Salam Readers,
sebenarnya aku tak pernah terfikir nak jadi dentist.. dari kecik sampai besar bila orang tanya cita-cita asyik berubah-ubah.
darjah 1: intan nak jadi apa nanti? Polis cikgu! kenapa? sebab saya suka tengok cerita Gerak Khas! power cikgu polis tu.. ada pistol, kejar-kejar lepas itu dapat tangkap penjahat.. tipu, gerak khas tak wujud lagi pun.haha. tanya sekali lagi. nak jadi JUTAWAN!
darjah 2: nak jadi macam cikgu! kenapa? sebab nanti dapat banyak hadiah time teachers day!!
darjah 2: nak jadi macam cikgu! kenapa? sebab nanti dapat banyak hadiah time teachers day!!
darjah 3: dah besar nak jadi apa? saya nak jadi peguam cikgu! kenapa? entahlah macam best je cikgu, saya tengok dalam drama, pakai baju smart je, keje dalam ekon. tak panas... boleh jumpa hakim. saya tengok hakim tu macam cool je muka garang-garang.. bila dia masuk dalam mahkamah.. semua berdiri.
darjah 4: saya nak jadi journalist cikgu! apa tu journalist intan? nanti saya tanya mak dulu, esok saya bagitahu ye! lepas tahu maksud jouranalist terus tukar nak jadi artis. sebab rasa teruja baju artis cantik-cantik. budus.
darjah 6: dah besar nak jadi pe sayang? nak jadi doktorlah mak! kenapa? kita sukalah tengok doktor pakai baju panjang tu..ala yang kaler putih. lepas tu kan ada.. hmm ala yang mak belikan masa kite kecik-kecik tu. boleh dengar bunyi dup dap dup dap. ape tu hmm teleskop?
tingkatan 1: apa cita-cita awak? akauntan cikgu! awak tahu tak apa itu akauntan? tak! habis tu kenapa nak jadi akauntan? sebab bunyinya macam best je. masuk penggal dua dah tukar pula, nak jadi pensyarah. sebab macam senang, cot cet cot cet pastu masuk bagi assignment then blah. boleh pakai cun-cun. kasut tumit tinggi!!
tingkatan 4: intan, nak jadi doktor kan? belajar pandai-pandai ye.. tak nak lah mak! kenapa? kan dari dulu nak jadi doktor.. ala dulu manalah tahu nak jadi doktor kena belajar biologi!
lepas SPM: mak saya nak ambil bidang Bioteknologi! kenapa? entah.sebab semua orang nak jadi doktor. siapa nak jadi ahli biotek pula.
nak daftar borang UPU: jangan lupa pilih medic tau along. ok! tapi aku pilih biotek. tak berkat, tipu mak, terus tak dapat. padan muka.
nak daftar JPA: pilih apa tu along? biotek boleh? pilihlah medic.. along tak nak ke jadi doktor pertama dalam keluarga? boleh rawat mama nanti.. pikir dalam-dalam. pikir lagi dalam-dalam. pikir tak berhenti lagi. hmm, betul juga cakap mama, puas belek DR.JOB punya magazine.. hmm, ok muktamad doktor jadi pilihan.
dapat matrik terus pergi matrik, lepas tu main-main sebab bajet habis dapat JPA. tak sedar diri. orang stay up aku membuta, orang dah siap pergi kelas aku baru bangun, orang study aku round satu matrik. Alhamdulillah nasib baik, kalaulah tak dapat padan muka lagi. dapat tawaran orang terus keluar matrik, aku pula selagi tak dapat duit RM1000 tak nak keluar. rezeki jangan ditolak.
dapat surat tawaran: bukan medic ma! along dapat dentist. Alhamdulillah. pergi India. redha.
mama cakap, semua tu ketentuan DIA. bila Allah tentukan sesuatu bermaksud DIA dah plan yang terbaik untuk diri kita. jangan menyesal tapi terima dengan redha anggaplah itulah cabaran buat kita. along kena cuba sedaya upaya sampai berjaya ok? dulu kecik-kecik kita ada cita-cita, bila dah besar tak semestinya kita kena ikut semua cita-cita kita.. yang penting kita kena fikir ada tak kerja untuk aku nanti. yang penting masa depan.. kalau dipupuk, kalau ikhlas walaupun bukan minat pasti lama-lama suka nanti kata mama.
ye, Alhamdulillah setakat ini aku suka kerja aku, walaupun aku tak jadi polis, peguam, journalist, akauntan, doktor.. tapi aku puas hati sebab aku jadi yang terbaik dalam sesuatu yang aku lakukan. best sebenarnya jadi doktor gigi ni.huhu bahananya, setiap kali berjumpa seseorang benda pertama yang aku notice gigi dia. maaflah kalau bercakap dengan aku tu, aku perhati gigi kau ye! =P
post ini aku khaskan buat adik Anis Sai'dah, cita-cita ANIS nak jadi seorang dentist..huhu terharu bila Anis buat entri khas pasal ni, adik buat yang terbaik ye SPM 2011. insyaALLAH ingat doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal (DUIT). semua tu kena saling bergantung antara satu sama lain.
p/s: quotes of the day: Behind every great man is a woman rolling her eyes- Jim carey. super cool.haha.
16 si gojes suke membebel:
Jeles jugak ngn Kak Intan! :)
p/s; akak. nak sari lagi boleh?
aku dari kecik sampai besar.. tak pernah ada cita2.. semuanya ikut orang.. sehinggalar sekarang.. masih tercari2 cita2.. hurm...
mungkin lepas baca entry ko.. aku nak jadi doktor gigi plak.. ;)
pssttt.. gaji dalam sebulan ada cecah 3 angka tak.... ~lalalala
kalau dulu:
loti besaq nak jadi apa?
jadi pensyarah!!
sebab: boleh nagajor cengitu cengitu. takpun bagi tajuk lecturer, suruh bebudak bentangkan isi je.i? goyang kaki tengok dari jauh. heben!!
lepas abis spm: ambek la maktab. jadi cikgu ngajar akaun. "huh tak nak la. kang tak larat tetiap bulan dapat surat saman dari parents. tak pun, bila abes mengajar je, jenuh cikgu besaq kena kutip anak murid atas bumbung.(reason:garang sangat)
end up: Akaun and on the way to be akauntan yang bertauliah(kekadang tak tertauliah)
afifa~ huhu nak sari ke dik? boleh2. insyaALLAH. tapi bukan dalam masa terdekat ni la syg.. sebab tak ada siapa pun yang nak balik msia ni.. kalau akak nak balik nanti akak belikan ok? just emel atau msg akak nak macam mana..
bulatkocik~ haha. ceh kau tipu je! tah2 keje gaji dah banyak terkumpul. haha. jom jadi dentist.boleh kau treat aku free! gaji? 3 angka? haha tak tahu lah den =P
lotikus disarimankan~ yeah kite satu geng. dulu aku ade cite-cite nak jadi pensyarah sbb macam kool gila kan. masuk je kelas ko cot cet cot cet sikit, bagi assignment lepas tu blah. hehe.. jadi cikgu? macam susah je.tapikan banyak woo dapat hadiah kalau teachers day.gege.
well all the best ye! selamat menjadi akauntan yang mantap bergaya!!!
hahaha, aku xnk borak la ngn ko nnt tan.nnt ko telek gigi aku.malu den bai~ haha. tapikan,sampai skg, though aku da ade degree for engineering, aku still xtau aku nk jd ape.haha,tapi aku rase ramai je org cm aku.heh.btw, tahniah la kpd anda dan adik anis tu yg tau dia minat ape.all the best and smoga dpt fly ke india jugak~! :D
Oraiteeee kak. Takpe bila-bila pn. Tapi nak yang kain lembut. Dulu tu keras kan.
Nak fb kak intan bleh?
eh,..sma plak cita2 kita tym thun 1
ahahha,..
comel la cerita intan ni..
zunitaramli~ hehe ala ta, ko boleh je further study jadi lecturer. hehe. abes cite =P ta, memang habit tu tak dapat nak elak. sumpah.gaga. kalau aku tgk gigi kau aku buat-buat tak nampak la.haha
afifa~ huhu insyaALLAH dear, yang kain lembut sedikit costly tau...
shazny~ eh dulu ramai woo nak jadi inspecktor sahab! haha
norina~ hehe comel macma kite tak nina =P
wah! saya sgt terharu! huhu..
thnx kak!
kak intan kita sme.. bila org nak ckp ngan kengkwn tu pun kan.. org pun pandang gigi gak pastu bru pndg muka then mata.. wah! ada chamestry ni... hik3..
Nys~
hehe bagus2 kalau dulu akak tak de pon macam tu, jadi macam ni bila dah jadi dentist dan dah belajar pon.hehe. ade chemistry la kite =P
belajar rajin2 dear. akak doakan cita2 adik tercapai ye =D
Post a Comment