Tuesday, October 04, 2011

Bila jadi doktor gigi, biarlah bersopan dan beretika dalam berpakaian.

www.tips-fb.com

Hello readers,



Pernah tak dengar orang persoalkan doktor tak pandai "melawa", doktor perempuan tak reti nak berfesyen, doktor perempuan selekeh. Kompem banyak kali korang semua dengarkan. Mak aku sendiri pesan, nanti along jadi doktor janganlah jadi selekeh yeee... 


Sebenarnya bukanlah doktor perempuan tak pandai melawa... tak baik cakap macam tu.. Cubalah jadi orang yang memahami, letakkan diri sendiri di tempat mereka yang sibuk tu kan.. Nanti lepas habis housemen hah, tengoklah nanti. Atas kesibukkan mereka, yang aku rasa kadang-kadang nak balik rumah pun tak sempat, habis surgery, habis round, habis duty, habis oncall, sekadar tidur di bilik rehat di hospital. Belum sempat lelap, dah dipanggil untuk oncall lain pulaaa.. Bukan mereka tak nak bergaya tapi atas sebab-sebab tertentu mereka tak punyai kesempatan waktu. Yang penting betapa bersungguhnya mereka berusaha nak merawat para pesakit, itu pun ada lagi yang banyak bunyi..



Ok, itu kalau orang komplen yang tak pandai melawa...


Tapi ada pula yang ter'OVER melawa...


macam hantu, pesakit pun lariiiiiiiii.


Kadang-kadang aku pelik tengok seorang profesional seperti doktor atau doktor gigi ni boleh pakai pakaian yang cukup mencolok mata. Sedarlah kau itu seorang profesional, biarlah pandai memilih pakaian yang sesuai, sedap dipandang dan sopan di mata pesakit. Memang meluat bila tengok orang yang profesionnya seorang doktor ni pakai seluar ketat melekat dekat kaki ibarat buah nangka, baju pendek kalau boleh nak nampakkan bont*t ( ialah seluar dah ketat semacam kan ) oh tak masuk lagi yang di depan tu, bukan main rendah lagi leher bajunya. Come on lah.. If u want to be a professional be a professional.. Lepas tu tahu pula, bila tunduk-tunduk pegang baju... Tahu segan. 



Entahlah, tak masuk dek akal kenapa nak pakai pakaian sebegitu.. Apalah salahnya berpakaian sopan, barulah pesakit yang datang rasa hormat dan yakin.. Mereka pun tak ada rasa segan silu, rasa kurang selesa berhadapan dengan situasi sedemikina rupa. Seeloknya bidang profesional sebegini, kita kena jaga pemakaian, tutur kata, kelakuan.. biarlah ia sopan dan menjadi contoh.


nampak cantikkan? tapi bukan bila anda berhadapan dengan pesakit.


Tak sesuai rasanya nak berambut perang, mengerbang sana-sini, berkuku warna-warni, bermake up tebal, berbaju low cut, berseluar ketat ibarat tak pakai seluar dan berbaju terlalu pendek.. Biarlah berpada, biar besederhana dari berlebihan. Sangat kurang sopan. Cubalah bandingkan, seorang doktor yang berpakaian sopan dan berambut kemas dan rapi atau bertudung dibandingkan dengan doktor yang berpakaian mencolok mata, berkuku merah, berambut perang. Just imagine yourself. Tepuk dada dan tanya siapa yang anda dan anda semua lagi yakin untuk mereka merawat anda. Adakah doktor yang penampilannya 'daring' dan 'trendy' menjadi pilihan atau penampilan mereka yang sopan dan kemas dan lebih beretika.





Bagi aku, bukan sahaja bila kita sudah bergelar doktor atau seorang yang profesional baru nak menggeledah baju mencari pakaian yang sopan dan beretika, tetapi biarlah diri itu dilatih ketika digelar mahasiswa lagi. Kebebasan berpakaian bukan bermaksud kau boleh pakai apa sahaja yang daring dan trendy, tetapi fikirlah siapakah anda di mata pesakit. Bukanlah bermaksud tidak boleh berfesyen atau bergaya, malah berpakaian terlalu kusam dan selekeh juga boleh membuatkan pesakit yang dah memangnya sakit lagi sakitkan? Jadi biarlah pandai menggayakan sesuatu, asalkan sopan di mata, sedap dipandang dan tak melanggar garis-garis etika dalam berpakaian. 



PAKAIAN mencerminkan peribadi anda. Penampilan juga mencerminkan kerjaya anda. Walaupun tak semua orang yang berpakaian sopan itu baik, tetapi semuanya orang yang baik itu berpakaian sopan. Profesion kamu sebagai seorang yang profesional boleh menggugat profesionalisma kamu sekiranya penampilan diri tak dititikberatkan.


somehow, pelik pula kalau pakai baju melayu tu kan.
skirt tu biar labuh melebihi lutut buat yang bukan Islam
tapi lagi elok kalau pakai pants @ seluar slack.



p/s: If u wanna be a professional then be a professional.

3 si gojes suke membebel:

Affieza said... [Reply]

Agree with u...pakaian kan mcerminkan keperibadian seseorang itu..so bpada2lah dan jaga imej kita..

najie said... [Reply]

uii intan ade ke yg pakai seksi2 sgt tu ..

najie said... [Reply]

uii intan ade ke yg pakai seksi2 sgt tu ..

Related Posts with Thumbnails