Sunday, September 20, 2009

Yang Baik kene ikot!!! *still in raye mode*

www.tips-fb.com

ok.aku rase aku kene share ni dgn sume org...
kite kene sampaikan ape yg baik..
ok aku dapat email dari Kak Farha thru Ikatan Sahabat IYA.
thx for the info sis!!


Ada beberapa sunnah yang boleh dibuat sempena menyambut Eid al-Fitr itu:

1. Menghidupkan malam hari raya dengan perkara taat. Nabi SAW bersabda, bermaksud: ‘Sesiapa yang menghidupkan malam hari raya Fitr (iaitudengan takbir) dan malam hari raya adha, hatinya tidak mati pada hari matinyasegala hati.’ ( jangan org sibuk bertakbir kte sibuk karaoke lagu raye plak.dush3 tuk diri sendri)


2. Sunat mandi pada pagi hari raya kepada semua orang, tak kira lelaki perempuan, uzur atau tidak, pergi solat hari raya atau tidak. (senangnye nak dapat pahala.betape murahnye Allah itu)

3. memakai minyak wangi, bersugi. ( tapi xyah lah sampai sebatu dah bau wangi2an kau tu ok.)


4. Memakai pakaian paling baik dan cantik. ( cantik tu x bermakne baru dan mahal.cukuplah sekadar bersih dan suci dari najis.Allah berpesan supaye kute bersederhana saje ok)

5. Makan sedikit pada pagi Eid al-Fitr sebelum keluar solat untuk membezakan di antara 1 Syawal dan akhir Ramadhan. ( jamah2..sebab tu raye ade breakfast dan lunch.beza tuh.jgn pagi2 bute dah mkn xhengat dunia.. mcm lah bulan pose xmkn langsung,esh3)

6. menuju ke tempat solat dengan tenang, pada awal pagi, melalui satu jalan dan pulang melalui jalan lain. ( hmm jalan lain ek..)

7. Mengucapkan tahniah sempena Eid ‘Taqabballlahu minna wa minka‘(Moga Allah menerima amalan kami dan kamu) ( hmm jgn pagi2 bute tegur member..weh celake kau.mane kau pegi semalam.aku xnmpak ko pon gi takbir!!! contohnye lah..ingat kate2 yg kuar dari mulut kite adalah doa.)

8. Solat Eid.

Tentang ziarah kubur di pagi raya, ulama berselisih pendapat. Ada yang mengatakan harus dan ada yang mengatakan makruh. Untuk keluar dari khilaf ulama, apa salahnya menziarahi kubur sebelum 1 Shawal. Yang penting adab terutamanya aurat wanita dijaga.Begitu juga adab bertamu dan menerima tetamu mesti dijaga.

Janganmenganggap semuanya ’sedara’-mak sedara, pak sedara, awek sedara-lalu disambut
semua tangan yang dihulur.

Moga Eid al-Fitr (dan Eid al-Adha) yang disambut menjadi ibadah
bagi seorang mukmin yang diajar untuk taatkan Tuhannya sepanjang Ramadhan,
bukannya menjadi medan awal untuk kembali berdosa dengan Tuhannya.


Al faqir Abu Hamdi

1 si gojes suke membebel:

Mrs Nurul said... [Reply]

intan...tukar le font kuning tu terang sangat silau mata i nak bacee ;)

Related Posts with Thumbnails