Sunday, March 27, 2011

Resepi Rasberry Cheese Cake baked yang sedap! yummy!!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


yummy
maaflah presentation sangatlah huduh. tapi sodap woo. haha. tu yang penting ye. =P 



kali ini aku nak berkongsi resepi Rasberry Cheese kek pula, dah lama dah buat sebenarnya tapi baru nak share. sebenarnya blueberry tapi aku nak try rasberry. huhu. sama je rasanya kan. tapi maaflah kalau rupa cheese kek aku agak hodoh.haha. tapi yang penting rasanya kan? this is my favourite cheese cake!! huhu. 


BAHAN-BAHANNYA:

Base:
biskut coklat @ oreo ( agak-agaklah nak tebal mana ye)
sedikit butter ( agak-agak ikut banyak mana biskut )

Filling:
3 biji telur
400 gm cream cheese
250 gm sour cream ( aku tak de ni, so aku gantikan dengan plain yogurt)
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung
30 gm butter
sebiji lime ( perah supaya rasa masam sedikit sebab aku takd sour cream dan yogurt je tak cukup masamnya)
1 sudu teh esen vanilla
rasberry jem ( atau apa-apa ikut kesukaan)


creame cheese
creame cheese ni Bam2 yang bawakan masa dia datang Salem. hmm kalau nak lagi best pakai cream cheese philadelphia eh =D




CARA-CARANYA:

BASE:
1) biskut coklat @ oreo tadi buangkan krimnya, kemudian blendkan biskut tadi sampai hancur.
2) panaskan kuali, cairkan butter kemudian masukkan biskut hancur tadi ke dalam kuali dan gaul sampai sebati.
3) sapukan loyang atau bekas atau springform loyang dengan minyak@butter. 
4) letakkan biskut yang telah digaul dengan butter ke dalam bekas tadi dan press it firmlysupaya sekata.
5) boleh sejukkan ke dalam peti sejuk untuk beberapa minit atau bakar ke dalam oven sekejap je ye. nak bagi base tu sedikit keras.







creamy
mix sampai sebati ye.


FILLING
1) mix atau pukul cream cheese sampai kembang
2) tambah gula + butter dan mix lagi guna mixer
3) tambah esen vanilla + sour cream @ yogurt dan mix lagi sampai sebati.
4) masukkan telur satu persatu. tunggu sampai 1 telur sebati kemudian masukkan telur yang seterusnya. mix sampai betul-betul creamy ye..
5) masukkan 2 sudu tepung jagung dan mix lagi sampai sebati.
6) masukkan perahan lime tadi sedikit demi sedikit sambil rasa, janganlah sampai masam sangat pula kan..mix.
7) masukkan ke dalam bekas atau loyang yang dah diletakkan base tadi.. 
8) boleh bakar gunakan cara Waterbath. waterbath ini supaya bagi moisture pada kek so kek tak akan kering dan crack. letakkan sedikit boiling water ke dalam tray (dalam oven)  kemudian letakkan springform ke dalam tray tadi, sebelum tu balut springform dengan aluminium foil supaya air dari dalam tray tak leak in ok? faham tak? kalau tak faham juga, cara macam ni pun boleh.. dalam oven kan ada 2 tray? so tray yang bawah letak 1 bowl air, yang atas letak cheese kek. sama juga je konsepnya.  kalau nak lagi faham tengok video bawah ni ye.




8) then bakar dalam oven selama 45-50 minit pada suhu 170-180 degree celcius. setengah jam pertama jangan buka oven sebab cheese cak will fall.
9) lepas bakar, sejukkan pada suhu bilik selama 1 jam.
10) balut dulu bekas tadi guna plastik nipis tu, then baru sejukkan dalam petis sejuk selama beberapa jam, lagi bagus kalau overnight. 
11) akhir sekali, keluarkan dengan hati-hati dari bekasm letakkan rasberry jem dan ngapp!! sodap! huhu.



cheese cake
sapukan rasberry jem dengan sekata.



cheese cake

potong pon kecik-kecik je. ramai orang nak diberi.haha.


updated: 
second time aku buat ni.. aku dah tambah 2 sudu tepung jagung dan 30 gm butter supaya strukturnya lagi pejal dan sedap. Ternyata menjadi. Kawan-kawan aku cakap pun lagi sedap kali ini. Alhamdulillah. aku dah ubah resepi atas tu sikit. Selamat Mencuba!


kali kedua bake!





p/s: selamat mencuba. lagi sejuk lagi sedap tau! 

8 si gojes suke membebel:

irahehe said... [Reply]

telan air liur jap...sedapnye! lapar =.='

Nava Kishnan said... [Reply]

Lovely cake and you bake so well.

bardboo said... [Reply]

kalo dh ada oven nnt bolehla try wat..


Jom Lawat: Blog Bardboo
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

aishalala said... [Reply]

perghh!!!harus cuba nie

IntanBerlian said... [Reply]

irahehe~ huhu memang terliur. kalau buat tu, tak sempat sampai esok.haha


Nava Krishnan~ hee tq!

Bardboo~ mesti buat tau. tak susah mana pon ni.


aishalala~ heee mesti2 dear!

raihani said... [Reply]

aku kt ofis ni telan air luir je tgk kesedapan kegebuan kek ko ! cettt

Anonymous said... [Reply]

Hеy! Τhis is my fiгst visit to your blog!
We arе a cоlleсtion of volunteers and
stаrting a new initiatіve in a community in the same niche.
Your blog provided us usеful informаtion to work on.
You have done а wondeгful job!

Taκe a look at my ωeb-ѕite ... gonadism

Anonymous said... [Reply]

Rіght heгe iѕ the right website for аnyone who wiѕhes to
fіnd out about thiѕ topic. Υou know a whole
lot itѕ almost tοugh tο argue with уоu (not thаt ӏ pеrsonаllу will need to…ΗaHa).
Υou cеrtainly ρut a fгеsh spin on а topic that
has been discusѕed fοr a long time.
Еxcellent stuff, juѕt excellent!

Feеl free to ѕuгf to my homepage http://edu-binder.com/

Related Posts with Thumbnails