Thursday, December 22, 2011

"Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya " Jelas Ariff Alfian

www.tips-fb.com

Tak tahu nak komen apa. Terkedu dengar penjelasan Ariff Alfian.


“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,





1. Kalau Islam kembalilah ke jalan ALLAH. Nabi Muhammad sendiri tak mengaku umat kalau kau gay. Hatta kau mengaku Islam sekalipun. Sudah terang-terangan terpesong. Kembalilah selagi masih ada peluang. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Rasa malu bila tengok dia pakai baju melayu bersamping siap bertanjak. Rasa air muka kita sebagai seorang Muslim dan Rakyat Malaysia berbangsa Melayu macam dipijak-pijak. Entahlah. Memanglah sudah akhir zaman.


2. Sayang sungguh, bukan calang-calang orang ditaja oleh Petronas dalam jurusan Perubatan pula tu.. Sepatutnya dia menggunakan peluang yang diberikan, kalau macam inilah.. Melambak lagi pelajar-pelajar bijak yang mengimpikan biasiswa yang diterima kau. 


3. Simpati dengan ayah, ibu dan keluarga Ariff. Dibesarkan dari kecil sampailah besar dengan harapan besar pulang dengan segulung ijazah bergelar DOKTOR. Tapi tak pulang-pulang, yang diterima berita perkahwinan songsang si anak dan hutang hampir 1 juta.


Sama-samalah kita mendoakan agar Ariff Alfian kembali semula ke pangkal jalan sekaligus ke pangkuan keluarganya. Doa rakyat Malaysia insyaALLAH bakal merubah dia. Bukan kutukan tetapi doa yang terbaik. Kita sendiri banyak kelemahan. Biarlah hal seperti ini dijadikan teladan dan sempadan. Nauzubillahiminzalik.


Moga ALLAH menetapkan pegangan, akidah dan Iman kita. 


RESPONS ORANG RAMAI:

TWITTER

“Ariff Alfian, God gave you intelligence but you pushed that away for a guy. What a shame,”-@MarisaSoraya 

“Kahwin sejenis (same-sex marriage) is already a big sin. “Then leaving your parents to pay (off) the loan? You have a lot to tanggung (bear), Mr Ariff Alfian Rosli.”-@likhaSN

“I wish Ariff Alfian happy forever after with his partner. Obviously, Malaysians are not ready to accept gays here. Don't come back,”-@emmalynnaziz 

Sumber: THE STAR


FACEBOOK:


Ada yang kempen positif.

Dan ada juga yang negatif.



Apa-apa pun biarlah kita mendoakan yang baik-baik. Jangan sesekali mendoakan kecelakaan dan yang buruk-buruk terhadap orang lain. 



PANDANGAN AL-QURAN Allah swt telah berfirman:
"Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)

Hadis dari Anas r.a ,
Rasulullah saw bersabda:
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan


Sumber: RESEPIRAHSIAKU


p/s: Jangan sampai nafsu melangkaui akal dan iman kita.

9 si gojes suke membebel:

r-5 said... [Reply]

tu lah sama-sama kita doakan yang terbaik untuk beliau.. tapi kesina mak ayah beliau sebab tanggung hutang hampir satu juta.. so dia ade rancangan untuk balik ke malaysia ke tidak??

aaron aziz said... [Reply]

bodoh

sabree hussin said... [Reply]

pendapat saya secara peribadi.. hentikanlah mengaibkan dan menyebarkan kisah-kisah berkenaan dirinya..

tak ada kebaikkan di situ.. malah menjadikan kita muflis di akhirat nanti. faham ke?

Intanberlian said... [Reply]

@r-5

Wallahualam, kita doakan jelah yang terbaik untuk dia.

Intanberlian said... [Reply]

@sabree hussin

Memang betul, cuma doakan yang terbaik utk dia.

محمد رازيق said... [Reply]

moga dia diberikan petunjuk. kita doa bersama.. salam kenal.. free2 jmput singgah blog sy.

kakyong said... [Reply]

seeloknya doakan yg baik2 utk dia..
sayangkan best student SPM.. end up jadi sebegini..

Intanberlian said... [Reply]

@محمد رازيق

InsyaALLAH sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk dia.

Intanberlian said... [Reply]

@kakyong

itulah kak. doa kite ramai2 rakyat malaysia ni insyaALLAH mampu merubah dia.

Related Posts with Thumbnails