Saturday, April 02, 2011

Apa itu supernumerary tooth?| berkongsi kisah masalah gigi berlapis.

www.tips-fb.com

Salam Readers,



Photobucket



Aku nak berkongsi satu kes yang melibatkan masalah pada gigi, selit sikit kisah gigi.. lama dah tak cerita tentang gigi.. adik ni ada bertanyakan soalan tentang masalah gigi yang dia hadapi sekarang.. disebabkan melalui cerita atau pun description sahaja tak memadai, maka adik ini hantarlah dua gambar gigi dia pada aku melalui facebook. katalah namanya Aju ( bukan nama sebenar) ok?



Aku hanya boleh memberikan beberapa penerangan pada Aju. Aju kata dia sudah pun pergi ke sebuah klinik pergigian di India. ouh Aju juga seorang pelajar perubatan di India juga. satu keistimewaan belajar di India kerana perkhidmatan dan rawatan pergigian melambak-lambak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. murah-murah pula tu kalau dibandingkan dengan Malaysia. berganda jauh lagi murah, walaupun kebiasaannya pelajar Malaysia akan dikenakan rate foreigner tetapi still jauh lagi murah. 



Aju cakap, doktor tu macam nak gesa-gesa dia buat rawatan.. dan cakap kena cabut gigi. so Aju ni takut la kalau-kalau doktor gigi ni penipu dan nak kan duit semata-mata, ialah nama pun negara INDIA. menipu duit nombor satu. aku cakap berdasarkan pengalaman ye bukan main sembrono je. seriously kalau dah datang India you will understand what we are going through. you want everything to be smooth and easy, just give them money!  ok jauh aku melalut. pantang menaip. mula nak melalut membebel... haha.


Photobucket



ok berbalik kepada kes Aju ni, nampak tak ada crowding di bahagian gigi depan Aju tu? aku dah labelkan nama-nama gigi tu di situ.. Lateral incisor tu atau nama lainnya gigi kacip kecil.. yang supernumerary tooth tu pula macam gigi extra. kalau in normal person tak akan ada gigi extra tu. hanya segelintir orang sahaja yang ada gigi extra ni..


Apakah dia supernumerary tooth/teeth?

Nama lainnya ialah hyperdontia. di mana melebihi daripada bilangan normal gigi. 

"Supernumerary teeth also known as hyperdontia is the condition where more then normal number of teeth are present. When the extra tooth is present in deciduous dentition that is the primary dentition or in permanent dentition then those specific extra teeth are called as the supernumerary teeth. By definition the supernumerary teeth are the extra teeth present in the normal cavity. These can be found in any region of the oral cavity"


Sekiranya supernumerary tooth ni ada di antara 2 gigi kapak (central incisors) ia dipanggil MESIODENS.


Photobucket



Photobucket


kebiasaannya, supernumerary tooth akan tumbuh di kawasan seperti :

1) anterior palate ( lelangit) just belakang gigi kapak (central incisors)
2) lower premolar area ( gigi geraham kecil )
3) wisdom tooth area ( kawasan gigi bongsu)


Adakah gigi supernumerary tooth ini akan memberikan masalah kepada individu tersebut?

jawapannya YA! 

1) gigi extra ini boleh menyebabkan berlakunya crowding pada gigi, maka susunan gigi akan menjadi tidak tersusun. Bila gigi tidak tersusun dengan betul atau berlapis, maka oral hygiene seseorang itu akan berkurang. contohnya, ada bahagian gigi yang tak dapat dibersihkan dengan hanya menggosok gigi, insiden untuk pengumpulan cebisan makanan juga tinggi. Hal ini boleh menyebabkan mulut berbau dan terjadi pengumpulan plaque dan calculus dengan lebih kerap ( orang panggil tahi gigi ).


2) selain daripada itu, gigi extra ni juga boleh menyebabkan pergerakan pada gigi lain, yelah kan gigi tu sudah ambil ruang gigi asal. jadi itu yang susunan berlapis dan tak teratur.


3) kadang-kadang boleh menyebabkan gigi asal tak tumbuh. kira pertumbuhan gigi asal terbantutlah.


4) selain itu, boleh juga menyebabkan pathological condition seperti cyst formation.. paling kerap dilihat ialah Dentigerous Cyst Formation along with this supernumerary tooth.


5) kadang-kadang posisi gigi extra ini boleh menyebabkan berlakunya root resorption of adjacent tooth


Rawatan? 

sekiranya gigi extra ini menimbulkan sebarang masalah, maka ia sepatutnya dicabut. dalam kes crowding.. gigi ini akan dicabut dan rawatan orthodontik akan segera diambil untuk membetulkan kembali kedudukan gigi supaya teratur dan menutup balik ruang yang ada. 


KEMBALI PADA KES AJU,


Photobucket


1) kalau pada gigi AJU ni, memang dah berlapis-lapis ( crowding ). perkara pertama sekali yang patut diambil ialah X-ray untuk melihat keadaan gigi tersebut... dan impression gigi tersebut patut diambil and jadikan cast sebagai study model. gambar juga patut diambil senang nak rujuk balik nanti.

2) supernumerary tooth sepatutnya dicabut. 

3) rawatan orthodontik boleh diambil untuk kembalikan gigi ke kedudukan yang sepatutnya.

4) gigi lateral incisor patut ditarik balik keluar supaya berada di kedudukan yang sepatutnya. jika space available tak cukup nak susun balik gigi itu, kemungkinan besar proximal stripping atau kedua-dua gigi first premolar akan dicabut untuk memberi ruang yang lebih supaya gigi dapat ditarik balik ke kedudukan asal.

semua ini terpulang kepada orthodontist anda, sebab itu x-ray, impression, gambar sebelum dan study model perlu diambil supaya mereka dapat merancangkan rawatan yang terbaik untuk anda ( treatment planning). kebiasaanya seseorang orthodontist akan buat yang terbaik untuk mendapatkan rawatan yang terbaik kepada pesakit mereka.. hal ini mencerminkan kemampuan dan kepakaran mereka. =D


p/s: terima kasih yang sudi follow belog picisan aku.. pejam celik eh dah lebih 500.
p/s/s: quotes of the day : the average woman would rather have beauty than brains, because the average man can see better than he can think.

4 si gojes suke membebel:

cik ubi said... [Reply]

terer ko eh bab gg ni!

band gigi kenal?lau wat braces kat india bape rm?

IntanBerlian said... [Reply]

huhu tahu sebab gue belajar =P band gigi? hmm molar band kah? dekat india ni kalau yang besi cam biasa tu lebih kurang RM1400 la..

Anonymous said... [Reply]

Wah murahnya ortodontik di india sis ^^ . Tp kan masih boleh ke kalau org dewasa nk buat buat rawatn ortodontik?? Sbb yg sy dgr sush nk buat sbb org dewasa gusi nya dh jd keras.... Is it true sis? :/

fara dyla said... [Reply]

Ggi kacip sye ade stuh ggi susu. So gg asal sye terbantut laa ni ? Huaa. Umur aye dh 21

Related Posts with Thumbnails