Thursday, October 27, 2011

Tooth extraction & Dental Instructions After Tooth Extraction.

www.tips-fb.com



Jom layan gambar ini ye.

Ini namanya nak mencabut gigi ye kawan-kawan. 

Ni video, tapi takut aku tunjuk, korang cakap aku ganas

sangatkan. haha. tak sudilah I nak jadi orang yang sangat

ganas di mata korang, padahal I lemah lembut, lemah

gemalai ok.


disebabkan ini gigi quadrant no. 4 kene approach dari belakang ye kawan-kawan. Ni aku dah bagi injection dekat pakcik ni, so, lepas dah numb, baru boleh start procedure.



Cuba letakkan forcep supaya boleh grip gigi betul-betul dekat cemento-enamel junction nak elakkan crown gigi pecah. Nak pastikan forcep boleh masuk betul-betul, kenalah pastikan gusi disekeliling gigi di longgarkan betul-betul guna periosteal elevator.



Pastikan lagi betulkan posisi forcep tu.



Jangan lupa bagi support dekat alveolar bone dan mandible ye. Slowly bagi figure 8 motion. Nak elakkan akar gigi patah. Walaupun susah dan penat kena juga teruskan perlahan-lahan. Bagi pula buccal traction. So, bagilah buccal traction dan figure 8 motion ye sampai gigi boleh dicabut. 



Bila dah cabut, jangan lupa untuk check socket tu.


1) check expose bone ke tidak
2) ada any sharp bone ke tak
3) check inter-radicular bone tu, kalau higher dari buccal & lingual bone plate, kene reduce sikit guna bone ronguer. kalau tajam, make it blunt gune bone file. 
4) any bony exposure kene suture, cover dengan soft tissue untuk elakkan dry socket.
5) letak cotton
6) jangan lupa bagi instruction pada pesakit.



INTRUCTIONS AFTER TOOTH EXTRACTIONS:

1) tak boleh meludah, sebab kalau meludah nanti akan kacau blood clot yang dah terbentuk untuk healing process.Jadi, nanti wound takkan heal dan ambil masa yang lama nak berhenti berdarah.

2) Jangan minum air menggunakan straw, sebab akan create negative pressure dalam mulut. Alasan yang sama dengan jangan meludah.

3) Tak boleh MEROKOK selama sehari sebab boleh kacau wound healing.

4) Jangan minum dan makan makanan yang panas selama sehari.

5) Gigit kapas yang diberikan tightly sekurang-kurangnya 30minit untuk membantu proses wound healing. 

6) Kalau masih berdarah di rumah, dah tak ada kapas / gauze, boleh gigit cold wet teabag selama 30min dekat area tu.

7) Makan soft diet sekurang-kurangnya sehari

8) Jangan makan dekat site yang baru dicabut selama sehari.

9) Makan aiskrim, minum minuman sejuk berais untuk membantu healing process. 

10) Makan ubat dengan betul seperti yang diarahkan oleh doktor.

11) Jangan berkumur-kumur atau gosok gigi selama 12jam selepas cabut gigi. Kemudian, kumur-kumur menggunakan air garam (1/2 sudu teh garam + 1/2 cawan air suam) selepas menggosok gigi dan setiap selepas 2 jam.

12) Boleh makan seperti biasa selepas sehari cabut gigi.


DONE!


 P/S: Tooth extraction is not only about POWER. It is about your techniques or skills. 

Tuesday, October 25, 2011

Resepi Brownies base Cheese Cake *teknik kukus / steam*

www.tips-fb.com

Hello readers,



Selepas di 'make-up' kan. hik.



Sebelum make-up.


Dah lama rasanya tak berkongsi resepi kan? Kali ni nak berkongsi satu resepi kek yang dah lama sangat-sangat aku teringin nak buat. Selalunya orang buat brownies base cheese cake kan? Tapi aku jumpa resepi ini pula. So, rasanya lagi best kot kalau kita buat chocolate brownies ini atas bawah. Memang aku eksited gila masa buat kek ni, dekat India tak jumpa cooking chocolate ni, jadi mak aku post kan ke India.. Cheese cream pun import dari Malaysia!


Resepi ini hanya menggunakan teknik kukusan / steam. Jadi satu advantage buat mereka yang tak punyai oven. hee. Simple dan sedap.Cuma kena sabar je lah kan nak tunggu kukus 3 layer ni. hik. Takde la susah mana pun kan. Jaga air ke jangan bagi kering. that's all.


So, the recipe. Here we go...


RESEPI



Lapisan Coklat Brownies

200gm butter / marjerin ( 3/4 cawan + 1 sudu besar penuh)
200gm coklat masakan / dark chocolate ( 3/4 cawan choc yang disagat atau dihiris halus)
170gm tepung gandum ( 1 1/2 cawan rata- diayak)
30gm serbuk koko (1/4 cawan rata-diayak)
170gm gula halus (1/2 cawan + 3 sudu besar rata)
4 biji telur


Lapisan Cheese

250gm cheese cream
60gm gula kastor
25ml air
1 biji telur


Hirisan coklat masakan



Butter pada suhu bilik.



Selepas double boiler



CARA-CARANYA


LAPISAN BROWNIES

1) Didihkan air untuk double boiler coklat dan butter. Setelah mendidih air, letakkan bekas yang tahan haba di atasnya. Campurkan coklat (dihiris halus) dan butter ke dalamnya. Kacau perlahan-lahan sehingga semuanya cair dan sebati. Ketepikan.

2) Dalam mixing bowl, pukul gula dan telur shingga kembang.

3) Masukkan tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan gula + telur tadi. Jangan gunakan electric mixer, sebab nanti akan jadi bantat. Jadi, hanya kacau menggunakan senduk atau whisk ye supaya rata dan tak berketul-ketul.

4) Masukkan coklat dan butter cair tadi, kacau sampai sebati lagi.

5) Air dididihkan untuk kukus bahagian bawah brownies.

6) Bahagi dua bancuhan dan tuangkan separuh ke dalam loyang.

7) Untuk elakkan air jatuh ke atas permukaannya (nama pun kukuskan), tutup loyang menggunakan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.


LAPISAN CHEESE.

1) Sementara itu, bolehlah kita buat lapisan cheese pula ye. Masukkan semua bahan-bahan tadi k dalam mixing bowl kecuali telur. Pukul sampai kembang.

2) Masukkan telur, pukul sekejap untuk bagi rata.

3) * aku letakkan sedikit perahan lime (separuh lime).

4) Tuang adunan cheese ke atas lapisan brownies yang dah masak tadi, kukus selama 20 minit.

5) Lepas lapisan cheese masak, tuang baki adunan brownies tadi. Kukus lagi selama 20 minit.

6) sejukkan pada suhu bilik.

* nak letak lime atau tak terpulang.
* untuk setiap kali kukusan, tutup loyang menggunakan aluminium foil.


TOPPING *boleh pilih nak ikut cara mana*


CARA 1

300gm coklat masakan
120ml whipping cream
1 sudu besar marjerin

*panaskan dan cairkan menggunakan teknik double boiler sampai likat dan licin. Tuang ke atas permukaan brownies.
** resepi dari Raihana.


CARA 2

2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar minyak
2 sudu besar gula halus
75ml susu segar
160gm dark chocolate / coklat masakan
50gm butter


* cairkan dark choc dan butter. Kemudian campurkan bahan-bahan yang lain. kacau sampai sebati.
** resepi dari seorang sahabat yang sangat pandai + hebat baking. Thank you so much!



Sejukkan dalam peti sejuk lagi sedap!


Terima kasih my dear friend Raihana pada dengan resepi yang best ini!


p/s: Brownies ni memang sangat WOW choc nya. Siapa yang sangat sukakan coklat memanglah faveret korang. Tapi with the combination dengan cheese layer tu. Memang terbaik! Masa ni bake untuk end posting Oral Surgery.

Monday, October 17, 2011

A woman without her man is nothing.

www.tips-fb.com

An English professor wrote the words:


"A WOMAN WITHOUT HER MAN IS NOTHING"


on the chalkboard and asked his students to punctuate it correctly.


All the MALES in the class wrote:

"A WOMAN, WITHOUT HER MAN, IS NOTHING"



All the FEMALES in the class wrote:

"A WOMAN: WITHOUT HER, MAN IS NOTHING"


well, lelaki dan perempuan memang saling melengkapi antara satu sama lain. Sudah fitrah Allah lelaki itu pasangannya seorang perempuan. Kekurangan si lelaki dilengkapi dengan kelebihan si perempuan dan begitu juga seumpamanya.





p/s: that's why people said ' the other half '.

Friday, October 14, 2011

It has been 2 years without HER.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,




Baru ada peluang nak menulis kembali,  lewat malam tadi sebelum terlelap hati aku terdetik. Esok 13/10/2011. Tarikh itu muncul lagi.. Tarikh yang membawa seribu satu makna yang cukup mendalam buat aku dan rakan-rakan di sini. Apetah lagi keluarga Arwah Fatimahtussolihah. 


Macam kebetulan, telinga mendengar alunan lagu Hijjaz- Kau sahabat kau teman sejati. I just can't help it. Makna lirik yang terlalu mendalam buat air mata bergenang. Sedih aku Tim, bukan menangisi pemergian kau yang tak sudah. Tapi aku terharu, walaupun 4 tahun tempoh perkenalan aku berpeluang mengenali seorang sahabat seindah kau. 


Kebetulan lagi, 11/10/2011.. Aku dan kawan-kawan yang lain baru je meraikan Hari Graduasi kami, TAK. Bukan KAMI tapi KITA Tim, Kau tak pernah kami lupakan. Kami meneruskan perjuangan kau yang belum selesai.. Kami merealisasikan impian kau juga. Kita sama-sama sudah bergelar doktor Tim. Kita sama-sama sudah bergelar graduan! Kau ibarat wirawati bagi kami. 


Aku takkan pernah penat bercerita tentang kau di sini, biarlah beribu tahun berlalu, biarlah apa yang orang mahu kata, kau akan tetap segar di sini dan di hati aku.. Kenangan terindah bersama kau akan aku sisip kemas dalam lipatan memori aku. Bagai baru semalam kau di sini, ia akan tetap mekar dan segar dalam ingatan. Kini sudah 2 tahun berlalu. Aku doakan yang terbaik buat kau di sana. Moga kau tenang dan aman. Ya Allah, tempatkanlah sahabatku di tempat yang Engkau redhai. Tabahkanlah hati kami di sini terutama keluarganya. Perginya dia kerana kasih sayangmu. Tenangkanlah rohnya di sana. Amin.








Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati






Kepada sesiapa yang mengikuti blog aku dari awal mungkin pernah baca tentang tragedi ini dahulu,



"Wahai Allah, ampunilah sahabat ku ini, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya."


.AL-FATIHAH.


p/s: Siapa pun kita, kepada-NYA juga kita akan kembali.

Tuesday, October 04, 2011

Bila jadi doktor gigi, biarlah bersopan dan beretika dalam berpakaian.

www.tips-fb.com

Hello readers,



Pernah tak dengar orang persoalkan doktor tak pandai "melawa", doktor perempuan tak reti nak berfesyen, doktor perempuan selekeh. Kompem banyak kali korang semua dengarkan. Mak aku sendiri pesan, nanti along jadi doktor janganlah jadi selekeh yeee... 


Sebenarnya bukanlah doktor perempuan tak pandai melawa... tak baik cakap macam tu.. Cubalah jadi orang yang memahami, letakkan diri sendiri di tempat mereka yang sibuk tu kan.. Nanti lepas habis housemen hah, tengoklah nanti. Atas kesibukkan mereka, yang aku rasa kadang-kadang nak balik rumah pun tak sempat, habis surgery, habis round, habis duty, habis oncall, sekadar tidur di bilik rehat di hospital. Belum sempat lelap, dah dipanggil untuk oncall lain pulaaa.. Bukan mereka tak nak bergaya tapi atas sebab-sebab tertentu mereka tak punyai kesempatan waktu. Yang penting betapa bersungguhnya mereka berusaha nak merawat para pesakit, itu pun ada lagi yang banyak bunyi..



Ok, itu kalau orang komplen yang tak pandai melawa...


Tapi ada pula yang ter'OVER melawa...


macam hantu, pesakit pun lariiiiiiiii.


Kadang-kadang aku pelik tengok seorang profesional seperti doktor atau doktor gigi ni boleh pakai pakaian yang cukup mencolok mata. Sedarlah kau itu seorang profesional, biarlah pandai memilih pakaian yang sesuai, sedap dipandang dan sopan di mata pesakit. Memang meluat bila tengok orang yang profesionnya seorang doktor ni pakai seluar ketat melekat dekat kaki ibarat buah nangka, baju pendek kalau boleh nak nampakkan bont*t ( ialah seluar dah ketat semacam kan ) oh tak masuk lagi yang di depan tu, bukan main rendah lagi leher bajunya. Come on lah.. If u want to be a professional be a professional.. Lepas tu tahu pula, bila tunduk-tunduk pegang baju... Tahu segan. 



Entahlah, tak masuk dek akal kenapa nak pakai pakaian sebegitu.. Apalah salahnya berpakaian sopan, barulah pesakit yang datang rasa hormat dan yakin.. Mereka pun tak ada rasa segan silu, rasa kurang selesa berhadapan dengan situasi sedemikina rupa. Seeloknya bidang profesional sebegini, kita kena jaga pemakaian, tutur kata, kelakuan.. biarlah ia sopan dan menjadi contoh.


nampak cantikkan? tapi bukan bila anda berhadapan dengan pesakit.


Tak sesuai rasanya nak berambut perang, mengerbang sana-sini, berkuku warna-warni, bermake up tebal, berbaju low cut, berseluar ketat ibarat tak pakai seluar dan berbaju terlalu pendek.. Biarlah berpada, biar besederhana dari berlebihan. Sangat kurang sopan. Cubalah bandingkan, seorang doktor yang berpakaian sopan dan berambut kemas dan rapi atau bertudung dibandingkan dengan doktor yang berpakaian mencolok mata, berkuku merah, berambut perang. Just imagine yourself. Tepuk dada dan tanya siapa yang anda dan anda semua lagi yakin untuk mereka merawat anda. Adakah doktor yang penampilannya 'daring' dan 'trendy' menjadi pilihan atau penampilan mereka yang sopan dan kemas dan lebih beretika.





Bagi aku, bukan sahaja bila kita sudah bergelar doktor atau seorang yang profesional baru nak menggeledah baju mencari pakaian yang sopan dan beretika, tetapi biarlah diri itu dilatih ketika digelar mahasiswa lagi. Kebebasan berpakaian bukan bermaksud kau boleh pakai apa sahaja yang daring dan trendy, tetapi fikirlah siapakah anda di mata pesakit. Bukanlah bermaksud tidak boleh berfesyen atau bergaya, malah berpakaian terlalu kusam dan selekeh juga boleh membuatkan pesakit yang dah memangnya sakit lagi sakitkan? Jadi biarlah pandai menggayakan sesuatu, asalkan sopan di mata, sedap dipandang dan tak melanggar garis-garis etika dalam berpakaian. 



PAKAIAN mencerminkan peribadi anda. Penampilan juga mencerminkan kerjaya anda. Walaupun tak semua orang yang berpakaian sopan itu baik, tetapi semuanya orang yang baik itu berpakaian sopan. Profesion kamu sebagai seorang yang profesional boleh menggugat profesionalisma kamu sekiranya penampilan diri tak dititikberatkan.


somehow, pelik pula kalau pakai baju melayu tu kan.
skirt tu biar labuh melebihi lutut buat yang bukan Islam
tapi lagi elok kalau pakai pants @ seluar slack.



p/s: If u wanna be a professional then be a professional.

If you asked me Are you proud to be a dentist?

www.tips-fb.com

Hello my dear readers,


 should i say our gadjets?


I'm proud to be a dentist.


Ye, saya berbangga menjadi seorang doktor gigi.


Soalan yang diajukan oleh seorang pensyarahku dalam posting tadi, adakah kamu berbangga menjadi seorang dentist?



Pada mulanya, memang betul aku tak ada sikit pun minat nak jadi doktor gigi. Pada asalnya aku memilih untuk menjadi seorang doktor. Tapi, hari ini dengan bangganya dan rasa syukur aku menerima kerjaya aku sebagai seorang doktor gigi. Minat itu semakin lama semakin menebal sampaikan semangat betul nak buat treatment dekat pesakit ni. Kalau orang pergi shopping, nampak baju dan kasut rasa eksited kan? Macam tu juga bila aku masuk kedai yang jual peralatan berkaitan dengan pergigian.  Eksited semacam. Hahaha. 



Paling gembira bila pesakit datang dengan muka seposen sebab sakit gigi. Aku rasa hanya beberapa peratus orang yang datang jumpa dentist disebabkan kesedaran mereka nak jaga gigi ni, tapi 90% yang datang jumpa dentist sebab gigi sakit! hah, betul tak??? Semua orang termasuk aku takut gilaaaaaa nak jumpa dentist. Scary bila nampak peralatan dentist ni kan? Tapi, setiap kali lepas bagi rawatan tak kisahlah scaling, restoration, denture mahupun extraction.. senyuman yang terukir dekat muka pesakit betul-betul buat aku happy. Hilang penat lelah satu hari tu. 



Hari ni rasa tertampar bila cikgu (pensyarah) cakap, berapa banyak pun awak belajar.. berapa banyak pun gigi yang awak cabut.. kalau awak tak aplikasikan semua teori ke dalam praktikal, kalau awak buat sekadar berbangga oh aku dah cabut 1000 gigi.. Tapi sedikit pun tak aplikasikan kepada pesakit.. semuanya hanyalah sia-sia. Sedangkan kandungan LA (local anesthetic) itu sendiri banyak yang kita boleh applykan bila berhadapan dengan pesakit. Apa gunanya adrenaline, lignocaine, methyl paraben, thymol, sodium meta bisulpahte.. semua itu ada peranan masing-masing. Sedikit kesilapan, memang buruk padahnya. Mungkin pesakit ada allergy dengan methyl paraben, mungkin juga dengan bisulphate.. Effect adrenaline dengan cardiac patient. Itu semua menjadi tanggungjawab seorang dentist.



Untuk cabut gigi depan atas.
Upper anterior forceps.


Apa sahaja yang kita belajar, pastikan didahulukan dengan 'mata, telinga dan tangan'. Maksudnya, sebelum melakukan sesuatu, LIHAT, DENGAR DAN BUAT! Jangan pula kau dah settle cabut gigi baru kau tanya, oh pakcik sakit apa? 



Jadi siapa kata jadi dentist itu mudah, kalau doktor bermain dengan nyawa manusia, begitu juga dentist.. Sedikit kesilapan boleh membawa padah. Kalau kau dengan bangganya cakap aku dah cabut 10,000 batang gigi, ingatlah mungkin atau bila-bila masa sahaja gigi yang ke 10,001 itu boleh memusnahkan kerjaya kau sebagai dentist. aku ulangi sekali lagi, BILA-BILA MASA SAHAJA. Dan yang pasti orang tak akan ingat, "Oh dentist itulah yang dah cabut 10,000 batang gigi tu" , TAPI orang akan cakap, "Oh dentist itulah yang teruk!".Anggaplah setiap pesakit itu adalah examination, anggaplah setiap pesakit itu adalah pengalaman pertama, rawatlah setiap pesakit itu sebagai seorang yang sangat berharga seolah-olah kau sedang menuntut ilmu.. KERANA setiap pesakit itu ternyata berbeza anatomi dan kondisinya. Bukan lagi masanya belajar kerana exam, bukan lagi masanya belajar kerana nak pass! TAPI aku belajar kerana aku nak menjadi dentist yang terbaik.



As a dentist, make the treatment as painless as possible, as comfortable to the patient as possible, as less traumatic as possible. Once u screwed up, your career might be gone.


Local Anesthetic


Janganlah pertikaikan kenapa Bypass Heart surgery berharga RM 5000 dan sebatang implant gigi juga berharga RM 5000. Ternyata ada sebabnya yang tersendiri.



Jangan bandingkan siapa lagi hebat antara dentist dan cardiac surgeon, setiap orang itu ada peranan mereka. Kalau dentist kata dia tahu semua pasal heart, mahu kena sepuk agaknya dengan cardiac surgeon, same goes to cardiac surgeon, they also know nothing about teeth. We might not superior to cardiac surgeon but we surely not inferior to them. 



untuk cabut gigi depan bawah.
Lower anterior forceps


Pengalaman cabut root stump dengan seorang pakcik tua, ada 2 root stumps kena cabut.. Then after cabut, alveoloplasty & suturing, pakcik tu tanya nak cabut gigi lain boleh? 


Jawab aku, tak boleh hari ini pakcik, kena hari lain, datang balik lepas 3 hari. 

Then, dia tanya lagi, siapa yang cabut gigi tu nanti? 

Jawab aku, " oh kami ikut turn, mungkin orang lain mungkin aku yang cabut". 

" Boleh tak kalau pakcik nak kamu yang cabutkan? ".

 " errr, kenapa pakcik?"

" sebab awak cabut sabar, teliti dan tak sakit pun"


apa yang aku cuba sampaikan di sini, nampak tak? Pesakit akan appreciate kita kalau kita handle dan layan mereka dengan baik, penuh berhemah, cabut pun tak sakit.. It's not about time, don't rush it. Wait for your local anesthetic to work before start the procedures, make the patient comfortable then only they will like and appreciate you. Yess, that's how you treating them. Kalau dentist scary, buat kerja ganas.. aku pun takut. Bukan aku je, semua orang pun takutkan?


My batchmates doing to do Alveoloplasty


Sebab itu orang membandingkan perkhidmatan kerajaan dan swasta jauh bezanya. Bagaimana mereka merawat pesakit di klinik swasta yang penuh senyuman dan berhemah. Klinik kerajaan pula, kasar dan tiada senyuman. Sedarlah bahawa bezanya jumlah pesakit di klinik swasta dan kerajaan jauh bezanya. Kadang-kadang tiada niat mereka nak berkasar dan bermasam muka. Mereka pun manusia biasa, bila hari dah petang, jumlah pesakit dah tak terbilang, penat pun dah mula menguasai diri pasti emosi turut sama terganggu. Manusia itu banyak kelemahanya. Perlu diingat tak semua klinik swasta itu bagus! Terutama dari segi kebersihannya, kalau kau tengok klinik cantik semacam, adakah kau pasti barang-barang mereka itu disterile sebaik mungkin seperti di klinik kerajaan? 



Selesai sudah, pesakit pun happy!
*big grin*


Apa pun, bila orang tanya aku.. Are u proud to be a dentist?

Yess, I'm proud of it! Tanpa disedari dentist juga seorang pakar. PAKAR GIGI. Takde orang yang tahu pasal gigi kecuali dentist! Dan setiap 32 batang gigi, kalau ada masalah mesti cari siapa? Dentist kan? hee. Jangan cari street dentist sudah, unless kalau nak murah, cepat tapi dapat penyakit lain la yeee.


Are you proud to be a dentist?

Yess I'm.


case closed.


p/s: Setiap orang punyai peranan mereka yang tersendiri.

Saturday, October 01, 2011

Rasa bangga dengan kolej sendiri | Dentoalveolar fracture case.

www.tips-fb.com

Hello readers,



Hari ini hari terindah! sebab pertama, handphone yang tenggelam dalam air sabun dah bernyawa balik. Ok, bukan yang itu mahu dicerita, nak cerita sebab kedua.hik.


Entah kenapa, pertama kali sejak belajar di kolej aku ni.. aku rasa sangat bangga belajar dekat sini, well. nak dijadikan cerita, hari dah lewat nak balik dari kolej.. Tiba-tiba ada satu kes road traffic accident. Accicent tu just happened in the morning dan pesakit tu pergi ke hospital kerajaan di town tapi dihantar pada belah petangnya ke kolej aku sebab dekat hospital sana tak ada kelengkapan untuk dental surgery. Whattthenyah kan? kesian gila kot pesakit tu.




Erich Arch Bar
sebelum suture luka yang koyak.




ok ok, memang bangga sangat ni, walaupun kolej aku kecik, walaupun kolej aku kodi, walaupun kolej aku tak lawa, walaupun takdelah hebat mana, walaupun takdelah gah mana.. dan segala bagai walaupun.. Mereka tetap hantar pesakit tu ke kolej aku to seek the treatment. Ni kira emergency case la. Kebetulan, ada pula Dr. Reena (merangkap Head of Department), hebat kan? kan? kan? HOD surgery perempuan. hik.


Pesakit mengalami Dentoalveolar fracture, bila aku tengok pesakit tu.. Err.. 2 gigi ( 21,22) dah termasuk ke belakang sedikit. Dahsat juga ye.. Dr. Reena dibantu oleh 2 orang postgraduate students, Dr. Naren & Dr. Nikil memulakan rawatan. Sebenarnya baru je pagi tadi dapat demo dari Dr. Senthil untuk buat IMF (intermaxillary fixation) dekat denture.. Ini dapat tengok live pula dekat pesakit. Untunglah badan. hik. Rawatan untuk fracture ni principle dia ada 3 ok,


  • reduction
  • fixation
  • immobilization



First, Dr. Reena buat reduction, maksudnya ialah bawa balik segment yang patah tadi ke original position, as close as possible.. Memang ngeri juga tengok Dr. Reena tarik balik gigi yang dah terkebelakang tu. Kesian jugalah pesakit tu kan, memang sakit sikitlah. 



IMF & Siap suture.


Kemudian, bila dah ditarik ke posisi asal.. kenalah fix kan. Gunakan Erich's arch bar dan fix guna wire. Memang tak semudah buat dekat denture. huhu. Dalam mulut pesakit ni ada saliva, blood, anatomy gigi pun lain-lain. Seterusnya, Dr. Naren dibantu oleh Dr. Nikil meneruskan rawatan. Beberapa jahitan diberikan sebab bibir pesakit tadi terkoyak. 



2 orang postgraduate students, 
Dr. Naren & Dr. Nikil in action.



p/s: entri ni patutnya post  2 hari lepas. =D

Related Posts with Thumbnails