Hello readers,
Pernah tak dengar orang persoalkan doktor tak pandai "melawa", doktor perempuan tak reti nak berfesyen, doktor perempuan selekeh. Kompem banyak kali korang semua dengarkan. Mak aku sendiri pesan, nanti along jadi doktor janganlah jadi selekeh yeee...
Sebenarnya bukanlah doktor perempuan tak pandai melawa... tak baik cakap macam tu.. Cubalah jadi orang yang memahami, letakkan diri sendiri di tempat mereka yang sibuk tu kan.. Nanti lepas habis housemen hah, tengoklah nanti. Atas kesibukkan mereka, yang aku rasa kadang-kadang nak balik rumah pun tak sempat, habis surgery, habis round, habis duty, habis oncall, sekadar tidur di bilik rehat di hospital. Belum sempat lelap, dah dipanggil untuk oncall lain pulaaa.. Bukan mereka tak nak bergaya tapi atas sebab-sebab tertentu mereka tak punyai kesempatan waktu. Yang penting betapa bersungguhnya mereka berusaha nak merawat para pesakit, itu pun ada lagi yang banyak bunyi..
Ok, itu kalau orang komplen yang tak pandai melawa...
Tapi ada pula yang ter'OVER melawa...
macam hantu, pesakit pun lariiiiiiiii.
Entahlah, tak masuk dek akal kenapa nak pakai pakaian sebegitu.. Apalah salahnya berpakaian sopan, barulah pesakit yang datang rasa hormat dan yakin.. Mereka pun tak ada rasa segan silu, rasa kurang selesa berhadapan dengan situasi sedemikina rupa. Seeloknya bidang profesional sebegini, kita kena jaga pemakaian, tutur kata, kelakuan.. biarlah ia sopan dan menjadi contoh.
Tak sesuai rasanya nak berambut perang, mengerbang sana-sini, berkuku warna-warni, bermake up tebal, berbaju low cut, berseluar ketat ibarat tak pakai seluar dan berbaju terlalu pendek.. Biarlah berpada, biar besederhana dari berlebihan. Sangat kurang sopan. Cubalah bandingkan, seorang doktor yang berpakaian sopan dan berambut kemas dan rapi atau bertudung dibandingkan dengan doktor yang berpakaian mencolok mata, berkuku merah, berambut perang. Just imagine yourself. Tepuk dada dan tanya siapa yang anda dan anda semua lagi yakin untuk mereka merawat anda. Adakah doktor yang penampilannya 'daring' dan 'trendy' menjadi pilihan atau penampilan mereka yang sopan dan kemas dan lebih beretika.
PAKAIAN mencerminkan peribadi anda. Penampilan juga mencerminkan kerjaya anda. Walaupun tak semua orang yang berpakaian sopan itu baik, tetapi semuanya orang yang baik itu berpakaian sopan. Profesion kamu sebagai seorang yang profesional boleh menggugat profesionalisma kamu sekiranya penampilan diri tak dititikberatkan.
3 si gojes suke membebel:
Agree with u...pakaian kan mcerminkan keperibadian seseorang itu..so bpada2lah dan jaga imej kita..
uii intan ade ke yg pakai seksi2 sgt tu ..
uii intan ade ke yg pakai seksi2 sgt tu ..
Post a Comment