Tuesday, October 04, 2011

If you asked me Are you proud to be a dentist?

www.tips-fb.com

Hello my dear readers,


 should i say our gadjets?


I'm proud to be a dentist.


Ye, saya berbangga menjadi seorang doktor gigi.


Soalan yang diajukan oleh seorang pensyarahku dalam posting tadi, adakah kamu berbangga menjadi seorang dentist?



Pada mulanya, memang betul aku tak ada sikit pun minat nak jadi doktor gigi. Pada asalnya aku memilih untuk menjadi seorang doktor. Tapi, hari ini dengan bangganya dan rasa syukur aku menerima kerjaya aku sebagai seorang doktor gigi. Minat itu semakin lama semakin menebal sampaikan semangat betul nak buat treatment dekat pesakit ni. Kalau orang pergi shopping, nampak baju dan kasut rasa eksited kan? Macam tu juga bila aku masuk kedai yang jual peralatan berkaitan dengan pergigian.  Eksited semacam. Hahaha. 



Paling gembira bila pesakit datang dengan muka seposen sebab sakit gigi. Aku rasa hanya beberapa peratus orang yang datang jumpa dentist disebabkan kesedaran mereka nak jaga gigi ni, tapi 90% yang datang jumpa dentist sebab gigi sakit! hah, betul tak??? Semua orang termasuk aku takut gilaaaaaa nak jumpa dentist. Scary bila nampak peralatan dentist ni kan? Tapi, setiap kali lepas bagi rawatan tak kisahlah scaling, restoration, denture mahupun extraction.. senyuman yang terukir dekat muka pesakit betul-betul buat aku happy. Hilang penat lelah satu hari tu. 



Hari ni rasa tertampar bila cikgu (pensyarah) cakap, berapa banyak pun awak belajar.. berapa banyak pun gigi yang awak cabut.. kalau awak tak aplikasikan semua teori ke dalam praktikal, kalau awak buat sekadar berbangga oh aku dah cabut 1000 gigi.. Tapi sedikit pun tak aplikasikan kepada pesakit.. semuanya hanyalah sia-sia. Sedangkan kandungan LA (local anesthetic) itu sendiri banyak yang kita boleh applykan bila berhadapan dengan pesakit. Apa gunanya adrenaline, lignocaine, methyl paraben, thymol, sodium meta bisulpahte.. semua itu ada peranan masing-masing. Sedikit kesilapan, memang buruk padahnya. Mungkin pesakit ada allergy dengan methyl paraben, mungkin juga dengan bisulphate.. Effect adrenaline dengan cardiac patient. Itu semua menjadi tanggungjawab seorang dentist.



Untuk cabut gigi depan atas.
Upper anterior forceps.


Apa sahaja yang kita belajar, pastikan didahulukan dengan 'mata, telinga dan tangan'. Maksudnya, sebelum melakukan sesuatu, LIHAT, DENGAR DAN BUAT! Jangan pula kau dah settle cabut gigi baru kau tanya, oh pakcik sakit apa? 



Jadi siapa kata jadi dentist itu mudah, kalau doktor bermain dengan nyawa manusia, begitu juga dentist.. Sedikit kesilapan boleh membawa padah. Kalau kau dengan bangganya cakap aku dah cabut 10,000 batang gigi, ingatlah mungkin atau bila-bila masa sahaja gigi yang ke 10,001 itu boleh memusnahkan kerjaya kau sebagai dentist. aku ulangi sekali lagi, BILA-BILA MASA SAHAJA. Dan yang pasti orang tak akan ingat, "Oh dentist itulah yang dah cabut 10,000 batang gigi tu" , TAPI orang akan cakap, "Oh dentist itulah yang teruk!".Anggaplah setiap pesakit itu adalah examination, anggaplah setiap pesakit itu adalah pengalaman pertama, rawatlah setiap pesakit itu sebagai seorang yang sangat berharga seolah-olah kau sedang menuntut ilmu.. KERANA setiap pesakit itu ternyata berbeza anatomi dan kondisinya. Bukan lagi masanya belajar kerana exam, bukan lagi masanya belajar kerana nak pass! TAPI aku belajar kerana aku nak menjadi dentist yang terbaik.



As a dentist, make the treatment as painless as possible, as comfortable to the patient as possible, as less traumatic as possible. Once u screwed up, your career might be gone.


Local Anesthetic


Janganlah pertikaikan kenapa Bypass Heart surgery berharga RM 5000 dan sebatang implant gigi juga berharga RM 5000. Ternyata ada sebabnya yang tersendiri.



Jangan bandingkan siapa lagi hebat antara dentist dan cardiac surgeon, setiap orang itu ada peranan mereka. Kalau dentist kata dia tahu semua pasal heart, mahu kena sepuk agaknya dengan cardiac surgeon, same goes to cardiac surgeon, they also know nothing about teeth. We might not superior to cardiac surgeon but we surely not inferior to them. 



untuk cabut gigi depan bawah.
Lower anterior forceps


Pengalaman cabut root stump dengan seorang pakcik tua, ada 2 root stumps kena cabut.. Then after cabut, alveoloplasty & suturing, pakcik tu tanya nak cabut gigi lain boleh? 


Jawab aku, tak boleh hari ini pakcik, kena hari lain, datang balik lepas 3 hari. 

Then, dia tanya lagi, siapa yang cabut gigi tu nanti? 

Jawab aku, " oh kami ikut turn, mungkin orang lain mungkin aku yang cabut". 

" Boleh tak kalau pakcik nak kamu yang cabutkan? ".

 " errr, kenapa pakcik?"

" sebab awak cabut sabar, teliti dan tak sakit pun"


apa yang aku cuba sampaikan di sini, nampak tak? Pesakit akan appreciate kita kalau kita handle dan layan mereka dengan baik, penuh berhemah, cabut pun tak sakit.. It's not about time, don't rush it. Wait for your local anesthetic to work before start the procedures, make the patient comfortable then only they will like and appreciate you. Yess, that's how you treating them. Kalau dentist scary, buat kerja ganas.. aku pun takut. Bukan aku je, semua orang pun takutkan?


My batchmates doing to do Alveoloplasty


Sebab itu orang membandingkan perkhidmatan kerajaan dan swasta jauh bezanya. Bagaimana mereka merawat pesakit di klinik swasta yang penuh senyuman dan berhemah. Klinik kerajaan pula, kasar dan tiada senyuman. Sedarlah bahawa bezanya jumlah pesakit di klinik swasta dan kerajaan jauh bezanya. Kadang-kadang tiada niat mereka nak berkasar dan bermasam muka. Mereka pun manusia biasa, bila hari dah petang, jumlah pesakit dah tak terbilang, penat pun dah mula menguasai diri pasti emosi turut sama terganggu. Manusia itu banyak kelemahanya. Perlu diingat tak semua klinik swasta itu bagus! Terutama dari segi kebersihannya, kalau kau tengok klinik cantik semacam, adakah kau pasti barang-barang mereka itu disterile sebaik mungkin seperti di klinik kerajaan? 



Selesai sudah, pesakit pun happy!
*big grin*


Apa pun, bila orang tanya aku.. Are u proud to be a dentist?

Yess, I'm proud of it! Tanpa disedari dentist juga seorang pakar. PAKAR GIGI. Takde orang yang tahu pasal gigi kecuali dentist! Dan setiap 32 batang gigi, kalau ada masalah mesti cari siapa? Dentist kan? hee. Jangan cari street dentist sudah, unless kalau nak murah, cepat tapi dapat penyakit lain la yeee.


Are you proud to be a dentist?

Yess I'm.


case closed.


p/s: Setiap orang punyai peranan mereka yang tersendiri.

4 si gojes suke membebel:

panda montel said... [Reply]

gambar2 tu takutkan kau mcm tak nak da g dentist after dis

Affieza said... [Reply]

Be a good dentist...k

loti mukhtar said... [Reply]

yes!!pakcik itu ada point.smpai skunk still trauma nak g cabut gigi..errrrr...boleh request Intan buatkan x?

Zyra Marshmallow ツ said... [Reply]

You dentist so mzty tau bnyak psl ggi kan. So nak tanyee kalau someone tu ggi dy patah dy smbung ggi. Tu dkira dy pkai ggi palsu lah ye?

Related Posts with Thumbnails