Showing posts with label kain sari. Show all posts
Showing posts with label kain sari. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

Kain Sari dari India untuk dijual. *limited edition*

www.tips-fb.com

Hello Readers,



Sari Songket dari INDIA untuk dijual. Hari tu kali terakhir balik dari India, ini je mampu diangkut. Ikutkan hati nak bawa banyak lagi ni. hee. Tapi cukai kastam pun dah mahal. Plus barang-barang den satu kontena lagikan. haha. So, ada 8 pasang sari songket je ni. Siapa cepat dia dapat ek. Aku pernah jual kain sari songket ni dulu. Sari ni kebanyakkannya jenis Belgaum saree & Bangalore Saree. 


( Link di atas ada contoh kain yang aku jual dan baju contoh yang dah siap dibuat baju menggunakan kain sari)


INFO SAREE:
# panjang kain sari : 6.3 meter# boleh dibuat 2 baju 1 kain atau sebaliknya, sepasang baju ibu dan sepasang baju si anak, atau sepasang baju isteri dan sepasang baju si suami (kemeja).# selesa dipakai, kain yang lembut.# tak letak lining pun tak apa.



HARGA: RM 160


* FREE POSTAGE ( dalam Malaysia sahaja)
* Sekiranya alamat yang diberikan tidak jelas dan kain sari tidak sampai ke tangan pembeli, pembayaran pos kali kedua akan di charge.


2 warna pilihan



4 warna pilihan





KOD 1
warna maroon
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 2
dark brown
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 3
Warna biru (soft)
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 4
Warna hijau
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 5
Warna Turquoise
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 6
Warna Dark Green
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.



KOD 7
Warna Turquoise (design lain dari yang atas)
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 8
Warna dark maroon to dark brown
Songket berkilat
SOLD


Siapa yang berminat nak membeli boleh contact aku ye.

phone/sms: 011-12819189
emel: bellarossa87@gmail.com


Siapa cepat dia dapat!!!





p/s: Kain ni limited, ini je lah yang den ade. InsyaALLAH ada masa nanti aku upload kain cotton pula ke ek.

Sunday, October 17, 2010

Pengalaman kena tipu hidup-hidup dan tips mahu menaiki auto di INDIA.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


heh, lama aku tak bercerita tentang india, mood pon di malaysia.. buat apa cerita kisah india. haha. tapi rindu punya pasal kali ni aku nak cerita pengalaman aku naik auto.


ni lah rupa auto naik 3 orang.
kalau tak muat boleh duduk sebelah pakcik tu.
tak muat juga duduk belakanglah tempat letak barang.



nak diikutkan banyak pengalaman naik auto ni. aku paling tak suka naik auto bila nak tawar harga auto. macam malaysia. hmm mana-mana agaknya, meter tu sekadar perhiasan je, kadang-kadang aku rasa nak hempuk meter tu. geram pun ada. tahu nak paw orang je. dah lah aku pun pelajar. agak-agaklah kan. lainlah aku ni cop duit ke, ada kilang duit ke, tiup daun terus jadi duit ke.. ade aku kisah??? kadang-kadang hmm bukan tapi selalu lah. panas je aku ni bila orang auto ni dok tipu aku hidup-hidup. ingat aku baru sebulan dua ke duduk india hah? sedap sekali aku cakap;


" hey anna!! poiiii soladehhhh!!!! "


keluar tamil aku baru terkedu kau!!


lantaklah kalau sebutan aku macam omputih cakap jawa ke kan. janji dia terkedu! haha. maksudnya tadi 



" hey bang!! jangan tipulah!!"


hmm, pengalaman yang aku agak bengang masa aku 3rd year, baru habis 3rd year lah. cuti ada 10 hari. nak balik malaysia rasa tak berbaloi dengan tiket mencecah RM2000 kan. so aku dan seorang kawan lagi berangkat ke BELGIUM eh eh.. jauhnya.. haha.. bukan-bukan ke BELGAUM. belgium versi india. haha. aku tipu.


BELGAUM ni tempat member baik aku si Aimimira. dari salem ke bangalore dah 3 jam setengah. kemudian dari bangalore ke belgaum naik bas 12 jam. aku naik 10 malam sampai 10 pagi. macam tu lah lebih kurang. details tak ingat. lama dah tu kot. aku kan short term memory. naik bas dekat india ok lah, lama-lama pun tak sakit montot. naik bas tidur... heh, hebat tak india? boleh tidur-tidur golek-golek dalam bas..


ok ni kisah selepas aku balik dari belgaum. rumah aimi memang best. rasa macam balik rumah kat malaysia. dengan ada sedikit sedih dan homesick, sampai bangalore pagi-pagi buta, aku dok tahan pakcik autolah. 


sumbat selagi muat.



yang aku geram tu, harga semua 2 kali ganda. rasa macam nak pancung je sekor-sekor tu. tapi aku sabar je. aku tawar lagi, dia tak bagi.. aku cakap pakai meter. diorang tak mahu... sakit hati.. yang sorang tu kata, harga murah lah tu.. kepala hotak dia murah... 2 kali ganda!!! ingat aku ni baru sampai india ke. uish pagi-pagi memang dah uji kesabaran beb. aku dah nak terkucil pagi-pagi tu. nak tinggi suara lebih-lebih pun tak boleh.



tiba-tiba datang seorang pakcik auto tu berhenti depa aku dengan member aku, dia kata, ok dia pakai meter, tapi tambah 20rupee. aku pikir-pikir ok lah dari kena paw sampai 2 kali ganda kan... then masa auto tu jalan, 



aku punya terperanjat tengok auto tu punye laju meter dia!! gila lah. ini dah macam speedy habis meter tu mengalahkan kelajuan auto tu yang sememangnya macam-macam kura-kura sakit kaki.. menguji kesabaran betul ni. aku dah  hangin semacam. member aku pun cakap kenapa lain macam je meter dia ni. aku tak leh nak cakap apa dah. ikutkan hati nak saja aku suruh dia berhenti aku naik auto lain. tapi diikutkan pundi kencing yang dah penuh tinggal nak terkeluar je ni.. aku buat-buat tak nampak meter tu. aku diamkan saja.



sampai destinasi, aku cakap dengan dia, jangan lah tipu customer, aku ni pelajar kot. dia pandang pelik. aku cakap ingat aku  tak tahu dia punye meter tipu macam kepala hotak dia? dia sengih-sengih. ada tak rasa nak sekeh kepala. takpon kalau yang kurang kejam sikit, pancung je!  last sekali jumlah yang aku bayar sama saja dengan harga yang auto 2 kali ganda harganya tu. dasar penipu hidung kembang! adoih. lalu dengan seikhlas hati aku niatkan sedekah.. amiklah pakcik. moge dibukakan hati tu, jangan jadi cacing sudah..amin~ so pengajarannya, meter pun pandai menipu!! berhati-hati dengan si dasar penipu berhidung kembang ni. yang hidung kempis, mancung pun ada... macam-macam ada.




heh, sistem pemparitan dekat india ni sangat teruk, kadang-kadang kalau hujan lebat, jalan banjir gile, dalam sekelip mata dah jadi macam sungai jalan raya tu. aku rasa bukan naik auto dah tapi dah jadi macam AUTOBOT!! hoho.



ANTARA TIPS NAK NAIK AUTO:
1) kenalah tahu harga biasa berapa, maksudnya tanya orang awam. selalunya aku tanya orang-orang india sebelum aku tahan orang auto.. takpon tanya pakcik guard kat shopping complex. kau beragak-agak jangan tanya orang kaya. diorang entah-entah auto pun tak tahu. ok aku tipu, Bila dah tahu harga, tanya dulu pakcik tu sebelum naik... kalau dia cakap melebihi range harga sepatutnya cuba tawar, kalau tak boleh.. kau tinggal kan saja, banyak lagi auto lain. jalan beberapa langkah, buat tak tahu je bila dia panggil.paling tidak pun dia akan panggil kau balik. bagi harga kau nak atau atas sikit harganya... heh. cubalah!



2) bawa biskut supaya kalau ada budak kecik minta sedekah kau boleh bagi biskut tu instead of money. duit tu entah-entah sindiket belum tentu dia dapat. so baik bawa makanan kan.



3) orang india ni, kadang-kadang patutnya naik 3 orang atau 4 orang tapi dia naik sumbat sampai mahu 8 orang kot. berhimpit-himpit. heh, aku pon dah terbiasa kot. tapi yang tak bestnye, dengan foreigner dia nak paw lebih sebab naik ramai.. tapi aku tak layan. bukannya duduk atas pangku dia pun.kite yang berhimpit. so kalau dia nak charge lebih sebab ramai orang jangan layan!!



hehe. naik bas ke auto ke motor ke semua boleh buat macam ni
hebat tak india? sebab tu we called it
INCREDIBLE INDIA!




4) ada yang suka bawa laju. kau sound je dia.laju mengalahkan lipas kudung nak terkencing. kalau yang lembab tu pula mengalahkan kura-kura sakit kaki...tapi biar lambat asal selamat.




5) disebabkan open air, maka bau haruman yang mengenakkan dari hasil air kencing dan berak manusia-manusia yang tak tahu malu ni memang menusuk hidung dan kalbu.. jadi tutup hidung kuat-kuat asalkan kau tak lemas. habuk asap tak perlulah cakapkan.. sampah sarap?? hah lagi tak perlu aku bagitahu. jangan kau tengok selonggok benda ataupun apa-apa dekat pantai atau jalan tu adalah perhiasan mahupun batu atau kerang atau siput comel.. silap besar beb!!! tu taikkk keringggg  manusia tu...hahaha. pernah member aku terpijak taikkkk manusia bila kami dibawa melawat ke pantai yang paling indah di chennai lah kononnye.amik kau!!! euwww.
6) naik auto yang ada kain pelindung tepi supaya bila hujan nanti boleh diturunkan. so tak adalah tempias kena hujan.hehe.silap naik, habislah kau. lecun! lainlah kalau kau kalis air.hehe.



oklah itu saja tips untuk kali ini. 




hadiah kontest aku dah pos. ada antaranya yang dah buat entri hehe
mahu hadiah apa, silalah terjah entri mereka ini ye =D


HASRULHASSAN
 WAKRON


KEMMA
yang lain, MISS MUMUN,AHMAD ZAKI aku tak pos lagi ni sebab aku tak dapat emel diorang lagi time aku pos yang lain-lain..nanti saya akan poskan tau. kak ZAIIKULIM kata, dia tak dapat lagi sebab kedah jumaat kan tutup.huhu.



p/s: Sareee dah habis dijual. Alhamdulillah. terima kasih kepada yang membeli.

Friday, October 01, 2010

Siapa Mahu Beli Kain Sari dari INDIA. sari terhad!

www.tips-fb.com

Salam My Dear Readers,

SOLD OUT!


seperti yang aku janjikan, aku nak upload sarees yang akan aku jual..tak banyak sarees yang ada, ini saja yang aku mampu angkut dari INDIA. huhu berat wooo.

info SAREES:
 panjang : 6 meter
untuk lebih selesa letak lining untuk bahagian baju.
boleh dibuat baju kurung, kebaya etc
sari ni ada bahagian songket, plain atau corak-corak kecil.


PROMOSI:
free lining. aku sediakan lining 4 meter ok!

antara sarees yang  dah dijadikan baju kebaya milik aku.


baju kebaya. disebabkan 6 meter, aku buat 2 baju dan 1 kain.



yang ni kebaya pendek, aku buat 2 baju, satu lagi aku buat baju yang ada slit tepi.


 



 my roomie wearing baju kurung moden made of sarees material.
dia buat 2 kain instead of 2 baju macam aku.so 1 baju 2 kain.


SAREE UNTUK DIJUAL


KOD 1
warna macam light peach
SOLD

KOD 2
warna hijau kelabu
SOLD

KOD 3
warna biru
SOLD TO CHE SUE

 KOD 4
pink maroon
SOLD TO CHE SUE

KOD 5
green
SOLD TO AFIFA


KOD 6
light silver
SOLD TO IZAZI

KOD 7
pink purple
SOLD TO EILA

 KOD 8
pink
SOLD TO CHE SUE

 KOD 9
yang ni macam material yang my roomie punye baju tu.
maroon
SOLD

KOD 10
light green
SOLD TO ASILAH

HARGA : RM 160
(free postage kecuali luar Malaysia)
FREE LINING!
boleh tempah kalau mahu tapi dalam tempoh 3 hari sahaja
untuk tempahan atau pembelian:

emel: bellarossa87@gmail.com
phone/sms: 012-2004316 ( better )



p/s: siapa cepat dia dapat =D
p/s/s: kontest tamat pada tepat pukul 12tgh mlm =D


Wednesday, September 29, 2010

Selamat Sampai Malaysia =D

www.tips-fb.com

Salam Readers,


huhu Alhamdulillah... semalam tepat pukul 6.10 pagi, flight MAS yang aku naik selamat landing dekat KLIA.. maka sekarang aku ada di Malaysia!! huhu maaf sangat sebab lama tak update. tak reply komen.. takde kunjung balas..dan pada yang join contest aku... aku lambat review.. 


memang agak busy sedikit sebab aku tengah praktikal exam masa tu.. praktikal exam kena cari pesakit sendiri.. memang alot of work have to be done.. dan of course study.haha.. sebagai final year.. memang cabaran betul.. lagi-lagi exam ini yang menentukan sama ada aku layak atau tidak untuk bergelar dentist.. sekarang semuanya sudah selesai.. apa yang aku nantikan keputusannya.. dengan penuh harapan keputusan itu setimpal dengan usaha aku selama 4 tahun menuntut di kolej pergigian. rasa berdebar itu memang ada... apa keputusan yang keluar.. tidak boleh semak semula kertas. sebab sebagai final year, kalau fail, fail lah jawabnya.. tak ada peluang untuk semak semula.. moga kami semua lulus dengan cemerlang...


hmm bahagia betul bila dah habis exam ni.. rasa macam dah tak nak tengok buku lagi.haha.. betapa dahsatnye study.penat memanglah penat.. lagi-lagi praktikal exam.. nak berdepan dengan pesakit pelbagai ragam.. memang agak payah ok.. pastu kena berdepan dengan examiner.. ada 2 viva kena tempuh (ujian lisan).. 


  1. satu chairside viva ( selesai buat treatment pada pesakit, examiner akan tanya soalan dengan kehadiran pesakit). yang ini.. kadang-kadang agak scary juga
  2. satu lagi GRANDVIVA.. huh yang ni.. dari setebal-tebal buku tu.. nasib kaulah dari celah mana dia nak tanya soalan.. kadang-kadang kau sendiri tak akan sangka itu yang akan di tanya... lagi malang, banyak-banyak chapter kau baca, 1 chapter je yang kau tinggal.. kau kena tanya dari chapter yang 1 tu.. bila tak dapat jawab, dia cakap.. kau tak study!! memang panas je masa tu..hoho. tapi semuanya bergantung pada nasib...



tinggal 3 hari lagi tarikh tamat kontest, walaupun tak berapa ramai mana yang join. aku tetap akan tutup kontest seperti yang aku tetapkan.. juga untuk souvenir kepada pembaca bertuah blog aku.. seperti yang aku janjikan.. aku akan poskan hadiah tersebut ye.. cuma agak lambat sedikit.. harap sabar ye. =D


ouh yeah, aku ada beli sedikit sari untuk aku jual di blog ni.. nanti aku publishkan gambarnya ye.. tak banyak.. so kira limited lah.. 


info pasal kain sari:

#panjang : 6 - 6.5 meter
#memang cantik sebab ada design songket
#untuk lebih selesa, bahagian baju boleh dilining dengan soft cotton or soft material.
#boleh dijahit baju kurung, kebaya even baju melayu etc.
#nanti aku upload sekali sari yang siap dijahit ye sebagai contoh
#harga sari di Jalan Masjid India lagi mahal dari yang aku jual.. =D


p/s: jemputlah datang raya ke rumah =P ada ke lagi raya.huhu.

Related Posts with Thumbnails