Saturday, January 29, 2011

Komplen dari Bam2 yang baru 2 jam menjejakkan kaki di India.

www.tips-fb.com

hey my dear readers,


Tengah hari tadi, Bam2 naik flight Air Asia. petang tadi dia dah sampai Trichy Airport. dan sekarang tengah on the way ke Salem.. aku tak dapat tunggu kat Airport, tapi aku dah hantar kereta jemput..wah! haha. macam kaya je bunyinya ya.


aku called tadi, saja try call.. sebab bam2 kata penat, nak tidur dalam kereta.. dalam flight borak2 dengan seorang pakcik tu.. nasib baik ada pakcik tu, memang dialah yang guide bam2. siap tunggu bam2 naik kereta.. dan tak lupa pesanan jaga diri, passport bla3.



eh sekali tak banyak deringan, dia dah angkat..


" eh awak tak tidur ke? kata penat tadi."


" tak adalah, tak boleh tidur.."


" kenapa pula, pergilah tidur. kan letih.. "


" macam mana nak tidur, jalan india macam haram! peh. driver tu bawa kanan kiri.. pusing sana sini. dahsatnya orang india drive. "


" hahahaaha" sakan aku gelak. " kita relax je tidur. memang nyenyak gila. tahu-tahu je dah sampai"


" eleh, awak tu tak tahu drive. eh tak beranilah nak tidur." ceh sempat pula kenakan aku.


" heee, pelik lah kita, cam mane awak boleh tidur ye? dahlah jalan dia, mak aiii teruk betul.. lubang sana sini.. lepas tu bukan tegak pun.. kiri kanan.. orang hon sana sini.. bergegar-gegar"


" hahahaha, hah tu la rasakan. hebat tak hebat kita"


" awak, daring betul orang india ni.. bukan lembu je melintas tak pandang kiri kanan.. orang pun, main melintas je.. dahsat2.. sampai kereta kena berhenti..haish makin tak leh tidur kita."


" hahaha, itulah india wakkk.. "


baru beberapa jam jejak india tu, macam-macam dah dia komplen. tak sabar menanti bam2 tiba. nak dengar komplen seterusnya.haha.. tabah ye bam2.. 4 jam je naik kereta kuda tu.. belum lagi 8,9,10 jam.wee. belum lagi naik keretapi ke goa 14 jam nanti..hehe. marilah bersama menikmati kehidupan sebenar di India.


soalan akhir aku, " macam mana india?"


gelak, " haha, melawat sehari dua ni bolehlah. tinggal india. tak bolehlah" 


"tabahkan kita, =P"


" ye2 awak lainlah. dah adapt.huhu"


p/s: mari bercuti! 

Wednesday, January 26, 2011

Saya Kenal Sayang Saya | Lirik Lagu 150 juta by Fynn Jamal.

www.tips-fb.com

Salam readers,




hmm, entah kenapa alunan melodi dan lirik LAGU 150 JUTA bermain-main dalam minda kepala ni. huhu, memang aku tertarik sangat2 dengan lirik tu sebab sangat-sangat kena dengan diri aku ni, bila tengok lirik, tengok balik diri sendiri. opssi apesal hampir sebijik?? Fynn Jamal buat cerita pasal aku ke *lempang laju2* haha perasaannnnnn! yela, aku suka sangat-sangat semua lirik-lirik Fynn Jamal. ceritanya yang bersahaja, gayanya yang kadang-kadang agak sarkastik gitu!


tipulah siapa tak kenal FYNN JAMAL kan? huhu.


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”


Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”


“Aku lagi kenal dia”


Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata


“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”


Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa


Rahsia kita berdua


entah kenapa dia boleh suka aku, aku sering tertanya, entah kenapa dia sanggup buat apa sahaja aku pun sering tertanya, entah kenapa dia sayang aku.. lagi aku sering tertanya.. memang aku tak cantik, aku tak comel, aku juga tak ayu, perempuan melayu terakhir jauh sekali.. aku dengan Lisa surihani jauh panggang dari api, aku dengan erra fazira wallaaa. lagilah ibarat langit dengan bumi.. nak kata lembut macam Rita Rudaini pun keras kaku macam kayu... nak kata sopan macam Heliza, mak aiiii kasar macam jalan tar aku ni...


huhu, aku dulu muka penuh jerawat.. tapi dia tutup mata. haha yeke? aku gemuk! dia kurus.. aku bulat dia lonjong.. aku pendek dia galah.. memang aku dan dia tak serasi.. dia punya rupa yang redup mata memandang.. segak dimata, senang dihati.. tapi aku? berkawat besi di gigi.. senyum pun nampak bling2! heee.  pipi dia kempis (tapi dululah.. haha), tapi pipi aku macam kuih donat! huhu.. dia kata aset! aku kata tak nak!!! nak kurus. nak pipi kempis.. tapi dia kata, kalau kempis dah jadi bukanlah AWAK! dah jadi orang lain yang saya tak kenal nanti. boleh kurus.. tapi pipi biar kembang macam donat. kata dia! haha.


aku tak romantik, aku tak punya suara seksi, aku tak punya nada yang mengada, jauh sekali menggedik.. aku tak punya suara manja.. aku tak punya suara lemah gemalai.. aku lagi tak punya suara yang bisa mencairkan hati yang mendengar.. jauh sekali serak-serak basah.. tapi aku punya suara yang unik. hahaha. sebab suaraku agak kasar. semua kata bila aku jawab phone sangat kasar! ye bukan aku mahu kasar tapi itulah aku.. kerap aku ditegur.. oiiiii jawab phone boipren ka?? macam cakap dengan samseng jalanan jaaaa? haha. kasar sangat kah? hang cakap dengan sapa? kawan hang kaa? tak! Bam2. huiii takde beza pon macam kau cakap dengan aku? haih. perlukah bezanya. yang penting hati. aku ikhlas. aku tahu dia siapa. bukannya dia itu kau. bukannya dia itu kalian. dia tetap dia. aku tahu bezanya. cuma, aku sangat susah menzahirkannya. bagaimana??? dia tegur, haih.. kasarnya cara awak cakap. ye baik! tapi sekarang tak lagi! hahaha. aku semakin lemah gemalai.. adekah? dia saja yang tahu bezanya aku dulu dan sekarang.. jadi yang lain shut up!



kata dia, walaupun luaran kasar tapi hatiku macam tisu.lembutnya lah hai. senangnyalah nak tercarik. kan bagus ku punya hati kertas. bisa mengguriskan jari. kupunya hati batu, tak bisa sakit walau dipijak. haih. itulah aku.. pantang tersalah sikit, aku merajuk.. dengan orang boleh ku kawal. boleh lagi ku elak. boleh lagi aku tak  kisah. tapi dengan dia? maaf awak... kita sensitifkan dengan awak? sebab itu kita makin sayang awak.. sebab awaklah tisu kite, awak serap semuanya air mata kitakan? kita nangis awak pujuk. orang tak tahu itu.. tapi awak tahu.. itu yang bezakan awak dengan dia. awak dengan mereka.. kita tahu siapa awak.. mereka tak tahu... awak lagi kenal kitaaa. kita lagi kenal awak!!



selalu aku keras kepala, tapi dia faham aku. aku lembutkan kepala aku balik!!! tak nak keras-keras.. kesian dia.. asik jadi dinding nak menahan kerasnya kepala aku ini. kita cuba ubah ye awak. ala awak pun apa kurangnya =P bila depan awak kita jadi diri sendiri.. kita tahu awak sayang kita seadanya. awak terima kita walau busukkkkknya kita...kan2? =D. tapi kita sentiasa wangi.haha. awaklah busuk! ok busuk tak sedap. kita tukar bucuk!



walaupun kita jauh berbeza, bagai langit dengan bumi. kita tak kisah. sebab awak tahu siapa saya, saya juga tahu siapa awak.. kalau dari jauh kita nampak awak, tak payah banyak, cukuplah dengan belakang awak. kita dah tahu dah awak tu dah mandi ke belum.. cuba teka kenapa? sebab bau bucuk awak lah.. hahahaha.


kadang-kadang aku terlebih cemburu, tapi aku sedar cemburunya aku perlukan batasan bukan? hanya kerana sayang. mungkin aku tak pernah jumpa orang sebelum dia, apetah lagi selepas dia, jadi aku tak betah membataskan cemburu itu, walaupun jauh di sudut hati aku tau, dia hanya ada aku. =D tapi emosi perempuan sukar ku kawal. awak, awak tahukan.. kita hanya sayangkan awak!  walaupun kita tak cantik macam lisa surihani, kita tak comel, kita tak ayu.. tapi kita adalah kita.. kita hanya untuk awak..  walaupun kita tak lembut, tak punya suara seksi, suara menggedik mengada.. tapi suara kita ni laaa yang selalu  awak nak dengarkan? hee. walaupun kita tak romantik macam orang lain, pendek kata.. romantik macam awaklah... tapi awak tahukan. huhu.. manja kita ni. romantik kita ni.. walaupun sebesar kuman. biarlah orang tak nampak.. yang penting awak tahu... bahagia kita, biar kita sahaja yang tahu.. orang lain.. kalau nak tahu juga. diam2.! haha.



kita suka lagu kat atas tu. lirik kat atas tu, kalau kita pandai main gitar.. kita nak mainkan lagu ni untuk awak.. tapi kita tak pandailah.. nak main gendang-gendang meja pun bunyi sumbang. monyet kalau dengar pun mesti ingat gempa bumi punyaaa.. kita tak pandailah.. kita nak nyanyi, tapikan kita selalu sangat lari tune. (T.T).. aish, selalu sangat kat karok tu. awak tegurkan.. tak mo dah la nyanyi. selalu lari tune. salah liriklah. jadi kita pun letaklah video orang lain nyanyi. takpekan?



ok papai. kita sayang awak. tak sayang orang lain. alaaa, mama dengan ayah mestilah kita sayang.. awak ni. kita nak awak jadi teddy bear boleh? tahu tak kenapa? sebab teddy bear, makin lama teddy bear ni.. orang makin sayang.. sebab makin lama, memori itu semakin bermakna.. masyamnya pun makin kuat.. heee. jadi nak awak jadi teddy bear. berapa lama pon, walaupun dah bucuk pun. iaaa makin bermaknaaaa.. macam AWAK!



saya kenal sayang saya!

right? =D




ni Ainan Tasneem cover. hm lain sikit dengan suara fynn.
siapa tak kenal Ainan kan? huhu.
aku tak punya suara semerdu ini.
jadi kupinjam yeee.




ni Fynn Jamal.




p/s: sorry kalau tak dapat reply komen dan kunjung balas ye. tenet cam cipan. tak boleh buka blogspot!

p/s/s: menanti minggu depan dengan tabah. hee. harap semuanya berjalan lancar..amin~ 

Saturday, January 22, 2011

Majalah DARA.COM Feb 2011 : " Intan, terokai dunia perubatan di India " | Aku sayangkan India sebenarnya!

www.tips-fb.com

Salam readers,


wweee, lama sangat aku tak update blog ni, ehem. cerita dah basi tapi aku tetap nak cerita. sebelum ni entah apa masalah dengan wireless hostel yang macam kura-kura sakit kaki ni.. memang tak boleh nak buka blogspot. word blogspot tu sendiri dah kena banned!! aigoo.


ingat tak aku pernah bagitahu yang wartawan dari majalah DARA.COM  ada nak masukkan kisah pengalaman belajar di India di LINK SINI. untuk keluaran FEB 2011. dan dah keluar pertengahan bulan Januari hari tu. hmm nak dijadikan cerita, kebetulan sebelah kedai makan atuk aku adalah sebuah pasar mini.. sepupu aku pergi ke sana nak membeli barang, then akak kat kedai tu kata ada muka aku dalam majalah. terus sepupu aku call mak aku... haih sah2 mak aku dah terlupa. jadi dengan baik hati makcik aku pun scan dan upload kat fb. dan2 time tu juga aku suruh BAM2 beli.hahaha.. 






Bam2 kata, akak kat kedai tu pandang sengetttt je kat dia sebab nak beli DARA.COM.hahaha.. 



" kak mana satu buku dara ni?" (lupalah tu ada perkataan COM, manalah orang tak pandang senget!)

" hah dik? buku dara? " haha dah semua akak2 kat situ makin sengettt pandang bam2!

" eh kak bukan untuk saya ni.. pertama kali beli ni kak.. orang kirim.." wakaka. padan mukaaa bam2. hah tahu menggelabah...=P



maafkanlah senyuman lebar tu ek. lebar dah macam iklan ubat gigi.



pastukan ceh ada juga suara sumbang kawan-kawan BAM2. sampai hati tak sebut nama ko BAM2. haha. maaflah sayang.. ni i nak sebut ni...


" terima kasih tak terhingga atas pendidikan guru-guru dari sekolah rendah dulu, Sek.Keb Paya Dalam.. SMKA Sharifah Rodziah dan Sekolah Tun Fatimah.. dorongan, pendidikan, sokongan dan doa dari mama, ayah, adik-adik tersayang, kaum keluarga.. sahabat handai.. dan yang paling tak dilupakan seseorang yang sangat memahami diri ini Danial Izzat Minhat. kejayaan diri ini bukanlah kerana diri ini terlalu bijak, bukan juga kerana cerdiknya diri ini, tetapi hasil usahaku dan orang-orang disekeliling diiringi dorongan, sokongan dan doa dari mereka.maka aku boleh berdiri dengan bangga di atas kaki sendiri di bumi India ini. malah selamanya aku akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik, kerana tanggungjawab yang dipikul bukan sahaja terhadap diri sendiri.. malah harapan mama, ayah, keluarga, Danial dan masyarakat Malaysia"


yepp, sepatutnya begitu bukan. huhu.. ye aku akui.. kejayaan seseorang itu bukan sahaja terletak pada dirinya sendiri.. sebab itu orang pernah berkata, dibelakang seseorang lelaki yang berjaya mesti ada seseorang wanita.. tidak kiralah sama ada ibu, isteri, adik, kakak, tunang atau pun teman wanita.. ye begitu juga aku.. kejayaan aku bukan milik aku seorang.. malah semua orang disekelilingku sejak dari kecil sampailah aku dewasa. namun, segulung ijazah belum lagi boleh dikatakan kejayaan selagi ijazah itu tidak diaplikasikan ke jalan yang sepatutnya. itu pegangan aku.. zaman SPM sudah lama berlalu.. sudah menjadi sejarah bagi aku.. begitu juga zaman ketika di kolej. sekarang, masa akan datang yang seharusnya aku tempuh dan fikirkan.. iaitu alam pekerjaan. di mana perkhidmatanku sebagai doktor gigi bakal diperlukan. 







sebenarnya, aku sedikit gentar hendak menempuh alam pekerjaan di Malaysia. dari sudut hati kecilku terdetik, bagaimana sekiranya aku tak dapat buat yang terbaik? bagaimana sekiranya aku dicemuh orang jika melakukan kesilapan.. " ah namanye belajar kat india!! " memang acapkali kami diherdik mahupun dimarahi guru di sini.. malah dah menjadi santapan harian. tapi nama pun menuntut ilmu bukan. tapi bila dimarah dalam bahasa inggeris mungkin kurang rasanya berbanding bahasa sendiri. cubalah bayang kan ..



" you! STUPID!!! IDIOT "

" AWAK BODOH! BEBAL! BAHALOL! BENAK! "



Mana lagi sakit? mana lagi sentappp???? bahasa melayu kan?? sentapppp wehh! tak sentap ke? haih asam garamlah kan. hee. yang pasti siap sedia jelah kan dari segi mentaliti dan fizikal.. takpe. nak menjadi yang terbaik. ini semua ibarat pengajaran.. ambil yang wangi jeeee.. yang busuk2 pegi buang jauh2 laaaa.



heh, lagi satu pesakit kat India ni.. takdelah macam kat malaysia.. salah sikit nak saman.. hmm, menjadikan india tempat terbaik untuk belajar. bukan sebab kita nak aniaya mereka.. tapi mereka sendiri memahami yang kami masih menuntut ilmu... sebab itu, aku memang terlalu terhutang budi pada pesakit-pesakit aku kat sini. banyaknya jasa mereka semua ni. haih.. tanpa mereka semua belum tentu aku boleh bergelar doktor sekarang ni.. sampai satu ketika , masa tengah nak cari pesakit untuk buat gigi palsu ( deparment prosthodontics ). aku nak bayar makcik tu sebab dia sanggup datang 3/4 kali semata-mata demi aku dan kawan aku nak ambil exam. dah lah agak jauh juga.. sekurang-kurangnya bayar duit tambang bas. makcik tu seboleh-boleh menolak.. katanya " dia hanya nak bantu kami untuk leopas exam!" terharu sangat.. akhirnya, aku bagi biskut dan selitkan duit RS500 kat dalam tu.. besarkan jasa mereka. 



tipu gilaaaa aku tak akan rindukan india. tipu gilaaa aku tak sayangkan india. walaupun acapkali aku kutuk india. tetapi tipu gilaaa aku terlalu bencikan india.. ye aku SAYANGKAN INDIA. ala, tempat jatuh lagi dikenang. inikan pula tempat cirit birit? haha bak kata seorang pegawai JPA aku.Encik Khai.




p/s: mehlah beli DARA.COM keluaran Feb 2011. =P

p/s/s: ADA SESIAPA nak kirim Sari??? macam yang aku jual dulu di LINK SINI.. setakat ni dah ada 2 orang kirim.. siapa nak.. dalam akhir bulan FEB nanti dapat eh. boleh pilih warna. aku cuba penuhi permintaan. 

Thursday, January 06, 2011

Freebies | Free Header untuk Bloggers Made by MELZ

www.tips-fb.com

Salam Readers,


heh, tadi petang buka homepage blogger, aku tengok kat blog updates ternampak pula FREEBIES | FREE HEADER UNTUK BLOGGERS MADE BY MELZ  wahhh dengan sepantas kilat tanpa toleh depan belakang aku terus terjah blog Melz walaupun perut aku tengah hebat berdangdut lagu gelekkk. lapar wehh, dekat kolej tak sempat makan.  hmm, ini peluang menarik ni, memang tertarik habis aku, memandangkan selama ni aku asik telan air liur je tengok header orang.. bila aku tanya semua pakai adobe photoshop. demmm! hari tu, laptop aku terbengkalai dekat bengkel menyebabkan semua isinya ternoda lalu terbuang... sian kan aku, ala kalau ada pun, macamlah aku reti buat... hampeh. buta photoshop!






jadi aku pun telanlah air liur, kalau orang banyak skodeng blog orang ak baca entri.. aku ni, selain baca entri mesti aku tengok header dia,aku tenung lama-lama.. heh, pastu buka balik page aku, keciwa dengan page sendiri yang takde kepala~ sudah agak lama aku termangu, ahhh tutup page, tutup laptop, tidoooooo.



tapi hari ni, melz telah membuka peluang keemasan ni. hehe.duriannn runtuh itu pun kalau kau terpilih. 



cubalah try nasib.. hee. Melz cakap dia nak design free header mulai hari ini sampailah bila-bila dia rasa malas. dan setiap minggu 1-2 bloggers akan terpilih.. mari cubaaa nasibbb khas untuk siapa yang takde header MACAM AKU. dan siapa yang nakkan kelainan pada header blog beliau !! senang je ni hah, hanya tinggalkan komen dan nyatakan 


Kenapa korang nak tukar blog korang?


senangkan, apa lagi. sila tekan cepat-cepat link yang aku dah bagi tu.. nak tahu apa yang paling BEST~ aku terpilih dah. hahaha. bangga ni.. ceh bangga ke intan oii. takpelah aku kan tak pandai buat header. seharusnya aku banggaaaa.yep HARUS!!


komen menagih simpati aku.






hah tengok Melz kata aku terpilih ni, tolonglah 
jangan kata prank.hoho. nangis kang.
kalau betulkan, nantikanlah blog berheader aku.haha.


UPDATED:

yeah dah dapat header, tq MELZ. =D
love it!




p/s: sesiapa nak header baru, marilah mencuba nasib! 

Wednesday, January 05, 2011

" Awak pun kena faham sayang " balas Bam2.

www.tips-fb.com


Entri lepas  AWAK KENA FAHAM.. aku tujukan khas untuk si BAM2.. semalam bila aku buka inbox kat facebook, Bam2 ada reply post tersebut. tak sangka betul bam2 nak reply. huhu, entah kenapa rasa macam di awang-awangan, bunga-bunga je hati ni.. * muntah hijau *  haha.. seriously i'm so touched.. tiba-tiba rasa makin angau, rasa makin sayang dekat bam2.. * lempang *  sudah jangan nak angau pula yeeeee... 


aku cakap kat bam2 boleh tak kalau nak letak kat blog. bam2 gelak, letaklah bam2 cakap. takpekan kita nak share dengan orang, kita nak semuaaaa orang tahu yang awak sangatttttttttttlahhhh sweeetttt dan jiwang haha =P



 janganlah pandang i camtu.. i cair tau =P



awak kena faham kenapa saya selalu minta maaf bila awak terdetik perasaan cemburu.. sebab saya sayangkan awak.. saya takde niat nak buat awak cemburu..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya selalu pujuk awak bila awak merajuk, sebab saya tahu awak suka saya manjekan awak...


awak kena faham kenapa saya selalu call dan sms awak walaupun kejap2, sebab saya sangat rindukan awak dan saya nak awak tahu every moment saya ingatkan awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya marah dan nasihatkan awak.. sebab saya sayangkan awak... saya perlukan awak dalam hidup saya.. 


awak kena faham kenapa saya buat banyak pengorbanan untuk awak sebab awak lebih penting dari hidup saya.. saya rela menderita untuk dapatkan senyuman dari awak..


awak kena faham kenapa saya selalu berkongsi dengan awak sebab awak kan diari hidup saya..


awak kena faham kenapa saya selalu ucapka terima kasih pada awak sebab awak deserve lelaki lebih baik dari saya.. saya ni cuma mamat biasa je..


awak kena faham kenapa saya selalu bising bila awak lambat bersiap sebab saya xsanggup membazir masa2 bersama awak yang sememangnya selalu mencemburui saya.. 


awak kena faham kenapa saya suka sangat mengadu dekat awak sebab awaklah counselor saya.. tempat untuk tenangkan hati saya..


awak kena faham sebab apa saya rahsiakan sesuatu dari awak.. sebab saya tak nak awak tersalah paham kenapa saya buat camtu... semuanya sebab awak sayang..


awak kena faham kenapa saya selalu risaukan awak kalau awak sakit, sebab saya kan doctor awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya sensitif dengan awak, sebab saya da bagi hati saya kat awak.. saya da xder hati da sayang...


awak kena faham kenapa saya takut lepaskan tangan awak sebab saya xnak awak jauh dari saya... saya ada awak je dalam hidup ni.. 


awak kena faham kenapa saya tak pernah menangis depan awak sebab saya nak tunjuk dekat awak saya ni org yg kuat utk jaga awak...


awak kena faham kenapa saya sayangkan awak sangat-sangat sebab saya da rasa awak sepenuhnyer hidup saya...



sekarang awak fahamkan.




bodyguard siapa ni? SAYAAAA!!!



p/s: ye sayang, saya sangat-sangat FAHAM ( ^,^)v 
maceh yeeeee. love u.

Tuesday, January 04, 2011

Resepi Kek Coklat Moist yang lebih mudah,sedap dan moist | Happy birthday Casio!

www.tips-fb.com

Salam Readers,



last time aku ada kongsikan resepi kek coklat moist di RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAH, ok kali ini aku nak kongsikan resepi yang aku rasa coklat keknya lagi sedap dan moist.. aku dah cuba resepi ni sebanyak 3 kali.. memang sedap. aku suka yang moist-moist ni.. so bagi aku ni resepi yang terbaiklah aku pernah cuba.. so tak rugi korang yang peminat kek coklat moist pun nak cuba. hee, aku ni memang suka mencuba pelbagai jenis resepi kek coklat. sebab apa?? sebab bam2 suka sangat dengan kek coklat. haha so kira ni nak improve skill la.. sekarang dah adalah improvementnya sikit. hahaha. perasankan? * lempang sampai pengsan*



baru-baru ini, aku ada bake kek coklat moist ini sempena birthday best friend aku. ni aku kongsikan resepinya.







BAHAN-BAHAN

3/4 cawan serbuk koko Hershey's ( aku suka guna Hershey's, so terpulanglah nak guna jenis lain ye)
1 3/4 cawan tepung gandum
2 cawan gula ( selalu aku guna 1 3/4 je, tapi kek kira takdelah manis sangat)
1 1/2 sudu camca baking powder
1 1/2 sudu camca baking soda (sodium bikarbonat)
1 sudu camca garam
2 biji telur
1 cawan susu (aku guna susu segar)
1/2 cawan minyak sayur ( aku guna sunflower oil)
2 sudu camca esen vanilla
1 cawan boiling water.



CARA-CARANYA:

1) pukul telur sampai kembang.

2) campurkan semua dry ingredients tadi iaitu serbuk koko, tepung gandum, gula, baking powder, baking soda, garam. kacau sampai sebati.

3) kemudian bahan-bahan kering tadi dicampurkan telur, susu, esen vanilla, minyak sayur dan pukul sampai sebati. lebih elok gunakan mixer with medium speed selama 2 minit. kalau takde mixer, pukul biasa pun layanlah tapi pastikan sebati tau.

4) kemudian dah sebati bahan-bahan tadi, masukkan boiling water tadi ye.. kacau lagi sampai sebati. memang bancuhan tadi akan sedikit cair ye..

5) sapu minyak pada loyang dan alaskan kertas eh untuk elakkan melekat nanti.. tuang bancuhan tadi ke dalam loyang.

6) preheat oven 177-180 celcius selama beberapa minit.

7) bakar kek dalam oven 177-180 celcius selama 30-35 minit, gunakan api atas dan bawah.

LOYANG  berdiameter 9 inci.


KALAU NAK DIJADIKAN DALAM BENTUK CUPCAKE PON BOLEH.

penuhkan bancuhan 2/3 penuh cup. bakar untuk 177-180 celcius selama 22-25 minit.
bancuhan ni bolehlah dapat dalam 30 cupcakes.

CUP berdiameter 2 1/2 inci.








TOPPING FRESH CREAM + KOKO
kemudian aku tambahkan toppingnya. topping kek kawan aku tu, aku gunakan fresh cream campurkan dengan hot choc punya powder tu. so tak perlu dah tambah gula. manis pun sedang-sedang saja. takdelah pahit takdelah manis sangat.


CHOCOLATE FROSTING (bolehlah nak buat topping juga ni, tapi aku tak pernah try yang ni lagi)

bahan-bahannya:
1/2 cawan butter
2/3 cawan hershey's koko
3 cawan powdered sugar
1/3 cawan susu
1 sudu camca esen vanilla

cara-caranya:
1) cairkan butter dan kacau dengan serbuk koko
2) alternately campurkan powdered sugar dengan susu (pukul dengan mixer guna medium speed)
3) tambah susu lagi kalau perlu.
4) campurkan dengan esen vanilla.






ok sekian sahaja, selamat mencuba ye. kalau dah sedap menjadi bagitahu aku ye (^,^)v



p/s: seriously moist. tak caya cubalah buat.huhu.
p/s/s: cake deco nak bagi credit to my dear friend stephanie mok. =D

Monday, January 03, 2011

kadang-kadang aku benci "tempe" !

www.tips-fb.com

Salam Readers,






hm, kadang-kadang aku sangat annoyed dengan si tempe. aku sangat menyampah dengan tempe. aku sangat benci tempe. tapi orang kata sedangkan lidah lagi tergigitkan inikan pula dengan si tempe. yang bagaikan aur dengan tebing beb, tak dapat dipisahkan. ke mana aku pergi, mesti dikelilingi tempe. mana aku pergi, pandang kanan pandang kiri, depan belakang tetap tempe yang aku nampak.



haih tempe yang aku cakap ni bukanlah tempe orang jawa tu, yang tu memang aku bedal. nama pun keturunan jawa totok ni! tempe gelaran paling terbaik untuk orang-orang kat India ni. senang cerita budak local la. nak ngumpat pun senang, tsk tsk tsk. tak baik tau intan. aku pun tak adalah tahu celah mana gelaran tempe tu muncul. dah macam tradition pula. sejak dulu kala. memang takde history boleh aku kongsi. sebab aku pun tak tahu.



perangai yang sangat pelik si tempe ni semakin menjadi-jadi sejak masuk internship ni, kerjalah kononnya, sekor-sekor bergaya dengan handbag kenit dan yang lelaki pula berlenggang kangkung tanpa membawa apa-apa instruments. kununnyalah dah matang, tak mainlah bawa beg besar gedabak, penuh kiri kanan bawa barang. macam juniors! hak tuih~ dahlah siap tegur aku dengan kawan-kawan,



" why u bring all the things, look at me.. simple" 




" why so many instruments u bring? u are not final years! "




" hey so many bags? where are u going? picnis eh?"



ceh. komen orang ikut sedap mulut je, nak dijadikan cerita.. pada suatu hari yang indah. disebabkan mamat yang tegur aku dan kawan aku tu nak buat kes, selalunya dia minta je juniors barang-barang. tapi disebabkan juniors semua balik kampung bercuti.. dah tak ada tempat nak menagih simpati. dia pi minta kat kawan aku ni. amik kau. bebellah kawan aku tu. komen orang bawa banyak tapi sekarang nak pinjam aku? rasa nak lempang laju-laju tak? sengih-sengih macam kerang busuk.



dan paling best, adalah seorang mamat ni nak pinjam instrument aku. aku cakap aku nak buat kes.. dia kata ok takpe, buatlah dulu.. dia nak buat dummy work bukan kat pesakit pun kan. dia keep on cakap kena dia kena siapkan kerja ni nak dapatkan completion. kalau tak, tak dapat. HELLLOOOO ada aku kisah? kemudian tu, aku pun sibuklah buat kat pesakit ni. yang paling bakar darah dengan mendidih bila masa aku buat tu, dia asik bugging aku suruh cepat siapkannn.. kali pertama aku angguk. kali kedua mata aku dah senget herot pandang dia semacam.. kali ketiga wah ini sudah lebih!!!! HELLLLOOOOOO MACHAAAAAA! ini barang aku ok! suka hati akulah nak buat lambat ke cepat. kau tu. dah tahu nak dapatkan completion bawalah sendiri. and paling penting ada aku kisah kau siap kerja ke tak? nak PINJAM barang orang buat cara pinjam. ini macam aku pula yang pinjam barang kauu!! haih. memang kecik je aku tengok si tempe ni. dah lah memang kecik! tak aku cakap dalam hati je. (-.-")







entahlah kenapalah duit kerajaan yang JPA bagi kat aku kerjanya nak membeli barang yang asik dirosak dan dihilangkan oleh tempe??? lembut hati sangat aku ni. orang minta bagi. orang minta je bagi.padan muka kena pijak kepalakan. kena jadi macam kawan aku tu, ada seorang tu nak pinjam handpiece dia dia jawab baik punya.



" sorry, i won't give u"

" heh? seriously? " tempe yang minta tu dah blank, mamat tu tak bagi dia pinjam.

" yeah, i won't give u. i bought it for Rs2500. and if anything happened, that's my money. not yours.so better not to give to anyone"

and the tempe blank dan buat muka seposen. padan muka.tapi tu kawan aku, kalau aku? haish,susahnya jadi manusia yang baik hati dan lembut hati ni.. arghhh tolonglah keraskan hati aku.. letak gam ke tak bagi lembut ek?




pernah satu kali tu, kat oral surgery.. instruments aku semua tu Germany Steel. memang mahal. disebabkan aku ada tissue forcep, cikgu minta aku tolong pinjamkan kat seorang kawan aku sebab dia nak buat suturing. aku bagilah.kawan punya pasal walaupun si tempe. lepas sterilization, aku minta balik.. sekali dia bagi aku yang cap ayam punya tooth forcep. apa lagi. aku pun bersuaralah. ni bukan aku punya. aku punya germany steel. bukan cap ayam berak kapur ni!!! dia kata, dia tak tahu. arghhh bengang tahap gaban. nasib baik tak jadi gaban je aku. entah siapa yang curik aku pun tak tahu. aku pasrah walaupun hati terluka. ceh. benci tau tempe!!! tak suka tau tempe!!!!




setiap hari mesti aku rasa macam kedai tempat pinjaman instruments. yang paling tak best,setiap kali diorang pinjam kenapa mesti aku yang kena ingatkan supaya pulang balik? hey tempe kau pinjam reti lah pulang balik!!! entah apa yang diorang bawa pun aku tak tahulah.. PEN sebatang yang memang sah kena ada pun nak pinjam??? biar aku beli seploh batang pen, sapa nak pinjam.. nanti aku sedekah sebatang pen. kesian sangatkan. nak kata miskin, pehhh bapak semua kayaaaa gilaaaaa, pengaruh kuattt tu.. nak lepas exam pun ada yang guna pengaruh dah duitt je!!!  bapak bukan calang-calang orang.. tapi pen sebatang pun nak pinjam? kedekut apa tu? tahap taik hidung masinnnnn.



ada ke patut bila diorang tengok beg aku gebussss semacam dia tanya,


" hey intan, u bring depot ( kedai jual barang-barang dental) inside your bag?"


wuwuwuwuwuwu. kejam tak statement tu. debussssss! rasa nak tumbuk je mulut lancang tu.nyampah tau dengan tempe~!




dahlah, lagi aku cakap, lagi aku tulis, lagi aku ungkit makin menaikkkkk mencanak-canak api kemarahan yang terbuku ni.. kalau korang cam mana, yela aku ni bukan baik hati dan penyabar macam korang wehhhh. tapi marah-marah aku punm dalam hati ada tamannnnn. sebab tu aku cam lekkkk je diorang buat camni. tapi siaplah kalau sampai puncaknya. meletup,mahu jadi perang dunia kot.




p/s: kalaulah aku balik malaysia, budaya yang sama aku jumpa memanglah malang nasib aku.

Related Posts with Thumbnails