumaat lalu, dan di kawasan berhampiran, gegaran kecil masih berlaku sehingga saat ini. buat masa ini, ada pelajar di kawasan timur jepun yang masih berlindung di tempat perlindungan bagi tujuan keselamatan.
 Dengan ancaman gempa bumi, tsunami, letupan nuklear, dan terbaru ancaman gunung berapi di kawasan selatan jepun, kami sangat berharap agar rakyat malaysia sama-sama mendoakan keselamatan kami di sini.
 Di sebalik kerisauan yang kami rasakan, terselit rasa kecewa dalam diri kami terhadap sebahagian mereka di malaysia. seperti yang abg.nara laporkan, berita harian membuat lawak bangsat terhadap ape yang berlaku di sini, begitu juga fizz fairuz yang perangai hampeh gile dengan mempermainkan kejadian ini.
Mane pergi sensitiviti dan nilai kemanusiaan mereka? mereka tak tahukah betapa sedih kami di sini melihat saudara jepun kehilangan ahli keluarga, kehilangan rumah dan kenderaan, kehilangan kampung, kehilangan segalanya. cari mak tak jumpa, cari ayah, cari ahli keluarga.. tiada. dan mereka terpaksa menelan ketentuan bahawa ahli keluarga mereka telah dihanyutkan tsunami. tangisan yang tak berkesudahan :,(
 Dan mereka yang bangsat ini boleh buat main lagi keadaan ini? kalau mereka gunekan alasan bahawa nak menunjukkan bahawa ultraman ape semua tiada kuasa, yang berkuasa hanya Allah, dakwah cara ape yang kau gunakan?? dakwah perlu beradab, bukan biadap macam kalian. nak bercakap tentang Islam konon.. saya boleh katakan saya jamin bahawa orang jepun yang tidak beragama ini, lebih banyak nilai Islam dari kebanyakan orang islam malaysia sendiri.
 Lagi satu, mereka ini (berita harian & fizz fairuz) mungkin tiada ahli keluarga yang berada di jepun samada yang belajar atau bekerja. mereka takkan tahu betapa risau, betapa gusarnya perasaan ahli keluarga kami di malaysia. sewenang-wenang membuat lawak bodoh macam haram.. agak-agakla wei.. ade batas kot dalam apa jua yang kita lakukan.
Kami jugak kecewa dengan perangai sebahagian rakyat malaysia. ape yang ditulis ustaz hasrizal ini perlu sangat3 dijadikan titik tolak untuk rakyat malaysia berfikir, muhasabah diri, dan ubah mentaliti.. tolonglah.. baca, faham, dan bertindak untuk berubah. mentaliti rakyat malaysia telah sangat rosak. (saye tidak cakap semua, saya maksudkan sebahagian yang terlibat).
Lihatlah,. pemimpin malaysia asyik sibuk dengan kerisauan ekonomi bila jepun kena camni. mane pergi nilai kasih sayang sesama manusia?? orang jepun bukannya kafir harbi yang perlu diperangi. mane pergi sensitiviti kalian? kamonla, peka sikit wahai pemimpin sekalian. padanlah malaysia kita kini, pemimpin kencing berdiri, rakyat kencing berlari pun sikit kau tak ambil peduli…
 Saya mohon, rakyat malaysia sekalian, sedarlah. di sebalik apa yang berlaku ini, terlalu banyak yang Allah nak ajar kita semua. beringatlah, masa yang dijanjikanNya telah semakin dekat. hiburan melampau yang disajikan di negara kita telah banyak merosakkan mentaliti masyarakat kita. telah tiba masenya kita semua sedar.. sebelum berlaku pada negara kita kejadian sebegini, berubahlah. beringatlah.. peliharalah diri, peliharalah ahli keluarga kalian daripada menjadi bahan bakar api neraka (66:6).
 Maaf kerana email ini panjang abg.nara. saya rase saye perlu katekan perkara ini atas rase keprihatinan saye kepada semua warga malaysia yang saya kasihi.
 Terima kasih selagi lagi abg.nara sebab bace email saye ini.

 * saye tidak minta email ini disiarkan, saye biarkan ianya pada penilaian abg.nara utk siarkan atau tidak. saye tahu abg.nara seorang yang sangat sensitif dan peka dengan hal-hal sebegini. jika disiarkan, saye tidak minta sebarang kredit. ini adelah sekadar untuk membuka minda umum.


kenapa dengan Fizz Fairuz? mungkin ramai yang tak perasan tweet dari Fizz. aku ada terbaca dekat blog Izyan.com







dan ada juga gambar status-status omputih ni sibuk dok cakap inilah karma Pearl Habour. peliknya pemikiran kolot mereka ni.









dan terbaru sekali, err terbaru ke?


tak tahulah den nak komen



pada pandangan aku, isu ini tak sepatutnya dijadikan bahan bergurau senda, cubalah letakkan kita di tempat mangsa-mangsa tsunami.letakkan tempat kita di kalangan kaum keluarga mahupun sanak saudara yang ada di Jepun sana. Semuan itu adalah kehendak Allah. bila Allah kata jadi maka Jadilah ia. tak kira di mana dan siapa. anggaplah ini semua amaran dan peringatan yang diturunkan oleh Allah Taala supaya kita beringat tak kira masa dan tempat kalau Allah mahu menguji umatNya DIA ia pasti terjadi. 


Sepatutnya kita yang di Malaysia bukan sibuk dok mencanangkan "lawak jenaka" yang bukan-bukan tetapi berdoa keselamatan mereka. walau siapa pun mereka, mereka tetap umat manusia ciptaan Allah. kita bukannya orang yang layak untuk menghakimi siapa mereka. balasan mereka atau apa sahaja. cerminkan diri.. muhasabah diri.. adakah ilmu dan amal kita sendiri dah cukup untuk mengelakkan berlakunya kejadian sebegini? cuba sahaja tengok keadaan Malaysia sekarang. malulah berkata sedemikian pada bangsa lain sedangkan kita sendiri teruk! inilah orang kata lebih sudu dari kuah! cuba lihat sendiri dalam-dalam manusia yang ada kat Malaysia ni, dengan kejadian rogol sana-sini, bapak rogol anak, abang rogol adik, adik-beradik bermaksiat, kes maksiat berleluasa, buang anak macam buang sampah, kes bunuh melambak-lambak, rompakan melimpah ruah.. tak perlulah nak mengata orang. sudah-sudahlah tu nak memalukan diri sendiri. kalau rasa-rasa nak memalukan diri sendiri. opsss DIAM adalah lebih baik! berdoa yang terbaik.


Moga Allah lindungi mereka di Jepun dan seluruh manusia di muka bumi ini. amin!



p/s: berfikir sebelum berkata-kata.

10 si gojes suke membebel:

❤ winter ツ said... [Reply]

hadoiii...apa nak jadi ngan malaysia skarang ni...
haii malu laa kalau 'first lady' dah buat lagu tuuuuu... :(

nuriz said... [Reply]

sepatutnya kita simpati kepada yang ditimpa kesusahn bukan mempermainkan mcm yg dibuat oleh fizz fairuz dan zoy tu.

AdaAkuKesah said... [Reply]

telajak perahu boleh undur

telajak kata padah org malaysia..

dh tak guna mintak maaf.. buang masa je.. mak aku pernah cakap, kalau takde benda ape nak cakap, diam!!

hahah.. mana nilai orang Islam kalau dh cakap macam tu, rosmah rosmah

mie said... [Reply]

gue pun terasa malu...
itulah kalo bercakap tanpa berfikir...
moga banyak bantuan disegerakan untuk rakyat jepun..

Sarah Rostin said... [Reply]

Malu nye. :B

IntanBerlian said... [Reply]

redskyim.kyu~ tak tahulah den nak komen ape.. haih.

nuriz~ betul2 hidup ini bagaikan roda rite?


AdaAkuKesah~ seriously, aku tak pernah tahu ada seorang yang sangat dikenali. pemimpin.kalau tak pon isteri pemimpin boleh act macam tu.. macam mana orang nak respek kan?


mie~ sama2 lah kita doakan semoga semuanya selamat kan.


Sarah~ hmm tak tahulah den nak cakap pe sarah.

norina hakimi said... [Reply]

Kata-kata yang terucap mencerminkan hati. Ingatlah semua ni tak berlaku tanpa sebab. Ada hikmah disebalik kejadian yang terjadi. Ambil iktibar, pulang ke pangkal jalan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

nina suhaina said... [Reply]

betul tu kak. diam lebih baik dan banyakkan berdoa kan :)

pssttt..header baru la. cantik :)

ftrhd said... [Reply]

memang agak sensitif isu kartun dan lawak jepun dilanda tsunami tu.. tak patut ar time kita dilanda musibah, orang nak main2kan kita.. siapa tak marah..

IntanBerlian said... [Reply]

norina~ betul nina, kita sepatutnta cermin diri, jadikan iktibar,bumi ni bulat. berputar seperti roda. kdgkala di atas, kadangkala di bawah kan.

nina suhaina~ hee tq darling!


Bro Fit~ memang, isu sensitif.

Related Posts with Thumbnails