Monday, December 19, 2011

Resepi Carrot Cake dan Cream Cheese Frosting @ Kek lobak merah yang sedap!

www.tips-fb.com

Hello readers,




Pernah makan kek lobak? Kek lobak rasa macam tak glamerlah pula namanya kan? Ok semula, testing-testing. Pernah makan Carrot cake with cream Cheese Frosting tak?? Dulukan first time aku dengar, what? Carrot jadi kek? Sodap ke? Tak pelik ke rasanya?? haha. 


Jawapannya: TAK PELIK okay.


Memang sedap rasanya. Carrot tu sebagai pemanis dalam kek ni. Rasanya memang sedap. Tak pelik langsung. Selalu aku buat kek coklat ni, sampai ayah aku kata, tak naklah kek coklat long.. Ayah tak makan kek-kek coklat. Tengah dok pening-pening nak buatkan kek apa ye? Dilema nak buat Hummingbird cake dengan carrot cake. Dah kebetulan pisang takde dekat rumah. Memang rezeki nak mencuba carrot cake ni. Ayah, mama aku bukan jenis yang makan kek-kek ni. Nak dapatkan pujian sedap tu bukan senanglah. haha. Akhirnya, bila dah buat aku bagilah ayah aku rasa.. Ayah cakap, eh sedaplah along buat. Ayah nak lagi. Part NAK LAGI tu bukan snenag nak dengar ok! haha. Alhamdulillah, macam-macam insiden berlaku ni nak siapkan carrot cake ni.


Paling kelakar, ada ke patut bila aku dah tuang bancuhan kek ni ke dalam spring form tu, sekali aku angkat loyang tu, meleleh-leleh bancuhan kek tu. Berterabur. Haaaa menjerit-jerit aku. Dahlah baru beli, Apehal tak ketat ni woiiiii!!!! Geram tau. Sekali mak aku tengok. Along pasang terbaliklaahhh.  Tu la gopohhhh benar along ni. Macam ayah. haha. Sian ayah den. Tersedak-sedak kena sebut nama. Alamak haih malu I, dahlah mama siap offer cakap.. Takpe petang ni kita tukar eh. MALUUU. Tapi Alhamdulillah menjadi juga keknya hehe.


Ok ini resepinya, setelah puas den cari-cari mana yang berkenan di hati. Cream Cheese Frosting pun puas den godeh-godeh nak cari yang best. hehe. Tapi banyak sangat dirujuk, den pun tak ingat den rujuk yang mana. Kalau tak silap yang Carrot cake ni dari JOYOFBAKING. Oh ya, sila pastikan semua bahan-bahan tadi pada suhu bilik ye untuk elakkan bantat.


RESEPI KEK:

2 cawan (260gm)  tepung 
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh cinnamon powder (serbuk kulit kayu manis)
4 biji telur
1 1/2 cawan (300gm) gula halus -- aku guna satu cawan je cukup
1 cawan (240ml) minyak sayur/minyak jagung
2 sudu teh esen vanilla
1 biji parutan kulit oren --- aku tak letak ni.
1 cawan (100gm) walnut (dibakar & dicincang) -- aku lupa beli, so aku pakai almond nib pun jadi sedap je.
2 1/2 cawan (340gm) carrot (diparut halus) -- aku parut guna pemarut. letih! huhu




CARA-CARANYA:

1) Preheat oven 180 degree celcius.

2) Parut lobak merah menggunakan pemarut sampailah dapat 2 1/2 cawan lobak. Agak-agak bila memarut tu ye. 




3) Dalam satu bekas besar, masukkan tepung, baking powder, baking soda, garam dan cinnamon powder. Gaulkan kesemuanya sampai sebati menggunakan whisk/senduk.



4) Dalam bekas lain, pukul telur menggunakan electric mixer sampai kembang (sampai putih). Kemudian masukkan gula halus ke dalamnya dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan minyak sayur sedikit demi sedikit sambil mix. Masukkan pula esen vanilla.

Gula halus

Telur yang dah kembang.


5) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul sampai sebati.

Selepas di tambah tepung


6) Kemudian masukkan parutan lobak merah dan walnut/almond tadi ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan senduk/whisk.




7) Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama lebih kurang 45 min - 1 jam.





RESEPI CREAM CHEESE FROSTING:


250gm cream cheese
125gm butter
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu segar
1 1/2 cwn gula icing (yang ini pandai agak2. letak sikit-sikit dan rasa ye)
* aku suka masam-masam sikit, so aku tambahlah perahan limau + sour cream sikit-sikit. Sampai rasa yang aku nak tu dapat. hehe. so kalau tak nak letak pun takpe.


CARA-CARANYA:

1) Sementara menunggu kek masak, bolehlah kita buat cream cheese frostingnya.Pukul butter menggunakan electric mixer sampai kembang (putih)

2) Masukkan cream cheese dan pukul lagi sampai kembang.



3) Masukkan gula icing, pukul sampai kembang. Seterusnya bolehlah tambah susu segar, esen vanilla dan perahan limau/sour cream. Mix lagi ye. 



4) Bila kek dah masak, keluarkan kek dan sejukkan dulu. Bila dah sejuk barulah dibelah dua. Kalau tak nak belah dua pun tak pe. Sama ada nak letak frosting di atas sahaja atau masak kek dalam 2 loyang.Tapi tu kalau ada oven besar bolehlah kan. hehe.

5) Kemudian, boleh letak frosting dan sejukkan. HIAS.


 Dah sejuk pun sedap di makan.


 p/s: Selamat mencuba!

8 si gojes suke membebel:

KentangGoreng said... [Reply]

terliur pula tgk, yumyum

Che Sue said... [Reply]

baru je terpikir2 nk buat kek sendri sb kek algeria tak setap, dah kuar resepi ni..hehehe! harus try nih..kek carrot is my fav!

Intanberlian said... [Reply]

@KentangGoreng

jom lah bake kentang goreng!! gege

Intanberlian said... [Reply]

@Che Sue

dulukan che sue intan memang rasa tak berkenan pun kek ni. sekali dah buat sendiri,dah rasa hm mmg puas hati dan sedap. huhu ayah siap tanya bila nak buat lagi.hik.

Dr Ana said... [Reply]

Gebukah kek itu Intan?

Intanberlian said... [Reply]

@Dr Ana

hi Dr!! finally. hehe. resepi ni saya pun tak tahu kenapa. memang takdelah gebu pun.. lembab je.

nazreenns said... [Reply]

Assalamualaikum Intan,

Saya dah pun mencuba resepi carrot cake ni.. memang sedap and thanx for sharing. cuma ada beberapa bahan tu yang saya olah sedikit. Memang gebu sesangat kek ni...

nazreenns said... [Reply]

Assalamualaikum Intan,

Saya dah pun cuba resepi ni semalam, memang sedap and gebu sesangat. Cuma ada beberapa bahan tu yang saya tak letak. thanx for sharing...

Related Posts with Thumbnails