Wednesday, March 30, 2011

Bila orang tanya kenapa driver India supercool, aku boleh jawabkan!

www.tips-fb.com


Salam Readers,



Photobucket




supercool kan? haha




Ini hanya berlaku di India. aku tak tahulah kalau tempat lain pun macam inikan. tapikan sebenarnya aku sedikit kagum dengan orang India ni. kool ok beliau dan beliau ini membawa keretakah, motorkah, eh berjalan kaki pun apa kurangnya. kenapa?




1) jalan raya tak ada line, ala kalau ada line pon jalan masih sampai 2 hingga 3 lane. bila traffic jam, lampu tengah merah di depan ni, orang belakang pon pen pon pen pon pen tanpa rasa bersalah. orang depan pula kool gila. tak ada rasa marah langsung walaupun orang di belakang macam budus menyumbang pencemaran bunyi. memang macam budus! merah weh. buta warna ke? nak jalan po bondo eh? tekanlah sampai tercabut hon. kalau dekat tempat lain, dah kene jeling sampai terkeluar biji mata dengan orang depan!.


2) bila traffic jam, terjadilah angkara sempil menyempil, cuba menyelit walaupun luas jalan hanyalah sedepa. bukan setakat motor, lori trak macam dinasour pun menyempil. lagi hebat ni mahu cerita. haha pengalaman yang tak dapat aku lupakan ni.. lampu MERAH tengah menyala, pakcik auto pon pen pon pen pon pen. tercari-cari jalan kosong nak ke depan. penuh ni depan. nak juga cari, puas agaknya dia perah otak geliga dia. sekali. sudah kujangka.. pakcik ni memang bergeliga otaknya. dia naik sisi jalan tepi tu.. peh.. aku rasa masa tu kool gila, orang semua tengah tunggu lampu merah tapi auto aku maju ke depan melalui bahu jalan. kemudian dengan muka penuh bangga dia terus mencelah ke depan. hebat tak??? lagi super cool, orang belakang tak marah langsung. sangat memahami.. agaknya terfikir, "kalaulah aku pun supercool macam pakcik auto tu". tapi nak buat macam mana, dia naik kereta bajak. langsung aku terfikir, kalau dekat Malaysia mampuih kena jerit! terus tak jadi cool.  


3) kalau rasa-rasa kereta depan tu macam kura-kura, kereta belakang terus hon. pon pen pon pen pon pen. orang depan sangat memahami.. bukan lagi memecut, sebaliknya lagi slow dan ketepi sedikit.. orang kata memberi laluan. sangat cool! toleransi mereka angat mantap~!


4) si pejalan kaki, sangat kebal. aku rasalah badan diorang kebal. kalau melintas jalan kadang-kadang tak pandang kiri kanan. hui kereta berdesup. paaappp melintas. hebat! badan besilah aku rasa, aku tak mampu.. kereta jauh sayup mata memandang, aku masih tunggu sampai kereta tu lepas. seram sejuk nak melintas tengok diorang berdesup. memang pakcik belakang aku selalu sumpah menyumpah aku agaknya sebab kena tunggu kereta sayup mata memandang tu lepas baru aku lintas. 


5) semua orang pakai lampu tinggi punya, tak mainlah lampu bawah-bawah ni. yang pasti tak ada orang marah. tak ada orang nak komplen, weh lampu tak boleh tinggi lagi ke? baik pakai spotlight!!! ala, ada je yang pakai spotlight.. senang nak spot apa-apa yang patut. maklumlah lampu jalan tak cukup.


6) India orang guna bike-pooling, tempat lain orang cakap car-pooling.. hui nak naik 4-5 orang pun boleh. tak ada siapa nak larang, apetah lagi polis nak tahan-tahan ni. pandang sebelah mata pun tak. senget sikit je ada kot. pengalaman aku, balik dari kem komuniti kolej dekat sebuah sekolah asrama, nak jalan ke jalan besar agak jauh sedikit. cikgu tu offer hantar naik motor. tolak baik-baik sebab kami berdua. jawapannya senang saja, ala baru 3 orang. saya pernah naik 4 ke 5 orang. bila naik, hmm best juga!



Photobucket


Photobucket


Photobucket



7) signboard cakap Please wear your helmet! tu pun macam nak tak nak je signboardnya! yang pakainya boleh bilang dengan jari. saman? no komen. kalau pakai pun, seorang sajalah, walaupun yang naik sampai 4-5 orang. tak nak pakai helmet, pakai visor helmet pon jadi. habuk banyak!


7) signboard nak naik hill station.. safety first, speed later. supercool!!! maksudnya speedy masih digalakkan! 



Photobucket




8) kalau nak melintas jalan walaupun jalan itu sehala, syarat utama.. pandang kiri dan kanan! 


9) tanpa hon siapalah mereka. 




p/s: baru lepas geledah blog kak kujie.com perasaan kagum membuak-buak. kalau nak cakap kenapa, semua tahu kenapa. 

21 si gojes suke membebel:

Nava K said... [Reply]

Just like your title, its supercool to find out you are based at India, must be a great experience for you.

Like that about the driving in India but you know what, at Malaysia we have lines but Malaysian drivers can be the same hell drivers too. You really need guts these days to drive, esp in the city where I am.

The biggest challenge is going through the roundabout during peak time, this is the time your driving skills and the monster in you comes out.

qllmjd218 :D said... [Reply]

coooooooool :D

Kujie said... [Reply]

erkkk..... intai apa kt rumah Kak Jie tu...segannya...

zella y said... [Reply]

hahahhaha...
serious lawak psl signboard "wear helmet" tu...sign boardnya pon mcm tu..patut la org xikut...hahhahah

Sharz said... [Reply]

gile la dorg nie...takut tgk vids tue..

IntanBerlian said... [Reply]

Nava.K ~ agree with you. these days, people will get into accident not only due to their mistake! but other people's mistake also. sometimes they just didnt know the value of life. they just drive like they own the road!

kak ina kl said... [Reply]

betul tu intan..kecut perut auntie firsti time naik kereta sewa tu..nak tidur pun takut sebab driver bawak lain macam.

ala...tak lama lagi intan balik gak kan ke tanahair tercinta..bolehlah order kalau auntie ada umur.

IntanBerlian said... [Reply]

Aqillah Majid~ cool kan? haha.

IntanBerlian said... [Reply]

kak kujie~ huhu banyak sangat tips dan info pasal blog. tiba-tiba rasa macam kagum gila sebab akak tahu macam-macam pasal benda ni. seo la. hmm banyak lagi..

IntanBerlian said... [Reply]

zella y~ haha, tu la dah cakap diorang tu macam nak tak nak je.

IntanBerlian said... [Reply]

Juz call me Sharz~ hmm lagi scary in real life ni...

senshi said... [Reply]

siot je.. macam tak caya je aku dorg tahap tere camtu..

Ada aku kesah?

ftrhd said... [Reply]

wah perkara yang jarang-jarang dapat dilihat.. hebat gak orang india ni kat atas jalan hehe

nuriz said... [Reply]

Jpj tak tahan diorang kalau camtu, patut le ganas2 belaka atas jalan :)

lg satu, sebab tu hero hero bollywood hebat2 belaka dan kebal mcm rakyat India jgk hehe

kak ina kl said... [Reply]

auntie memang buat delivery sampai sabah dan sarawak..tapi kena pakai pos lajulah..kos di tanggung oleh customer..

Phantom said... [Reply]

mereka mmg tahap berani mati lah

IntanBerlian said... [Reply]

senshi~


hehe kene datang sini baru tahu =P

IntanBerlian said... [Reply]

Bro Fit~

hehe bukat setakat hebat! dioranglah master. aku rasa takde orang boleh drive macam diorang ni bawalah.

IntanBerlian said... [Reply]

Nuriz~

hehe kebal dalam cerita je kot. =P

IntanBerlian said... [Reply]

kak ina kl~

ouh ok2 insyaALLAH kalau ada kesempatan intan teringin nak order dari auntie la..

IntanBerlian said... [Reply]

Oreo~

memangpun, kalau naik auto tu rasa macam nyawa kat hujung tanduk je.

Related Posts with Thumbnails