Semalam aku ada post tentang apa itu tooth bleaching atau nama lainnya tooth whiteningkan? Then, aku terjumpa satu video tentang bahayanya Bleaching ni, So aku nak berkongsi dengan kamu-kamu di sana,
Buat mereka yang tak boleh nak play video ni, aku mention kan di bawah ini ok?
Is tooth bleaching really worth it?
why do you want to bleach your teeth?
tobacco?
yellowness?
Faded teeth?
Genetically bad teeth?
But Do u know the harmful effect of bleaching?
Even Professionally?
Teeth bleaching can cause Sharp pain to the gum
Sensitivity to the teeth
Tongue Cancer
Tooth thining
Brittle teeth
But don't you thing that u can't get your teeth bleached, you will have some of the side effects but none of the major ones ( cancer tu bukan major ke? lol)
How do you avoid the MAJOR effects of tooth bleaching?
Simply, use LASER BLEACHING!
It may cost a little more but it's worth lossing the risk of tongue cancer isn't it?
CREDIT: ExplainerPro01.
BRITESMILE TECHNIQUE
Ada satu teknik yang agak terkenal sekarang bernama BRITE SMILE. Walaupun harganya yang agak mahal tetapi mungkin berkesan dan selamat.
Telah dibuktikan bahawa Brite Smile ni selamat, effective dan last for years.
selamat untuk tooth enamel
selamat untuk gusi
selamat untuk gigi yang telah di tampal ( restorative material in the filled teeth)
Brite Smile menggunakan teknik Blue-Light Technology di mana ia menggunakan lower active ingredient. BriteSmile's whitening gel contains hanya 15% hydrogen peroxide dan pH value yang compatible with tooth enamel. Jadi pesakit hanya akan mengalami sedikit atau tak ada langsung tooth sensitivity ni. Kalau nak dibandingkan dengan tooth whitening material yang lain. ia mengandungi lebih kurang 35-50% hydrogen peroxide.
Brite Smile ni safe dan gentle sebab no laser, no heat digunakan.. Hanya Blue-Light technology. Blue-Light ni bukannya Laser tapi ia adalah specially designed lamp. It works with the whitening gel to accelerate the whitening process. Gel ini special untuk Light ni, so dalam masa 1 jam boleh dapat effect yang sangat berkesan. This Light has been clincally proven safe for tooth, gum, skin and soft tissue. So tak perlu risau akan side effects nya ye.
Brite Smile safe untuk mereka yang berusia 14 tahun dan ke atas.
Bagaimana BriteSmile Works?
BriteSmile gel disapu pada permukaan gigi dengan berhati-hati
Blue-light diaktifkan, selama 20 minit. Kemudian akan diulang 2 kali lagi sebelum mendapat hasilnya.
Gigi dah putih macam mutiara! sparkling smile!
bawah ni comparison antara treatments yang available. aku copy paste je dari website BriteSmile.
BriteSmile
At-Home Trays
Strips
Toothpaste
Treatment
Time
1 hour
66 hours
7-30 days
1 month
Whitening
Improvement
an average of 8 shades
6 shades
3-4 shades
1-2 shades
Notes
Consistent, long-lasting results
Safe and comfortable
Messy
Uncomfortable
Older technology
No immediate results
Uncomfortable
Inconsistent tooth whitening
If you stop using the toothpaste, you can lose the results you've achieved.
Antara Klinik yang menyediakan perkhidmatan dan rawatan cara BriteSmile ni ialah KLINIK iSMILE di Petaling Jaya, dikendalikan oleh Dr. Ong Nguk Jean dan Dr. Amy Chin Mei Kuen Graduan dari Universiti Malaya.
HARGA?
kalau nak tahu harga dekat Klinik iSmile ni kenelah tanya sendiri ye
Ada yang aku terbaca, kosnya lebih kurang RM 1,300- 2,400.
Ok, Sekian sahaja.. Aku harap post ni banyak membantu buat mereka yang mahukan treatment pemutihan gigi ini ye.
Disebabkan terlalu ramai yang bertanyakan soalan berkaitan Teeth Whitening atau Teeth Bleaching sama ada di ruangan komen atau pun emel, Jadi tak perlu lagi aku nak explain dalam setiap emel. Harap Post kali ini akan banyak membantu buat mereka yang tertanya-tanya tentang Pemutihan gigi ni. Ia juga dikenali sebagai Cosmetic Dentistry.
Apakah Teeth whitening dan Teeth bleaching?
Sebenarnya term whitening dan bleaching terdapat sedikit perbezaannya,
Teeth whitening tu bermaksud mengembalikan semual warna asal gigi dengan membuang dirt dan debris pada gigi. Jadi any product yang boleh membersihkan gigi seperti ubat gigi dikira sebagai whitener.
Teeth bleaching pula, menurut FDA term bleaching tu digunakan sekiranya gigi diputihkan beyond dari warna asal gigi tersebut.. maksudnya lebih putihlahkan.. Dan biasanya produk yang digunakan untuk bleach gigi mengandungi bleach seperti hydrogen peroxide atau carbamide peroxide.
Tapi biasanya sekarang orang tak panggil bleaching.. orang lagi prefer nak panggil teeth whitening walaupun produk itu mengandungi bleach. So dapatkan maksudnya?
Macam mana gigi boleh discoloured? Bukankah patutnya gigi berwarna putih?
Ok, dari kecil memang gigi kita berwarna putih, bersih dan sparkling! Kenapa? sebab semasa kecil kita kurang mengunyah dan menggunakan gigi kita bukan. Semakin meningkat umur, semakin banyak gigi kita digunakan. Maka makin lama lapisan luar gigi iaitu Enamel semakin menipis. Enamel yang seperti mutiara putih nya tu composed of crystalline rods, dan dicipta untuk protect gigi daripada effects of chewing, gnashing, trauma dan acid attacks caused by sugar. Tapi seperti yang dinyatakan tadi, bila usia makin tua enamel pon makin menipis dan menjadi semakin transparent menyebabkan warna lapisan kedua gigi iaitu dentin boleh see through the enamel. oh yeah warna dentin ialah kuning. Jadi warna gigi yang kuning tu kebanyakkannya disebabkan oleh warna dentin yang boleh dilihat melalui enamel yang dah transparent tadi.
Kadang-kadang waktu kita gigit dan kunyah-kunyah tu, ialah gigit pun bukannya bubur je kan, maka adalah micro-crack berlaku. bukan sikit malah maybe millions. Kita sendiri tak boleh lihat melalui mata kasar. Jadi bila kita minum kopi, teh, minuman berwarna malah khas untuk mereka yang merokok sehari entah berapa batang rokok tu kan.. cracks yang terbentuk, ruang-ruang yang ada antara crystalline rods of enamel walaupun sangat kecil.. stains tu tetap akan remains di celah-celah ruang tersebut. Dan semakin hari semakin banyak dipenuhi oleh stains, debris malah mungkin bakteria. Hal sedemikianlah yang menyebabkan gigi anda semua bertukar warna. Kadang-kadang juga, ada yang dibuang selepas gosok gigi, tapi ruang tersebut remains open. Jadi again stains dan debris terkumpul di situ.
Apa jenis-jenis stains?
Extrinsic Stains- biasanya disebabkan oleh minuman berwarna seperti kopi, teh dan juga tobacco. Kalau superficial dan sikit sahaja boleh dibuang melalui berus gigi atau scaling. Kalau stains yang degil-degil tu bolehlah remove guna bleaching.
Intrinsic Stains- Biasanya ni stains dari bahagian dalam gigi bukannya luar. Mungkin disebabkan oleh trauma, aging exposure to mineral ( tetracycline) waktu tooth formation atau pun excessive ingestion of fluoride (fluorosis). contohnya negara seperti India, sumber air mereka mengandungi fluoride yang tinggi dan biasanya boleh leads to fluorosis.
Punca gigi stains.
1) usia- faktor usia seperti yang aku dah terangkan di atas tadi.
2) cara makan - minuman berwarna seperti kopi, teh, cola dan termasuk juga red wine. makanan seperti carrot. orange.. Acidic fruit ataupun citrus fruit juga boleh menyebabkan gigi stains, sebab acidic fruit dan cuka ni boleh menghakis permukaan enamel.
3) smoking habit
4) Genetik- trait genetik yang mempunyai enamel yang nipis dan translucent.
5) chemical - tetracycline ( ubat ), fluorine ( fluorosis)
6) grinding- orang yang ada habit grinding teeth atau nama lainnya bruxism ( melaga-laga gigi waktu malam dan siang sampai bunyi-bunyi)
7) jatuh- bila jatuh boleh menyebabkan crack pada enamel.
Cara-cara pemutihan gigi.
Ada banyak jenis cara-cara untuk memutihkan gigi ni. antaranya adalah:
1) In-office bleaching.
In-office bleaching maksudnya prosedur ini dijalankan oleh dentist sendiri. Biasanya involve high concentration of bleach. chemical yang digunakan sama ada carbamide peroxide yang akan break down into hydrogen peroxide atau hydrogen peroxide itself. Biasanya Carbamide peroxide yang digunakan 10-44% iaitu equivalent dengan Hydrogen peroxide 3-16%. Pesakit akan pakai tray yang sudah diletakkan dengan gel untuk 15-20 minit hingga boleh sampai upto 1 jam. Sekiranya stains tu terlalu degil, pesakit akan dipanggil untuk sesi kedua dan seterusnya sehingga apa yang dikehendaki tercapai. Atau dentist akan bekalkan gel untuk dipakai di rumah.
2) Home- bleaching
Yang ini biasanya involved low concentration. Dan kurang effective. kalau effective pun mungkin tak lama kekal.. Pesakit akan pakai tray untuk beberapa jam sehari atau 1 jam sahaja. atau overnight selama lebih kurang 5-14 hari.
3) Over counter bleaching
yang ini maksudnya yang dijual di farmasi atau kedai-kedai. Ia jauh lebih murah dan biasnaya bleaching kit yang dijual di kaunter-kaunter, percentage atau concentrationnya jauh lagi rendah dari yang office dan home bleaching. Mungkin juga selain daripada gel, ada juga ubat gigi, chewing gum atau mouth rinse.
4) Selain melalui cara bleaching, boleh juga menggunakan composite atau veneer to cover the stains,
TETAPI DISARANKAN SEBELUM MENDAPATKAN BLEACHING KIT MESTI DAPATKAN CONSULTATION DARIPADA DENTIST TERLEBIH DAHULU.
RISIKO
1) Sensitviti
Seperti yang kita sedia maklum, bleaching is a powerful product., chemical ini boleh menyebabkan enamel semakin menipis lalu expose the dentinal tubules in dentin.. Jadi akan menyebabkan lagi banyak debris boleh masuk melalui dentinal tubules. Selain daripada itu, ia juga menyebabkan gigi lagi sensitive kepada thermal changes seperti panas, sejuk mahupun sentuhan. Kadang-kadang pesakit berasa spontaneous shooting pain di gigi depan. Ada orang yang sekejap sahaja, ada juga yang lama side effect ni.
2) Effect lain :
pada enamel- kurangkan enamel hardness
pada dentin- menyebabkan uniform changes in colour through dentin
pada pulp- menyebabkan tooth sensitivity
pada cementum- tiada effect tapi boleh menyebabkan cervical resorption dan external root resorption.
3) Gum and soft tissue irritation
high concentration boleh menyebabkan burn and bleaching of gingiva ( gusi).
4) carcinogenicity
Boleh menyebabkan kanser ( tongue cancer). etc, sebab hydrogen peroxide ada genotoxic effect, bila free radical released from hydrogen peroxide are capable of attacking DNA.
Adakah ia sakit?
prosedur agak comfortable tetapi pesakit akan suffer from a dislocated jaw or fatigue sebab have to bite the block like for 20 minutes. Dan bila waktu hydrogen peroxide tu nak penetrate the outer dentin layer of your teeth, akan rasa seperti tingling sensation dan slightly discomfort.
Berapa Lama ia bertahan?
Terpulang kepada pesakit, kalau pesakit tersebut menjaga cara makan dan tidak merokok boleh tahan sehingga mungkin setahun atau 2 tahun. kalau ada habit merokok dan minun kopi pekat 'kaw' mungkin kuranglah dari setahun.. Tapi biasanya pesakit akan dibekalkan dengan gel untuk di apply di rumah.
Untuk orang mengandung pula?
Biasanya dielakkan sebab belum ada lagi study yang menunjukkan effect. Cuma berjaga-jaga takut akan adanya effect pada fetus.
Umur?
Untuk mereka yang berumur bawah 13 tahun adalah sangat dielakkan kerana pelbagai faktor antaranya saiz pulp chamber yang besar.
Setiap dentist mempunyai cara rawatan yang berbeza-beza kerana mungkin mereka ada teknik mereka tersendiri.. apa yang aku tulis di sini hanya general sebagai panduan kepada mereka yang mahukan sedikit idea tentang bleaching dan tooth whitening. Jadi sesiapa yang berminat adalah disarankan untuk berjumpa dengan mana-mana dentist dan dapatkan consultation mereka terlebih dahulu. Jangan pandai-pandai main beli sendiri di kiosk atau farmasi ye.
Apa yang aku boleh cakapkan di sini, aku sangat tak menggalakkan teeth bleaching atau whitening melainkan terlalu kronik sangat stains tu seperti fluorosis. Kalau boleh dielakkan lagi bagus.. Kalau gigi kuning tu kene ingat, kenapa? sebab enamel dah nipis.. sebab tu boleh nampak kaler kuning dentin. So takkan nak apply lagi chemical ni pada enamel yang menipis? dan biar semakin menipis? Effectnya nanti anda yang akan tanggung. Jangan kerana nak sangat cantik, sakit pula. Tepuk dada tanya minda.
Di sini aku senaraikan beberapa klinik yang ada perkhidmatan Teeth bleaching. Harga boleh rujuk pada klinik tersebut ye.
Aku pernah juga buat kes bleaching ni, nak tengok hasilnya? Boleh tengok dekat entri aku sebelum ni bertajukTOOTH BLEACHING; SIAPA NAK PUTIHKAN GIGI? entri ini ada banyak gambar, (Pesakit aku ni dia ada stains disebabkan fluorosis)
Video to watch:
Zoom teeth whitening.
how to apply gel in the tray
Power bleaching
p/s: Harap penjelasan ini cukup untuk mereka yang mahu mengetahuinya ya. Sekian sahaja.
Last time batch aku organize Sports Day! Disebabkan tengah musim yang sangat panas dan nak elakkan orang pitam di tengah track, Sports Day telah diadakan di sekolah international bertempat di Hill station Yercaud! Seriously, view sekolah tu sangat cantik!.huhu banding dengan kolej aku sah3 jauh panggang dari api!
Sekadar berkongsi gambar. hehe. Any Comments?
I love the clouds, the sky.
weee the grass also!
see how blissful it is.
all the juniors
the scenery is killing me!
Puas bongkok2.haha.
kehijauan.
from the bottom!
Again~
haha, of course my pinky UWS. It's a part of my life!
The gadis manis dan comel.
paparazzi
Run for it!
sorry for the obsession.hehe
standing still.
the grass looks stunning!.hehe
Lumba jalan kaki.
the blue in the center?
the spectators
weeeewit!
The girl next door!haha
Semangat kebangsaan semerah darah!
posing
poyo kejap
Love the tree toooo.
ok, fine give them a chance.
Tiba-tiba cuaca indah bertukar rupa!
trying to figure out the future!
love this combination.
Atheletes of the day!
pinky
peek a boo!
one more time~
and this, i made for u Bam2.hehe.
aku tak punyai DSLR. hehe. semua gambar-gambar ni hanya menggunakan Canon Ixus Oren kesayanganku. heee..
tadaaaaaa~ si oren yang banyak berjasa.
p/s: it's my photos, my story! well, readers.. any comments =P
Yeah seperti biasa, it's time for me to review Maharaja Lawak Minggu yang ke-4. Sorrylah, again lambat lagi. hehe. Minggu ini agak best. Walaupun aku tak tengok semuakan. haha. Malas nak tengok kalau rasa-rasa lepas tengok nanti aku mengeluh, "Baik tak payah tengok!" so awal-awal aku dah reject..
Here we go,
1) JAMBU
haha, entah kenapa lawak si Jambu ni aku suka pula. sangat bersahaja. tak payah banyak dialog.. cukup sekadar body language, mimik muka yang memang rasa nak lempang tu kan. haha. Puas gelak sorang-sorang tengok. Geli geleman pon ada. haha. tapi Taukeh lu memang terbaik yop! Gua respek! ayat yang aku rasa comel. " Cancel Cendol" . budus. Lakonan lawak yang bersahaja tapi sangat lawak! Teruskan usaha Jambu!
2) SEPAH
Seperti biasa, Sepah tak pernah menghampakan aku dan juga penonton di luar sana. Walaupun kadang-kadang ada yang lagi baik dari Sepah setiap minggu, aku tak pernah rasa Sepah ni tak lawak langsung. Dan yang pasti takkan menyesal nak tengok lawak Sepah. Ada je idea yang menarik, punchline yang best. Betul juga kata Ahmad Idham, kebanyakkannya memang Mamat agak kurang peranan. So biar bagi sama rata. Apa-apa pun chemistry Sepah memang dah terbaik... Paling lawak, nak minta 3 juta supaya adil, sebab sejuta lagi nak bagi pada tebusan.haha. aku pun mahu diculik kalau dapat habuan sekali =P Lepas tu, kalau kene tangkap takpe sebab bapak budak ni ( si tebusan) kan peguam.. dialah bela kita. budus.
3) JOZAN
Jozan pun lawak kali ini memang lain dari yang lain, belum ada orang buat lagi cara macam ni rasanya. Idea menarik. Isi pun lawak. Dan yang pasti tema mereka. Sangat berani untuk mengambil tema ke arah keagamaan. Walau macam mana pun. Jozan pun best this week!
4) NABIL.
Kalau ada Anugerah Lawak Paling Kreatif, Nabil sangat sesuailah nak julang Anugerah ni. Yang pasti setiap minggu Nabil punya lawak sentiasa kreatif. Tapi minggu ni walaupun kurang lawak.. Tapi kira oklah bagi aku. Bak kata Abang Mamat Khalid.." weird ". Pemikiran Nabil mencari idea yang pelik dan kreatiflah yang menonjolkan Nabil lain daripada peserta ML yang lain. Setiap minggu pasti penonton ternanti-nanti apakah idea kreatif yang bakal dipersembahkan di pentas Maharaja Lawak. well, ini seolah-olah satu zon lain daripada tipikal lawak. Keep it up Nabil!
AMIR, haha entah kenapa aku rasa Amir minggu ni ada juga lawaknya. hehe. tang kenekan Mamat Khalid, Idham dengan Apek.haha. comel juga rupanya lawak si Amir.
MAN, bagi aku hm tak berapa bestlah minggu ni bro.
BALAS, aku pun tak tahu apa dah jadi dengan Balas. Macam dah takde idea dan semangat. R2 better kot! sayangnya R2 dah terkeluar.
Bila mood baking datang, memanglah aku rasa nak baking saja. Tak kira dah semua diet ke mana, herbalife ke mana.. Nasib baik member-member tolong perabih ramai.haha. selamat sikit perut aku dari mangsa lemak berkrim ni kan..
Last 17/4/2011 birthday my lovely roomate, ASMA. huhu. So tipikal akulahkan.. mesti nak bake something for roomate aku ni. Dan tipikal aku juga.. Aku sangat mencintai Chocolate Cake Moist. hehe. Puas aku praktis nak bagi perfect ni. Sebab selain fav aku, ni juga fav Bam2. so kena make it perfect, persediaan nak masak untuk bakal suami.hehe. Harap Asma sukalah walaupun aku ni asyik nak bake Choc Cake Moist je kan.hehe.
untuk toping aku gunakan fresh cream + serbuk cadbury koko (for drink) punya sebab dah siap maniskan. Jadi tak perlu tambah gula..potongkan strawberry dan hias! untuk Resepi kek Coklat Moist boleh klik link
Then, Keesokkan harinya.. tekak aku sedikit gatal pula nak makan Cheese Cake. adoih, apehal lah kau ni tekak. kek lagi.. tak puas-puas semalam dah telan coklat kek? Jadi mengikutkan tekak yang tamak haloba ni, maka aku pun bakelah Rasberry Cheese Cake untuk kali kedua. Mula-mula ingat nak bake Brownies Base Cheese Cake. Tapi kekurangan bahan-bahan jadi tukar plan.
Percubaan kali kedua ni, aku ubah sedikit resepinya sebab pertama kali buat, cheese kek agak lembut sedikit dan susuah nak dipotong.. Jadi kali kedua aku tambahkan 2 sudu besar tepung jagung dan 30 gm butter. Alhamdulillah kali kedua buat bila dah ubah resepinya rasa lagi sedap dan pejal. So nak potong pun memang senang.hehe. Jomlah cuba!
5 years in INDIA.
I'm back for good.
I'm a proud dentist, wife to encik bam2, mommy to baby dhia.
I'm a proud HERBALIFE consumer, distributor and personal wellness coach!