Friday, November 22, 2013

Masalah gigi ngilu atau gigi sensitif.

www.tips-fb.com

Dear Readers,

Paling lama beristirahat dari menulis blog. hehe.

Okay, post kali ni berilmiah sikit, berkaitan dengan masalah pada gigi.

Pernah ada masalah gigi rasa ngilu dan sensitive?
Pernah dengar gigi haus / gigi lelas / gigi terhakis atau bahasa dental nya Cervical Abrasion? 

Kerapkali aku jumpa pesakit yang mempunyai masalah gigi yang terhakis ni. Kerapkali komplennya adalah benda yang sama. 

Pesakit: Doktor gigi saya ni rasa ngilu sangat. Lagi-lagi kalau minum sejuk ke manis ke panas ke. Kadang-kadang nak amik wudhu' kena air sejukkk pon pehhhhhhh tak boleh tahan ngilunya doktor. Kenapa ye? Sampai kepala ngilunya ni... 

aku mendengar keluhan pesakit dengan teliti. 

Pesakit: (dia sambung komplen) Tapikan doktor, saya selalu tau gosok gigi ni. Setiap kali amik wudhu' saya gosok gigi. Tapi masih ada masalah gigi ni. 

Agak-agak pesakit dah habis berkata-kata, aku minta dia buka mulut untuk periksa dulu apa masalah yang diahadapinya. Sekali aku periksa gigi yang dikatakan rasa ngilu/ sensitive tu.. Inilah yang aku nampak...






Okay rakan-rakan tahu tak apa puncanya??


Memang tak salah kita nak gosok gigi berapa kali sehari pun. Tetapi adakah kita pasti cara kita gosok gigi tu benar-benar efektif? Benar-benar membersihkan gigi kita tanpa mencederakan gigi kita. Yeahh ayat mencederakan gigi pon hadooo. hehe

Berus gigi banyak kali pun kalau caranya tak betul atau tak efektif akan memberi kesan buruk pada gigi kita. Seperti yang tertera pada gambar-gambar di bawah.






Berbalik kepada punca-punyanya tadi.

1) Gosok gigi dengan cara melintang (horizontal) iaitu ke kiri dan ke kanan. Iyelah senangkan gosok gigi macam ni. Rasa bersih gitu.

2) Menggunakan berus gigi yang berbulu keras (hard bristles) berbanding berbulu yang lebih lembut atau medium. 

3) Gosok gigi dengan terlalu kuat macam nak gergaji gigi kamu tuuu. hah sape buat macam ni? 

Okay, check balik, ada tak kamu semua yang menggosok gigi dengan 3 cara di atas? Mari ubah kepada cara yang betul.  Bila aku terangkan kepada pesakit tadi antara punca-puncanya yang menyebabkan gigi pesakit tersebut ngilu, aku dapat respons sebegini.

Pesakit: Doktor, tak puaslah gosok perlahan-lahan. Macam tak bersih je. Lagi-lagi pakai yang berbulu lembut tu. cepatlah kembangnyaaaa. 

Ye, sebab gosok terlalu kuatlah menyebabkan gigi kita haus dan lelas. Berus gigi tu kembang sebab anda semua menggosok gigi dengan tekanan yang sangat kuat. Cara membersihkan gigi yang betul bukan bermakna kita kena gosok gigi secara kuat tetapi berapa lama kita boleh gosok gigi.


Kenapa boleh rasa ngilu/ sensitive?

Apabila lapisan (pertama) pada gigi sudah terhakis, lapisan kedua gigi iaitu dentin (yang belubang-lubang halus/ dentinal tubules) akan terdedah kepada persekitaran mulut. Akibatnya, bila kita makan atau minum sejuk/panas/manis nanti, rasa itu akan terus sampai ke saraf gigi melalui dentinal tubules yang terdedah. 



 ni contoh senang nak fahamlah macam mana boleh sebabkan rasa ngilu tu.



Kadangkala jika anda gosok gigi secara melintang, boleh menyebabkan 
gusi anda turun dari kedudukan asal. Maka, bahagian akar yang terlindung oleh gusi
akan turut terdedah kepada persekitaran mulut dan mengakibatkan rasa ngilu.


Beginilah lebih kurang gambar lubang-lubang atau dentinal tubules.


Bagaimana cara yang betul?

1) gosok gigi secara membulat atau ke atas dan ke bawah.

Kenapa? Jika kita gosok secara membulat atau ke atas dan ke bawah secara tak langsung kita akan bersihkan gigi dan mengurut gusi untuk gusi menjadi lebih sihat. Jika gosok gigi secara melintang, kita sekadar memberus gigi tetapi gusi tu tak terurut pulaa.. akibatnya gigi kita yang terhakis.




2) Beli berus gigi yang berbulu (bristles) lembut atau soft. 


3) Biarlah kita menggosok gigi dengan secara sederhana perlahan tetapi ambil lebih sedikit masa. kalau selamat ni gosok gigi 2-3 saat. Sekarang ubah kepada 2-3 minit. 


 Janganlah sampai berus gigi ni kembang macam ini ye. 


Bagaimana nak rawat kalau dah rasa ngilu?

1) kalau lelasan itu terlalu besar atau teruk, boleh buat tampalan pada bahagian tersebut.

2) rawatan gigi sensitive di klinik-klinik gigi.

3) gunakan ubat gigi sensitive, ambil sedikit dan gosok dibahagian yang anda rasa ngilu lebih kurang 2-3 minit. Biarkan 2-3 minit dan kumur-kumur air. Buat 2 kali sehari. InsyaALLAH rasa ngilu itu akan berkurang sedikit demi sedikit (ambil masa berbulan juga untik hilang sepenuhnya). 
     - cara ini untuk tutup balik dentinal tubules yang dah terdedah ke persekitaran dalam mulut.



Bila tubules ni dah tertutup insyaALLAH rasa ngilu pun akan berkurang dan seterusnya hilang



p/s: This is not about how hard you brush but how efective it is to clean your teeth.

16 si gojes suke membebel:

FnF Centre said... [Reply]

Saya pun ada masalah yang sama.. tq sbb share =)

http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

Faiz said... [Reply]

hahahha tq doktor bagitau semua ni. saya rasa mcm saya lah pesakit tuh. dan tiga2 punca tu pun saya buat. dari dulu pikir, ingat lagi kuat gosok lagi bersih. n bole putih (maklumlah, gigi kuning)
sampaikan heran kenapa iklan2 gigi kat tv mcm senang ke nak tanggal 'plak2' tuh
tq tq

Unknown said... [Reply]

dulu sy igt bile gosok gigi kuat2 n guna lak berus gigi jenis 'hard or medium tu paling bagus. sampailaaa sejak2 akhir2 ni sy perasan gigi sy sensitif n ade gap antara gigi tu or dlm term dental lelasan rupanya. T.T Sedihnyaaa gigi sy rosakkk n berlaku penyusutan gusi. patutla gigi sensitif.n sekarang gusi berdarah pulak bila gosok. risaunyaa sy. smlm jumpe dentist, dr suggest suruh ubah teknik memberus gigi n letak toothpaste kt gigi sensitif b4 tidur. harap2 dpt membantu.T_T

Anonymous said... [Reply]

Intan, dah lama awak Tak menulis. Saya selalu buka blog in. Hampeh... siti aminah JB

i said... [Reply]

salam. Bagus lah artikel ini. Kebetulan saya mempunyai gigi sensitif sejak setahun yang lalu dan bila umur melangkau ke 28 tahun saya dapati gigi saya semakin menjadi sensitif.Saya dah guna ubat gigi sensitif tetapi masih tidak berkesan. Soalan saya, adakah dengan memakai ubat gigi atau produk pemutihan gigi akan menyebabkan gigi kita menjadi semakin nipis dan sensitif.

kelapadanorkid said... [Reply]

tq doc..info yg sgt berguna, btw mana lagi ok doc colgate sensitive ke sensodyne. gigi ni kejap sensitive kejap tak

Nurdiana Aniff said... [Reply]

Baru-baru ni, gigi saya pecah ke serpihan kecil. Memang ngilu sangat sampai sekarang. Cuma belum berjumpa doktor gigi. Tapi masih terkawal rasanya. Tq for the info. Senang-senang jemput lawat www.kindhearty.blogspot.com.

LillyMire said... [Reply]

hai...dr... saya nak tanya 1 soalan boleh?
gigi saya selalu rasa nyiru pastu sakit,di bahagian depan(bawah), lebih2 lagi kalau saya demam..tapi kalau saya tak demam,tak pulak sakit..kenapa? (pliz reply)

Intanberlian said... [Reply]

@LillyMire

adik boleh jumpa doktor gigi ye. mungkin gigi rasa ngilu disebabkan permukaan gigi terhakis dan menipis. boleh ubah cara menggosok gigi dan sebagainya.

pejal said... [Reply]

assalammualaikum doc saye ade masalah ngilu jugak tp selepas gigi belakang saye di cabut kire nye gigi terlebih satu la yang di cabut ni selepas ubat kebas tu abis effect nye gigi saye ngilu pulak campur sakit sikit buleh bantu saye doc sampai x leh tdo ni

nfz said... [Reply]

Salam, gigi depan yg bawah sy kdg2 rasa ngilu.. bila.sy tgk dlm cermin.. ada macam warna putih dkt gigi depan dekat dkt gusi sebelah dalam.. macam mana nak buat ye bg hilang rasa ni..

nfz said... [Reply]

Salam, gigi depan saya yg bawah rasa ngilu.. bila tengok dlm.cermin.. sebelah dalam gigi depan sy ada warna putih beedekatan ngn gusi. Ken apa ye

Anonymous said... [Reply]

asslm doktor.. gusi sy atas bawah berdenyut kat pipi belah kiri ni. setiap masa lak tu.. gigi ngilu sgt bila kumur n bila kena benda sejuk. seksanya.. gusi berdenyut tu sbb punca2 di ats ka?

-fina-

Anonymous said... [Reply]

@i
memang macam tu

Unknown said... [Reply]

say, bisa nggak kalo penyebab gigi ngilu dikurangi? ada nggak obat untuk ngobatin ngilu gigi

tks

Anonymous said... [Reply]

Thank You ! Good Info !

Related Posts with Thumbnails