Sunday, April 18, 2010

Betulkah lelaki semua lelaki begitu? atau salah si perempuan ?

www.tips-fb.com

salam semua,


aku tertanya-tanya sebenarnya,

kenapa setiap kali aku baca entri bloggers lelaki yang berkaitan dengan perempuan seksi, perempuan tayang dada, tayang alur itu lah alur ini lah , segala lurah..dan pelbagai lagi tayangan, mesti ada ayat begini ;


" tak normallah aku kan kalau orang dah tunjuk aku tak pandang"

"bodohlah aku kalau tak jeling sekali dua"

" orang dah tayang, aku ni lelaki, macam mana baik pun mesti jeling sikit "

" lelaki baik mana pun, err mesti tengok punyalah "

" bergegar iman gua beb tengok! "

" lelaki normal mestilah tengok dada perempuan walau di mana saja, lagi-lagi yang dah ditayang! "


errr itulah antara yang aku terbaca, dan entah banyak lagi.. tak mampu lah aku nak senaraikan.. yang aku tertanya-tanya, betulke semua lelaki begitu?


sebab tu orang pernah kata, Allah bagi lelaki ni 9 akal dan 1 nafsu.. nafsu yang hanya berkaitan dengan " itu" semata.. perempuan ada banyak 9 nafsu yang diagihkan dengan pelbagai nafsu. nafsu shopping.. nafsu makan dan segala nafsu..


yang si lelaki pula, kadang-kadang aku tengok bangganya berjalan berkepit sana sini dengan awek nye yang baju tak cukup kain.. atau dengan kata lainnya separa bogel. kalau kau betul sayang awek kau.sepatutnya kau tegurlah dia.. pakai elok-elok sikit.. orang lain nampak.. malu.. lagipun simpan aset tu untuk kau bile kau dan dia kahwin nanti..

err ke kau pon enjoy tengok aset awek kau beb.


bila ada lelaki jeling awek-separuh-bogel kau.. tahu marah.

"lu pehal mat jeling-jeling awek gua"

padahal awek lu dok tayang lurah alur sana sini.. mana tak menarik perhatian si lelaki-normal-yang-biasanya-akan-pandang-benda-atau-rezeki-depan-matanya.


oyy orang kata, kucing kalau ikan depan mata terus ngap lah.


si awek-separuh-bogel sedap pula tunduk depan, tunduk belakang, senget sana, bongkok sini.. saja tayang aset. bangga beb ada aset ni..


si perempuan kata.

jangan judge aku weh. aku pakai je macam ni. tapi hati baik..

perempuan bertudung pun buat maksiat lah.. 

aku tak kata begitu, yang aku maksudkan.jangan diberi mata-mata jahat lelaki menerokai kau. hak kau bukan untuk tayangan umum.. itu peribadi.. 

satu je aku nak kata,
kalau kau pergi pasar.. kau tengok mangga kulit cantik je.. dengan mangga yang kulit dah busuk sikit.. padahal dalam kau tak tahu isinya baik ke tak mana kau pilih.. begitulah.. 


macam manapun orang tetap pandang luaran dulu baru dalaman..


yang paling baik, jagalah luaran dan dalaman. keduanya paling baik bukan? tidak sepatutnya wujud diskriminasi yang seksi itu jahat dan yang litup itu baik. sendiri kena tahu menjaga diri.. macam mana nak jaga diri.. tutup lah aset-aset kau tu.. jangan di tayang aset untuk bakal suami kau.. sian diorang nanti dapat aset yang dah dipamerkan..


aku tak salahkan lelaki lah walau pada hakikatnya lelaki kawal lah mata kau tu kan.. walau ada depan mata.. cuba kau kawal sikit.. 


dah perempuan yang dok tayang.. ialah buat apa dia tayang kalau bukan untuk orang tengokkan? hah bila orang tengok kau pandai pula menjeling.. errr.. yang kau tayang kenapa dik non.

sebab itulah perempuan ini makhluk Allah yang kadang-kadang sangat menyusahkan dan selalu membawa masalah dan fitnah..

bukan kerana dirinya mahu menimbulkan fitnah tetapi
perbuatan dirinya membawa fitnah.

bukan hatinya berniat fitnah tetapi
tubuh badan dan kelakuannya mengundang fitnah.


dan si lelaki!!


mungkin si lelaki akan menjawab


dah macam mana aku nak kawal mata.
aku pandang sana.. opsssi ada dada terbonjol..
aku pandang sebelah sini pula..
opsssi ada pula lurah dendam..
pandang tepi pula..
opsssi ada alur gajah pula..


mak aii..dah camtu mana aku nak pandang? aku kena jalan tutup mata kah?

kata si lelaki..


err betul juga ek..


jadi salah si perempuan-separuh-bogel kah?




p/s: maruah kita hak kita, jaga sebaik mungkin.. jangan di tayang. kau nak ke jadi  bahan pameran? tanpa bayaran pula tu? err.. kau jangan jadi perempuan di red light district nun... maruah kau tu, tak ternilai.bukannya untuk santapan mahupun cucian mata si lelaki-mata-buaya atau si lelaki-normal-yang-tak-terdaya-jalan-tutup-matanya.

sama-samalah kita menegur untuk kebaikkan bersama.

27 si gojes suke membebel:

faramira said... [Reply]

errrr.... no komen~~uhuk3

[[iidyLL_iceneSS]] said... [Reply]

uiks....cik intan dh ngamok..
kne duk diam2 nie..
jrg tgk cik intan panas2 nie..

laki or ppuan,sm jer slh..
yg laki xmnegur,lg suke tgk..
yg ppuan xsedar dri,lg suke mnunjuk..

dh kt pn Adam mlindungi Hawa
N Hawa ini phiasan dunia..
"wanita...hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah.."

k.i.w.i said... [Reply]

back-to-basic.yah-ppl-make-mistake-and-learn-from-mistake.
just-hopes-that-girls-out-there-know-that-what-she-just-done.

just-reminding-each-other.
:)

Sesayang_Andox said... [Reply]

auumm.. :P

diyana said... [Reply]

Kak Intan Sayang!

saya mmg setuju sgt2!

bile kena rogol menangis,meraung

sdgkan kalau die x pakai baju separa BOGEL itu x kan lah lelaki rogol..

haishh!duadua salah..

kite sbgi perempuan ni da tau lelaki camtu,cubalah buat supaya lelaki tu x Gila Seks..ni x..lg dtayangtayangnyer..

anastasyea said... [Reply]

lelaki nie memang pantang kalau ada bab dedah sana... dedah sini. Mesti diorang nak tgk. Dah lumrah manusia mcm tu...

bellar0ssa said... [Reply]

idyll~


huhu adeh, panas2.. sesekali terlepas plak..

hmm tapi betullah pe nana cakap ni.. adam penglidung hawa.. hawa perhiasan dunia..

bellar0ssa said... [Reply]

sesayang_andox~


hui mengaum plak kamu ni ek.

bellar0ssa said... [Reply]

kiwi~


kena adalah orang yang menegur kalau nak sedarkan yang dia make that mistake.

bellar0ssa said... [Reply]

diyana~

yep, orang kalau bertudung litup pun berisiko menjadi mangsa rogol apetah lagi yang terbuka luas sana sini..

bellar0ssa said... [Reply]

anastasyea~


hmm memang lumrah seorang lelaki. tapi mungkin juga tak semua begitu. =D

Shahrol Mohamad said... [Reply]

Tepuk Dada Tanya Diri Sendiri

miss anne said... [Reply]

sokong 110%...

blueCITY® said... [Reply]

salam bella..

heeeeeeeee betul betul
cuma da lelaki yg terpandang sekali sahaja, dan ada yg nak pandang 2 3 or banyak kali lagi
ekekkek...

ps: baru leh blogwalking, line tenet prob la,
huwaaaaaaaaaaa

Hafizuddin Tajuddin said... [Reply]

akhir zaman...yang haram jadi biasa..
yang halal dipandang serong...
cuba tengok orang tudung labuh,nanti ada orang akan kata,"ni stail lame ni"..padahal itu yang terbaik..
tengok orang pakai kopiah,"ustaz tu.."
orang buat baik sekarang jadi segan, buat jahat jadi bangga...
akhir zaman oh akhir zaman...

zella y said... [Reply]

lelaki ni kdg2 dorang ni tgk je n kalau nak di ikutkan mata dorang ni, perempuan pkai baju kurung, bertudung litup pon dorang still juga tgk... ;)

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

Yg penting p0mpuan2 sekalian jga aurat memasing XD

gEe said... [Reply]

pergghh..

sgt2 suke entry ni. betul tu kak intan, pmpuan skrg suke sgt tunjuk body. pakai ketat sana sini. ish. x malu betol.

yela. kalau ada kwn2 yg pakai mcm tu, nk tegur pn serba slh. kite ni pn bknnye baik sgt.

huhu..

entahlah. dunia dh nk kiamat agaknya.

tu kan tanda2 kecil akhir zaman..

renung2 knlah dan selamat beramal...

(^_^)

helena's said... [Reply]

intan~cikhel setuju ngan statement ini!

sebenanye semua berbalik kepada diri sendiri jugak,camane kita bawak diri kita.

Kyuubi_85 said... [Reply]

sabar, jgn mengamuk. :D

Aku pun tak tau la bneda ni. tapi menurut sains, mmg sifat seks lelaki tu primitif skit. Asal nampak pmpuan bog** mmmg akan naik. Sebab tu la if ada yg separuh bogel, mmg lelaki akan jeling kejap. tu normal. tapi kalau mata yang lekat terus kat pompuan, tu x berapa nak normal. jaga skit dgn laki mcm ni.

Aku pernah nampak pompuan ang pakai ku kira seksi jg la. Tp yg lucunya, bila dia perasan ada lelaki yg tengok, dia tutup pla bhgian yang dia tanak org tgk, pelik.

So, masing2 jaga diri sendiri. Kalau dah tayanag tu, jgn mrh kalau org tgk. Dan lelaki, jagalah skit. jgn terus melekat je mata tu if nampak adegan tayang-menayang ni.

bellar0ssa said... [Reply]

Shahrol ~


memang kesalahan ni byk dtgnye dr perempuan..

bellar0ssa said... [Reply]

kak biru~


hmm, kalau sekali rezeki.byk2 kali dah jadi dosa..huhu betul ke?

bellar0ssa said... [Reply]

hafizuddin~

manusia kan..yang salah itu yang nak dibuat..lagi ditegah lagi nak buat,

aku pun. selalu2 kene nasihatkan diri sendiri. sbb sendiri pon banyak sangat buat salah.

bellar0ssa said... [Reply]

zella~


perasan tak kalau pakai baju kurung tu nampak seksi.huhu

bellar0ssa said... [Reply]

miss lolly~



yep exactly =D

bellar0ssa said... [Reply]

gee~

betul2 bukan senang nak tegur kawan sendiri kan.. hmm iyelah kite pun bukan baik sangat.. nanti kene perli pula.. tapi tak salah kalau kita saling ingat mengingati..

bellar0ssa said... [Reply]

cikhel~


hmm betul, perempuan lah kene pandai jage diri kan.

Related Posts with Thumbnails